20121029

Pesan Adik

Sudahlah.Cukuplah tu dengan post post yang mengarut.Let's get back to the serious business.Mari kembali ke perniagaan yang serius?Let's get back to the right track.

Many things happened.Everything happened for a reason.

The end.

Just kidding.

#1 Legoland
I went to Legoland Malaysia!Woot woot! The first in Malaysia. Woot woot! How cool is that? Betul-betul ho liao! So,the story is,my big family and I went there on (bukan semua benda kita boleh ingat) and the ticket s price were not RM180++. Diskaun okay. Kalau RM180++,tunggu 3 tahun akan datanglah pergi.Kenapa 3 tahun? Kita tunggu 3 tahun akan datang baru bagitahu. Anyways,it was fun.The company was fun,actually. It is not easy for us to gather everyone in the family,and that day we had incomplete members,indeed. Apa merepek bahasa tunggang langgang. Kbye. I had fun. It was awesome. And worth it AND AND AND WE SHOULD BE PROUD.WE HAVE LEGOLAND THEME PARK IN OUR COUNTRY.


Wait,did I mention that I had my bad tudung day on that day?So,one photo is enough.

#2 Sophomore
Well,it shall be post in another post.

#3 MY BROTHER GOT MARRIED!!!


Your brother got married and what's up with this picture?
Suka hati kite la weyyy.Blog kite.Ahhhh ni semua syndrome Diba Lori la ni.

Yeah,my brother is married.I'm very happy for him and welcome to the family Kak Zura :)

Hai abang! Kini abang sudah bergelar suami orang. Tahniah. Mungkin tidak lama lagi bergelar bapa orang pula? Dan adik akan jadi aunty yang paling gorgeous di muka bumi ini. Hihihihihihi. Kalau dulu abang boleh tipu adik suruh beli kereta control abang,mungkin adik pulak akan tipu anak abang untuk membeli stationery adik zaman sekolah punya?HAHA.Kala dulu kita bermain badminton bersama-sama dan raket adik saja yang patah,kini raket abang pun abang campak dalam bilik adik?!!Mentang-mentang bilik tidak berpenghuni. Kala dulu kita pernah main dengan jiran belakang namanya Ain,walaupun sekali,kira kita mesra jiran lah jugak kan ;) ,sekarang Ain pun dah main dengan anak dia bang oiiii. Kala dulu,kita pergi tuition Mrs. Sugu sama-sama,kini kita tak boleh hantar anak abang ke sana kerana Mrs. Sugu pun kurang sihat.How time flies.Get well soon Mrs. Sugu. Kala dulu kita pernah ke sekolah agama bersama walaupun jalan jauh-jauh,hot kot kita bang (vain).Kala dulu kita sama-sama main kampungchat,sekarang ni zaman facebook,rajin-rajinlah conteng dinding adik dan tanya "Duit belanja ada tak? Abang nak bank in." Sejuk perut mak mengandungkan abang,tak gitu?  Kalau masih ingat, kita pergi ngaji sama-sama dulu,dari petang berganjak ke selepas maghrib. Apa motif cerita pasal benda alah ni semua? Takdelah, adik cuma nak ingatkan, ingat tak ada 2 orang adik-beradik pun datang ngaji sama-sama dengan kita. Abang dan adik jugak. Adik dia tu baya adik. Adik dia tu dah hensem sekarang. Jadi,doakan lah dia jadi bakal adik ipar abang pulak. 

Ok.Bye.


Sticknote;
Selamat menjadi suami.Selamat menjadi ketua.Selamat menjadi pelindung.Selamat menjadi nakhoda mengemudi bahtera berpandukan syariat Islam.Di bawah telapak kakimu,kini terletaknya sebuah syurga milik seseorang tetapi ingatlah wahai kakanda,syurgamu tetap di bawah telapak kaki bonda tercinta kita.

Salam sayang,
Adik.

2 comments:

Farah Adilah said...

baiknya adik. siap bagi pesan panjang lebar.

daly said...

:D