Showing posts with label thank you Allah. Show all posts
Showing posts with label thank you Allah. Show all posts

20120801

Please don't die//Mati itu pasti.

Why so serious?


Semuanya bermula dengan Aina.Aina telah terbaca satu artikel di mana ada seorang hamba Allah yang tidak tenang selepas kematiannya kerana laman sesawang(ke laman sosial?) kepunyaannya.Aina mula risau.Seperti biasa,MissShakeItRight kalau shaking shaking akan berjangkit kepada orang lain.

Pernah terfikir tak,kalau kita mati,macamana dengan fb blog tumblr twitter high5 google+ friendster myspace instagram ym msn zalora...zalora eh?

Aina predict,kalau dia takde(nak guna mati but it's just too harsh) dalam masa terdekat ni,mungkin akan ada orang post kat wall fb dia "rindu nak makan cupcakes kau".Tapi sebenarnya tak pernah rasa lagi cupcakes dia.Macam mana nak rindu tu?

Kehilangan itu memang sakit.Tapi detik-detik kehilangan itu lagi sakit.Contohnya,hari ini awak beli baju raya colour biru,matching dengan pasangan.Ewah.Lusa pada pukul 9 pagi,baju raya itu akan hilang sebab lepas basuh,sidai kat ampaian,sampai malam lupa nak ambil,pukul 9 tengok dah takde.Mungkin akan sedih campur marah tapi macam mana pulak kalau 10 minit selepas beli tu,awak tahu baju itu akan hilang lusa, Tak boleh nak buat apa.Baju tu memang akan hilang.Alaaa...susahnya guna contoh baju ni.Takpelah.Baju tu tak hilang.Jadi awak boleh guna baju raya tu matching dengan pasangan.Semoga berbahagia selamanya.

Okey.Contohnya Bieber akan pergi buat selamanya pada hari Isnin jam 9 pagi.Salina tahu tapi dia tak dapat nak buat apa-apa sebab Bieber terlalu jauh dan kalau nak peluk pun tak boleh sebab bukan muhrim. Sekarang hari ahad,malam.Salina tak dapat tidur mengenangkan nasibnya selepas ketiadaan Bieber.Menangis.Meraung.Peluk laptop.Menghitung detik-detik waktu kehilangan.Masa sahur,Salina takde selera nak makan.Termenung dan tertidur.Sedar-sedar pukul 9.30 pagi.Bieber dah takde.

Konklusinya,saya faham awak tak faham.Takpelah.Saya pun tak tahu macam mana nak fahamkan.Cuma nak cakap detik kehilangan itu lagi sakit daripada kehilangan.


Jadi,mari anggap ini entri terakhir sebelum saya meninggalkan dunia ini.

Daku terfikir. Ewah daku tuuuuu
Siapa datang masa pengebumian? Menangis ke diorang? Balik kubur diorang buat apa? Macamana kawan-kawan fb tahu? Siapa bagitahu? Ramai tak orang yang post "Sedih.Al-Fatihah" dan sewaktu dengannya? Kawan-kawan di alam maya sedar tak kehilanganku? Orang-orang yang follow blog ni? Cikgu-cikgu sekolah? Diorang ingat lagi ke pada diriku? Macamana cara diorang nak ingat tu? "Yang cantik-cantik tu hahh.." atau "Yang tett tooottt teeeetttt.." maklumlah,bukan orang famous.Macam mana pulak dengan my stalker?Mesti sedih dah takde update.

Kawan-kawan yang ada blog,diorang post tak satu post special untukku? Take note-lah please.
SILA BUAT SATU POST YANG ANDA AKAN TULIS(TYPE) SELEPAS KEPERGIAN SAYA.

Selepas 1 tahun.

Ada tak orang update status kata "I miss you." "Wish you were here." ? Selepas 1 tahun rasanya tak mustahil.

Cuba lihat lagi ke hadapan.

Selepas 10 tahun.

Ada tak orang update status kata "10 tahun berlalu.Kau tetap dalam ingatan." "Ku namakan anakku dengan namamu.Pengganti penguat semangatku." "Kau tak sempat melihat aku mengurut si MissWorld."
eh?

Not everyone good at remembering things. Especially numbers. So i don't expect much. Normallah kalau orang lupa kita selepas 10 tahun tanpa kewujudan kita melainkan kita betul-betul bermakna dalam hidup orang itu. Kawan sekolah rendah pun dah lupa,you expect someone to remember you after you left for 10 years?

Unless you're really special.

So sekiranya diri ini pergi selepas habis menaip entri ini,
My beloved family,you're the greatest gift I got from Allah.
Cousins,aunties and uncles,thank you for all your jokes laugh food duit raya. xoxo
Friends,we're like sisters and brothers with different parents.
Teachers,you're one of the reasons I survive in abc's and numbers.
PTPTN,tolong halalkan pinjaman saya boleh? *mata love love* *mata kaca-kaca*

To my crush,

I'd love to dedicate this song for you.Please change;

boyfriend=girlfriend
hey girl=hey boy
gentleman=sweetheart
Buzz lightyear=Barbie Doraemon


Your profile views akan berkurang.My bad.

To my future husband,this is one of the songs i would love to dedicate to you

Nampaknya,tak sempat saya nak upload gambar kita bersama dalam instagram with the caption 
"Our first tarawikh together."

LOLOLOLOLOLOL.Nak meninggal pun boleh fikir macam tu ke -__-

Eh tapi belum habis lagi.

To my secret admirer,this song is for you.


LOLOLOLOLOLOLOL.
Ok.Tapi ini serius.To my secret admirer,please tell me.I need to know who you are.I know it's hurt. I'll help you to forget me.

Serius.
*muntah*
Takde sebab nak ada secret admirer.

Tapi kalau ada macam mana?Mehehehehehehehehehehehehehe.

Eh selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfiri.Maaf zahir dan batin.


Insaf.Maafkan saya.




Sticknote;
Please,miss me.






20120717

You are leaving.

Brothers and sisters,
Before you leave,look behind.
Look at those faces. Faces you love.
Or maybe faces who love you.
Brothers and sisters,
What have you done? Have you made they laugh enough? Have you made they cried?
Brothers and sisters,
Where are you going? Are you sure what you are doing?
Those faces are smiling.
Smiles would not enough to show their deepest feelings.
Brothers and sisters,
Did you remember all your tears that they tried to wipe off?
Have you paid back their hugs and kisses?
Brothers and sisters,
Remember the softness of their hands,patting at your back,to say they will always be with you,ups and downs?
Brothers and sisters,
Have you tried to feed them with your own bare hands?
Have you  said those three words to them?
Brothers and sisters,
After you leave,everything will change.
You and them.
Different. Different. Different.
Brothers and sisters,
Before you leave,make them laugh.
Before you leave,make them smile.
Before you leave,try hard to make their eyes free from tears.
Before you leave,say those three words to them.
I love you.

Sticknotes;
Some people need to hear those mainstream words because they are not good in interpreting actions.








I did it! I've just used that 'mainstream' word!Clap clap!

20120627

Saya artis.

Assalamualaikum and helllloooooo world!
Bajetnya.Tapi serius.Dah lama saya tidak melihat dunia luar.Apa khabar dunia?Saya kini banyak habiskan masa di dunia maya.Normalkah saya?Saya rasa normal kerana orang dunia luar(bukan dunia maya) pun banyak menghabiskan masa di dunia maya.Eh?


Hari ini saya post a post..eh?


Hari ini saya buat post...?


Hari ini saya create post ni(uhh who cares) sempena memperingati hari kelahiran......


FARAH GIRANG!


Yey!Farah,you are now an adult.No more kids menu for dinner or brunch.HAHA.Just kidding pretty.Farah,awak kini sama bot dengan kami.Tahniah.Kini kita boleh bersiar-siar melihat keindahan alam sambil mandi di dalam swimming pool separa air laut di atas bot.Oh lihat,ada ikan keli di dalam swimming pool ini.Eh,ini bukan swimming pool.Ini kolam ikan keli yang berbentuk jantung di kolej kita rupanya.
Siapa di sana itu?Macam kenal.Eh itu Adam Young!Dia datang lagi Farah!Kali ini dia tak bawak bunga.Dia bawak Taylor Swift dan makanan ikan keli.Bertuahlah awak dapat beri ikan keli makan dengan artis hollywood.


Dalyana!Wake up!


Kali ini bukan Farah yang mimpi.Tapi saya.Haha.
Once again.Happy birthday Farah!Have a blast.Semoga berjaya menjadi farmasis yang berjaya..eh?Tak maksud I,semoga you satu hari nanti berjaya menjadi farmasis di farmasi you sendiri.Ok? :)


Itu hanya selingan.
Nak taip lagi ni.


Saya sudah tamat pengajian saya di universiti.Yipppppiiiiieeee!!!!
I think I missed a word.Pengajian tahun satu maksud saya :D Syukur kepada Allah SWT.Hampir segalanya berjalan lancar kerana saya tidak datang lewat ke peperiksaan.Study tak habis itu perkara biasa.LOL.Tamat semester ini,saya tidak menjumpai baldi saya lagi.Saya kini pasrah.TDI telah mengecewakan saya sebanyak 3 kali.Baldi hilang.Buat rayuan kena reject.Fine.Dan lagi satu,eeeeeeeeiiiiiii gerammmnyaaaaaaa.Tapi tak boleh bagitau.
Cukuplah.Sudah cukup cukup sudah.Sampai di sini saja.Daripada batin terseksa...lebih baik ku pergi saja...


Cuti semester.Masa yang ditunggu-tunggu.Dah berapa banyak movie korang habiskan?Runningman dah tengok berapa kali?LOL.Saya baru habiskan satu drama.Tapi kan.bukan drama Korea.Bukan drama Tamil jugak lah.Tapi, drama Melayu.Kau Laksana Bulan.


Janganlah gelak.Eh hello,jangan pandang rendah pada drama Melayu ok.Dan drama ini untuk pengetahuan anda semua ditayangkan di TV2.Alaaaaa janganlah gelak.Drama ni sebenarnya diadaptasikan dari novel.So novel haters,move away!LOL.Tapi kalau tengok dari review penonton(chewaahhh),drama ni lagi best daripada buku.Tak kisahlah.Yang penting dua-dua best sebenarnya.Bila tengok drama ni,feeling macam tengok cerita korea.Sebab background music dia banyak guna lagu My Girl!Yey!Dari tak minat Zulhuzaimy,boleh suka Zulhuzaimy sebab tengok cerita ni.Ok cerita panjang pun tak guna sebab korang semua taknak tengok kan??kan?kan?Tapi kan..kalau ada masa pergilah baca buku ni.Hewhewhew.Saya nak cari lawyer pulak la.Hewhewhew :D


Dan anda anda anda ya anda!Yang suka korean drama dan hero-hero korea yang kawaaaiiiii.Ni nak habaq maii kat hangpa semua,hero-hero drama Malaysia pun kawaiii jugak.LOL.Sekarang aku yang geli.HAHA.
Ini oppa Nazim Othman.Haha.Aku tahu AfinaKassim kau nak muntah sekarang.Muntah je la.HAHA
Tengok tengok semua.Comel tak comel tak?Kawaiii kan kan kan?
Please don't hate me people.



Hah ni pulak untuk unna.Betul ke unna?Hentam sajalah.Comel-comel kan artis kita ni.Jadi, tontonlah drama tempatan!

Sama jugak macam baju-baju dan kasut-kasut di Tesco.Ada orang bangga kalau beli baju kat Tesco overseas.Tapi malu kalau beli baju kat Tesco Malaysia.Come on guys.Sama je ok.Baju Tesco lagi mahal dari baju kat Zaraa.Jadi sila bangga sekiranya selipar jepang anda dibeli di Tesco Malaysia,bukan Tesco Jepang.Jepang ada Tesco?


Oh yeah.Yang kaki tweetjer tu pun,mungkin boleh luangkan masa tengok drama tempatan ni 


Boleh download pada link ini.
Petikan daripada telemovie tersebut;
"Wahh!Budak parit pakai blackberry.Kelas kau Bedah!"

Sebab dah berlambak-lambak artis yang youtube telah lahirkan,di sini saya ingin membuat pengakuan,bahawa saya adalah salah sorang artis youtube.Ecehhh!HAHA.Takdelah.Contoh artis youtube yang famous macam kalau yang overseas tu,nama diorang susah sikit nak ingat,jadi yang Malaysia,Hafiz Zainal,Najwa Latiff,Meylda Ahmad,Tasha Manshahar dan yang terbaru yang baru tadi dengar lagu dia adalah Ainan Tasneem.Tapi korang mesti tak pernah dengar artis youtube yang boleh tahan lah bakat dia.Cuba dengar yang ini,


Memang suruh korang dengar je sebab dia tak tunjuk muka pun.Dia tunjuk gitar dengan tangan je.Dan banyak sebenarnya dia dah buat cover.Dan semuanya dia tak tunjuk muka.Dia kongsi not gitar dan jugak minat dia terhadap muzik.Humble tak?Bukan untuk menjadi retis.Bukan mencari populariti.Cayalah Cumi!




Bukan New Zealand.Tapi Kundasang Sabah.Jadi,tak payah pergi jauh-jauh.Bajet student macam kita ni cukup pergi Sabah.(Sumber gambar: FB cousin dan Mr.Google)


Bagi Johorean khususnya yang menetap di Johor Bahru,inilah Kotaraya yang baru!Cantik kan?

Sebenarnya,banyak sangat keistimewaan Malaysia ni.Sekarang tengah sale.Pergilah shopping bagi yang berduit lebih tu.Bagi yang masih student yang meminjam atau scholar,berjimat-cermatlah ya.

Selamat shopping,selamat bercuti,selamat berkerja,selamat menyambut bulan Syaaban yang barakah ini :)

Sticknote;
Hati-hati.Jaga diri.Sebab Austria ada penjara yang awesome untuk banduan.Pergi google.



Dan ciumlah orang yang anda sayangi selagi mereka ada di depan mata.

















Alaaaa angau lagi dengan Kau Laksana Bulan ni.Hewhewhew







20110624

20110518

Senyum~~~

I thank you for helping me.

Alhamdulillah :)

20110515

19

Sembilan belas.Satu angka.Eh tak.Dua angka.Dua perkataan yang cukup matang rasanya.Sebenarnya tidak.Saya tak matang.Saya masih memerlukan emak untuk menemankan saya ke mana-mana.Saya masih memerlukan pengawasan orang yang lebih tua atau muda supaya tidak disimbah asid.Saya masih takut memegang pisau tidak kira kecil atau besar,tidak kira untuk memotong buah atau tikus.Saya juga masih memerlukan driver untuk ke sana sini kerana tiada lesen.Lesen kapal terbang pun takde lagi.Kesimpulannya,19 tahun sudah saya bernafas di muka bumi ini.Alhamdulillah.

19 tahun.Tiada telur.Tiada tepung.Ada kat dapur.Tapi takkan nak baling-baling sendiri kot.Dah semakin tua.Dah semakin dekat.Dekat dengan tarikh dan masa itu.Tarikh yang tidak diketahui.Masa yang tidak dikenalpasti.Di mana lokasi masih tak tahu.

Janganlah terlalu bergembira menyambut hari lahir.Kenapa?Kerana setiap hari kita menghitung.Menghitung hari mendekati hari itu.19 tahun.Dah semakin dekat.Masa semakin singkat..masih banyak perlu diceritakan..Kisah adam..nur..dan eh eh..

Semakin tua kita,ingatlah semakin tua juga ibu bapa kita.Semakin tua kakak-kakak abang-abang kita.Semakin dekat masa kita mendekati hari kematian.Is it too harsh?Or maybe..Semakin dekat masa kita mendekati hari kemeninggalan dunia.

Sedar tak sedar,setiap hari kita menghitung masa untuk sampai ke hari itu.Ada ke hari yang kita bangun pagi,pakai baju tidur semalam punya semalam?Faham?Kononnya hari ahad,bangun pagi kita pakai baju tidur hari jumaat.Hah.Macam tu.Tapi ada je rasanya,kalau tak basuh baju tidur tu,samalah kan.Takde kan yang kita bangun pagi tapi pagi tu pagi semalamnya.

Jarum jam tidak akan turn anti-clockwise.Ada pun mungkinlah yang jam canggih nombor dia semua terbalik.Tapi masa tetap berjalan.Sedang kita menaip ni pun,masa berjalan.Takde pun yang macam dalam citer heri poter tu yang masa berhenti dan ulang blablabla.

17 18.Banyak yang dilalui.You know.Experience is the best teacher.Really.I found myself when i was 18.I knew the purpose i live in this world.I knew what i want.Eh should i use i knew or i know?Eeeeeiiiish.Saya tahu tujuan hidup saya.Saya tahu apa yang saya nak.18.I met people from all walk of life.And i appreciate each of them.Really.

19 tahun sudah.Things to do before you leave 18.
So,sebelum menjadi 19,saya sudah pergi cari kerja but i declined the job.Cuba bayangkan kalau negara kita diperintah oleh....eh takpe takpe.Itu jelah on the list.So sekarang,saya duduk rumah goyang kaki tengok sinetron berangan jelah 24 jam.Eh eh tak.Kena baling selipar nanti.

19 tahun.Saya dah pandai screen capture.Dah dapat birthday wishes macam ni





Dan berbunyi macam ni
"Salam.Happy Bufdae Dal.May Allah swt bless ur life.InsyaALLAH.Semoga dimurahkan rezeki n dpt jodoh cepat2.Lol"

Apa ini?

Masa semakin singkat...Masih banyak perlu diceritakan.Masih banyak kamus oxford perlu dikhatamkan untuk masuk ke Oxford.Masih banyak...Eh masa semakin singkat.Lihatlah.Tarikh semakin dekat.RESULT DAH NAK KELUAR!Ottoke!Ottoke!Ohmytot!Ohmytot!(farhah..heheh).

Doakan doakan doakan kita semua cemerlang dunia akhirat.Tak susahkan mak bapak.Tak susahkan orang lain.Senangkan mak bapak.Senangkan orang lain.

19 tahun.Saya sudah nekad.Like she said

The beautiful crown u have is always much more precious than this world...

InsyaAllah, Allah will repay a better one..

10 times better as He promised..

turn to Allah in everything..

Ok?Ok!

Perkara-perkara yang membuatkan saya terharu meleleh air mata hingus basah baju..


From miss foc.Rindu kot nak exchange sticknotes :(



And this








p/s;Dear adzkiah amanah,one day,i'll be there with you,you just wait.


20110510

10/5/2010


The day i met you.


The day we shaked hands for the first time.

The day we recited Al-Mulk together for the first time.

And the day i changed to someone better.

I miss you.
I <3 you.
Take care.

[MUSIC] Sam Tsui - Just a dream(ft Kuet Hugo Schneider and Christina Grimmie)