20100507

Suatu ketika dahulu,si abang dan si adik..

Dulu,start dari sekolah tadika,mak dengan abah dah hantar ngaji kat rumah ustaz.Dulu kecik-kecik pakai tudung ikat macam nak pergi pasar je.Tengah-tengah baca boleh terjatuh pulak.Ish ish ish.Selalunya,bukan selalunya,setiap kali ngaji,mesti abang ngaji dulu.Jadi,boleh praktis dulu.Kadang-kadang boleh gelak sorang-sorang bila abang ngaji,ustaz cakap
"Mana ada bunyi macam tu."Dan bila habis,i punya turn mesti lebih lancar sebab dah praktis kat belakang.Teeeheee..

Lama jugak nak khatam.Dari sekolah tadika sampai darjah 6 baru khatam.Abang dah khatam dulu.Kitorang pergi ngaji dulu masa sekolah tadika pukul 5 petang.Dah start sekolah rendah,pukul 7.30 pulak.Selalunya,ustaz belum balik masjid kitorang dah tercongok kat depan rumah dia sebab kitorang tak sembahyang.HAHAHA.Agak-agak macam lambat,kitorang masuk kereta balik,seronok takde ngaji.Bila kereta jalan,motor ustaz sampai.T__T Reverse balik.

Lepas tu,bila dah sekolah rendah sesi pagi,semua nak exam,start tuisyen.Jadi,selalunya,7.30 nak kena pergi ngaji.Tuisyen pukul 8.00.Jadi mesti terkocoh-kocoh makan lepas balik ngaji.Padahal sebelum ngaji dah boleh makan dulu.

Dulu,abang pergi ngaji mesti nak smart.Tak macam si adiknya,pakai seluar kadang-kadang koyak kadang lupa nak zip.Pastu cakap,pergi ngaji je bukan nak pergi fashion show.Pastu abang jawab,oh pergi ngaji tak payah lawa-lawa lah heh.Pergi ngaji lah kena lawa-lawa.Dan sekarang jika teringat mesti berasa malu apabila terkenangkan dulu-dulu pergi ngaji pakai seluar senteng.

Sekarang,ustaz tu dah jadi imam masjid.Bangga pernah jadi pelajarnya.

Dulu,pernah sama kelas dengan abang masa sekolah agama.Wah gila comel sama kelas dengan abang.Lepas tu bila lawan badminton,mesti selalu kalah,dah kalah hentak racket sampai patah pastu bila dah besar malu nak main badminton sebab semua racket patah.Dulu main keliling rumah naik basikal dengan abang.Bila dah besar,abang main badminton and pergi jogging dengan kawan-kawan dia.Adik terbuang.HAHAH.

Kenapa cerita pasal abang ni?Padahal macam takde pape je nak cerita pasal abang.
Oh mungkin sebab nak masuk matriks atau mungkin sebab abang belanja makan tadi?Heheh.Oh mesti rindu nak dengar bunyi deruman kereta abang yang bila pergi and balik kerja mesti satu kampung tahu.Oh mesti rindu nak kena bukak pintu bila abang balik kerja.Oh mesti rindu nak gelakkan abang tak tahu nak pasang modem wireless.Oh mesti rindu nak jelous mak masakkan maggie untuk abang tapi adik masak sendiri.

Oh.Lupa nak cakap.Abang saya handsome,putih,tinggi,hidung tak kembang,tak hisap rokok,pandai bukak pasang lampu bila blow,tapi malas masak maggie sendiri.

Kadang-kadang,kita jangan tengok kekurangan orang,kita tengok dan hargai dan fikir apa yang orang tu pernah buat untuk kita.I LOVE MY BROTHER!

Hari ni hari abang sedunia ke sampai aku buat post khas untuk abang aku?
Anda di tag untuk menceritakan tentang adik beradik anda yang lain tetapi berlainan jantina.Sekiranya semua sama jantina,buat yang bawah anda atau yang atas anda.Sekian.




Hidung aku memang kembang ikut suhu ok.Dah diam!

6 comments:

izzahazira said...

muka saya kembang setiap tahun. hahaha. kita jadi geng megi kembang

Unknown said...

abg ko bukan pemain rugby lh dal.

daly said...

izza;hahaha.megi saya sudah kembang!!hehehe.ex boyfren ko ke tu?si alex tu..haha

eina;ye la aina.aku tau minat ko pada pemain rugby antarabangsa saje.dah jumpe lom?hehehe

jari|jemari said...

wah promosi abang ye. abang buruk perangai macam mana pun, mesti kte rindu. lagi la yang tak berapa buruk perangai kan?

hidung kembang ikut suhu yeh? fakta baru tu

owner said...

hahaha,,kn da ckp psl abg kaw uee
bru 1st tym aq dgr sndry prkataan HANDSOME dr kaw XDD

NuMeeQah said...

hahaha comelnya ko kat cni hahaha