Showing posts with label entry berantai. Show all posts
Showing posts with label entry berantai. Show all posts

20110611

Saya dah ada Macbook.

Post ini akan menjadi post merepek meraban yang takde apa-apa relevan langsung dengan title di atas.Hanya menceritakan pengalaman saya sebagai pengurus di sebuah kafe terkenal di alam maya.


Saya tengah pening kepala sekarang ni.Tadi saya baru masak menu baru untuk penuhkan table buffet.Tapi apa yang terjadi sekarang ini ialah,French Onion Soup yang saya masak tadi petang dah siap dah.Sekarang ni takde tempat nak letak.Almaklumlah bajet kafe ni tak cukup untuk beli lagi satu table untuk hidangkan makanan.Menu makanan maksimum 3.Aduh pening kepala.Masak dahlah 4 5 jam.Berpeluh hidung den ni hah.Jadi saya berharap sangat lebih ramai orang datang untuk menghabiskan Gem Cake yang besar gedabak yang kiut giler tu dengan cepat supaya saya boleh letak French Onion Soup yang memang delicious sehingga menjilat jari.

6 servings more.Faster faster!Cepat cepat.Takkan makanan aku nak rosak lagi.Leceh!Mati aku kena marah dengan bos!Aduh..masak masak!

Oh ya sebelum terlupa,anak buah saya yang paling setia dan sangat rajin yang saya akan bagi full marks dan compliment tinggi melangit,Aina.Dia yang angkat pinggan,basuh pinggan,jemput orang masuk,amik order.Semua dia buat.Saya ingat nak hire anak buah lagi tapi tengoklah dulu,depends pada bos.Kafe ni tak cukup bajet lagi ni.Nak beli table pun tak cukup.Stove tu pun nasib baiklah sikit.Kalau banyak mahu pening jugak kepala nak masak banyak-banyak.tapi bos kata nak kasi Macbook kat setiap pekerja dia bila kafe dah ada cawangan kat overseas.Optimistic sungguh kan bos saya ni.Table pun tak mampu nak beli lagi.Haha.

Hoooyeahh!Alhamdulillah,saya sudah ingat bila saya jadi Miss Optimist.
Bukti;gambar di atas.Like seriously,kalau korang,tak malu ke nak buat tag nama macam ni?Malu kan.Tapi saya tak malu sebab yang pergi tempahkan kawan saya.Tapi adalah dia cakap tauke kedai tu cakap siapalah dalyana ni.Tak kisah lah.

Kronologi tag di atas;
Semasa saya berada di tingkatan 2 ke 3,saya ada satu group yang memang utuh ukhwahnya.Kitorang siap buat baju sama.Baju tu siap saya jahit labuci lagi tau.Then diorang decide nak buat tag nama colour pink seperti di atas.Macam-macam nama la yang sendiri suka dan saya terlalu optimis decide nak buat seperti di atas!Tarrraaaa!!!

Cita-cita memang tinggi melangit.Sampai pernah jadikan headline kat myspace "I must get the title Dr in front of my name."Zaman myspace dulu,zaman tak matang kot.Zaman cuci mata,zaman pergi ISS,zaman berangan macam nak pergi angkasa macam Dr SMS senang sangat,macam senang sangat nak jadi doktor padahal masa tu belum dapat keputusan PMR dan tak tahu pun nak amik stream ape.But then lepas habis PMR kita orang semua cikgu suruh tulis dalam kertas kecil nak amik stream apa.Ada 3 pilihan;science,akaun,perdagangan.Dan saya si Miss Optimist telah memilih pilihan pertama walaupun masa tu saya duduk kelas last sekali.See?Miss Optimist tak saya?Dan bila dapat keputusan PMR saya melompat dan jerit "Saya boleh jadi angkasawan!".Bro..Eh sis...I was only 15 at that time.Tak tahu pulak add maths biology physics chemistry semua boleh buat otak yang sangat rajin macam saya ni putus fius.HAHA.See,Hlovate really influence me.

Eh korang,rindu pulak kat korang.Sekarang ni nak jumpa geng tag pink ni pun dah susah dah.Masing-masing sibuk dengan hidup sebagai seorang student demi menjadi rakyat yang menjana ekonomi negara dan berbakti kepada agama dan bangsa.Cehhwahh!

Walaupun saya tak dapat amik medic,tapi saya still boleh dapat title tag tu dalam bidang yang saya terrorrrrist..eh terrorrrrr!

Wah tetiba entry ni dah tak merepek meraban saya rasa.Cehh perasan!

p/s;Hari ni hari jadi Roommate saya,Paah!Happy birthday Paah!May all your dreams come true.May Allah S.W.T. bless you.Rindu wey nak borak sampai 3 pagi pastu masuk bilik depan.HAHA.


Ini je yang saya mampu bagi.Maklumlah,gaji sebagai pengurus kafe alam maya,takdelah banyak mana.Eh memang takde!

20110610

Read and heed;Miss Prejudice vs Miss Optimist

Dalam sesetengah perkara,saya boleh jadi Miss Optimist yang sangat menyokong dengan bagi hujah-hujah relevannya sesuatu isu.Dalam sesetengah perkara juga saya boleh jadi Miss Prejudice yang akan mempersoalkan 1 juta 1 sebab dan alasan kenapa mengapa itu ini.

Prejudice:Unreasonable feelings,opinions,or attitudes,especially of a hostile nature,regarding a racial or national group.

Optimist:The tendency to expect the best and see the best in all things.

Recently,i chatted with my friend,Afina Kassim.Ok hold down.Kelakar kan chatted tu..Kiut sangat.Chatted.HAHA.Ok dah dah.

Saya sangat prejudis terutama apabila melihat tak boleh mention-lah.Nanti orang meluat dengan saya.
Terlalu prejudis sampai macam kalau terkena kat batang hidung sendiri nanti macam mana?Batang hidung sendiri pun dah la tak cukup panjang.Agak-agaklah.

Sikap ini terbawa-bawa sampai fikir cari gali 1001 sebab mengapa diorang kecik-kecik lagi dah pergi dating.Hinggalah tiba pada satu ketika,mentol bercahaya ada di atas kepala.

Selalu sangat kita baca dalam majalah-majalah Manggis,Mempelam,Klio,Tujuh Belas,Bulan Kecil,Dalam Trend(semua majalah ini tiada dalam pasaran) mesti terpampang kat front page tajuk ;
10 tips memikat jejaka idaman
10 tips nampak menarik pada dating pertama

Sampai rasa takut nak beli sebab takut orang ingat kita beli sebab nak dapatkan tips tu.HAHA

Cuba tips 10 tips memikat jejaka idaman tu ditukar dengan;

10 tips mendapat mimpi indah
10 tips menjadi kaya
10 tips lulus interview biasiswa JPA,MARA
10 tips menjadi anak solehah
10 tips melembutkan hati guru supaya tidak dibebani dengan assignments
10 tips menjadi hot
10 tips mendapat lesen kapal terbang
10 tips mencuci pakaian
10 tips menjimatkan elektrik
10 tips mengemas bilik tongkang pecah
10 tips menjadi kurus dengan makan banyak
10 tips mendapat duit dengan cara mudah
10 tips menjadi boss
10 tips melawan nafsu shopping
10 tips bangun awal
10 tips download lagu movies dalam jangka masa pendek
10 tips menjadi jutawan
10 tips memiliki iPad dengan mudah
10 tips menunggang basikal
10 tips menanam pokok bunga
10 tips membuat revision dengan pantas dan cemerlang
10 tips menjadikan wajah terpampang di muka hadapan surat khabar
10 tips khatam Quran dengan cepat
10 resipi termudah,terlazat,tercepat untuk disediakan

dan banyak lagi 10 tips 100 tips 1000 tips..

Tapi Miss Afina Kassim cakap cuba kita amik dari sudut positifnya.Tips-tips tu sebenarnya membantu kita untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan kita.Membantu kita untuk menjadi lebih baik.Membantu kita untuk lebih berkeyakinan dalam melakukan sesuatu tindakan.Membantu kita memikirkan baik buruk sesuatu perkara.Janganlah asyik memandang semua perkara dari sudut negatif.Dalam 10 tips tu,ada yang boleh diambil untuk menjadikan diri kita lebih baik dari semalam,kelmarin,tahun lepas.Jadi,marilah kita ke kedai buku berhampiran. Eh beli Solusi pun ok jugak.

Dan saya lagi prejudis dengan mereka yang terlalu emo sibuk nak belajar overseas tapi tak dapat.Fikirlah.Kerajaan tak cukup duit nak tanggung kita semua belajar kat overseas.You know.Belajar overseas tu,bayar mahal gila.Duit diorang je dah mahal.Kalau semua nak belajar kat overseas,habis tu,universiti-universiti kita yang terulung agung lagi terbaiiiiikkkkk tu siapa nak masuk?Lecturers dan pembantu-pembantu makmal tu datang nak tengok siapa buat experiment?Stoik?Totot?Anak-anak stoik?Anak-anak Murni Woot?Hah?Siapa?

Siapa lagi kalau bukan saya.HAHA.Pergilah korang nak belajar overseas sangat kan.Pergilah pergilah.Galilah mana-mana tanah yang boleh dijumpai gas asli,bijih timah,petroleum.Bolehlah buat petrol station.Cukup bulan bolehlah buat tambang pergi belajar sana.

Belajar kat Malaysia pun dah cukuplah kut.Boleh raya dengan mak makan rendang ketupat palas dodol buah durian.Tak payah nak beli tambang mahal-mahal nak pergi balik.Tak payah nak skype dengan mak.Kang kalau mak tak pandai skype macamana?Kalau internet connection fail for 5 years,macamana?

See..prejudis sungguh.

Perkara-perkara yang saya selalu jadi Miss Optimist ialah seperti













.....loading...buffering...














Dang!Takde?Taklah.Lupa je.Banyak sangat tidur.






Haha.Ni kes virus gambar Adz.


Wassalam.

20110118

11 Mac 2010;Part 2

Hajat di hati nak sambung bercerita.Tapi idea untuk mengeluarkan ayat-ayat power takde pulak.Jadi,dengan sukacitanya saya mengumumkan,keputusan peperiksaan Anak Perempuan Bongsu Haji Fadzil cemerlang gemilang dan tak terbilang.Kenapa tak terbilang?Sebab ramai sangat budak pandai.Keputusan cemerlang macam saya ni diorang dah tak heran.Takpe.Saya bersyukur.Tak pernah tests kat sekolah dapat cemerlang macam ni.Di luar jangkaan ni.
Segala-galanya berbaloi-baloi.Tidur lambat berbaloi.Pergi tuition pagi ahad berbaloi.Lepas sekolah pergi latihan rumah sukan then terus pergi tuition pun berbaloi.Buat nota sampai suruh along lukiskan gambar jantung pun berbaloi.Bilik macam tongkang pecah masa musim spm pun berbaloi.Segala-galanya lah berbaloi-baloi macam iklan celcom tu!

Terima kasih diucapkan kepada;
Mak dan abah.Masing-masing terkorban tangan masa hari raya korban sebab adik tak tolong kan sebab jatuh pada minggu spm.Terima kasih kepada abah yang tak pernah kata "Ah!" bila adik kata adik balik lambat,adik balik cepat,kelas cancel.Terima kasih kerana tak jemu-jemu hantar dari tadika sampai sekolah menengah.Terima kasih kepada mak kerana memahami.Adik malas sapu rumah,sidai kain,bangun lambat.Terima kasih atas segala-galanya.

Terima kasih diucapkan kepada;
Along dan abang.Selalu mengganggu tidur korang dan selalu menyebabkan abang pergi kerja lambat sebab adik mandi lambat masa pagi.Terima kasih kakanda-kakandaku.

Terima kasih diucapkan kepada;
Sepupu sepapatku.Caca,thanks kerana menjadi pesaing terhebatku dan mengajarku add maths pada saat-saat akhir.Ada jodoh,kita jumpa di U.Thanks to Anis Manis.Bagi isi-isi penting sebelum spm start.Sangat membantu.Tu yang A+ tu.

Kepada rakan-rakan seperjuangan;
Guys!We did it!


Khaleeda.Kenapa mesti dia yang first?Kenapa ya?Sebab.....Selama setahun saya di tingkatan 5 dialah yang banyak sekali mempengaruhi saya dalam bidang akademik dan sastera ni.Dah dia duduk sebelah saya.Dialah yang ajar saya bila saya tak tahu apa-apa.Dan bila dia tak tahu apa-apa,saya ajar tapi dia tak faham apa-apa.Tapi dia tak apa-apakan saya.Dalam sastera pulak,dia ni kaki novel dan saya pun dah join dah.Lepas join,BM a je.Tapi tak boleh kalahkan dia.Power sangat ayat dia.Sangat terror dalam Sejarah.Tanyalah apa propaganda pun semua dia tahu.Congrats darling!So proud of you.Moga cita-cita awak jadik doktor tercapai.Then we bukak klinik sama-sama.Berangan kan percuma.


Shanmuga.Why shanmuga second?Sebab jasa-jasa shanmuga ni sangat dihargai.Dialah yang tukang send tips-tips untuk berjaya sebelum ujian.Hehe ;).Sentiasa.Malam ujian mesti penuh inbox dengan nama dia sampai kadang-kadang full memory.Kesian dia.Credit pun selalu habis sebab selalu forward kat kitorang.She's a very cute girl lah.Tengoklah fb dia.Macam artis.So many friend request.Eleh,kembanglah tu.Haha.



Syaza.Hehe.Suka sakat syaza.Orang semua sebut kedai buku Harris tu "herris" , dia sebut "haris".Orang sebut Angsana "angsana" , dia sebut "angsane".Orang sebut Hush Puppies "hash papies" , dia sebut "hush papies".Comelkan.Alah,rindunya nak sakat dia ni.Sudahlah dia ni susah nak jumpa.The family-typed girl.Lepas spm,terus tak jumpa-jumpa.Ish3.Planet mana awak pergi syaza?


Sabrina.Dia sangat pandai.Dalam segala bidang.Apa-apa jelah.Dia telah memperkenalkan kepada saya dunia Korea.Segala-galanya tanya jelah pada dia.Tak payah belajar pun boleh score.Straight A's ni.Dia jugak yang duduk sebelah saya masa kitorang tuisyen Chemistry kat Omega.Senang cerita,dia akan fly ke negara omputih tak lama je lagi.




Ok.Sila ambil perhatian.Sebenarnya,post ni dah lama diperam.Jadi,update lah sikit kan.Semua orang yang kat dalam gambar ni dapat tawaran untuk program matrikulasi di Kolej Matrikulasi Melaka,kecuali Shanmuga.Betapa kuat kan jodoh kami.Tapi Baayah(3 dari kiri) selang beberapa minggu,dia pindah ke Intec.Akan fly jugak.Dan yang lain masih kekal.Banyak positive change berlaku dalam diri kami.But,Syaza where are you?Saya dah lama tak nampak awak.Jangan menghilangkan diri begitu sahaja.Keep in touch dengan kami kalau awak terbaca ini,tapi saya tahu awak takkan baca punya.

And tak dilupakan jugak Nadira ayob,moon iera,raudhahtul jannah,sofiah,aishah,atiqah,hasni,eva,aaina kamilia,amalina marini,siti natrah dan anda semua yang sama-sama berpeluh dan tak pernah mengeluh menuntut ilmu.Kita sama-sama sudah berjaya.Tak kiralah apa pun yang kita tengah buat sekarang ni,kita mesti ingat,restu dan doa ibu bapa itu yang utama.And never forget to say La ilaha illa Allah.














So,siapa tak rindu zaman sekolah kan?

20110114

1.1.2011 - Durrah




Assalamualaikum.
Berjumpa kita di hari yang berbahagia ini untuk menyambung cerita semalam.

Durrah.
Apa itu durrah?Budak perempuan kmm mesti tahu..Dah banyak announcement buat kot.Tapi kluster A tak tahulah pulak.Durrah is duduk dan berusrah.Tapi kalau siapa yang lebih pandai,mesti tahu durrah tu maksudnya permata.Tahukah kamu?Kita semua adalah permata yang tidak ternilai?

Secara keseluruhannya,durrah pada hari itu mengetengahkan tentang batas pergaulan kita dan aurat.Pasal pergaulan tu,memang patutlah dibicarakan.Sebab kat matriks pun dah ada banyak love birds yang asyik bertentang mata depan library,kat kafe dan mana-mana lagilah.Depan pondok guard pun boleh dan tak boleh tak gelak terguling-guling atas lantai bila date kat family store dan kat hentian bas masjid tanah.Apa kelas?Kalau nak date pun,pergilah hotel 5 bintang ke dan lagi molek date kat depan rumah.Terjamin maruah dan mak bapak pun tak risau korang accident ke,kena langgar lori ke.

Pegang babi haram tak?Kita boleh samak kalau terpegang kan.Tapi kalau pegang yang bukan muhrim?Berapa kali samak pun tak boleh kan...

Dan kalau diberi pilihan antara Ferrero Rocher dan gula-gula asam dalam plastik yang selalu kita makan dalam kelas kononnya untuk hilangkan ngantuk tu,korang pilih yang mana?

Ya majoriti yang saya dapat lihat mengangkat tangan apabila saya menyebut ferrero rocher.Ya saya memang ada super power dan memang dapat lihat anda berada depan komputer dan sedang memakai baju apa seperti PeterAnswer.HAHA.Secara logik,semua nak ferrero rocher kan.Siapa yang pilih asam pun mungkin sebab allergic dengan kacang or chocolate.

Kenapa kita pilih ferrero rocher?

Sebab kita tahu sedap.Macamana kita tahu sedap?Sebab kita tengok iklan dalam tv buat macamana dan kita tengok bungkusannya yang ekslusif.Semuanya menarik hati kita bukan?



Jadi kesimpulannya,siapa yang nak kalau dah nampak semua?Semua orang dah tahu.Korang faham tak?Tak faham?Saya faham memang bila saya nak fahamkan orang tentang sesuatu kefahaman,memang orang takkan faham.Jadi,mungkin ini dapat membantu.

20110113

Perkhabaran tentang sem 2

Assalamualaikum semua..(baca dalam nada macam orang yang bagi tazkirah hotfm tu).Hari ini matahari nampak indah dan hari ini matahari Londang hanya dapat ku lihat sehingga 12 tengah hari.Dan berdirinya saya disini..Oh tidak.Saya tidak berdiri.Duduknya saya disini adalah untuk..untuk..apa juga saya kurang pasti.FYI,saya dah duduk di depan alat elektronik yang serba canggih ini selama 3 jam.Inilah budak-budak zaman sekarang.Apa nak jadi pun tak tahulah.
Takpa takpa..Eii kelakar..Tidak mengapa tidak mengapa..Eii skema...Takpe takpe..Standard,baru cool.

PERKHABARAN PERTAMA:
Saya,Afina dan Amy Aio diserang pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang menjual alat untuk belajar Bahasa Inggeris.Kami diasak-asak dan membuatkan kami macam nak main masak-masak menggunakan makcik-makcik dan pakcik-pakcik tu sebagai bahan-bahan masakan kami.Pakcik-pakcik dan makcik-makcik,asyik tanya kami kenapa ramai orang takde kerja zaman sekarang sedangkan graduan berkelulusan dari universiti ternama.Dan jawapan yang makcik-makcik pakcik-pakcik mintak daripada kami telah pakcik-pakcik makcik-makcik berikan sendiri siap dengan bukti dari keratan akhbar lagi.Tapi persoalannya,kalau kita asyik sibuk nak belajar bahasa inggeris,macam mana pulak dengan bahasa melayu kita?Siapa nak memartabatkan bahasa melayu kita kalau bukan kita?Macamana kalau speaking super power,tapi bahasa kebangsaan tunggang langgang?Macamana tu pakcik makcik?Saya rasa sangat terkilan dengan masa yang telah saya bazirkan bersama makcik-pakcik(bila dah malas taip,kita singkatkan).Kalau tak masa tu saya dah boleh habiskan dengan membasuh baju sebanyak 2 baldi tau makcik-pakcik.Tahun ni,jangan datang lagi.Terima kasih.

PERKHABARAN KEDUA:
Keputusan PSPM1.Bersyukurlah dengan apa je yang kita dapat.Cuba fikir dengan orang lain yang lebihh teruk daripada kita tu.Thank you Allah.

PERKHABARAN KETIGA:
Destinasi:Zoo Melaka
Aktiviti:Mengejar dan dikejar kera serta melihat beruk-beruk bergantungan dan persembahan gajah melukis bunga raya berbentuk bunga api.
Aktiviti tambahan:"Melawat" Dataran Pahlawan. ;)

PERKHABARAN KEEMPAT:
Jamuan blok B1.Sangat menakjubkan apabila saya sendiri tidak sedar dan tidak sangka saya akan memakai baju tu.Hey!Itu kali terakhir dan kali pertama!Eh silap silap.Itu kali pertama dan kali terakhir baju sebegitu tersarung di tubuhku!Should I post some photos?Oh maybe next time.Oh maybe one is cool.

Oh i can't found it!Oh takde rezeki anda lah.. :)

PERKHABARAN KELIMA:
I lost my chemistry lab teacher.RIP Mr Pang Kai Peng.You're a great teacher.Even my last report before UPS written this way;

Lecturer:Mr Pang Kai Peng

PERKHABARAN KEENAM:
Maal Hijrah 1432H di Londang.Seeking His pleasure :)

PERKHABARAN KETUJUH:
Pening kepalamengisi UPU.Tiada hala tujuan yang pasti.Memperbaharui cita-cita setiap hari.Yang penting,parents' restu ya adik-adik anak-anak.

PERKHABARAN KELAPAN:
Berita terkini!
Pelajar-pelajar Koleh Matrikulasi Melaka dilanda virus online melampau apabila WIFI DAH ADA KAT MATRIKS KITORANG WEY!Bangga tak bangga tak?Bersyukurlah wey walaupun satu bar je.Matriks suruh korang cari ilmu denga isi upu sekali,bukan online fb.Ada faham?Tak faham?Memang nak kena..Eh macam kenal ayat tu..

PERKHABARAN KESEMBILAN:
New Year 2011.Melihat bunga api dari jauh ibarat bunga api masuk angin dibakar.Cikgu kata,masa dulu-dulu,kat matriks ni pun ada buat sambutan new year.Siap ada firefox lagi..Eh salah.Fireworks.Maafkan patik.Tapi bila time kitorang kenapa takde?Takpe.Kami faham.

PERKHABARAN KESEPULUH:
1.1.2011 - Durrah
Apa itu Durrah?
To be continued...





P/S:Miss Owl City,i just read your blog.I've found it!I've found it! :D

20100311

11 Mac 2010;Part 1

Pukul 3.oo pagi.
Tqa:Weyy aku takut.Kau dah tidur belum?
D:Weyy samalah.Mana boleh tidur.Tak tenteram ni.
Dan perbualan pun bersambung tetapi dirahsiakan.

Aku bangun pada pagi itu dengan perasaan yang bercampur-baur.Tidurku tak lena.(Aku tak miss subuh.)

Aku bersiap untuk ke sekolah.
Tett tett.
Sms masuk.
"Amalan2 yang disarankan sebelum mengambil result exam....."
Ya.Terima kasih Sabrina.

Aku turun dari kereta dan sempat berkata,
"Mak abah tunggu dalam kereta.jangan naik.adik turun sini je."
Kalau nak balik pun boleh,adik balik jalan kaki je(dalam hati je).

Melangkah masuk ke kawasan sekolah dengan kaki kanan.Jantung...tak usah nak omong lah.

Mendaki bukit sambil berpeluh-peluh.HAHAHA tipu!
Melihat orang menjerit sambil terlompat-lompat!Siapakah student itu?Puteri.Betul.Puteri.
Gembiranya dia..Cuak dah ni.

Masuk ke dewan dengan perasaan tak tenteram.Oh.Bagaimanakah nasibku pula?

Ada orang menjerit.Ada orang menangis.Ish3.Seram ni.Dahlah.Redha la.

Beratur di line kelas.Eh eh Khaleeda!

"Eh eh seramnya kite.Auuu"

Sampai giliran dia,dia amik slip.Kepoh jap.WAHHHH!!!
Siap peluk lagi ni.Excited!9a minah ni.Bangga-bangga.Yelah.Kita kan duduk sama-sama sepanjang tahun,i tumpang gembira u.Siap melompat lagi.Terlebih sudah.

Dahdah.Sampai giliranku.Oh.Sain dulu.IC nak tak?
"Tak perlu sebab awk masih cantik seperti dulu."(ciptaan HAHA)

Saat aku melihat slip,terbayang wajah ayahanda dan bonda.Aku....

to be continued...