Aku berlari.Suara itu menjerit.Semakin menghampiriku.Aku berlari lagi.Lagi laju.Suara itu mula perlahan kedengaran.Aku lari dan aku terjatuh.Aku terluka.Suara itu semakin hampir.Ini tak boleh jadi.Aku bangun dan aku lari lagi.Suara itu masih mengejarku.Aku lari lagi.Semakin menjauh suara itu.Hujan turun.Aku tak boleh lari laju.Aku takut jatuh dan aku takut terluka lagi.Dia di belakangku.Aku bangun dan aku lari selaju yang boleh.Aku dah tak hirau hujan.Hujan akan berhenti.Aku tahu itu.Aku lari lagi.Suara itu sudah tiada.Hujan dah berhenti.Aku mula yakin diri.Aku pantas ke depan.Aku tidak lagi toleh ke belakang.Yang mengejar aku itu sejarah hidupku.Ada pahit maung dan manis.Aku hanya membawa bersamaku yang manis.Aku tahu ianya takkan buatkan aku kena kencing manis.Yang pahit dan maung sibuk mengejarku.Mahu ikut bersamaku.Arrgh.Aku tidak akan membiarkan ianya berlaku.Aku sedang mengejar impianku.Masa depanku berada di depan.Aku tidak perlukan sejarah.Sebab itu aku tak suka baca buku sejarah.Penat.Bosan.Banyak kehilangan,duka,sengsara.Semuanya membawa separuh jiwaku pergi..Memang indah semua...Tapi...er..Kadang-kadang aku terjatuh semasa menuju ke depan.Aku menangis.Sekejap.Ada orang datang mengubati lukaku.Aku tahu ada orang sayang denganku.Bila hujan,semua benda tergendala.Tapi lepas hujan,ada pelangi.Warna-warni.Aku gembira.Aku tahu,setiap masalah pasti ada kemudahan selepas itu.
Kesimpulannya,dah dah.Jangan tension-tension.Memanglah 11hb dah nak dekat.Result memang akan keluar punya.Itu kan dah janji sebelum amik spm lagi.Kita dah cuba sehabis baik.Soalan memang senang.Jawapan tu yang susah.Takpe.Dah lepas pun.Mestilah takut.Sebenarnya takut dengan mak bapak.Malu bila result tak bagus.Dah pergi tuisyen,tapi tak dapat a.Kan?Malu dengan kawan-kawan..budak-budak pandai kat sekolah.Lagi-lagi bila orang banding-bandingkan.Mana tak malu.Kan?Malu bila telefon berbunyi orang semua tanya dapat apa.Kan?Malu dengan sepupu-sepupu yang mungkin lebih baik resultnya.Kan?Malu dengan aunty-aunty uncle-uncle jiran-jiran cikgu-cikgu kawan-kawan.Kan?TAPI,diorang tak amik pun spm tu.Biarlah apa diorang nak cakap.Bukannya kita tak jawab kertas tu kan.Kita jawab.Sampai terlebih-lebih sampai mintak kertas extra lagi kan.Pedulikan omong-omongan mereka.Ahh.Aku sudah tidak peduli.Omong apa saja.GAGAL SEKALI TAK BERMAKNA GAGAL SELAMANYA.Dahlah.MAcam apa je.Macam baca buku motivasi je.Memang pun.
Nah.Bacalah buku ni.Tengok.Saya dah buat persediaan awal dah.Takut jatuh.So,janganlah bersedih.Dapatkan segera di kedai-kedai buku berhampiran rumah anda!Takpun.Pergi je library.Pinjam.Jimat sikit.Macam saya.Tapi bila sedih lagi kena pinjam lagi.Aish.
Memanglah.Bila dah dekat ni,makan tak kenyang,tidur tak lena sebab dulu tidur kepala atas bantal,sekarang kepala bawah bantal,semakin dekat kepala bawah katil?,mandi selalu 10 minit sekarang dah jadi 20-30 minit sebab mandi tak basah.Macam simptom-simptom jatuh cinta kan.Tak.Ni simptom penyakit nervousmentar.Aku lah yang dah terkena ni.
lagi sipmtom-sipmtomnya:-
1.Hidung kembang-kuncup
2.Mulut terkumat-kamit.
3.Dahi berkerut seribu.Ingat.Dahi.Bukan dagu.
4.Mata tak habis-habis pandang kalendar.Macam tak percaya dah bulan mac.Betul.Dah bulan MAC.
5.Tulang vibrate.
6.Tiba-tiba jadi rajin turun ke dapur membantu ibu.
7.Rambut tak lagi seperti artis korean.
8.Tangan berpeluh-peluh.Luar biasa punya.
9.Jantung berdebar-debar.Tak usah cakap lah.Memang berdebar tahap gaban.
10.mengarut je semua ni.
Perkara-perkara yang digalakkan korang buat bila nak amik result:
1.Silent mode kan handset.Supaya kalau ada call masuk and korang tak interested nak angkat takdelah bising.And boleh jugak untuk tutup malu guna phone murah,guna nada dering mono je.Aku lah tu.Lagi satu supaya takdelah kawan-kawan korang hantar mesej then korang terbaca "weh,result kau teruk douh!" takdelah terkejut beruk.Manalah tahu tengah-tengah nak lintas jalan terbaca sms macam tu.Terberhenti kat tengah jalan.Melayang pulak nyawa.
2.Jangan bawak kamera.Mungkin korang dah confident gila result korang mesti gempak punya.So,nak bawaklah kamera-yang-besar-gedabak-macam-nak-amik-gambar-orang-kahwin untuk merakamkan detik-detik manis mendapat result.Tapi malang tak berbau beb.Mana tau result tak segempak mana then mulalah geram then baling camera tu.Rosak.Pecah.Dahlah rosak pecah,tak boleh nak mintak camera baru sebab result tak segempak yang disangkakan.Tapi kalau sebelum tu pengetua dah call esok dapat anugerah cemerlang.Bawaklah...
3.Dahlah.Jangan ikut.Aku mengarut je tu.
Selalunya bila down,saya akan dengar lagu down yang jay sean nyanyi tu sambil membayangkan family saya menyanyikan untuk saya di depan saya.
So baby dont worry
You are my only
You wont be lonely
So baby are you down down down down downnnnnn
Padahal mak abah tak tahu pun lagu tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment