20111019

Budak hayat jangan nak gatal sangat

Assalamualaikum dan Salam sejahtera salam satu Malaysia....Kita satu bangsa kita satu negara..kita satu matlamat..ohhhh..ohhh...

Jadi untuk pengetahuan semua,lagu itu menjadi favourite pulak sekarang.Kadang-kadang bila orang tanya pasal benda lain pun,saya akan jawab dengan lagu tu bila tak dapat nak jawab soalan mereka.Faham?Nak buat contoh ke?

Example 1:
Question:Dal...macam mana nak buat soalan ni?I supply dia sama dengan i1 ke?
Jawapan:Hahh...hahh..hah...Kita satu bangsa kita satu negara..kita satu matlamat..ohhh...

Example 2:
Soalan:Bila benda ni nak habis hah?Eh..esok kelas sampai pukul 7...
Jawapan:Hahhhhhhhh kita satu bangsa kita satu negara...kita satu matlamat ohhhh...

Example 3:
Soalan:Dal..buat tak soalan test 1?
Jawapan:Kita satu bangsa satu negara...kita satu matlamat...ohhhh....

Example 4:
Soalan:Tadi test,soalan tu...ada dalam buku.
Jawapan:Ku menangis...mengenangkan..betapa hancurnya....

Oklah cukuplah tu.Faham kan sekarang?

Setelah 43 hari lebih kurang secara rasminya menjadi budak fizik,dengan ini secara rasminya,saya merindui detik menjadi budak hayat.Orang kata jangan dikenang perkara yang lalu,pandang ke hadapan untuk terus maju.

Masalahnya sekarang,sampai sekarang saya confuse mana satu parallel mana satu series!!!Hoi...dulu biologi mungkin fakta sahaja yang perlu dihafal/difahami,tapi sekarang maths diaplikasikan di dalam fakta.Hamikkkk...itu belum cerita lagi pasal maths kejut yang membuatkan saya terkejut setiap kali membaca soalannya.

Rindu biologi?
Ya,saya merindui biologi di mana apabila masuk test/quiz,tak perlu membawa calculator,jadi risiko untuk calculator jatuh sangat tipis.

Sebenarnya,menjadi budak fizik takdelah seteruk mana.Cuma,kadang-kadang kita akan terasa rindu sangat kepada sesuatu perkara yang kita selalu buat.Rindu pada kertas soalan yang kita selalu jawab,sekarang sudah berbeza bentuk dan format soalan.Rindu pada experiment yang hanya perlu tiru..eh rujuk..discussion budak-budak bilik sebelah-menyebelah,tak pun lecturer yang bagi jawapan.Rindu pada experiment yang menggunakan air dan setiap minggu bahan experiment yang berbeza dan berwarna-warni.

Nampak tak bentuk penceritaan di atas melambangkan gaya pemikiran seorang budak yang tidak matang dan tidak bersyukur serta asyik merungut?

Cuma,nak ingatkan kepada budak-budak hayat,apabila memohon untuk kos masa hadapan dan sepanjang hidup,fikirlah mana yang terbaik dan mana yang paling diminati sampai kalau bagi 10k soalan dan eksperimen serta assingment pun sanggup buat dan tak rasa bosan langsung.Kalau nak mohon sesuatu yang bertentangan seperti hayat->fizik pun tak salah kalau anda minat dengan fizik.Jadi budak hayat jangan nak gatal sangat letak kos engineering or something related to physics dan apa-apa yang jauh menyimpang daripada minat kita.Fikir masak-masak.Lagi masak dari maggie yang sudah kembang kerana ini melibatkan masa depan dan bukannya seperti maggie yang kesannya hanya 3 bulan kenyang.

Dan percayalah,Allah tidak akan memberi sesuatu yang kita tidak mampu lakukan.

Dan kerana minat,usaha,doa,berkat dan tawakal,pasti dunia dalam genggaman kita(versi KLMU,eh KLMU ke UniKL ke KLiUC?)...eh takdelah.Pasti kita akan berjaya,Insya-Allah. *Maher Zain-Insha-Allah #nowplaying

Anyway,physics is not that bad.Tak payah hafal-hafal sangat pun..cuma...eh dah dah.Takde cuma-cuma dah.And Mr Biology,i missed you.

Sincerely,
Ex-MrB gf


http://www.youtube.com/watch?v=eNHs5SrCfJg

Sticknote;
Hai anak mak ;)

4 comments:

Farah Adilah said...

Dal Dal.Rasanya sticknote saya insyaAllah akan menjadi satu kenyataan.saya rindu Maths,I mean real maths.tapi,okey,kena bersyukur. best tak I Missed You?

m!en_0nLy_me said...

dal :) rindu jgk dak h3p6 yang gia2 happening...huhu..mkn same2..rindu~~

cik paahpooh said...

saya rindu nak belajar fizik.. kenapa saya perlu berhadapan dgn komputer setiap hari..dan bukan dengan formula yg banyak2 tu setiap hari..

QeylaZainal said...

haha.saya nampak kegedikan ex student hayat kat sinih. bahahha.nice post dal :)