20110821

Memoir terpahit@termanis

Tak lama lagi nak raya dah!!!(Y?)
Taklah (Y) sangat.Banyak lagi belum settle ni.Baldi belum cari.Baju belum kemas.Borang belum cop-cop(Eh dah cop dah(Y)) dan setem belum dibunuh@matikan.Makanan belum listkan.Kuih belum siap.Maths belum study(T__T).

Sebab tak lama lagi nak raya dan mesti semua dah balik kampung lepas tu semua tak boleh online sebab broadband@internet connection semua jammm dan semua sibuk kira duit raya dengan sibuk nak kemas barang-barang semua,bloglist pun berlambak-lambak nanti semua tajuk Selamat Hari Raya jadi post ni,kena post sekarang.Sebab posmen pun dah apply cuti raya.Eh takde kena mengena pun.

Yang tidak berkaitan,boleh mengundurkan diri segera.

B1.4.12
Kita mulakan dari hujunglah kali ni sebab diorang kan berdua je dalam bilik tu.Awww!
LiinDan
Dah lama tak jumpa LiinDan.Rasa sebak pulak tiba-tiba teringat dulu pergi Melaka central dengan LiinDan untuk balik raya.Eh tipu.Balik raya naik bas KMM kot.Tapi bulan puasa kan banyak balik dengan LiinDan.LiinDan pernah bermain badminton bersama saya di dalam blok(Y).LiinDan suka mandi bilik air tengah jugak tapi bila Stoik melabur saham dalam bilik air tu,LiinDan dan saya nak mandi bilik air tepi.LiinDan cepat tidur.LiinDan takkan kahwin dengan LinDan sebab LiinDan......LiinDan dapat mana?Bila ingat LiinDan,nyanyi lagu ni sebab selalu bersamanya untuk pulang ke kampung.
Mama
Cool tak?Saya ada Mama di kolej dulu.Haha.Panjang cerita tapi dipendekkan Mama suka panggil "Ala ala anak mama.Kesian dia.Meh sini kat Mama.".Dah tak payah nak tahu apa reaksi saya.Mama dahlah lebih kecil daripada saya >,<.Mama pernah mintak Campbell."Pergilah amik dalam kotak.".Mama kembali dengan berkata "Buku Campbell lah,bukan sup campbell!".Tapi paling tak boleh lupa,pada malam tragedi Mr.B,Mama cakap "Doktor ni mesti taknak check sebab malam-malam ni mesti dia takut dia...." So,ada sesiapa ingat?
Sebab bilik LiinDan dengan Mama ni dekat hujung,lepas tu berdua je pulak tu,hotspot untuk release tension dan tengok pemandangan yang indah lagi menakjubkan.Selalulah lawat diorang sebab diorang kan berdua.Kitorang selalu main make-up2 kat situ.Angin pun sepoi-sepoi berbudi bahasa.

B1.4.11
Rapeah Buang@Pebu
Pebu adalah kakak tiri saya yang sama mummy@papa.Faham?Tak faham takpe.Nanti mesti faham.Pebu adalah anak kepada MissShakeitright@Salomaa.Waktu masuk dulu Pebu ada menghilang sekejap tapi kemudian Pebu muncul semua pandang eh,Rapeah Buang!Bila Al-Mulk kat bilik ni,akan cop tempat Pebu sebab ada karpet(Y).Kata Hottie,mestilah duduk atas karpet(HAHA sila muntah 2 baldi sekarang jugak).Rapeah Buang ada baldi yang sama dengan saya!!Cool ok!Kau ada?Oh ya lupalah.Rapeah Buang masuk sama U dengan saya!Kau ada?(Ohh annoying woah ayat ni).Bila raya je,i mesti dengar lagu ni untuk ubat kerinduan i :D
MissLenggang
MissLenggang boleh jugak dipanggil MissOptimist.Jangan marah.Nanti kurus pahala puasa >,< . MissLenggang sebab dia jalan macam model.Jalan yang kena bayangkan ada satu garisan putih(tak kiralah putih ke pink ke,kalau nak hot bayangkanlah garisan warna merah).Macam dalam grooming class tu.Macam tulah dia jalan.Naik tangga pun macam tu.Eh tapi kita patut panggil dia MissWorld lah.Hah MissWorld!So cancel lah MissLenggang.So MissWorld sama kuliah dengan saya(Y).Memang kami selalu bersama.Gelilah.Dahlah.MissWorld suka belanja saya.Tak tak.Saya yang suka paw MissWorld.Paw dia suruh belanja roti canai,yong tau foo dll.Masuk sem 2 MissWorld tinggalkan saya.MissWorld sibuk dengan Nazim Osman.MissWorld,artis pujaan tak masuk U saya tu,sedihlah :( .
DancingQueen
Maklumlah di sini,dia memang penari di kolej kami.Oh yeah oh yeah,dia satu sekolah dengan kawan-kawan sekolah rendah saya!Ho yeah ho yeah!Saya tak tahu DancingQueen skandal dengan siapa.Tapi macam akrab(skemanya -,-) dengan rakan sekelas dia.Katil DancingQueen sangat empuk(Y) dan begitu banyak (Y) saya nak letak dalam post ni.Dan saya dengan MissWorld pernah buat katil DancingQueen seperti katil sendiri sambil menggamit memori silam.DancingQueen dah sambung belajar dah.Eh bila taip DancingQueen mesti teringat video dinner(n).
Mira
Oklah ni nama sebenar.Mira paling relax kot.Hujung minggu orang semua berhempas pulas nak siapkan tutor report,dia cool je marathon korean dramas.Tapi bila result keluar pun cool je mantap.Eh Mira dapat mana?Eh mira pun penari.So kalau letak DancingQueen jugak nanti confuse.
Nak buat cofession lah.Saya selalu pergi bilik ni untuk paw makanan MissWorld.Tak pun bila cari make-up artist.Hottie kan(muntah hijau).

B1.4.10
Doraemon
Yeah!Doraemon..Doraemon suka cakap Hai sambil kelip-kelip mata.Selalu jumpa Doraemon dalam bilik air waktu malam basuh kain.Doraemon sama kelas dengan Pebu.Woohhooo..Doraemon tak makan Dorayaki sebab kat KMM tak jual kot.Doraemon memang pandai macam Doraemon yang lebih pandai daripada Nobita tu.Doraemon punya earphone warna pink(Y).
Sizuka
So Sizuka is one of the 4 flatters.Cayalah!Sizuka dapat mana?Oh itu bukan persoalannya sekarang.Persoalannya,Sizuka dah tunang belum?Notes kat dinding Sizuka sampai atas,sampai cecah atap(tipu.).Just nak gambarkan jelah.Kat atap bilik ni penuh dengan formula-formula,formula ke kalau macam ni CO2,ini formula ke chemical formula ke apa?Ah abaikan.Saya bukan tak nak tampal formula formula tu kat atap,cuma tendency atap-atap saya terbang macam sangat tinggi,jadi saya kuburkan sahaja niat saya tu (^_~). Sizuka ada macam-macam buku Campbell.Jadi Mama dah tersalah orang.Sepatutnya dia mintak Campbell kat Sizuka,bukan saya.Sizuka pun cantik dan bijak macam Sizuka.Faham?
Kak Ecah
Nama je Kak Ecah.Tua setahun je.Tapi mula-mula tak tahu pun Kak Ecah ni tua setahun.Ohh awet muda la you.Awww!Kak Ecah kira sporting sebab tak marah kitorang main baling-baling Stoik.Eh haha.Mana ada.Kitorang baling-baling Tiger Woot je.HAHA.Nak buktikan betapa sportingnya Kak Ecah.Kak Ecah kalau kahwin nanti,bolehlah kami semua jadi flower girls.Hihi
MissKpop
Kalau nak baca Kpop edisi terbaru,pergi je bilik ni.MissKpop semua ada.Kalender Kpop pun ada.Eh bilik ni pun ada novel!Novel awww awww jiwang-jiwang!Ok dah.
Bilik ni telah menjadi bilik paling bising malam sebelum hari peperiksaan besar@penting.Sebab?Sebab diorang semua dah study.Bilik-bilik yang lain semua senyap,dapat dengar bunyi orang selak-selak kertas ataupun bunyi kepala dihantukkan ke dinding(woahh tipu ni!)

B1.4.9
MissShakeItRight
Yawwww!MissShakeItRight is my papa.Tapi dia Mummy kepada Pebu.So,senang cerita khunsa.Cehhh ini kisah kanak-kanak bawah umur yang tak mengenal dunia luar T__T. MissShakeItRight sama kuliah dengan saya(Y)!So kami memang suka duduk di kuliah bersama dan akhirnya saya dan MissLenggang,eh MissWorld lah, tersengguk-sengguk,tapi MissShakeItRight shake kitorang cakap ,"Bangun bangun!Sem baru!Azam baru!".Tak berkesan.Saya tetap tersengguk-sengguk kalau ngantuk.Tapi MissShakeItRight tak pernah tertidur.Kalau mengantuk pun tak tidur.Dan dia suka shake shake. Cool aje kalau kerusi kat dewan kuliah tu bergegar,bukan gunung berapi,tapi MissShakeItRight keluarkan asap.Eh apebenda ni?Dah dah.Tak faham dah.MissShakeItRight ada habit.Apabila dia sangat suka,dia akan gelak sambil pukul orang sebelah.Apabila dia sangat nervous,dia akan pukul orang sebelah.Kalau dia sangat excited,dia akan pukul orang sebelah.Apabila dia sangat ______,dia akan pukul orang sebelah(isi tempat kosong dengan dengan apa-apa yang sesuai.Banyak woahh).MissShakeItRight suka Maidin(nama samaran).MissShakeItRight kalau nama dia Ainul Mardhiah mesti sopan santun agaknya.Hypothesis saya ni.
Poopmon
Hai....!(Sila buat gaya hai macam Poopmon.)Hai...!Poopmon suka keluar bilik kalau nampak lambai-lambai hai...haiii...haiii...Eh dah lah.Bilanya nak bye kalau asyik hai.Gempak tau birthday Poopmon,ada kertas siap gambar Poopmon diedit.But seriously,bila masuk bilik air 12 lebih malam,tutup pintu mesti macam,eh dah dah.Poopmon comellah.Kecik je.Lepas tu selalu kena buli dengan MissShakeItRight.Kesianlah.
Bapakmon
Takut takut takut.Bapakmon tak suka bising-bising.Dahlah si MissShakeItRight suka gelak kuat.So,nasib baik Bapakmon ada datang menyelamat supaya kami tidak gelak dan gosip kuat-kuat pada waktu malam.Bapakmon tak pernah jawab soalan saya ni.Mana awak kenal dia?
Togemon
Opocotmon ke togemon?Alaaa...takpelah.Apa-apa pun boleh.Woahh woahhh semua suka kacau Togemon sebab jealous dia comel.Tak,itu bukan fakta.Haha.Dia suka opocot,tapi takpelah sebab saiz dia pun kecik,kalau opocot nampak comel.Togemon pandai melukis.Serius,presentation BI dia pun hot.Eh Togemon sama U dengan saya.Kau ada?

B1.4.8
Patamon
Dulu,nak cakap dengan Patamon pun segan.Eh bukan segan.Takutlah.Tapi Patamon sebenarnya tak garang punlah.Patamon boleh touching jugak tau.Patamon pandai urut,pandai letup-letup angin.Nasib baik bilik depan je.Jadi kaki sakit mintak Patamon tolong.Terima kasih Patamon :') Patamon sebenarnya berbakat besar.Dia boleh menjadi pakar urut bidan satu hari nanti.Korang bayangkan,Patamon bersama sanggul di kepala mengurut MissLenggang yang baru sahaja melahirkan anak ke-6.Bayangkan.Mungkin satu hari nanti,Patamon ada kedai urut profesional yang dapat sijil halal jakim selain menjadi penari Korea terkenal.
MissOwlCity
Dulu,nak cakap dengan MOC pun takut.Eh bukan takut.Seganlah.(Syncronize tak dengan di atas?) MOC suka jogging,suka sarapan pagi-pagi bukan tengah hari.Kalau rajin ikut MOC,kalau bertuah,dapat new adventure.Kalau lagi bertuah,dapat masuk blok lelaki.LOLOLOLOLOL. MOC suka adam young dan owl.MOC,saya tak sempat nak belajar macam mana nak lukis owl.Selalu tukar sticknotes dengan MOC.MOC perkenalkan maggie itik dan kimchi.Selalu ikut kuliah MOC sebab macam best.Eh memang best lah.Selalu pinjam notes MOC sebab best.Ada warna-warni.MOC,sedihlah,dah tak dapat tukar sticknotes lagi.MOC,kos saya sama dengan Sir awak.Mungkinkah salah satu sticknote yang anda tampal tu...ingat tak?Yang lebar sikit tu.Ingat tak. "Dahulu saya fail Maths.But look at me now.Setiap hari saya bergelumang dengan Maths." ingat?Nak pergi Italy dengan MOC lah sebab tengok Eat Pray Love dengan MOC sambil perut berdendang.Dengar lagu ni,mesti teringat MOC lah.Fakta:Bukan lagu owl city.
MissAIO
MissAIO bila nampak AIO walaupun kat dalam handphone dia je pun dah excited sampai nak mengalirkan air mata sampai MOC bising.Ganggu dia tidur.Eh lupalah.MissAIO sama kuliah dengan saya(Y)!Comel tau MissAIO pakai kasut hush hush pergi kuliah walaupun kecik.Eh hush hush tu parcel tau.Cool tau,dapat parcel kat kolej.Kau ada?(eh annoyinglah ayat ni). MissAIO suka cakap "Dal comellllll.....".MissAIO suka molusca.MissAIO,take care.Sobs sobs.Kalau ingat MissAIO,automatik lagu ni muncul
Serius ni.Teringat video tu.HAHAHAHA.Gelak terjun tingkap!Malu sungguh.
MissMindset
Jangan nak cantik sangatlah kan.Jangan nak comel sangatlah kan.Jangan nak tidur sangatlah kan.Jangan nak mindset sangatlah kan.Jangan nak carrot susu sangatlah kan.Jangan nak mata palsu sangatlah kan(eh tapi cool jugak).Jangan nak amik gambar dengan lembu angsa masa pergi outing nak beli pisang kat MT pakcik teksi singgah rumah dia sangatlah kan.Jangan nak pergi main basikal dengan MOC sampai masuk kluster C ohh dapat jumpa anak En.Khai yang pandai dan anak cikgu Alimi sangatlah kan.Jangan nak kahwin nanti jemputlah saya sangatlah kan.Jangan nak terima kasih suka masuk bilik dan buat soalan past year depan kipas sangatlah kan.Jangan nak bawak toto dengan MOC tidur dalam bilik saya sebab katil selerak sangatlah kan.Jangan nak jaga diri di sini nanti sangatlah kan.Jangan nak jutawan sangatlah kan.Kalau teringat MissMindset pulak,dengar lagu ni

B1.4.7
Helija Helmi
Alololo..tak payah nak perasan sangatlah kan.Eh itu untuk MissMindset je.Helija Helmi ada farmasi sendiri.Jadi kalau lenguh kaki,perut buncit,demam dan macam-macam jenis penyakit lagi,boleh mintak kat Helija Helmi.Helija Helmi punya stok paling laris ialah minyak tanduk rusa. Stok makanan juga banyak jadi MOC memang suka datang dan akhirnya keluar dari bilik kami dengan tersenyum bahagia.Helija Helmi dapat dekat je.Helija Helmi tak suka makanan pedas-pedas aww awww.Nasi lemak pun makan tanpa sambal tapi dengan cili sos.Aaaahh macam mana tu.Walaupun kami tinggal berdua je dalam bilik kadang-kadang boleh tak tidur sampai pukul 3 pagi.Oh memori tu tau.Helija Helmi tak pandai naik basikal,jadi Helija Helmi selalu kena tinggal kalau kami nak main basikal.Setiap kali hujung minggu,Helija Helmi akan kejutkan saya untuk makan tengah hari dan makan petang.Helija Helmi,macam mana ni?Maths ni!Macam mana ni?!Semoga Helija Helmi berbahagia bersama orang-orang tersayang.
Lysa Surihoney
Lysa Surihoney memang selalu kena kacau dengan Helija Helmi and I.Wooahh woahhh kitorang cepatkan jam kat handphone dia dengan kat dinding supaya dia tak lambat pergi kelas.Hehe.Kitorang tukar alarm tone dia pada lagu hari raya.Berasaplah Lysa Surihoney kalau baca ni.Kami mohon ampun.Lysa Surihoney pernah dump Tailor Lautner.Jangan salah sangka.Tailor Laurtner ni tak sehebat Taylor Laurtner dalam filem New Moon tu. Lysa Surihoney sangat diminati oleh Fared Kamil.Mempunyai peminat yang setia ini memang agak sukar bagi Lysa Surihoney untuk menghadapi hari-harinya di kolej.Saya turut tumpang simpati.Dan Lysa Surihoney,sorry about the ants.Taklah.Kalau ingat Lysa Suryhoney tak ingat lagu Ella pun.Ingat lagu ni
Hihi
Tyz Zaqyah
Eh jangan tak tahu,Tyz Zaqyah ni famous sangat.Lagi famous dan lagi hot dari saya waktu di kolej dulu.Ya,berjalan dengan dia seperti berjalan dengan orang kenamaan.Semua orang angkat tangan lambai-lambai.Cakap-cakap dengan Tyz Zaqyah tiba-tiba Tyz Zaqyah tiada di sebelah.Rupanya dia tengah salam semut kat belakang.Segan I.Tertumpang glamour tiba-tiba.Haha.Tyz Zaqyah banyak shooting di luar jadi dia jarang berada di bilik.Eh meetinglah,bukan shooting.Jadi kami yang tinggal di bilik selalu melakukan perkara-perkara berfaedah.Ya ampun buk,video Lysa Surihoney keluar pintu itu sekadar untuk membuktikan kami sayang anda.Kalau dengar lagu ni ingat Tyz Zaqyah lah,

Aduh,sperti baru semalam kita bertemu.Seperti baru semalam kita kena marah sebab tak tengok jam.Seperti baru semalam kita pergi pasar tani beli pisang.Seperti baru semalam kita main badminton dalam blok.Seperti baru semalam kita kena marah lagi.Seperti baru semalam kita buat video clip.Seperti baru semalam bergambar semasa bomba ke check aedes datang.Seperti baru semalam kita pergi terawih kat Surau Ibadurrahman.Seperti baru semalam kita moreh beramai-ramai.Seperti baru semalam kita pasang lampu raya.Seperti baru semalam tengok Stoik dengan Tiger Woot berwootwoot.Seperti baru semalam bersihkan tandas sebab Tiger Woot ke Stoik ke anak-anak diorang melabur saham.Seperti baru semalam mintak soalan kuiz.Seperti baru semalam bergambar di padang.Seperti baru semalam berjabat tangan dan berpelukan.

Jadi memang mereka semua artis dan orang kenamaan.Tahniah kepada saya kerana dapat tumpang glamour mereka.Weeewittt!

So,roommates,wingmates,take care,have fun,thanks for everything and sorry for being such an annoying hottie.Hoho.

Eh,nanti dah masuk U,group kat FB jangan senyap je.Tau-tau nanti 10 tahun akan datang ada post
"Hai,saya anak nombor 6 MissWorld."

Almaklumlah,5 tahun dah pandai hack akaun FB mak.

Selamat Hari Raya.Maaf zahir batin.Pasti berjaya.

Always miss and love,
Me

Sticknote;
Yang terpahit jua termanis,semuanya bagiku terindah,kuingati buat selama-lamanya.

8 comments:

NuMeeQah said...

B1.3.12?? hehehe

Farah Adilah said...

Dal!! bila post ni?? Baru perasan. Kelakar gila Isteri Solehah okey. Hahahaha. Tak tahan gelak. kDahBye :D

Afina said...

tiba-tiba rasa tangan ringan nak landing atas you, hottie!! Miss World dah terlalu famous untuk NO.

P/s : thanks for your shoulder. always. =")

. aina said...

rasa nak berjoget joget girang tanpa henti dan cuba untuk kelihatan tidak pelik bila baca entry nie :B

Alissa A. said...

Hahaha memang betul saya memang selalu kena buli dengan MissShakeItRight ! LOL, hehehe.

Tersenyum seorang seorang pulak bila baca entry nih.
Rindu pulak rasanya :')

xx

daly said...

Numeeqah;Eh bilik tu kat bawah la.camne ek?haha

farah,afina,aina,lisa; :) <3

QeylaZack ! said...

and now , aku pulak yang baru perasan =') so shweet . terharu dal . sobosobo !

daly said...

sobs sobs.jutawan,sila jaga diri anda nanti di sini :)