20100404

Satu Hari di Hari Jumaat.......i dapat lesen uuuu!

Dah lama dah plan nak keluar dengan kawan-kawan.Bila dapat lesen dari mak je..terus halu2 dengan geng.Dan pada hari Jumaat minggu lepas punya lepas agaknya,bergeraklah ke Bandar Bersegi Empat Sama.Dan kawan-kawanku yang boleh datang..ramai lah jugak.2 orang.ramai kan?Hah!Tulah.Sapa suruh tukar-tukar plan.i pilih yang paling dekat sekali ok.Maklumlah,i ni VVIP.

Sampai sahaja di tempat kejadian.Cehhh..macam buat karangan pulak.Alaa..rindulah nak buat karangan.WELK!haha.Sampai sahaja,diriku tidak diturunkan di kawasan luar Bandar Bersegi Empat Sama itu.Mak abah hantar lagi terus sampai dalam.Tengok!Tengok!Protective tak mereka?Dan akhirnya sampailah nampak kawan-kawan yang tak ramai tu.Sebenarnya,nasib baik mak abah hantar.Si Sabrina and Khaleeda ni lagi sikit nak kena paw(betul ke eja macam ni?ke pau?).Betul.Ish.Kalau mak tahu ni,lesenku akan ditarik balik...OH tidak!
Ok.Jadi kami pun berjalan punya jalan,dan sampailah ke pawagam...pawagam tak tahan..cinema lah.baru glams.tengok citer apa?Adalah dalam setengah jam
agaknya decide nak tengok citer apa.Ish.Cinema ni takde movie Remember Me.i nak tengok kekasih lama i berlakon.Ish3.Akhirnya,kita pun tengoklah Evolusi KL Drift 2.Lagi 1 jam setengah nak start.So,round the world la dulu.
Jalan-jalan.Makan McD.Gossip-gossip!Itu penting.Macam-macam cerita.Maklumlah dah bertahun tak jumpa kan.Cerita pasal budak-budak perasan.Budak-budak yang terpuji.Yang dipuji.Yang tergedik.Menggedik.Ish3.
Lagi setengah jam movie nak start,decide nak beli jam pink tuh jugak.Bergegas ke kedai ituuu.Yang lagi dua orang ni nak jugak beli barang,sebagai tanda nak tunjuk kat anak cucu nanti

"Ni,nek beli masa keluar dengan Daly Yang Hot Sangat tu!"
Pilih punya pilih...ish,lambat betul diorang ni memilih.Yang sorang kejap nak ni,kejap nak ni.Ish lagi 10 minit movie nak start masih kat situ lagi.Dah lah kat G floor.Nanti nak naik escalator lagi.

Pastu dah sampai tempat kejadian..ops..rindu sangat ni nak buat karangan untuk En.Lim.Haha.Dah sampai movie punya floor,si K ni nak pergi tandas pulak.Isssssssssshhhhhhhh.Tadi dah lah berlama-lama nak memilih barang macam nak membeli barang hantaran.Cepat-cepat lari.Janganlah berjalan terkedek-kedek macam nak pergi dating pulak.Cepat cepat!Rugi 10 hinggit kalau terlepas iklan-iklan sebelum movie tu pun tau!Dah masuk,bilik air penuh.Tak buang pun apa-apa yang patut dibuang.HAH!Tulah.Padan muka!Tahan jelah sampai habis movie.Tak pun bawak je cup air takut takut ada emergency kat dalam nanti.

Setelah 2 jam,menyaksikan aksi-aksi drift tembak-menembak jiwang tangkap tak sampai hingus meleleh,kami pun keluar dalam keadaan yang masing-masing menahan.Ish.bergegas ke bilik air.ohhh memang betul.Penuh.Beratur-beratur.Teringat masa sekolah-sekolah dulu.Selalu beratur nak naik bas pergi library walaupun library tu sejengkal je dengan sekolah.Eh,tiba-tiba pulak.

Dah melepas hajat,ada jugak yang merungut.Basah pulak.Jalan dah tak betul.Bengkang bengkok jadinya.Nasib baik straight.Eh..eh..Tiba-tiba pulak.Tulah.Toilet tu.Getah paip pendek sangat.Kalau takde bajet,nanti i boleh sedekahkan.Jadi kami pun bergegas ke toilet buat kali kedua.Tapi kali ni ke toilet di G floor.
WOW!Toilet G floor ni class uuu!Kelas lah dari yang atas punya.Tak ramai pulak tu.Kalau tahu dari awal dah turun.Tapi kalau nak tunggu sampai ke G floor,alamatnya ketiga-tiga mereka basah.




Ini K.Malu-malu kucing je.Eheheh....K sekarang sedang berkhidmat untuk negara!Fuhhh!Hopefully kita dapat UM sama-sama ok!<333 onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY2mDFcCcUcIgnTV3e-a4ibjubEpePfOpDyCm_vVAa46EOm8nPrRSrYb2r2vfAGgd_UHdq_VAl8ozuMu_QQd9abQA6aRA5brSPnpjefPn0zNVCGtNVWs6AYaFv8issWjNEtpqgrARljVY/s1600/Photo0127.jpg">Ini dia gaya jalan seorang pelajar berkarisma lagi cemerlang.HAHAHA.Cehh..tapi memang betul.Dia memang lagi cemerlang gemilang terbilang daripada diriku yang kerdil ini.Ohh..Cuma nya dia tak begitu expose sangat kan dirinya kepada public.Tengok.Amik gambar pun belakang je nampak.S,i heard the good news!S dapat MARA!Good luck for the interview!Study overseas nanti jangan lupe kat kawe mu yang cantik jelito niii...<333 id="gwProxy" type="hidden">

No comments: