20101029

Ku tolak cinta Mr.B.Jangan cuba lagi untuk sem 2.

Ketak ketik ketak ketik.Ok kalau type lagi banyak mungkin akan tersalah type dan mungkin akan muncul perkataan......Ok lupakan.

Cuti sem sudah bermula.Banyak benda nak cerita sampai tak tahu nak start yang mana.Refresh memory.

Kita mulakan pada cuti hari raya yang lepas,saya pulang ke kolej lambat dari masa yang ditetapkan.JANGAN LAKUKANNYA ADIK-ADIK!Kerana sesungguhnya,duduk di rumah rasa tak tenteram,berpeluh-peluh setiap kali dengar bunyi telefon rumah.Kawan-kawan asyik menakutkan cikgu cari cikgu cari.Tidur pun tak lena mana.Jadi,konklusinya baliklah pada tarikh yang kolej tetapkan melainkan anda ada kekuatan dalaman dan luaran.Cehh at the end,cikgu tak panggil and kad outing tak kena tahan pun.Haishh buat bazir enzyme je kan.

Syahirah.My classmate.No.My sweet,cute and korean lover classmate.Syahirah sekarang dah kat Mesir.Sedih dah takde geng nak siapkan report bio nanti.Nanti tak dapat tiru discussion awak lagi.Tak dapat nak pinjam mind map maths awak lagi.Take care and all the best!Kita jumpa next year bila awak cuti ok!;)


Minggu seterusnya,dugaan bagi penduduk-penduduk aras 4 wing b,londang dilanda ribut.Oh tidak.Terlalu over disebut ribut.Hujan lebat serta angin kuat yang hampir menerbangkan selipar-selipar hot dan atap-atap bilikku terangkat semua macam resonance budak-budak fizik cakap.Tak cukup dengan itu,sedang kami semua masih terkejut dengan kejadian tersebut,kami diterkejutkan lagi dengan lampu yang terpadam.BLACK OUT!

Apa nak buat?AAAAAA!Berpelukan kami semua!Makkk!!Dan akhirnya kami semua menghabiskan malam kami di bilik tv beramai-ramai.Cute kan?

Pada 10.10.2010,satu sejarah terlakar.Saya telah dikahwinkan dengan...Eh eh salah salah.Bukan saya.Semua tahu,angkasawan negara kita berkahwin pada tarikh ni.Dan ohh mannn so sweet.They're stunning.Dan roommate ku juga mengikat tali pertunangan..eh eh tidak..tali percouple-an bersama dengan kekasih hati pada 10.10.2010 pada pukul 10.10malam.Eleh eleh konon sweet la tu.Haha.Congrats Aiman!

20.10.2010 hari tu.Tarikh yang best.Kenapa takde datang meminang saya?Kalau tak kita kahwin pada pukul 8.10 malam yang bersamaan dengan 20:10 untuk digital clock.Aww..Gatal!

Seminggu sebelum study week,detik-detik terakhir bersama pensyarah-pensyarah tersayang.Sedihnya hati tak dapat lagi mendengar jenaka lucu En Roslan,kesabaran Pn Hayati dan ketegasan Pn Aznida dan semua cikgu-cikgu tutor yang best .Terima kasih cikgu-cikgu! =) Oh ya Kemahiran Dinamika im gonna miss you.And sains informatik,selamat tinggal!

Study week bermula.Study week ni sepatutnya dianjurkan untuk 2 minggu kerana apa yang saya buat sepanjang study week?Main basket,badminton.Tak pernah dibuat orang.Main badminton dalam blok.Ops!Pecah rahsia.Rahsia kita bersama ya.Dan pada akhir study week baru rasa macam oh mak!banyak lagi tak cover!Cikgu tuti!!!Help us!Gelabah!

Masa exam week,semua kalau boleh taknak berenggang dengan buku.Kalau boleh,beli makanan pun nak suruh orang belikan.Baju pun entah ke mana.Apa yang difikirkan,nak kena baca,sampai habis,sampai faham!Paper pertama BI,masih ok.Warm up dulu.Next paper,Chemistry.Makk aii!Tulis je lah apa yang tahu,apa yang ingat,apa apa yang rasa sesuai untuk menyedapkan lagi jawapan.Then start pulak paper for maths.AAAAAAAA!!Paper 1 ok lagi.Untuk paper 2,kita ucapkan terima kasih kepada teacher Paah yang telah membantu saya dan Aina sampai pukul 2.Terima kasih.Budimu akan kami kenang sampai bila-bila.Aina,tak mau stress-stress!Alololo comel.Aina nangis,Adz kasi mesej.Alololo...comel.Untuk paper 2 bio,tidur dalam setengah jam je.Apa yang penting,mesti faham semua dan baca semua.Huh,bila dapat kertas jawab je lah.Tulislah apa yang tahu.Itulah pengorbanan namanya.Setelah itu,tidurlah sampai tak ingat siang malam pagi petang.Tidur tidur tidur.

Paper 1 bio pada hari selasa.Jadi kami ada sabtu ahad dan isnin untuk main-main.Heheh.Pebu's birthday was on sunday!!Woohooo!Kami cuba sedaya upaya untuk membuatkan dia terharu tapi nampaknya tak berapa nak menjadi.Aishh dan untuk pengetahuan semua,ini adalah birthday party yang paling senyap sekali.Dan disini,saya ingin membersihkan nama wing kami yang telah tercemar.Bukan kami yang buat birthday pada waktu malam itu.Bukan kami yang buat bising.Bukan kami.BUKAN KAMI!Jangan nak tuduh kami lah.Tak suke!Tak suke!Sebelum ni kitorang dah pernah buat secara senyap jugak,kena marah jugak!Apa kes ni?Takpa.Kami tak kisah asalkan anda semua berbahagia.

Dan hari selasa,selepas berpeluk-pelukan dan berlaga-laga pipi,kami semua tinggalkan blok untuk 12 hari.Dan Paah dan saya,termasuk Khaly,Yully,Nora and Ainaa.Tunggu bus yang kami beli tiketnya dari JPP.Tunggu punya tunggu punya tunggu,sampai lencun.Bas lewat bukan 10minit,45 minit!Apa kes ni beb?Semua bas dah jalan!Huh.Tup tup!Sampai bas mayang sari dua tingkat.Ah sudah.Bergoyang-goyang berpinar-pinar i!Oh!Alhamdulillah,saya selamat sampai.

Dan apa kaitan semua ni dengan tajuk post ini?

Saya telah menolak cinta Mr B.Oh saya tak dapat menerimanya kerana sangat menyakitkan jiwa dan raga saya.
And disini,saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Aina Mardiana Binti Musa.Terima kasih kerana temankan pergi klinik.Terima kasih kerana belikan makanan.Terima kasih kerana ajarkan balik apa yang diorang dah ajar yang tidak difahami saya.Terima kasih kerana temankan pergi bilik air(ni untuk Afina Kassim sekali ).Terima kasih kerana gelak ketawa.Maafkan saya sebab tak pernah nak belikan makanan.Bukannya taknak,cuma nak beli makanan untuk diri sendiri pun taktahu.Sorry ;'(.I'll try next sem.Terima kasih kerana bersama saya sepanjang masa.Aina Mardiana,my partner in crime

Untuk Adz,terima kasih menjaga saya yang disengat tebuan dan mengejutkan ku untuk subuh setiap hari.
Terima kasih Aiman kerana manjadi ketua wing terbaik.
Terima kasih "sepupu" Farha kerana selalu mengarut dan evolve!
Terima kasih jiran depan;Amy,Patamon,Farah,Qeyla kerana sentiasa bersama-sama menjaga kawasan supaya bersih daripada kencing kucing.
Terima kasih jiran sebelah;Bapakmon,Togemon,Poopmon kerana sama-sama memenuhkan teksi untuk outing.
Terima kasih jiran depan jiran sebelah;Doraemon,Sizuka,Nobita,Obsesmon kerana menjadi sumber infonovel-novel untukku.
Terima kasih jiran hujung;Afina,Pebu@adik tiri,Amna@mama,Linda@Lin Dan,Jiha,Mira kerana sama-sama bergelak ketawa,ber-roti canai bersama dan dan tak tahu nak cakap apa lagi. terima kasih semua!

I ♥ YOU!



Dan cinta baru berputik




7 comments:

. aina said...

aku terharu tak abis abis lagi niee.. hahah! terima kasih tak perlu di cakap lah. ikhlas ikhlas. love u lah dalyana!

Tears Breaker said...

i fall for the last part. u make me faint.

daly said...

ouch!!mestilah menggunakan ayat novel..terima kasih bersamaku,menceriakan hari hari suramku,memberi pelangi dalam hari-hari mendungku..

adlyn zuraimi said...

hakhak dal. rindu kau :)

daly said...

addlyn!!!daku merinduimu juga!!kapan mau ketemu?bagaikan lautan luas yang memisahkan kita.padahal satu kat kl satu kat melaka.haishhh =="

izzahazira said...

ahahahaha. sebijik macam charlie chaplin time pakai spec bulat misai tebal tuh.

daly said...

HAHA.dan ayat yg sama roommate ku katakan padaku.aisey..ade kene mengena kot aku dgn charlie chaplin tu.HAHA