20130122

The dark knight

Setelah tamat semester 3 ni,kondisi badan masih seperti dulu. Masih sama. Setelah hampir 4 bulan tak tidur malam,tidur petang aje,malam buat kerja,hamikkkkk,dah macam jetlag apa balik rumah pun sama lagilah dengan wifi whoaaa memang mata segar je la boleh apply kerja jadi assistant the dark knight for the dark knight comeback.

Start semester 3 dulu,memang tidur paling awal pun pukul 1 la.Tu kira amazing dalyana masuk tidur pukul 1. Pukul 2 pukul 3 rumah masih terang benderang. Bunyi keletang keletung amik pinggan,makan. Fuyyyooo nampak tak disitu. Rumah. Perkataan "Rumah" uolls. Kalau duduk kolej kediaman lagi confirm confirm la pukul 11 dah pakai stoking untuk tidur. That's the best part duduk rumah and not residential college. Boleh study sampai 4 5 pagi (jangan terpedaya) sorang-sorang. Masuk bilik air sorang-sorang (selama ni ada orang duduk kolej masuk bilik air together-gether?ada! But not me okay).

But the best part always comes with the bad part. Baru complete orang kata. Kos sara hidup di rumah sewa tinggi. Sewa rumah je dah berapa. Makan minum. Elektrik air. Haihh. Tapi bagus jugaklah kadang-kadang. Belajar independent. Lampu rosak. Langsir asyik jatuh makcik aduhai. Kepala paip tercabut. Sinki tersumbat. Pijat(special for Opie). Tong sampah bocor. Trip and black out. And the list can go on and on.

video
Sorry for the very bad quality video. This video shows our tong sampah bocor and it looks like someone sedang melepaskan hajat kecil. And I know you can see nothing other than the full tong sampah. The tong sampah was contented. Everything deserves to be happy right?

So kira boleh dipanggil mahasiswa berdikari. Ke beli kari? No no no. Masak kari pun fail. Eh tak sebenarnya masak kari senang je. Kan ada rempah kari? Hah masak je la. Belakang paket tu ada resipi kari. Apa cerita pasal kari..Kalau cerita pasal senang,semua nak cakap senang. Bab tu senang. Bab ni senang. Lepas tu dapat soalan ketaq lutut sebab aircond sejuk sangat. Kaitan sangat kan.

Tapi selalu rasa was-was. Bukan sebab rumah tu dulu ada orang bela anjing. Bukan bukan. Tapi sebab dah duduk berjauhan dengan rakan sekelas yang lain, sebab dulu duduk berkongsi satu bilik air 8 orang, sekarang dah tak kongsi lagi sebab takkan setiap pagi nak pergi kolej kediaman mandi kot,tapi macam good idea jugaklah,boleh save air, so setiap pagi akan rasa

"Eh betul heh exam Khamis. Bukan hari ni. Betul heh? Confirm?"
"Betul. Betullah kalau tengok jadual tu betul."

Then,macam mana pulak kalau satu rumah terbabas bangun lambat? Kelas start pukul 10,datang 10.30,kelas habis pukul 11. Woahhh terbaik. Sorry sir. We woke up late because of last minute study for the test :/
Ewwww bajet bajet. Bajet Dr baca blog kau. Bajet bajet.

Konklusinya,saya tidak boleh tidur waktu malam lagi. Jetlag jetlag. Bajet bajet.

Aiseyyyymannn...I want to be normal. Masa study week exam week lagi teruk. Tak nak bangun pagi sebab takde makanan. Housemate tak masak,tidur balik sebab kalau berjaga nanti lapar. Ewwww tak senonoh perangai tunggu orang masak. Eh mana ada. Sebab malam tak boleh tidur, tu yang siang tidur tapi bagi alasan tidur sebab taknak lapar. Jadi takdelah nampak anak dara pemalaih. Nampak tak permainan dia? Wahh bila masa lapar dengan makanan ada permainan? Play-doh hah? Tak. Sebenarnya save budget. Hujung sem poket dah kering. Pagi dan tengah hari tak makanlah dan petang kita beli lauk,malam boleh makan untuk supper. Jimat!

Sticknote;
Jangan reject saya. Saya bangun awal bila dah habis jetlag nanti. Bajet bajet. Sticknote kau pun nak bajet.

So you can click the "Unfollow this blog" button now. Because you have found me annoying,distracting and such a waste of time.

Xoxo,

D

Publish!

Omg.

Istighfar Dalyana dan kawan-kawan.


No comments: