20110612

I was in LA.

Maka sekiranya anda berasal atau tinggal dari/di KL Selangor dan sewaktu dengannya,sila berhenti membaca post ini sekarang kerana post ini akan berbaur kejakunan.

TYPO.I was in S.A. for 4 days. =') S.A. stands for Shah Alam.

Bukan bukan.Bukan untuk tengok Maher Zain live in concert lagi.Cuma nak menggamit memori.HAHA.

Kepergiannya saya dan keluarga ke sana adalah untuk menghadiri majlis kahwin sepupu saya.

Ok tipu.Dah tau nak pergi Shah Alam of course dalam kepala ada i-City.Peringatan kepada anda ,sila pastikan anda ada GPS navigator dan apa-apa sahaja yang sama jenis atau peta Shah Alam sekurang-kurangnya sekiranya anda nak pergi ke sana.Shah Alam banyak seksyen.Macam Putrajaya ada banyak presint tapi Putrajaya tak banyak sangat kereta.Shah Alam banyak kereta dan banyak roundabout.Betul ke eja ni?Banyak!Signboard pun kadang-kadang membantu kadang-kadang..hanyut!Kalau takde GPS/navigator/peta memanglah satu jam je dalam kereta.Sebut pasal roundabout,adalah dalam paling banyak pusing 4 kali satu roundabout untuk tengok signboard.See..i told you.Kena ada sekurang-kurangnya 8 kepala dalam kenderaan anda kalau nak sampai cepat ke destinasi yang dituju dan pastikan lapan-lapan matanya tajam dan tidak tidur.Dan apabila tiba di situasi beginilah mengiakan betapa pentingnya teknologi dalam kehidupan kita di dunia yang semakin maju dan ramai orang dan BANYAK KERETA NI!Kalau turun tanya kat petrol station pun,kebanyakan pekerjanya jawab macam ni;
"Saya dah lama duduk sini pun bang tak faham jalan kat sini."
Ada yang jawab dengan gelengan kepala saja sambil tersengih.Fahamlah tu bukan orang sinilah tu.Last-last,pakcik kelate yang tunjuk arah.Wahhh wa caya sama lu la pakcik kelate!Na na na na na..ganu kito!
Oh ya lagi satu idea,boleh jugak kalau nak senang,tempah satu passenger yang berasal,membesar dan tinggal kat Shah Alam.Confirm senang hidup.HAHA




Gambar-gambar ni semua kononnya-lah ada bakat terendam dalam photography art.

i-City sekarang dah bukak Snow House dengan Reptile House.Snow house tu nak masuk dewasa RM25 tak silap.Kalau kanak-kanak RM20.Tapi rasanya kalau nak masuk snow house,lagi berbaloi kalau pergi The Mines Wonderland.The Mines Wonderland pun ada lampu-lampu jugak.Ada zoo dan boleh naik bot.Pergi i-City tak payah nak malu-malu nak amik gambar.Sebab semua orang datang sini nak amik gambar.Jadi nak tergolek ke,baring ke..boleh.Silakan.Pokok-pokok pun boleh dipeluk cium selamat tak terkena kejutan elektrik.Rasanya kalau datang hari bukan cuti sekolah,lagi murah kot.Rasanya lagi 3 tahun lagi complete i-City ni.Jadi datanglah lagi 3 tahun ye.Insya-Allah masih hidup dan i-City masih berlampu lagi.


Ehh bukankah kita ke Shah Alam untuk tengok orang kahwin?


Hooyeah nak cari rumah pengantin ni pun susah tau.Nasib baik masa sampai dah cari dulu tempat nak tidur tu yang memang dekatlah dengan rumah pengantin ni.First first refer kad kahwin,tapi sayangnya,memang tak dapat nak tangkaplah peta dalam kad kahwin tu.Dalam peta ada tesco,tapi tau tak kat Shah alam tu ada bape banyak tesco?!haishhh..Memang..berpeluh hidung den.Tau tak bape banyak roundabout?Banyakkkkk!AAAAAAA!HAHAHA.Tengok gambar.Tau tau berapa je gambar saya amik berbanding gambar di i-City.Edit macam tu kira macam ada 5 gambarlah semua.Hehe.Eh 6 la.Kira pun dah tak betul dah.HAHA.Parah parah.


Lepas orang kahwin di S.A.,pergi ke orang kahwin di Keramat.Fuhhhh journey boleh buat tidur je la..Dah sampai agaklah petang,orang semua dah nak basuh periuk.Hehe.


Dah cakap dah.Saya jakun.Pekerja kedai makan ni macam comel-comel pakai baju cute cute siap pakai arnab punya telinga kat atas kepala.Cute macam cartoon Jepun kedai ni,kat area The Curve.

Miss Owl City,saya jumpa ni kat The Curve.Ada kedai jual macam kertas,buku etc yang lawa-lawa nice-nice.Mungkin inspirasi Adam Young.HAHA

Ohhh jejaka idaman,mari kita dating di sini..

Apa lagi?Apa lagi?Oh ya,saya jumpa model iklan Safi Rania Gold masa tengah jalan-jalan kat kedai-kedai open air The Curve.Alaa model yang cakap "Usia bukan masalah lagi." Agaknyalah.Tulah dia kot,ke pelanduk dua serupa.Takpelah.Seterusnya saya jumpa Awal!Awal!Awal di Ikea.Tapi Awal tak pandang saya sebab saya pakai baju kurung.HAHA.Nostalgic.Macam pergi outing dulu-dulu kan.Lepas tu jumpa Awal dengan Scha pulak.Laaa..patutlah tak pandang i.tsk tsk tsk.See..orang KL semua mana ada jakun jumpa artis,saya jakun.HAHAHA.Tapi takdelah jakun sangat macam jumpa Maher Zain dulu.HAHA


Gambar di atas adalah sebagai peringatan.Bila dah park kereta,ingatlah,tiang nombor warna semua yang berkaitan dengan tempat anda park kereta.Why?Kalau tak boleh hilang kereta tak jumpa-jumpa sampai lenguh kaki lutut ketaq semua.School holidays especially.Dan boleh jugak tulis url blog kat tiang tu.Famous nanti =)

Uptown SA pun saya pergi.Bolehlah.kalau orang JB,cuba bayangkan macam pasar karat kat Seget tu.Banyak jersey..oh yeahhh ejen Faeizah,saya nak beli jersey Team Malaysia!teehee


Waktu malam,layan ni.Jauh tu beli.



Jadi,begitulah cerita cuti sekolah saya.Nasib baik takde homework nak kena hantar.



Oh ya.Thumbs up untuk tempat tidur tu.Ada usrah,list zikir,list waktu sembahyang dan ada service untuk kejut Subuh lagi.Ahad malam kat belakang tempat ni ada pasar malam.Dan yang paling penting,bilik air dia best!HOHO

Jadi,jejaka idaman saya nak macam _ _ _3x versi melayu stok surau.Tapi tak jumpa kat Shah Alam.Hehe.

Berada di shah alam membuatkan saya ternampak-nampak roommate saya.Tapi sedihnya roommate saya dah kat Lamborghini..eh Loughborough.Lamborghini tu kereta i.HAHA.Lesen pun tarak,berangan lebih!

2 comments:

Farah Adilah said...

uiiihh panjangnyeee. tapi muka anda nampk lain.

daly said...

farah,mane je gmbr yg nampak muke dgn jelas?xde pun..lain la kot sbb dah lame hah duk umah ni hah.