Showing posts with label people. Show all posts
Showing posts with label people. Show all posts

20131207

Rescue

Hormon perempuan dan hormon lelaki berbeza. Ke sama? Tak. Aku tak berniat langsung nak cerita pasal hormon. Cuma banyak perkara yang terjadi yang melibatkan hormon di penghujung semester. Aku tulis sebab hari macam dah lewat sangat dan terbaca coretan-coretan Taib F.A..

Sesungguhnya, kegilaan apa yang melanda diriku yang menyebabkan aku stranded in Parit Raja ini sedangkan aku ada cuti tiga hari??! Tiga hari tau!Aku sebenarnya dah penat taip menaip ni sebab macam dah banyak je taip menaip semester ni tapi selalu taip kat google search je la. Nak buat report kata kau. Hidup sekarang memang penuh dengan perkataan report dan semua orang stress dengan test dah study tapi tak boleh jawab balik test stress lagi kena belajar untuk test akan datang lepas tu habis test stress lagi untuk present projek. Apa ni tak faham la. Apa semua ini?

Dan saat ini sepatutnya aku pergi study untuk test akan datang tak pun untuk final. Tapi aku tak buat sebab?

Sebab aku cepat terpengaruh dengan quote "Do more of what you love.". I'm doing what i love. Wasting time. Which is not good at all. Tak guna taip panjang-panjang tapi dalam report nak buat intro pun punya payah nak dapat satu page.

Oh yeah. Dan terbaca satu speech graduasi seorang graduan. Pelajar cemerlang. Speech punya panjang dia ceritakan pasal dia dah berjaya. Masa dia belajar dulu gila-gila punya belajar. Dan sekarang dia terfikir. Masa dia belajar dulu, ada orang yang tengah buat muzik untuk cari duit. Masa dia belajar untuk test dulu, ada orang keluar bersuka ria dengan kawan-kawan di mana dia tak dapat buat semua itu dahulu, dan juga sekarang kerana sekarang dia sibuk pulak masuk dunia kerja yang dia sibuk kejarkan masa waktu belajar dulu. Dia anggapkan universiti ini satu kilang mengeluarkan produk-produk untuk negara. Lebih kurang macam tu.

Aku terpengaruh ni. Apa aku buat kat sini? Tapi aku cepat terpengaruh. Aku percaya dengan "Ini adalah takdir hidupmu.". Senang cerita, macam follow the flow gitu. Follow the flow and trying my best to make everything's okay.

Aku okay je. Okey je. Hormon pun ok kot. Cuma adalah orang-orang yang aku rasa hormon tak ok. Dah nak habis semester ni macam-macam lah. Tapi sebenarnya aku tak berapa perasan sangat sebab trying my best to be ignorant gitu.Habis tu apasal aku mention pasal hormon? Aku pun tak faham.

Dan seterusnya akan berkisarkan girls who went to all girls school.

So please,brace yourself.

Bila kita dah tahun 3 ni, kita mungkin dah sedar yang selama 2 tahun kita asyik nak satu group dengan lelaki at least 1 lelaki pun cukup sebab lelaki kononnya berfikiran lebih kreatif dan kritis. Ok ok. Tak dinafikan. Dan segala tugasan membuat report kita serahkan pada kaum wanita sebab kita dah rasa serba salah tak buat projek hardware. So kita buatlah software. Kan an an an? Ini untuk bidang aku la. Bidang lain tak tahu la.

Tapi bila kau dah tahun 3, dan kau tak tahu nak guna arduino, nak buat circuit pun tak tahu, nak guna pspice pun tak tahu, multisim pun takde dalam laptop, baik sedar diri sekarang. Lelaki pun dah bosan dengan kita yang tak tahu. Semua tak tahu. Nanti final project siapa nak buat kalau bukan diri sendiri? Nak harapkan budak lelaki ke? Kalau dia girlfriend kau bolehlah dia tolong. Faham?

And so you know, all girls school takde students lelaki and everything semua kita buat sendiri. Angkat tilam lompat tinggi. Angkat meja. Angkat itu ini. Pelakon lelaki untuk Prisoner of Azkaban pun perempuan. So, in conclusion, we don't really need guys actually.

Girls power!!

Layang-layang kitorang menang and our group takde sorang lelaki pun okay. Group lelaki ada menang tak? Lol. Mati la kalau classmate baca. Nasib bukan blogger terkenal. Peace yaw!

Tapi lelaki pun banyak jasa korang. Takkan lupa sampai graduate nanti :)

Sticknote;
Be like roses. Beautiful with thorns. Beauty and brain. Ada kena mengena ke?


20130828

21//Selamat Hari Raya//Maksu

I don't know whether this feelings is normal or what but when it comes to this kind of situation, i'm kinda like...
Erm maybe what i've been thinking is wrong. No. It is never wrong. Maybe it is just different for others.

Like if i'm in a really down condition, i don't feel right when someone comes and says
"Takpe,bukan rezeki kau.Kita cuba lagi next time ok."
"Sabarlah..it is just a matter of time."
"Sabarlah...hidup bukannya selalu indah."

And yada..yada...yada...and the last one i never heard of.Tu semua dalam novel.

Lain-lain situation maybe macam we lost someone that is so close to us..
"Sabarlah..Allah lebih sayangkan dia."
"Sabarlah...mungkin dia memang bukan untuk kau."
Sambil tepuk belakang badan..

Ada satu part di dalam hidup di mana seorang kawan, dia baru break up masa tu. And then we all kumpul kat bilik dia. Just so that she would not feeling lonely maybe. So she lay her body on my lap. And what did i do? She then went to my friend's lap.

You know what,when i feel down, actually when someone came and pat on my back, macam ada satu nadi kat belakang yang ditepuk untuk mengeluarkan air mata. Serious. So when i sad, i prefer to be alone. Ala semua orang macam ni kot. Macam dalam setiap bulan, atau mungkin tahun, akan ada satu part dalam hidup kita, kita rasa sedih. Tak kiralah sedih sebab kematian ke, sebab exam ke, sebab stress ke, sebab putus cinta ke, sebab apa-apalah.

The worst part is, kita tak tahu kita sedih sebab apa. That is the part when i want to be alone. I feel like talking to no one. I feel like pushing everyone away. I feel like going somewhere far far away. I feel like screaming my lungs out. So, because i'm incapable of doing all that, the only solution is, sleep. And it is not a normal sleep. Sleeping with my souls flying far far away to a beautiful place meeting the soul i longing for.

Hah. Tipu. Tidur. Dan kadang-kadang mimpi indah dan kadang-kadang mimpi dah solat padahal belum solat.

My friend tadi kan dah berpindah from my lap to my friend's kan. My friend then usap rambut dia, cakap kata-kata semangat macam "Takpe.Kau kan cantik..baik..ramai lagi yang lebih baik...blablablabla....". That made my friend yang baru break up tu feel more loved,calm and relax kot.

 Macam orang kata "a shoulder to cry on". If someone cry in front of me, i will tarik dia, dan biar dia nangis sampai habis without saying anything. Kot. Atau freak out and run away.

Kalau orang merajuk,i don't know how to pujuk. Hanya tahu kata "Sorry."...

Relate everything.
Cold.
Definition of cold.
That's it.
21.And cold.
I'll try to grow up better.

Hope it is not too late. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Sticknote;
Izzara Iris Batrisyia. Nak gomol-gomol dia ni pun takut sebab she is too small. Nak dukung pun takut. Tunggulah dah besar sikit. Kita ballet sama-sama heh nanti. 

Xoxo,
Maksu//Aunty D


20130627

Awesome Johor Bahru

Recently, i've been asking by my friends "Apa yang best kat JB?".
My answer would surely be "Me.".

Soalan lazim. Wah soalan lazim gituu..

1. Tempat apa yang best kat JB?
2. Makanan apa yang best kat JB?
3. Tempat lepak mana yang best kat JB?

Ini soalan yang paling famous la.

Jawapan:

Argggghhh. Susah gile nak bagitau sebenarnya. Susah gile nak fikir tempat apa yang best sebab rasanya semua best. HAHA. Tak. Tipu. So, seperti selalu soalan akan dijawab dengan soalan seperti

"Kau nak beli apa?"
"Kau nak cari apa?"
"Budget?"

Tempat yang best kat JB. Sebab dah banyak kali kena tanya, so i think i better do some research on my own place, the place i grown up in, oh pathetic me. Pathetic. So, google.

Dengan bantuan encik google yang tidak memakai goggle,eh mana tau dia tak pakai? Sebab orang pakai goggle bila dalam air, computer kalau masuk dalam air kan rosak. Ah apa ini semua????

Hrmm depends pada orang la kan. Kalau budak-budak baru nak up (BBNU) , City Square(CS) tempatnya. Why? Because CS has everything a youth needs. Action City, Innercity, MPH, Popular, cinema, food, dan tempat ni lah budak-budak sekolah selalu lepak lepas waktu sekolah. So sekarang dah upgrade, City Square sekarang bukan setakat BBNU je pergi, sekarang CS dah ada Famous Amos, Dorothy Perkins, Esprit, Bonia, Cotton On etc. Lagi satu mall yang persis CS, adalah KSL. Oh and CS ada station untuk orang-orang dari Singapore or orang-orang dari JB nak ke Singapore by bus. So no wonder mall ni selalu busy.

Oh dan jalan ke depan sikit dari City Square ada pasar karat. Pasar karat yang orang semua suka pergi tapi sebenarnya takde apa-apa sangat pun melainkan nak beli baju jersey,accessories, bantal butterfly, buat inai di tangan, beli dvd, cuci mata dan akhir sekali sebenarnya banyak benda ada kat pasar karat ni. Dekat pasar karat jugak, atau dengan lebih tepat lagi Jalan Dhoby, ada kedai-kedai baju yang sangat vintage.

Ni gambar depan kedai roti sebenarnya. Kedai-kedai vintage tu depan kedai roti ni. Tapi takpelah. Macam comel je model dua orang ni.

So, berdekatan kedai-kedai tu jugak ada kedai minum yang hipster la jugak. Chaiwalla & co. Tengah-tengah panas bolehlah minum. Harga pun boleh tahan. Tak mahal macam starbuck. Macam coolblog. Omg nak coolblog milkshake teh tarik cincau aaaaa dapppnyeee

Ni bergambar dalam Psychedelic store. Masa pergi dengan Farhah dan Pebu malu nak amik gambar, ni pergi lagi sekali dengan cousins amik gambar. *tengok ni farhah!!*
tapi ramai sangat, rupa kedai tu yang cool pun dah tak nampak dah.


Taraaa!!Betapa teruja nya kitorang. Kat tangga yang menjunam tu pun nak amik gambar.

So basically, Jalan Dhoby ni best untuk bergambar. HAHAHAH. Takdelah. Kalau korang suka beli baju-baju trend terkini yang selalu boleh dapat kat online je, boleh try cari kat kedai-kedai sini. Pasar karat pun ada.

Ni The Roost Juice & Bar cafe. Camtu la bunyi dia. Tak pernah pergi pun. Tapi cool kan? Tengok lah interior dia. Memang untuk amik gambar.




Nice kan. Tapi minum tak tahu lah best ke tak.Hrmmm

Lagi yang best di Jalan Dhoby?
Chicken chop kat sini best!

Cukuplah Jalan Dhoby. Cuba google lagi apa yang menarik di Jalan Dhoby. HAHAHAH. HAHAHA kena gelak sebab HAHAHAHA ok dah cukup.

Makanan yang best kat JB ni banyak.kot. Orang luar cuba try kacang pool. Nampak tak? Cuba try. Maksudnya mesti try. HAHAHA. Lawak hambar.
Ni kacang pool. Tapi yang ni makcik gue yang buat jadi ianya mungkin berbeda dikit dengan yang di kedai. Sedap.

Makan seafood kat Stulang or maybe Senibong.



Ini Senibong. Google gambar Stulang Laut tak jumpa pulak. Eh wait a minute


HAHAHA ini masa pergi makan kat Stulang dengan awek-awek hot. Pernah recommend makan kat sini and ada orang cakap pepes nya sedap. So pergi Senibong ke Stulang ke, dua-dua korang boleh nampak Singapore. Tapi Senibong jauh sikit. 
Ni kat Stulang jugak. Ni tempat mak-mak shopping. Kita beli cokelat je.


Ni tempat steamboat lori. Pun bolehlah..

Ini Singgah Selalu. Orang selalu lepas sini. Ada shisha, tengok bola, sebelah Singgah Selalu ada JOHO concept store.



Lawa baju! 


Ini Nusajaya. Ada Hello Kitty land and barney and bob the builder. Tapi yang anda nampak kapal je kan. Ok la tu. Mahal wey nak masuk! 
Motif?


Motif sangat ni wey. Haha. Ni Seoul Garden. KL pun ada. Melaka pun ada. Wey rindu nak makan banyak. Tapi mahal la. Ok. Abaikan.

Legoland! Fefeeling oversheaaa sikit.


Legoland! 

JPO pun nice la. Bila sale. Bila tak sale, hrmm hrrmmm sedar-sedar la diri tu student.

Gambar-gambar koleksi peribadi dan jugak koleksi google. 


Sticknote;
JB best je. Semua tempat best je. Kalau nak pergi Singapore tidur JB murah sikit. USS jom! Ahh USS dalam mimpi je leeee. Asyik plan, cancel. Plan, cancel. Passport pun bosan terus dia expired nanti.





Fuyyyoooo JB should be proud of me. JB≠Justin Bieber
Lama duk peram dalam draft.









20130603

Untuk jiwa-jiwa

Untuk jiwa-jiwa yang dikenali,
untuk jiwa-jiwa yang tersakiti,
untuk jiwa-jiwa yang terbelai,
untuk jiwa-jiwa yang dibeli,
untuk jiwa-jiwa yang hakiki,
untuk jiwa-jiwa yang menghadapi,
untuk jiwa-jiwa yang dicintai,
untuk jiwa-jiwa yang mencintai,
untuk jiwa-jiwa kental,
untuk jiwa-jiwa yang mencintai bantal,
untuk jiwa-jiwa yang mati.

Bangun!

Selamat maju jaya! Selamat berjuang! Selamat hari raya! Maaf zahir dan batin.

Kerana ucapan maaf hanya logikal bersama ucapan hari raya di masa ini.


Sticknote;
I'm sorry. Forgive me. Good luck. Take care.





20130222

in denial.

Sem dah start. Takkan tulis panjang.
Rasa awkward. Seriously, i need time to cope with this new surrounding. And the time could be taking its own sweet time. Awkward tau. Haihh menyesal pun ada. Tapi bila dah start, kena habiskan. Takpe. Setahun je. Setahun hoi macam lama je. Mesti ada hikmah ni. Redha redha.

Dah tu je.

20130204

Education is ruining.....some people minds.

Im going to talk about education. Dude,seriously? This is a serious matter. Seriously? You don't even finish your degree yet.

So what? Does it means i don't have the right to point out my opinions? Dude,seriously?
Ok. Please don't take it seriously.

Education. Everyone is taking this issue seriously. Everyone. Even, budak sekolah pun dah cakap pasal free education. Eh sorry. No. We will not talk about free education. Im going to talk about ...free mind?

Free mind? Biar betul. English berterabur toksah la nak cakap omputih. Free mind bermaksud minda bebas? Ala kita taknak cerita pasal hak bersuara, hak itu hak ini. Free mind ataupun mungkin dengan lebih significant nya lagi what i'm trying to say is "Bebaskan minda anda.". I think it should be.. maybe open minded kot. Open minded. Think out of the box. Berfikir di luar kotak pemikiran anda. And you can go on define whatever you think of it..asalkan bukan freemason.

So, basically, or theoritically, or maybe technically, orang akan cakap "Takde pendidikan,susah hidup." Ok ini tidak termasuk dengan pendidikan tidak formal. Apakah itu pendidikan tidak formal? Pendidikan tidak formal adalah pendidikan yang kita belajar secara tidak langsung di luar kawasan tempat belajar yang formal. Faham? Tempat belajar yang formal adalah di mana kita ada guru dan kita sebagai pelajar. Kalau salah, peduli apa. Sekarang ni blog siapa? Eh kalau salah pergi google or maybe if you're a lil bit rajin, pergi cari buku sejarah.

Ok back to the "Takde pendidikan ,susah hidup." . Kalau korang deny yang korang pernah dengar ayat ni, korang boleh berhenti membaca. Dah lama dah dengar ayat ni. Mungkin jugak terpengaruh sangat dengan ayat ni, sampai takut untuk gagal. Orang selalu cakap, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Tapi bila gagal, entah, i feel like someone behind me is laughing so hard at me. Macam terdengar-dengar orang cakap "Padan muka!". Haha. Silly me. Siapa suruh tak buat betul-betul. At the end, salahkan diri sendiri. Lepas tu mula tanam azam baru, lepas tu selalu benda yang sama berlaku. Macam tiada pengakhiran jugak kadang-kadang.

Eh tapi sebenarnya taknak cerita pasal tu. Nak cerita pasal "Takde pendidikan,susah hidup.". Tak. Taknak cerita pasal ayat tu sebenarnya. Tapi nak cerita pasal orang yang berkata-kata. Ya. Orang yang berkata takde pendidikan,susah lah hidup kau. Orang yang kata " Dia tu belajar sampai universiti. Fikiran tinggi.". Orang yang kata " Dia tu spm je....(censored)".

Kenapa mentaliti seperti ini wujud? Wah kau macam wakil pelajar pulak rasanya guna ayat mentaliti. BAHAHAHAHAH. Takde lah. Orang selalu cakap, orang masuk universiti lagi pandai dari orang spm. Orang selalu pandang hormat tinggi orang yang ada sijil dari universiti/kolej etc berbanding dengan orang yang hanya ada sijil berhenti sekolah terakhirnya. Betul tak? Tak betul? Tak apa.

Entahlah. Memang pendidikan itu penting. Tak dinafikan. Tapi tak semua orang boleh sampai tahap yang tinggi. Tapi bila ada orang bezakan orang yang masuk universiti dengan orang yang tak, i think there is something wrong with you human. Masuk universiti tak semestinya pemikiran lebih tinggi/matang/jauh daripada orang yang tak masuk. Orang yang tak masuk universiti, tak semestinya pemikiran diorang sempit/cetek/dekat(tak jauh). Get it? Ada je orang masuk universiti, susah jugak hidup. Ada je orang tak masuk universiti hidup senang. Ada kan kan kan?

Jadi sebagai manusia biasa yang berdiri sama tinggi,duduk sama rendah,marilah kita buka minda,buka hati. Ewah dah macam pakar motivasi pulak dah. HAHAHA. Setiap orang kan ada kelebihannya masing-masing. Janganlah underestimate someone sebelum kita tengok dulu what action he/she will take. Because action speaks louder than words which sometimes people forget about it. Orang pandai bercakap je dah di-estimate hebat. Yes. A good speaker always one step ahead from everyone else. But the one behind him/her did something great too.

So the point is, ya dalam banyak-banyak yang ditaip, satu point je yang nak disampaikan sebenarnya. It is...
Abaikan mereka yang membezakan seseorang dengan tahap pendidikan. Whatever they say, answer with a smile. These people just don't realise, there are many things that can make someone so special in their very own way. Hidup ni bukan untuk masuk universiti, dapat kerja, gaji tinggi aje. Ada je orang hidupnya tak masuk universiti, gaji tinggi jugak. Awak, kalau masuk universiti tapi tak tahu siang ikan, sama je jugak dengan tak masuk universiti tahu siang ikan. Complete each other, tak gitu? Get it?

Just a reminder for me, and maybe, for you too.
Wassalam.



Sticknote;
Successful people always have two things on their lips. Silent and smile.



20130201

2012--->2013

Happy new year! Masib belum terlambat kan? Dah 2013 dah. Hewhewhew. New year resolutions. Lol. Macam dah basi je kalau nak cerita pasal azam tahun baru. Dah masuk bulan februari dah pun. Tapi nak jugak. Nak jugak.

Sebelum tu,mari lihat checklist untuk 2012 resolutions.


Eh sorry. Tak pernah buat checklist untuk azam tahun baru. Takpe. Bitter and sweet of 2012 :-


Good result. Moderate and walah. 
New toy. Pembaziran baru. Instax camera. 
Abang tunang. Abang kahwin. Future gorgeous aunty.
Friends come. Friends leave.
Good lecturers come. Good lecturers leave.
Celebrated birthday with a cake.
Tour around JB with the awesome people.
Sleepover at other university -- UTM
Class picture
Bought more than 20 novels. Oh well well. Pembaziran?
Tanam pokok untuk universiti.
Duduk rumah sewa dengan selamat.
Malacca with friends.
Istanbul with a friend.LOL.Istanbul Aku Datang maksud saya.
And shopping when there was 70% in PDI. Gile tak best?! Eh over tau.

Apa lagi ya? Banyak sebenarnya tapi macam tu je ingat. Sebab kan dah 2013. So 2012 is my past. I don't live there anymore.Amboi ayattt..After all,still,alhamdulillah.

Tapi nak cakap pasal instax camera. Niat sebenarnya nak bagi kat abang untuk hadiah wedding. Wah sweet kan? *winkwink* Tapi end up jadi hakmilik sendiri sebab dah terbeli pink colour. Hehe. Berbaloi? Entahlah. Kadang-kadang rasa macam rugi. Kadang-kadang rasa macam best pulak. Rugi sebab bila fikir pasal filemnya yang mahal haihhh. Untung sebab boleh feeling Korea dengan dapat fulfill childhood wish. Instax ni best cuma kena pandai gunalah. Kalau kita je pandai guna pun tak best jugak sebab nanti semua filem takde gambar kita kan. Jadi kalau nak beli, ajak kawan-kawan beli sekali. Jadi semua filem ada gambar kita dan ada gambar mereka. Baru sweet kan kan kan.


Ini contoh gambar terbaik buat masa ini. Ini filem pertama dan diambil oleh orang yang bekerja di kedai gambar ni.HAHAHA. Banyak lagi yang terbaik cuma tak scan aje. Itulah masalah instax ni. Takde digital memory. Instax ni unik sebab the feeling once you snap, rasanya macam, dia rasa macam mixed feelings tau. Berdebar-debar,teruja,dan happy giler kalau gambar tu jadi cantik sangat. Gambar tu very classy in their own way.

Tengok. Unik kan? Mana ada orang nak upload gambar senget macam ni. Kalau senget, mesti delete,amik baru kan. Ni lepas amik gambar, hati berkata
"Aku redha dengan ketentuanmu.."


Sticknote;
2013
H A P P Y in a very right way,upon His blessings.

20130118

Tutty Fruiteii

Tersebutlah kisah...
4 teman serumah...
pergi ke Tutti Fruity...
di minggu belajar..

So that was my first time ever pergi tutti fruity. Pertama kali untuk beli. Ho yeah! Dan fyi, Tutti Fruiti tu dekat je dengan rumah sewa. So tekan punya tekan, hamik, RM10 sorang. Boleh makan nasi untuk 3 hari tu. Tapi dah terbeli, nak buat camne.

We decided to sit outside. Then came one makcik. Makcik tu sebenarnya tengah tunggu anak dia.

Makcik: Kamu ni semua degree?
Kami: Ya. (nampak tak ke-skema-annya di situ?Kata study week)
Makcik: Oh bukan tengah exam ke?
Kami: Sekarang study week.

bla...bla....bla....

Makcik: Anak makcik dulu dapat matriks tapi makcik suruh dia amik diploma.Sebab dia dapat matrik kat Londang. Sini dekat sikit. Makcik duduk BP je. Kamu semua matriks? Sama je kan tahun dia. 6 tahun jugak kan.
Kami: Eh tak. Matrik kira kurang satu tahun, makcik.
Makcik: Eh ye ke? Matrik 2 tahun,degree 4 tahun.
Kami: Ohhh kami matrik setahun..

bla...bla...bla...

Makcik: Tutti Fruity ni bukan dulu kat facebook ada keluar ke kata tak halal kan?

Gulp! Ketahuilah di saat itu,semua tutti fruity aku dah habis. Tapi yang lagi tiga orang tu belum habis.

Kami: Eh tak.Itu macam sabotaj..
Makcik: Oh orang nak sabotaj ya..Ni cina punya ke Melayu?
Kami: Ni owner dia Melayu.
Makcik: Ohh tapi bahan-bahan dia bukan kita buat kan..takde tanda halal pun kan (sambil berdiri dan melihat sekitar cermin kedai tutti fruiti)..
Kami: Tapi bahan-bahan dia takde lah yang tak halal..

Jawapan kami tak kukuh. Kami tergamam. Nasib baik aku dah habis dah makan masa makcik tu cakap tak halal. Tapi tapi tapi, kitorang yakin yang tutti fruity tu halal. Kitorang yakin walaupun makcik tu cuba menggoyahkan tahap keyakinan kitorang. Dan sehingga sekarang kitorang yakin.

Silap langkahlah makan kat luar. Patut makan kat dalam. Takdelah makcik tu berani provok kitorang ye dak?

Sticknote;
Masih menyesal. 10 ringgit untuk 10 minit je. Tambah 4 ringgit, dapat prosperity untuk setengah jam makan. Eh, isu sensitip jugak?

20121223

Secret that can never be told.

"Ajal maut jodoh pertemuan rahsia Allah. "

Because of that, we tend to hurt people. We tend to hurt people feelings. We tend to forget their kindness. We tend to forget the smiles they made for us. We tend to procrastinate. We tend to waste so much time. We tend to wait for another day. We tend to wait for so long. We tend to talk so much. We tend to forget silent is the best way when talking invites bad things.

Being the third party is sometimes the best part as one party would look at the third party like an angel. Being the third party is sometimes the risky part. Another party might be looking the third party like a devil. The fragile role. The one people hated the most. Yet,some of us had become one of that.

Hurting people and forget that the person could leave us tomorrow. Hurting people and forget it could be our last meeting. Forgetting the smiles as we tend to make our cries our main priority.

Raising our ego just to feel satisfied. Just to look as a winner. Just to hurt other people. Hurting. Keep doing and repeating that without sorry.

Keep waiting. Waiting for the right time. Waiting for our satisfaction. Waiting for so long. Waiting changed into an ending.

Satisfied?

We forgot we might be spending our whole life with the person we just met. We don't know the exact time they would leave. We don't know the exact time we would leave. We forgot we would leave. Because the time is a secret that nobody knows.

Stop hurting.
Stop wasting time.
Stop procrastinating.
Stop being the third party.
Stop being egomaniac.
Start being a human.
A human full of love.

Semester 3,i'll be missing you. You have taught me a lot. Thank you for the inspiring and beautiful people.

Till then. See you next year.

Sticknote;
Ada hati yang perlu dijaga. Hati sendiri pun nak dijaga.




20121214

Of being sakit hati and tough

So,macam tu rasanya bila meja kena tarik dengan majlis perbandaran?
Macam tu rasanya bila rugi.
Macam tu rasanya bila tak balik modal.
Macam tu rasanya.

Dipendekkan cerita, i was testing myself on being an entrepreneur. The result is...
fail.
Tak layak. Tak layak. Terpekik terlolong tengah-tengah hari buta, jalan ke depan ke tengah ke belakang, takde orang nak beli.

Macam tu rasanya bila offer ditolak.
Macam tu rasanya bila orang menjaja barang kita kata "Dah beli dah."

Cerita kena tarik dengan majlis perbandaran belum selesai. Nak dijadikan cerita lebih menarik dengan aksi tarik-menarik rambut, meja kami kena tarik semasa hari keusahawanan. Kami dikatakan mengambil hak mereka. Whatever. Malas nak cerita panjang. Siap nak saman-menyaman. Wey, nak saman pun agak-agaklah. Hitam putih takde. Setakat lisan,naik court pun tak boleh nak fight. Nak amik-amik gambar pulak. Orang dah pulang balik meja tu,taknak guna pulak. Letak je kat belakang kitorang. What was that suppose to mean?
 Lancarkan perang!! Lancarkan perang!!

Dah. Kalau ikutkan hati,matilah. Sebab tu ikutkan akal, pulangkan balik meja (ingat kitorang nak sangat ke hah?! Dengan kawasan yang lagi ramai penjual daripada pembeli.), dan kita teruskan misi kita.

Setelah perniagaan menjadi terlalu slow, sebagai usahawan yang berjaya, plan BCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ mesti ada. Destinasi seterusnya, KOLEJ KEDIAMAN! Buat bisnes kat kolej kediaman ni sebenarnya untung sebab ramai students especially yang malas-malasan macam i ni hah, yang hujung minggu selalunya tengok movie atas katil, sebab kat hostel, takde tv, orang ketuk pintu jual barang, especially makanan! mesti beli punya. Jadi telah terjadilah aksi saya dan share partner share partner yang lain naik sampai ke tingkat 4 setiap blok. Fuhhh...lebih kurang 6 blok pusing-pusing tengok pintu bilik terbukak jerit "Buah...buah!!" . Suara pun dah sedap sangat dah macam Siti dulu jerit "Kuih..kuih..". HAHAHA. Takde kena mengena langsung.

Dan akhir sekali, kami rugi. But the most important thing is, my share partnerS and I dapat satu experience baru. Dapat buat 2 kerja dalam satu masa. Dapat jual buah sambil exercise. Tapi tak dapat jodoh. BAHAHAHA. Sangat tak lawak kerana sangat penat.

Being rebel was not helping much. Tunjuk protes kat "pengacau gerai". Gagal buat "pengacau gerai" sakit hati. Tak cukup tough. Ke depan ke belakang cari customer. Customer lari. Whatever it is, it was a worth day spent. Penat, peluh, sakit hati, ketawa, rugi. Itu pengalaman. Itu pengajaran. Sangat respect orang yang tak pernah putus asa jual makanan tak habis, jual barang tak laku, meja kena tarik, and many other awful things that we wish wont happen in our life.

So hari ni, dah 15/12/12 sebab dah pukul 2 pagi, test signal dah berlalu. Masih lagi mencari signal subjek ini. Sila berikan pencerahan. Perlukan pencerahan. Tinggal satu test, entrepreneurship, and i hope i wont fail on paper as i failed on the road.

So far, this sem, which will end within one month, is quite, not quite, is tough. Very very. Sometimes, i wondered. Did i being to relax and do my works last minute or what? The tonnes of work are overloaded. Whatever. It will end soon. Very very soon. But, sem 3, you did a very good job in making me realize something. I still want to thank you for the memories and lessons.

No pain. No gain.
Wassalam.

Sticknote;
1234

20121114

Kentang goreng awak

"Apa yang kau rasa?"
Aku rasa macam Adi kot.
"Apa? Kentang goreng?"
Bukan. Tu cerita semalam. Anyways, float dia tak se-best awang&wani kot.
"Habis,cerita yang mana satu?"
Konflik dalam diri kot.
"Masalah?"
Hati.
"Sakit?"
Mata.
"Kenapa dengan mata pulak?"
Telinga.
"Kau dah kenapa..?"
Mulut.
"Ada kena mengena dengan kentang goreng ke?"
Maybe.
"To be precise...please."
Mata yang menipu. Telinga yang salah. Mulut yang mentafsir.
"Hati?"
Hati yang tercalar. Hati yang kecewa. Hati yang penat. Hati yang lelah.
"Eh, lelah bukan jantung ke?"
Aku rasa paru-paru.
"Betul ke konflik dalam diri ni.."
Macam bukan je kan. Rasa konflik syok sendiri ni.

Aku lihat dia di sana..Aku ingin mendekatinya..Aku cuba menghampirinya...Lalu aku menyapa dia..Dia membuka bicara..Dan aku mula mengenalnya..

Eh itu bukan syok sendiri kot. Itu happy ending kot. Cuma tak dapat masuk final je.
"Tu la. Takde lagu konflik dalam diri?"
Ada. Dalam laptop Opie.
"Serius meh?"
Serius. Folder jiwang leleh.
"Kentang dah habis."
Aku dah tak rasa konflik dalam diri atau syok sendiri.
"Jadi? Kau rasa chipster?"
Aku rasa lupa diri hah assignment projek tutor test berderet lepas tu pergi syok online berblogging lagi lepas tu makan tidur lepas tu stress salahkan syllabus banyak sangatlah apalah.
"Aku rasa kau terlebih makan kentang ni."
Kau taknak salahkan McShaker?
"Takpun  aku rasa chipster."
Kenapa semua mesti nak ter?
"Kau tak rasa lejen bila tulis macam ni?"
Aku rasa lebih lejen bila pakai 3310 dengan chuck taylor.
"Aku rasa kentang goreng tu subjektif."
Aku pun rasa. Hidup sebagai kentang goreng. Mungkin ada sebab kenapa Adi suka kentang goreng. Sebab pertama mungkin dia bercita-cita tinggi nak pergi Perancis.
"Kenapa pulak?"
French fries. You get it?
"Snap! And sebab kedua mungkin sebab goreng ada kena mengena dengan girang."
Told ya.
"Ais krim kau tak rasa subjektif jugak?"
Ais krim. Hmmmm... Manis, sejuk, cantik.
Kenangan manis bersama insan tersayang di tempat yang sejuk dan pemandangan yang sangat cantik..
"So that is the reason why she would love to have ice cream when she is sad and down.."
Think so.
"Jadi,apa cerita owl?"
Owl? Mungkin sekarang adalah masa hibernasi untuk owl.
"Rindulah."
Subjektif?
"Kinda."
Kau tau,orang akan rasa nak sepak(tampar) muka kau bila kau asyik kata tentang sesuatu perkara itu subjektif.
"Dah memang betul. Habis kau nak suruh aku ubah? Hidup hanya dalam dua pilihan atau empat pilihan? Yes No A B C D. Macam tu?"
Tak. Tiada siapa ada hak nak suruh kau ubah. Tapi lain kali jawab sesuatu macam ni
'Rindu itu subjektif yang berkategori.'.

Sticknote;
Benda yang kau ada kau kena simpan. Tolonglah jangan buang. Tolonglah. Satu hari kau susah, kau cari,benda tu betul-betul takde, kau boleh beli baru tapi nilainya tetap tak sama. Jaga hati. Jaga iman. 

Salam Maal Hijrah 1434H.

20121102

Sophomore : Beautiful


Dah lama tak buat karangan. Nak guna kata ganti nama apa? Saya terlalu skema bunyinya. i terlalu gedik pulak rasanya. Aku terasa terlalu lejen pulak. Kite tak matang pulak rasanya. Apa kata beta? Oh itu terlalu formal.


Mari kita guna kata ganti nama Akak. Kata dah second year. Akak gittewwwwww. Apa khabar junior? Hihihihihihi

Jadi,sudah lebih kurang,tambah tolak,7-8 minggu akak melalui zaman tahun 2 di universiti. Apa akak rasa? Apa akak dapat? Apa akak buat?

Akak rasa nak tidur dan tak mau bangun.

LOL.

So i met many beautiful people this semester. And i have been inspired much.

Beautiful is a subjective word.

Bila nampak perkataan "subjective" atau dalam bahasa ibundanya, "subjektif" , kita,mungkin bukan kita, tapi akak akan membayangkan satu jawapan/penerangan/explanation yang panjang.
Beautiful. I met many beautiful people this semester. Tak bermaksud akak berjumpa ramai orang perempuan yang cantik. Beautiful itu subjektif. Kenapa tak guna cantik? Suka hati kite lah.Eh akak lah.

THIS CONTENT HAS BEEN REMOVED BY THE AUTHOR.
CALL HER FOR ANY CURIOSITY.

These beautiful people, really really inspired me.

 Everyone is beautiful in their own way,right? Tapi tak semua orang boleh nampak beautiful orang lain. Mungkin sesetengah orang tak rasa orang-orang yang akak mention di atas ni beautiful macam yang akak rasa. Sebab beautiful itu subjektif. Jawapannya panjang. Macam dalam exam. Objektif ada pilihan. Kalau tiru,takkan kantoi. Subjektif,kalau tiru bulat-bulat,confirm kantoi. So,setiap orang  opinion dia berbeza. Beautiful bagi akak,tak semestinya beautiful bagi awak,kawan-kawan dan mereka. Tak beautiful bagi akak,tak semestinya tak beautiful bagi awak,kawan-kawan dan mereka.

Ini Cinta. Tunggu 2015 nanti,akak amik gambar dengan dia lagi. Insya-Allah.
Beautiful.


Sticknote;

This is awkward. This is for the two people who just followed me on twitter.
Thank you. You are beautiful.






20121029

Pesan Adik

Sudahlah.Cukuplah tu dengan post post yang mengarut.Let's get back to the serious business.Mari kembali ke perniagaan yang serius?Let's get back to the right track.

Many things happened.Everything happened for a reason.

The end.

Just kidding.

#1 Legoland
I went to Legoland Malaysia!Woot woot! The first in Malaysia. Woot woot! How cool is that? Betul-betul ho liao! So,the story is,my big family and I went there on (bukan semua benda kita boleh ingat) and the ticket s price were not RM180++. Diskaun okay. Kalau RM180++,tunggu 3 tahun akan datanglah pergi.Kenapa 3 tahun? Kita tunggu 3 tahun akan datang baru bagitahu. Anyways,it was fun.The company was fun,actually. It is not easy for us to gather everyone in the family,and that day we had incomplete members,indeed. Apa merepek bahasa tunggang langgang. Kbye. I had fun. It was awesome. And worth it AND AND AND WE SHOULD BE PROUD.WE HAVE LEGOLAND THEME PARK IN OUR COUNTRY.


Wait,did I mention that I had my bad tudung day on that day?So,one photo is enough.

#2 Sophomore
Well,it shall be post in another post.

#3 MY BROTHER GOT MARRIED!!!


Your brother got married and what's up with this picture?
Suka hati kite la weyyy.Blog kite.Ahhhh ni semua syndrome Diba Lori la ni.

Yeah,my brother is married.I'm very happy for him and welcome to the family Kak Zura :)

Hai abang! Kini abang sudah bergelar suami orang. Tahniah. Mungkin tidak lama lagi bergelar bapa orang pula? Dan adik akan jadi aunty yang paling gorgeous di muka bumi ini. Hihihihihihi. Kalau dulu abang boleh tipu adik suruh beli kereta control abang,mungkin adik pulak akan tipu anak abang untuk membeli stationery adik zaman sekolah punya?HAHA.Kala dulu kita bermain badminton bersama-sama dan raket adik saja yang patah,kini raket abang pun abang campak dalam bilik adik?!!Mentang-mentang bilik tidak berpenghuni. Kala dulu kita pernah main dengan jiran belakang namanya Ain,walaupun sekali,kira kita mesra jiran lah jugak kan ;) ,sekarang Ain pun dah main dengan anak dia bang oiiii. Kala dulu,kita pergi tuition Mrs. Sugu sama-sama,kini kita tak boleh hantar anak abang ke sana kerana Mrs. Sugu pun kurang sihat.How time flies.Get well soon Mrs. Sugu. Kala dulu kita pernah ke sekolah agama bersama walaupun jalan jauh-jauh,hot kot kita bang (vain).Kala dulu kita sama-sama main kampungchat,sekarang ni zaman facebook,rajin-rajinlah conteng dinding adik dan tanya "Duit belanja ada tak? Abang nak bank in." Sejuk perut mak mengandungkan abang,tak gitu?  Kalau masih ingat, kita pergi ngaji sama-sama dulu,dari petang berganjak ke selepas maghrib. Apa motif cerita pasal benda alah ni semua? Takdelah, adik cuma nak ingatkan, ingat tak ada 2 orang adik-beradik pun datang ngaji sama-sama dengan kita. Abang dan adik jugak. Adik dia tu baya adik. Adik dia tu dah hensem sekarang. Jadi,doakan lah dia jadi bakal adik ipar abang pulak. 

Ok.Bye.


Sticknote;
Selamat menjadi suami.Selamat menjadi ketua.Selamat menjadi pelindung.Selamat menjadi nakhoda mengemudi bahtera berpandukan syariat Islam.Di bawah telapak kakimu,kini terletaknya sebuah syurga milik seseorang tetapi ingatlah wahai kakanda,syurgamu tetap di bawah telapak kaki bonda tercinta kita.

Salam sayang,
Adik.

20120815

Selamat Hari Raya.Maaf zahir dan batin.

Assalamualaikum wbt.


Ramai dah tengok video ni dan semua respon sedih dan yang bagi respon tak sedih tu memang hati cekal betul.Siapa kita untuk menentukan hati orang?Eh?

Dan respon diri ini ialah......

TERUKNYA AKU!

Serius teruk.Kalau nak tahu,apabila aku terjumpa mana-mana peminta sedekah,walaupun memberi,ada sedikit dalam hati rasa itu.Rasa gusar.Lagi-lagi kalau yang cukup sifat sempurnanya.Tangan kaki semua ada.Mata tak buta.Telinga tak pekak.Bila  nampak yang buta,takde tangan dan lain-lain sifat kekurangannya,ada rasa kesian tapi sikit kerana rasa gusar itu terlalu menggunung tinggi.

Apa yang aku gusarkan?

Aku rasa was-was ke mana duit aku akan pergi kalau aku memberi kepada mereka.Betul ke diorang guna untuk makan?Untuk beli ubat?Atau diorang buat benda lain yang tersasar dari landasan kebenaran?Atau diorang bagi duit tu kepada ejen-ejen yang menghantar diorang?

Sebab terlalu banyak sangat kes yang keluar kat paper.Kes budak kena culik,lepas tu dipaksa meminta sedekah.Tu belum lagi mintak derma untuk dirikan sekolah anak-anak yatim,sekolah agama dll.Aku cuma gusar duit aku itu untuk orang yang bertindak kejam,menyeksa kanak-kanak,orang tua,OKU.

Lagi-lagi timbul isu baru di mana syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia menggunakan taktik baru untuk memuaskan nafsu binatang mereka.Menjadikan budak kecil sebagai umpan kepada mangsa-mangsa mereka.Kononnya budak kecik tu tersesat,lepas tu suruh hantar ke alamat yang ditulis di kertas.Sebab perempuan mudah kesian dan ada naluri sayang kepada budak-budak kecik,pergilah hantar budak tu dan sampai-sampai kat alamat,kena rogol.Jadi,kalaulah diletakkan di tempat pemandu lori itu,apakah yang akan dilakukan?Aku tak tahu.Satu suara berkata sama seperti di atas.Satu suara berkata lain. Astaghfirullahhalazim ,semoga Allah memberi kita semua petunjuk yang terbaik.

Kanak-kanak tak bersalah dalam soal ini.Malah,kalau diorang tak dapat jumlah yang cukup selepas seharian meminta sedekah,ejen-ejen yang menculik diorang tu mesti lagi menyeksa diorang.Tapi kalau diberi pula,ibarat menyenangkan mereka yang kejam tu.Tapi sebenarnya apa yang aku harus risaukan.Rezeki yang halal,niat yang ikhlas,insya-Allah, Allah akan lindunginya.

Dan orang-orang yang cukup sifat itu juga mungkin tak bersalah.Mungkin satu organ dia dah rosak.Dia tak boleh nak buat kerja berat.Mungkin dia ada sakit darah tinggi,kencing manis yang kronik.Mungkin ada barah yang kos biayanya terlalu tinggi dan tidak dapat diselamatkan lagi.Dan segala kemungkinan menerjah mindaku...

Tapi lepas tengok iklan ni,aku terus rasa taknak shopping pulak.Bagus jugak macam ni.Bila nak beli barang je,mesti aku teringat budak dua orang ni yang raya dia tak semewah kita semua.Baju je raya.Kasut dan yang lain-lain mungkin yang lama punya.Kalau dulu raya semua nak baru.Cadar baru.Alas kaki pun nak baru.Tapi bila teringat budak dua orang ni,terus tak jadi beli.Save budget!Boleh beli iphone cukup tahun nanti.Eh..budak dua orang tu mungkin handphone pun tak pernah pegang.Public phone pun tak tahu nak guna untuk telefon siapa.

*nangis*

Iklan lain pun sedih.Tengok iklan ptptn pun aku nangis.Aku pun tak faham.Tengok singgah sahur pun touching.Lagi-lagi yang episod pergi rumah orang tua-tua.Bila ditanya,anak berapa ramai.Jawapannya lebih satu.Tapi semua tak datang melawat.Apa salah orang tua tu pun aku tak tahu.Mungkin dah nyanyuk.Mungkin masa muda teruk perangainya.Mungkin tak pernah amik tahu hal anak-anak.Tapi seteruk mana pun mereka,dia tetap orang tua kita.Teruk mana pun dia dulu,kita pernah jugak terlintas di hati mereka.Diorang ingat jugak nak cari duit untuk bagi kita makan.Macam-macam agaknya diorang buat. Tebalkan muka pinjam duit orang untuk kita terus hidup macam orang lain.Tu belum lagi cerita mak jadi pelacur untuk besarkan anak sampai masuk universiti tapi dah kerja lupa diri.Taknak mengaku mak sebab mak dulu bekas pelacur.Tapi...

Kisah pemuda beribu bapakan babi.

Sayangilah,hormatilah ibu bapa kita.

Ya Allah,jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah,yang berjasa kepada kedua orang tua kami.Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami.Amin.

Kalau lagu raya pulak,


Aku akan rasa sedih sikitlah kalau dengar lagu ni.HAHA.Apa sedih tapi haha?
Kalau dengar lagu ni,mesti selalu terbayang arwah angah kejut,panggil pakai baju baru.Samalah macam lirik lagu ni.Tapi tu semua dah berlalu kot.Sekarang arwah angah pun dah takde.Raya memang berbeza. Kalau dulu lawat kubur atok aje,sekarang lawat kubur kakak sendiri pulak.Memang sedih kalau ingat beli baju raya sama-sama.Buat kuih raya sama-sama.Buka sama-sama.Bila ingat-ingat balik,4 tahun lepas raya pertama kat hospital.Sedihlah dengar takbir kat hospital.Dan sebenarnya,tu lah kali terakhir sambut raya dengan arwah angah.Tapi satu gambar raya dengan arwah angah tahun tu pun takde.Jadi,azam raya tahun ni,nak amik gambar dengan semua orang.Kalau bukan diorang,mungkin diri ini yang pergi dan tak sempat beraya lagi.Kenangan itu boleh mengubat kerinduan walaupun pahit.Macam makan ubat.Pahit tapi nak cepat baik kena makan jugak.

Sedar tak sedar,dah hampir dua puluh tahun(Insya-Allah) menyambut hari raya yang pasti gembira.Rasa tak,raya dulu dengan raya sekarang bezanya banyak sangat.Kalau dulu sebelum raya kemas rumah bagai nak rak,sekarang cuti sem kemas rumah pun ala kadar.Dulu kumpul satu family besar dari rumah ke rumah sambut raya,main bunga api,mercun.Sekarang,mercun pun tak main sebab takut hilang jari.Bunga api konon untuk budak kecik.Pop pop takkan nak main dengan kucing.Sepupu, ada yang ada,ada yang takde.Dah kerja,ada tak boleh cuti.Dah kahwin,kenalah ikut giliran.Yang jauh,nak balik pun fikir 2-3 kali.Kereta nak kena servis.Minyak lagi.

Dulu pagi raya mintak maaf.Sekarang pagi raya tengok twitter.Lepas sembahyang pergi kubur.Balik kubur terbongkang,tetamu datang,hidang juadah dengan air liur kat pipi.LOLOLOL.

Kenapa raya dulu dengan raya sekarang lain?

Raya dulu kita tak matang.Raya sekarang kita dah matang.
Raya dulu takde gf/bf.Raya sekarang 24/7 bbm whats app sms.
Raya dulu hantar kad raya.Raya sekarang wish kat facebook aje.
Raya dulu buat kuih,raya sekarang kuih tunjuk.
Raya dulu shopping sakan.Sekarang,tak raya pun shopping sakan.
Raya dulu duit raya adalah segalanya.Raya sekarang malu nak dapat duit raya.
Raya dulu takde musuh.Raya sekarang musuh sekolah menengah,matriks,asasi,universiti,tempat kerja.
Raya dulu kita tak matang.Raya sekarang kita dah matang.Kononnya.
Kalau gitu,apa kata sambut raya dengan tak matangnya tahun ni?
Pergi masjid senyum dengan semua orang.Pagi raya pasang lagu raya.Esok beli bunga api mercun.Malam raya lawan dengan kampung sebelah.Sampai hilang jari.LOLOLOLOLOL

Sambutlah raya dengan matang.Matang dalam erti sebenar.Tak perlu dihuraikan lagi.Kita semua tahu bagaimana nak sambut kegembiraan dengan kematangan.Makin banyak aku taip matang,makin pelik pulak aku rasa perkataan matang ni.HAHAHA

Saya ingin meminta maaf zahir dan batin kepada semua orang yang pernah saya kenal/jumpa di alam nyata dan alam maya.Maaf sekiranya berkasar.Maaf sekiranya terlupa.Maaf kerana terlalu negatif.Maaf kerana tidak membantu.Maaf kerana bersangka buruk.Maaf kerana bersikap kurang ajar.Maaf kerana menimbulkan perselisihan.Maaf kerana terjatuh hati dengan awak.Eh?


Sticknote;
Selamat Hari Raya Aildilfitri.Maaf zahir dan batin.



20120801

Please don't die//Mati itu pasti.

Why so serious?


Semuanya bermula dengan Aina.Aina telah terbaca satu artikel di mana ada seorang hamba Allah yang tidak tenang selepas kematiannya kerana laman sesawang(ke laman sosial?) kepunyaannya.Aina mula risau.Seperti biasa,MissShakeItRight kalau shaking shaking akan berjangkit kepada orang lain.

Pernah terfikir tak,kalau kita mati,macamana dengan fb blog tumblr twitter high5 google+ friendster myspace instagram ym msn zalora...zalora eh?

Aina predict,kalau dia takde(nak guna mati but it's just too harsh) dalam masa terdekat ni,mungkin akan ada orang post kat wall fb dia "rindu nak makan cupcakes kau".Tapi sebenarnya tak pernah rasa lagi cupcakes dia.Macam mana nak rindu tu?

Kehilangan itu memang sakit.Tapi detik-detik kehilangan itu lagi sakit.Contohnya,hari ini awak beli baju raya colour biru,matching dengan pasangan.Ewah.Lusa pada pukul 9 pagi,baju raya itu akan hilang sebab lepas basuh,sidai kat ampaian,sampai malam lupa nak ambil,pukul 9 tengok dah takde.Mungkin akan sedih campur marah tapi macam mana pulak kalau 10 minit selepas beli tu,awak tahu baju itu akan hilang lusa, Tak boleh nak buat apa.Baju tu memang akan hilang.Alaaa...susahnya guna contoh baju ni.Takpelah.Baju tu tak hilang.Jadi awak boleh guna baju raya tu matching dengan pasangan.Semoga berbahagia selamanya.

Okey.Contohnya Bieber akan pergi buat selamanya pada hari Isnin jam 9 pagi.Salina tahu tapi dia tak dapat nak buat apa-apa sebab Bieber terlalu jauh dan kalau nak peluk pun tak boleh sebab bukan muhrim. Sekarang hari ahad,malam.Salina tak dapat tidur mengenangkan nasibnya selepas ketiadaan Bieber.Menangis.Meraung.Peluk laptop.Menghitung detik-detik waktu kehilangan.Masa sahur,Salina takde selera nak makan.Termenung dan tertidur.Sedar-sedar pukul 9.30 pagi.Bieber dah takde.

Konklusinya,saya faham awak tak faham.Takpelah.Saya pun tak tahu macam mana nak fahamkan.Cuma nak cakap detik kehilangan itu lagi sakit daripada kehilangan.


Jadi,mari anggap ini entri terakhir sebelum saya meninggalkan dunia ini.

Daku terfikir. Ewah daku tuuuuu
Siapa datang masa pengebumian? Menangis ke diorang? Balik kubur diorang buat apa? Macamana kawan-kawan fb tahu? Siapa bagitahu? Ramai tak orang yang post "Sedih.Al-Fatihah" dan sewaktu dengannya? Kawan-kawan di alam maya sedar tak kehilanganku? Orang-orang yang follow blog ni? Cikgu-cikgu sekolah? Diorang ingat lagi ke pada diriku? Macamana cara diorang nak ingat tu? "Yang cantik-cantik tu hahh.." atau "Yang tett tooottt teeeetttt.." maklumlah,bukan orang famous.Macam mana pulak dengan my stalker?Mesti sedih dah takde update.

Kawan-kawan yang ada blog,diorang post tak satu post special untukku? Take note-lah please.
SILA BUAT SATU POST YANG ANDA AKAN TULIS(TYPE) SELEPAS KEPERGIAN SAYA.

Selepas 1 tahun.

Ada tak orang update status kata "I miss you." "Wish you were here." ? Selepas 1 tahun rasanya tak mustahil.

Cuba lihat lagi ke hadapan.

Selepas 10 tahun.

Ada tak orang update status kata "10 tahun berlalu.Kau tetap dalam ingatan." "Ku namakan anakku dengan namamu.Pengganti penguat semangatku." "Kau tak sempat melihat aku mengurut si MissWorld."
eh?

Not everyone good at remembering things. Especially numbers. So i don't expect much. Normallah kalau orang lupa kita selepas 10 tahun tanpa kewujudan kita melainkan kita betul-betul bermakna dalam hidup orang itu. Kawan sekolah rendah pun dah lupa,you expect someone to remember you after you left for 10 years?

Unless you're really special.

So sekiranya diri ini pergi selepas habis menaip entri ini,
My beloved family,you're the greatest gift I got from Allah.
Cousins,aunties and uncles,thank you for all your jokes laugh food duit raya. xoxo
Friends,we're like sisters and brothers with different parents.
Teachers,you're one of the reasons I survive in abc's and numbers.
PTPTN,tolong halalkan pinjaman saya boleh? *mata love love* *mata kaca-kaca*

To my crush,

I'd love to dedicate this song for you.Please change;

boyfriend=girlfriend
hey girl=hey boy
gentleman=sweetheart
Buzz lightyear=Barbie Doraemon


Your profile views akan berkurang.My bad.

To my future husband,this is one of the songs i would love to dedicate to you

Nampaknya,tak sempat saya nak upload gambar kita bersama dalam instagram with the caption 
"Our first tarawikh together."

LOLOLOLOLOLOL.Nak meninggal pun boleh fikir macam tu ke -__-

Eh tapi belum habis lagi.

To my secret admirer,this song is for you.


LOLOLOLOLOLOLOL.
Ok.Tapi ini serius.To my secret admirer,please tell me.I need to know who you are.I know it's hurt. I'll help you to forget me.

Serius.
*muntah*
Takde sebab nak ada secret admirer.

Tapi kalau ada macam mana?Mehehehehehehehehehehehehehe.

Eh selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfiri.Maaf zahir dan batin.


Insaf.Maafkan saya.




Sticknote;
Please,miss me.






20120717

You are leaving.

Brothers and sisters,
Before you leave,look behind.
Look at those faces. Faces you love.
Or maybe faces who love you.
Brothers and sisters,
What have you done? Have you made they laugh enough? Have you made they cried?
Brothers and sisters,
Where are you going? Are you sure what you are doing?
Those faces are smiling.
Smiles would not enough to show their deepest feelings.
Brothers and sisters,
Did you remember all your tears that they tried to wipe off?
Have you paid back their hugs and kisses?
Brothers and sisters,
Remember the softness of their hands,patting at your back,to say they will always be with you,ups and downs?
Brothers and sisters,
Have you tried to feed them with your own bare hands?
Have you  said those three words to them?
Brothers and sisters,
After you leave,everything will change.
You and them.
Different. Different. Different.
Brothers and sisters,
Before you leave,make them laugh.
Before you leave,make them smile.
Before you leave,try hard to make their eyes free from tears.
Before you leave,say those three words to them.
I love you.

Sticknotes;
Some people need to hear those mainstream words because they are not good in interpreting actions.








I did it! I've just used that 'mainstream' word!Clap clap!

20120701

Re-blog: Dua

Tak ada sesiapa pun yang mahu jadi orang kedua terbaik.
Tak ada sesiapa pun yang rasa diri mereka memang dilahirkan untuk jadi yang kedua.
Tak ada.
Tak ada sesiapa pun yang memang impian mereka untuk jadi the other person after isitempatkosong.
Ada ke?
Mungkin ada.
Tapi that's not sound normal kan.
Pelik kan?
Sebab semua orang nak jadi yang pertama.
Semua orang mahu jadi yang terbaik dan the only one.
Kalau cakap tak ada, itu bohong.
Deep down in your heart mesti ada sikit perasaan tu.
So, that's how it work.
Tak ada sesiapa yang mahu jadi orang kedua.
Tapi, ini hidup di dunia.
So, be realistic.
Mesti akan orang yang akan jadi yang pertama dan kedua dan ketiga dan seterusnya.
I'm not trying to rank people but yeah, anything can happen.
Mungkin anda yang akan jadi orang kedua? atau mungkin me myself?
Don't get me wrong. Aku sendiri tak nak jadi seperti itu.
Who knows?
Life is unpredictable and life is full of surprise.
Anything can happen.
Anything.
but we can still change it.
Pray and pray.


Original Masterpiece by her.
Read inspiring and beautiful thoughts on her blog.

20120627

Saya artis.

Assalamualaikum and helllloooooo world!
Bajetnya.Tapi serius.Dah lama saya tidak melihat dunia luar.Apa khabar dunia?Saya kini banyak habiskan masa di dunia maya.Normalkah saya?Saya rasa normal kerana orang dunia luar(bukan dunia maya) pun banyak menghabiskan masa di dunia maya.Eh?


Hari ini saya post a post..eh?


Hari ini saya buat post...?


Hari ini saya create post ni(uhh who cares) sempena memperingati hari kelahiran......


FARAH GIRANG!


Yey!Farah,you are now an adult.No more kids menu for dinner or brunch.HAHA.Just kidding pretty.Farah,awak kini sama bot dengan kami.Tahniah.Kini kita boleh bersiar-siar melihat keindahan alam sambil mandi di dalam swimming pool separa air laut di atas bot.Oh lihat,ada ikan keli di dalam swimming pool ini.Eh,ini bukan swimming pool.Ini kolam ikan keli yang berbentuk jantung di kolej kita rupanya.
Siapa di sana itu?Macam kenal.Eh itu Adam Young!Dia datang lagi Farah!Kali ini dia tak bawak bunga.Dia bawak Taylor Swift dan makanan ikan keli.Bertuahlah awak dapat beri ikan keli makan dengan artis hollywood.


Dalyana!Wake up!


Kali ini bukan Farah yang mimpi.Tapi saya.Haha.
Once again.Happy birthday Farah!Have a blast.Semoga berjaya menjadi farmasis yang berjaya..eh?Tak maksud I,semoga you satu hari nanti berjaya menjadi farmasis di farmasi you sendiri.Ok? :)


Itu hanya selingan.
Nak taip lagi ni.


Saya sudah tamat pengajian saya di universiti.Yipppppiiiiieeee!!!!
I think I missed a word.Pengajian tahun satu maksud saya :D Syukur kepada Allah SWT.Hampir segalanya berjalan lancar kerana saya tidak datang lewat ke peperiksaan.Study tak habis itu perkara biasa.LOL.Tamat semester ini,saya tidak menjumpai baldi saya lagi.Saya kini pasrah.TDI telah mengecewakan saya sebanyak 3 kali.Baldi hilang.Buat rayuan kena reject.Fine.Dan lagi satu,eeeeeeeeiiiiiii gerammmnyaaaaaaa.Tapi tak boleh bagitau.
Cukuplah.Sudah cukup cukup sudah.Sampai di sini saja.Daripada batin terseksa...lebih baik ku pergi saja...


Cuti semester.Masa yang ditunggu-tunggu.Dah berapa banyak movie korang habiskan?Runningman dah tengok berapa kali?LOL.Saya baru habiskan satu drama.Tapi kan.bukan drama Korea.Bukan drama Tamil jugak lah.Tapi, drama Melayu.Kau Laksana Bulan.


Janganlah gelak.Eh hello,jangan pandang rendah pada drama Melayu ok.Dan drama ini untuk pengetahuan anda semua ditayangkan di TV2.Alaaaaa janganlah gelak.Drama ni sebenarnya diadaptasikan dari novel.So novel haters,move away!LOL.Tapi kalau tengok dari review penonton(chewaahhh),drama ni lagi best daripada buku.Tak kisahlah.Yang penting dua-dua best sebenarnya.Bila tengok drama ni,feeling macam tengok cerita korea.Sebab background music dia banyak guna lagu My Girl!Yey!Dari tak minat Zulhuzaimy,boleh suka Zulhuzaimy sebab tengok cerita ni.Ok cerita panjang pun tak guna sebab korang semua taknak tengok kan??kan?kan?Tapi kan..kalau ada masa pergilah baca buku ni.Hewhewhew.Saya nak cari lawyer pulak la.Hewhewhew :D


Dan anda anda anda ya anda!Yang suka korean drama dan hero-hero korea yang kawaaaiiiii.Ni nak habaq maii kat hangpa semua,hero-hero drama Malaysia pun kawaiii jugak.LOL.Sekarang aku yang geli.HAHA.
Ini oppa Nazim Othman.Haha.Aku tahu AfinaKassim kau nak muntah sekarang.Muntah je la.HAHA
Tengok tengok semua.Comel tak comel tak?Kawaiii kan kan kan?
Please don't hate me people.



Hah ni pulak untuk unna.Betul ke unna?Hentam sajalah.Comel-comel kan artis kita ni.Jadi, tontonlah drama tempatan!

Sama jugak macam baju-baju dan kasut-kasut di Tesco.Ada orang bangga kalau beli baju kat Tesco overseas.Tapi malu kalau beli baju kat Tesco Malaysia.Come on guys.Sama je ok.Baju Tesco lagi mahal dari baju kat Zaraa.Jadi sila bangga sekiranya selipar jepang anda dibeli di Tesco Malaysia,bukan Tesco Jepang.Jepang ada Tesco?


Oh yeah.Yang kaki tweetjer tu pun,mungkin boleh luangkan masa tengok drama tempatan ni 


Boleh download pada link ini.
Petikan daripada telemovie tersebut;
"Wahh!Budak parit pakai blackberry.Kelas kau Bedah!"

Sebab dah berlambak-lambak artis yang youtube telah lahirkan,di sini saya ingin membuat pengakuan,bahawa saya adalah salah sorang artis youtube.Ecehhh!HAHA.Takdelah.Contoh artis youtube yang famous macam kalau yang overseas tu,nama diorang susah sikit nak ingat,jadi yang Malaysia,Hafiz Zainal,Najwa Latiff,Meylda Ahmad,Tasha Manshahar dan yang terbaru yang baru tadi dengar lagu dia adalah Ainan Tasneem.Tapi korang mesti tak pernah dengar artis youtube yang boleh tahan lah bakat dia.Cuba dengar yang ini,


Memang suruh korang dengar je sebab dia tak tunjuk muka pun.Dia tunjuk gitar dengan tangan je.Dan banyak sebenarnya dia dah buat cover.Dan semuanya dia tak tunjuk muka.Dia kongsi not gitar dan jugak minat dia terhadap muzik.Humble tak?Bukan untuk menjadi retis.Bukan mencari populariti.Cayalah Cumi!




Bukan New Zealand.Tapi Kundasang Sabah.Jadi,tak payah pergi jauh-jauh.Bajet student macam kita ni cukup pergi Sabah.(Sumber gambar: FB cousin dan Mr.Google)


Bagi Johorean khususnya yang menetap di Johor Bahru,inilah Kotaraya yang baru!Cantik kan?

Sebenarnya,banyak sangat keistimewaan Malaysia ni.Sekarang tengah sale.Pergilah shopping bagi yang berduit lebih tu.Bagi yang masih student yang meminjam atau scholar,berjimat-cermatlah ya.

Selamat shopping,selamat bercuti,selamat berkerja,selamat menyambut bulan Syaaban yang barakah ini :)

Sticknote;
Hati-hati.Jaga diri.Sebab Austria ada penjara yang awesome untuk banduan.Pergi google.



Dan ciumlah orang yang anda sayangi selagi mereka ada di depan mata.

















Alaaaa angau lagi dengan Kau Laksana Bulan ni.Hewhewhew