20100419

Malacca Matriculation College

What's this?

Pehh nama bila translate ke omputih bukan main class kan.Cuba translate kan nama korang ke omputih.Silap-silap jadi nama jalan kawasan perumahan.=D

Jadi di sinilah diriku telah ditempatkan untuk menyambung pengajian.Kat Melaka tu beb.Bandaraya bersejarah.Bila nampak je perkataan Kolej Matrikulasi Melaka(KMM),terus teringat Menara Taming Sari,Dataran Pahlawan,A'famosa,muzium-muzium yang bertaburan,Zoo Melaka,Taman Buaya,Taman Rama-rama,Tasik Ayer Keroh,Sungai Melaka,Taman Mini Malaysia dan banyakkkkk lagi.Oh lupa!Mydin dan lagi satu sebelah mydin tu.Oklah,nampak sangat nak pergi jalan-jalan kan.

Di manakah letaknya KMM?Ingatkan komuter je kmm.Dengar cerita,matriks paling lama sekali dan dekat dengan pantai..Betul ke?Bila paling lama,bangunannya terus ku terbayang-bayangkan..Dahlah kat bandaraya bersejarah,paling lama..ohh..jengjengjengjeng!
KMM terletak di salah sebuah kampung yang dinamakan Kampung Londang.
Bukan London ya.tsk..tsk..

Apa yang menarik di kampung ini?

MASJID TANAH: Sungguh pelik apabila seekor ayam jantan berusia empat tahun begitu jinak dengan pemiliknya yang juga pesara tentera kerana sering kali menemani tuannya menunggang motosikal di Kampung Londang, dekat sini.

Ayam jantan yang diberi nama ‘Pak Tam’ itu amat istimewa buat tukang gunting rambut terbabit, Mohd Nasir Othman, 55, kerana begitu rapat dengannya selain mendakwa memahami apa saja arahan.


Mohd Nasir berkata, dia mempunyai 119 ekor ayam yang dibela sebagai salah satu hobi untuk mengisi masa lapan, tetapi mendapati Pak Tam amat istimewa kerana haiwan berkenaan memang dibelai dan dimanjakan sejak kecil.


Menurutnya, setiap petang, Pak Tam sudah menunggunya pulang dari tempat kerja di halaman rumah dan sebaik mendengar bunyi motosikal, haiwan itu akan mengejar sambil mengepak dan menenggek di atas motosikal untuk dibawa bersiar-siar di sekitar kampung.


“Saya dan isteri sudah manjakan dia (Pak Tam) sejak ayam ini sebesar tapak tangan lagi, dan kalau tidak dibawa berjalan-jalan maka dia akan merayap sekeliling kampung hingga susah mencarinya, tetapi jika dipanggil dia akan datang berlari-lari mendapatkan saya.


“Sejak kecil lagi saya bela dia, mandikan dia, cari kutu dia, sehinggalah sekarang sudah empat tahun lebih tanpa ada sebarang masalah, cuma Pak Tam kuat merajuk kerana bila orang (saudara mara) datang ke rumah maka dia juga mahu mencelah,” katanya.

Ok.Dah tambah satu lagi penarikan tempat ini.Best tak?Best kan.Nanti boleh jumpa dengan ayam jantan tu and amik gambar bersama sebagai kenang-kenangan.Geng bergambar?Jangan risau,i dah ada dah geng bergambar.Macam dah jodohlah kitorang ni semua sama-sama.I loikeee....dah lah sekolah sama dulu.Matriks pun dapat sama.Bolehlah kita balik raya naik bus sama-sama,buat kuih raya sama-sama,korang basuhkan baju i,i tengok you all basuh baju.Hehehe.

TETAPI!!!!!!

saya masih menunggu ini..






mungkin ini juga..

Jika tidak,bolehlah kita semua pergi tengok ini...

5 comments:

Azri Aliah said...

kau confirm pegi ke dal?
taknak tunggu IPTA?

daly said...

tgh tunggu ipta la ni.mana bagus azri?
matriks or ipta?

Azri Aliah said...

entah.
aku pun tak pasti.
tapi matriks deorang akta agak susah dan agak rushing.
life dia pun macam asrama penuh.
anywayy even kalau kita score 4 flat pun, biasanya dia yang akan tentukan course apa kita akan amek and u mana kita akan dapat.
memangla fast track tapi kena struggle bagai nak gila dan bertawakkal dapat course apa in the end.
anywayy ipta,
asasi aku tak berapa tau sangat.
tapi kalau choose dip pun,
masa nak amek deg kita dah ada sijil dip and
boleh kerja sambil belajar kalau nak
jadi takdelah terbeban sangat nak bayar ptptn nanti.
anywayy kalau matriks
kau tak dapat sijil sah.
andai kata cgpa rendah biasanya dapat u yang tak best tak best and kena repeat.
masa buang macam tu je.
sijil pun tak diiktiraf kott.
kalau dip, kau nak pegi luar negara lepas tu pun no prob
sebab dip dalam msia diiktiraf
matriks aku tak sure
kalau aku, baik diploma dari matriks.
takpelah lambat, asal selamat.

daly said...

yesss!hamba setuju!eh silap2!beta setuju dengan jawapan tuan hamba itu.
tapi,beta tak rasa beta dpt amik dip..sebab macam dah termohon bukan dip..dan banyak asasi.azri nak amik dip ape?

Azri Aliah said...

kalau macam tu amek asasi laahh
amek asasi nak amek degree senang
terus kat u yg sama
takyah pening kepala nak tercampak kat mana kemudian nanti
HAHA.
nak amek dip.. eh malu ah nak bitau..
biarlah rahsia :D