I'm done with Tuesdays with Morrie.Miss FOC hujan masa baca buku tu.Tapi saya tak.Cuma touching-lah jugak.Nice one.Highly-recommended.Sila beli di kedai buku berhampiran anda dan jangan menaruh harapan terlalu tinggi sekiranya kedai buku yang anda maksudkan adalah kedai buku yang menjual buku-buku seperti e-pop,in-trend,kluang man serta cloud 9 dan gula-gula hacks dalam balang kerana memang satu jam cari takkan dapatlah kan.Cari dalam masa 24 jam,lepas tu baru cari kat kedai buku yang lain.Dan jangan jadi macam saya,tanya pekerja kedai buku tu supaya dapat cari buku tu dalam masa kurang lebih 10 minit.Memandangkan keadaan ekonomi yang agak ok ok je,boleh jugak pinjam kepada rakan-rakan yang memiliki buku ini ataupun perpustakaan berdekatan dengan syarat kad perpustakaan anda telah di-renew kan tarikh valid dia supaya pipi tak tersorong-sorong,hidung tak kembang kuncup jumpa pustakawan tu.
Buku ini adalah thesis terakhir seorang lelaki bernama Mitch dengan sifunya,Morrie.Mitch adalah seorang journalist(weeewiit).Ok,sekarang saya berangan nak jadi journalist.Sila berikan sokongan dan tepukan yang padu lagi bertenaga untuk saya.Terima kasih.
Setelah graduate dari matriks,masa yang ada untuk sambung balik belajar adalah agak panjang,5 bulan macam tu.Jadi,mungkin saya boleh buat satu thesis.
Title:Everyday with Mak
Setiap hari,saya bangun lambat sebab saya selalu tidur lambat jadi owl city.Kadang-kadang mak pun terkejut kalau saya bangun awal.Saya bangun terus pergi dapur tolong mak.Sebagai persediaan masuk U kena masak sendiri sebab takkan mak pindah duduk kat rumah sebelah kan.Mak tak marah tapi saya yang serba salah.Jadi,saya bertekad,esok lepas Subuh tak payah tidur lagi.
Setiap hari,mak akan masak untuk kami anak-beranak.Fuyyyooo ayat.Tahukah kamu,tak kira mak kamu masak sedap ke tak sedap,bila kita sebagai anak yang makan pasti sedap.Sebab?
Sebab mak masak dengan kasih sayang,ikhlas.Kita masak maggie je sedap.Itu pun sedap untuk perut sendiri je.Memang tak dapat dinafikan lagi,di dalam diri setiap insan,chef yang paling terkemuka yang bertakhta di hati adalah mak.Walaupun mak masak orang lain rasa macam terlebih masin atau masam,kita mesti rasa sedap je.Tak mustahil,anak makcik tukang masak kafe tu kata mak dia masak sedap walaupun kitorang rasa masin kadang-kadang.Dan masa dah masuk matriks dulu tulah baru rasa menghargai setiap masakan yang mak masak sebab kat sana nak dapat ikan kering pun susah.
Mak saya juga mempunyai tahap kerisauan yang melampau terhadap diri saya.Sebenarnya bukan tahap kerisauan,tapi tahap kasih sayang yang melampau kot.Mak tak kasik kalau nak pergi tempat macam pantai-pantai ke,hutan-hutan ke.Dulu protes jugak,biasalah anak muda mula nak naik,nak jugak pergi Pengkalan Balak dengan geng,tapi mak kata jangan,nanti lemas.Pastu fikir-fikir balik,ada betulnya jugak.Kalau pergi pantai,dah lah tak pandai berenang,agak-agaklah.Tsunami pun bila-bila masa boleh berlaku.Mak jugak kadang-kadang akan jalan dalam shopping complex yang sama apabila saya berjalan dengan kawan-kawan.Begitu sayangnya mak saya dengan saya.Kalau boleh,seekor nyamuk pun tak boleh nak gigit anak dia yang sangat baik ni.Hehe.Dan sekarang saya rasa saya pulak yang ada tahap kerisauan tak kena tempat.Mak jugak akan pastikan semua tingkap,pintu kunci sebelum tidur.Mak risau betul kalau washing machine punya wayar yang keluarkan air tu kena masuk oleh mak menti dan seangkatan dengannya seperti biawak komodo.Jadi sebelum tidur dan selepas basuh baju,sila lakukan apa yang patut seperti mengambil segala batu kayu untuk tutup lubang-lubang yang boleh menyebabkan binatang-binatang bukan peliharaan masuk.
Mak jugak yang akan bagi bermacam-macam tips untuk menghilangkan tumbuh-tumbuhan di muka.Walaupun kadang-kadang macam tak menjadi.Kadang-kadang je ye.Kadang-kadang je ye menjadi.Eh macam matlutfi.
Tahukah kamu,bermula hari pertama saya liburan di rumah,rancangan tv yang asyik saya tonton juga indon sih.Memang peminat nombor satu sinetron mak saya lah tu.
1-2pm=Safa dan Marwah
2-3pm=Seribu Cinta Marshanda
3-4pm=Kejora dan Bintang
4-5pm=Kemilau Cinta Kamila
5.30-6.30pm=Nikita
6.30-7.30pm=Kejora dan Bintang
Ok.Semuanya penuh dengan rancangan indon.Memang,satu hari nanti sayalah pengarah sinetron tu.Sayalah pelakon dan sayalah penerbit.Tapi,dah duduk rumah je,berjangkitlah jugak.Kejora dan Bintang dah habis dah.Eh Elang dalam Cinta Melody hensem woooo.Melody pun tiut.Alololo..Kadang-kadang menyampah jugak tengok sebab ada satu episod tu,heroin dia asyik menangis je.Ape kehelnye?
Epilog thesis saya;
Saya berada di dalam sebuah rumah mewah,duduk santai menonton sinetron bersama ibu bapa saya,dalam waktu yang sama,saya sudah memiliki sebuah syarikat besar dan telah menulis dan menerbitkan beberapa buah buku termasuk buku motivasi,dan out of the blue,ada rombongan masuk meminang.
Sekian.
Ok tak?
Selamat Hari Mak,Mak!Nak MacBook sebijik!I love you-lah Mak!
Footnote;Luangkan masa membaca ini.
He's a friend of mine.A doctor-to-be.Good Luck Soul!
And also this.
p/s;Thank you for the call Afina Kassim.Lain kali panjat bumbung nak tengok bulan bintang ajak aku sekali.Mana tahu,kita tengok bintang yang sama.Eh boleh ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
:)
insyaAllah, kita akan melihat pada bintang yang sama, mengagumi bulan yang satu. Terima kasih melayan bebelan saya.
farah;;)
tears breaker;sama2 kasih.lain kali,telefon lagi.
Post a Comment