20110429

Hay guys,i'm in London!

Miss Q telah post satu post pasal mindset.Idea mindset ni memang diperkasa oleh Miss Q.

So,result untuk anda ditawar masuk matriks untuk sesi 2011/2012 dah keluar semalam.Jadi mungkin ramai yang terlompat-lompat atau ignore atau matriks?Boleh capai cita-cita ke kat situ?

ITU SEMUA MINDSET!hahaha

Kita semua dah di-mindsetkan oleh orang sekeliling yang mungkin pernah masuk matriks,ataupun kawan kepada yang pernah masuk matriks,atau tak tahu menahu langsung pasal matriks tapi dah judge yang matriks sangat tough macam kau masuk situ,kau takde harapan nak capai cita-cita.Korang yang dah buat keputusan untuk taknak masuk matriks,wait,think about it.

Cuba fikir berapa ramai yang nak sambung belajar,tapi tak dapat.Sedih tak diorang?Kena keluar duit sendiri masuk swasta.Itu kalau yang berduit.Kalau yang takde duit?Masuk matriks,dapat elaun lagi.Satu sem 1k lebih.

Bagi yang tak pernah masuk asrama,matriks is the best place for your preparation for this big world.Dalam matriks,kita tak boleh keluar sesuka hati.Outing hanya boleh pada hari jumaat,sabtu and ahad.Dan outing or pulang bermalam,keluar dari pondok guard wajib pakai baju kuliah.Jangan prejudis pasal benda ni.Fikir hikmah di sebalik perkara ni.Outing pada hujung minggu sahaja dan mesti sampai kolej balik sebelum pukul 7 malam!Cuba fikir.Kalau keluar setiap hari,lepak sana sini,shopping sana sini,masa habis macam tu je,duit pun selalulah tak cukup.Nak makan McD lah,piza la,itulah inilah.Curfew ni sangat berguna lagi-lagi kat matriks timetable memang pack.Kalau keluar setiap hari,alamatnya tutor tak buat,study pun tunggang langgang.Pakai baju kuliah pulak,mula-mula mesti rasa macam perlu ke pakai baju kurung,kemeja keluar pergi shopping complex?Masa bila lagi nak pakai baju kurung raya yang tahun lepas punya tahun lepas tu,yang setiap tahun buat tu.Ahhh..sebenarnya semua MINDSET je.Kalau mindset kita positif,positif la.Kalau negatif,buruk je la yang kita nampak.

Matriks susahlah.

Belajar apa je yang tak susah?Nak belajar menyanyi pun kena kawal perut.Kalau silap kawal,keluar angin pencemaran udara.Dengan sistem matriks yang baru ni,banyak syllabus yang dah di-cut.Maksudnya,makin sikit.Tapi,for science students wajib amik physics.No choice.Physics isn't that bad.It's interesting actually.Macam aku amik physics pulak kan.But serious.Hanging with the physics students,sampai termimpi-mimpi physics hah.Interesting ke tak tu.Sampai masuk dalam mimpi tu.Tapi jangan risau,matriks dah takde lagi 1 tahun.Untuk program satu tahun,setahun setengah dan untuk program dua tahun,dua tahunlah kan.Eh,tak perlu risaukan?Takde yang merugikan..kan?Kot..

Kat matriks jugak ada Kemahiran Dinamika.A grooming class.Dah pernah state dah pasal ni.Kelas yang kita boleh enjoy,improve our self-esteem.Kelas Ko-k macam kokurikulum kat sekolah.Kelas sains informatik wajib untuk sains fizikal.Dan kelas agama.

Kelas agama?Mesti ke ada?

MESTILAH.And you'll find it very interesting and very eager to enter the class.Especially kalau dapat ustaz saya.Ustaz Asri.

Ustaz Asri pun selalu sebut pasal mindset dalam kelas.Sebagai contoh,pointer rendah.Kalau mindset kita cakap "aku tak boleh buat.",memang kita tak boleh buat untuk sem 2.Kalau kata "Sem 2 mesti aku boleh buat!" Sem 2 mesti score.Takpun macam kelas pagi.Malasnya nak pergi.Tapi kalau mindset kata,pergi je,balik tengahari boleh tidur sekejap.Mesti takde kosong dalam attendance.

Kelas agama ni sebenarnya untuk memantapkan kita punya pendirian diri.Bila masuk U nanti,macam-macam kes.Tak tahu lagi dapat roommates@housemates macam mana.Kalau dapat yang baik,alhamdulillah.Kalau yang species usung lelaki keluar masuk,macamana?Kalau adik umur 3 tahun takpelah kot.Tapi macam mana kalau adik yang umur 55 tahun?
WEI,TAKUTLAH PULAK!

Kelas agama ni best sebenarnya,sebab ustaz kelakar.Ustaz,segala pesanan ustaz saya akan ingat sampai bila-bila.Terima kasih ustaz.

MINDSET MINDSET MINDSET!
Kalau kita set nak jadi jutawan,kita usaha setiap hari.Strategi baru setiap hari.
Kalau kita set nak jadi pelajar cemerlang,kita usaha setiap hari.Jumpa cikgu bila tak faham.Tak tidur bila nampak katil sebab tahu masa kat matriks sekejap je.Stay up sampai pagi hafal mechanism.Eh,jangan buat macam ni tau adik-adik!
Kalau kita set nak pergi London,study rajin-rajin,supaya dapat pergi study kat London dan jumpa Prince William!!OHHHOO!

Jadi,jangan takut masuk matriks.Cikgu-cikgu semua baik.Roommates semua sama umur.Orientasi pun tak teruk.Makan minum pun murah.Betul.Murah.Seriously,murah.Murah.Betul murah.Ubah balik mindset orang yang cakap masuk matriks tak dapat capai cita-cita.

Obvious gila promote matriks.Biarlah.

VERSUS
Buat awak yang mahu berubah,
berubahlah walaupun payah,
berubahlah ke arah hidup lebih indah,
hidup dan masa muda sekali cuma,
sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?


THINK POSITIVE PEOPLE!Mindset!Mindset!


Cun! i'm coming!

Wassalam.

3 comments:

Farah Adilah said...

whoa!that's it Dal!!!

cik paahpooh said...

ni kite boley ckp blk dkat junior2 kan kakak faci?

QeylaZainal said...

yeah babe ! ahaha is the mindsettt :)) haha :)