20101101

Mata-mata dalam hidupku..



Mata pertama



Diletakkan pada tangga yang pertama kerana dia orang pertama yang diriku kenali.Mungkin dari dalam perut mak dah kenal dia ni.Sebab dia lahir dulu dari saya.Ya.Tepat sekali.Dia lagi tua dari saya.Tapi saya lagi tinggi dari dia.Takpe yang penting kita sama-sama vogue!
Aina Zuliyana nama diberi.Dalam kategori sepupu sepapatku.Dulu minah ni,takdelah hot mana.Tengok tv pun macam menjeling-jeling dengan tv tu.Macam lah tv tu nak balas balik jelingan dia.Sampai dapatlah gelaran "Nana senget" untuk phonebook handsetku.Then now,dia sudah dewasa.Eh tak tak best..Apabila sudah meningkat remaja,kejelitaannya kini terserlah.Hah baru macam ayat novel.Dah dah nana.Tak payah nak perasan.Itu copy ayat novel bukan nak memuji.Oklah.Bolehlah.Hotlah jugak tapi tak boleh nak kalahkan ke-hot-an i.So sekarang dah tak tengok tv jeling-jeling lagi dah.Sekarang dah pakai cermin mata.Sekarang dah pandai bergaya.Rambut dia lawa.Ketak-ketak mak i cakap.And yang paling best,dia pun study kat Melaka,tempat saya menyambung menimba ilmu pengetahuan.Sebenarnya,takdelah best mana sebab bila dah masuk belajar,dia pun start praktikal.Apakah?
Dan yang paling salute,muka dia bersih.Tiada setitik jerawat.Setitik ke?Tak tak.Sebutir jerawat.
Dah dah cukup.Jangan nak kembang kempis hidung tu nana oi.


Mata kedua



Saya kenali dia sejak di bangku sekolah lagi.Ayat macam nak hantar surat untuk kolum "mengadu dengan kak tipah".Tapi memang betul.Saya kenali mata kedua saya ini di sekolah menengah.Nama dia Aaina Kamilia.Nak dipendekkan cerita,dia telah tercampak ke sekolah saya masa kitorang tingkatan tiga.Yang paling best dia adalah anak kepada salah sorang cikgu kat sekolah kitorang.So,masa first first dia check in sekolah kitorang,semua pandang slack kat dia.Siapa minah ni?Oh anak cikgu tu.And cikgu tu pulak bab bab disiplin memang nak kena mengadap cikgu tu lah.Tapi apabila dah berkawan dengan dia,aisshhh dia jugak yang langgar peraturan sekolah.Dia jugak yang bawak handset,dia jugak yang ponteng kelas,dia jugak yang itu ini.Malu mak aina!HAHA.Takpe,yang penting genius.satu kelas untuk satu tahun sahaja iaitu di tingkatan 4 dan selepas itu,dia melupakan saya.Saya pun terpaksalah mengundurkan diri.Ecececehh..So,aina.Ops aaina.All the best untuk jadi minah motor yang berjaya!Perasan tak nama dia ada 2 huruf a di depan.Kiranya senanglah nanti kalau lost contact,cari dalam buku yellow pages nama dia atas sekali.Heheh


Mata ketiga



Saya dah lama nampak dia.Tapi dia tak nampak saya.Ini macam ayat dalam iklan produk pencerah muka pulak dah.Mata ketiga adalah Ainaa Azhar.Jangan confuse ya.Mata yang ini dia ada 2 huruf a di belakang.Sepatutnya aina yang ini saya kenal lebih lama dari mata saya yang kedua tadi tu sebab kitorang dah satu sekolah dari form 1.Tapi tak tahulah hujung pangkalnya kami mula berkenalan dengan lebih rapat(ececehh) pada 2008 sebab?Satu kelas jugak.Jadi kami sama kelas sampai form 5.Oh tidak cukup sampai di situ,kami sama tempat belajar iaitu di kolej matrikulasi melaka sekarang nilah.Dan tak cukup dengan itu,kitorang satu kuliah lagi.Wah!Unbelievable.Betapa kuatnya jodoh kami.HAHA.Jadi kita lihat selepas ini,apa lagi yang boleh menguatkan jodoh kami?Mungkinkah kami akan tercampak di tempat yang sama jugak next year?Kita tunggu dan lihat.(Info Gambar:Kanan sekali)


Mata keempat



Mata ni adalah mata yang terlambat sekali saya kenal buat masa sekarang nilah.Sepanjang hidup saya nilah maksudnya.Sebab saya kenal masa masuk matriks ni.So kiranya dah nak dekat hampir 6 bulan gitu lah kitorang kenal.Namanya Aina Mardiana.Masa first first masuk matriks,ingatkan dia duduk bilik depan,sebab setiap kali keluar bilik,muka dia mesti terjengul kat bilik depan.Tapi setelah berminggu-minggu lah jugak barulah tahu dia budak bilik sebelah.Ekeleh kaki merayap.Dulu masa tak kenal,selalu terdengar orang ketawa kuat-kuat tak kira masa.Eh eh minah ni.Gelak tak ingat dunia sampai kalau jumpa mak mentua,mak mentua reject nak jadikan menantu apabila ketawanya meletus.Hihi.Setelah itu,pertama kalinya dia mengetuk pintu bilik kami,sebab nak jumpa Aiman@Opie selaku ketua wing kitorang.Mengadu "Sakit perutlah.Sejak makan kat sini sakit sakit perut.Ada rasa sakit perut tak?Berak-berak je."Jadi aiman pun bawak dia jumpa ketua blok,dan ketua blok pun kasi lah dia ubat pil chi kit tek un.Haha.Padan muka.Makanlah sampai terberak-berak sampai tak boleh nak buang apa-apa lagi dah.Dan tak tahu bilanya kitorang rapat sampai duduk dalam kuliah,pergi kelas,pergi cafe,semua together-getherlah.Memory lost sekejap bilakah terjadinya semua itu?Yang penting sekarang saya pun dah ikut nak tergelak-gelak kuat macam dia.Jom gelak ramai-ramai.HAHAHAHAHA (info gambar:berdiri kanan)

Jadi inilah mata-mata saya.Mata yang saya maksudkan adalah nama mereka.Aina.Aina dalam bahasa Arab dan bila ditranslatekan ke bahasa ibunda kita,jadilah mata.Setakat ini,4 orang nilah mata yang saya ada.Itupun kalau ada yang tak tertinggal.Mungkin tahun depan,minggu depan atau esok ada mata yang baru dalam hidupku,siapa tahu.Anda pula bagaimana?Berapa banyak mata yang anda ada?

Untung diorang.Dalam phone,nama diorang mesti kena letak nama penuh sebab kalau tak tersalah send pulak.Tak sama dengan nasib namaku yang diorang letak kat phone diorang "DAL".Jangan korang lupa namaku yang hot tu sudah.Tapi kesian jugak bagi nasib orang yang ada nama dengan huruf a di pangkal ni.Yelah.Lagi lagi yang double a kat depan.Orang selalu tersalah send message,tiba-tiba dapat mesej "sayang you kat mana?".Itu ok lagi.Kalau dapat yang macam ni
"Aku bunuh kau!!"
Tak ke seram tu.

2 comments:

HAI.NA said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... i like... wlaupun i x hot haty ni hot jk bace...tpi x pe hidup muat sempoi...
uhh ye nk promote guna lah fair n lovely saje...~huhu

daly said...

eh eh..hot ke?dah la sekarang kat jerebu ya..dah macam gunung berapi meletus la ye..HAHA