20100814

Van Atuk Tiba

4 ramadan
Saya di jb!;)))
maksudnya,saya berbuka bersama keluarga tercinta.

1 ramadan
Location:Londang
Petang hampir satu wing blok pergi Bazar Ramadan kat MT.(MT tu Masjid Tanah.Glamer sikit panggil MT).Wah sangat letih hari tu.tak tahu kenapa.Adakah kerana terlalu banyak tidur atau terlalu banyak kaki melangkah,mendaki..
Oh sampai MT dalam pukul 5 lebih.Teruja sangat kerana sangat lapar.Tapi rimas sebab ramai sangat orang..Dan hati ini terasa sendu dan sepi apabila mengenangkan nasib di perantauan.Oh kalau kat rumah,tak payah pergi bazar beli makanan.Kalau kat rumah,tak payah beli air 3 bungkus.Semuanya dah siap kalau kat rumah.Air satu jug kalau kat rumah.Sampai terkencing-kencing.Kat matriks kalau terkencing-kencing,kena cop bilik air cepat-cepat sebab satu bilik air je best.Satu lagi paip tak boleh guna.Satu lagi bilik termenung.

Yang paling best dan tak dapat dilupakan dan ini pengalaman paling WOW!MENAKJUBKAN! adalah saat mahu pulang semula ke kolej.Dah sampai sana pukul 5 suku macam tu,beli-beli makanan dengan nafsu lapar agak lama lah jugak.Pukul 6 suku cari teksi.

TEKSI TAKDE!!

Macam mana ni?Melilau-lilau kitorang cari teksi.Oh tidak!Apa akan terjadi kalau kad outing kena gantung?Tak best lah macam ni!Oh ada suara asing berkata-kata,

"Tu la..tadi tak cakap dengan mak nak pergi bazar."

AAAAAAAA...!!!Berjalan punya jalan dan jalan lagi...Sampai ingat nak jalan kaki.Oh macam mana ni.Tak nak kena tahan.Tiba-tiba,

"Naik lah.Nak balik matriks kan?"

Wah nampaknya.Pakcik itu secara automaticnya menjadi kitorang punya superman pada hari itu!Nama pun VAN ATUK TIBA.Van itu tiba bila kami dalam kesusahan.Superman kan.Superman kami pergi mengambil superwoman nya dulu kat bazar.Dalam hatiku asyik berdoa semoga kami sampai tepat sebelum pukul 7.Dan akhirnya,kami sampai jugak sebelum pukul 7.Lagi 5 minit nak pukul tujuh.Terkedek-kedek kami berjalan.Dahlah nak daki tingkat 4 lagi.Wah memang membuang segala lemak dan kalori di badan.


Pada waktu malamnya,terawih!!Balik terawih nak beli roti,roti dah habis!Kenapa cepat sangat habis ni!!!!!Ish,kenapa matriks ni tak suruh lori gardenia hantar satu lori penuh!!Dah sahur minum air masak je..Eleh,padahal malas nak buat nestum tu.Ngantuk.

Dan hari Khamis,ketua felo buat rondaan dan terkena pulak bilikku..Oh no!Dah le katil diubah.Harap maklum.Saya ubah katil bukan kerana suka-suka.Tapi kerana setiap kali hujan atau ribut,atap bumbung itu akan tercabut dan saya takut satu hari nanti,atap itu terjatuh atas muka saya dan kemungkinan besar saya akan hilang ingatan.Tapi saya telah menukarkan kembali posisi katil ke tempat asal ya.Saya tak sempat untuk bertemu dengan penyelia blok.Maafkan saya.
Tapi saya tidur lagi dalam ketakutan nanti.Takpe.Setahun je dal..setahun je..

Dan paling best hari jumaat,hidupku kembali ceria apabila tiket bus pukul 2.30.Dan En Khai sangat memahami melepaskan kami pulang.Yey gembira yang amat sangat kerana dapat pulang dengan berbuka puasa dengan keluarga tercinta dan FIRST TIME NAIK BUS.Wahhh dah maju kan?Dalyana sudah besar..

Dan esok harus pulang semula ke Londang.

Sedih semula.






8 Ramadan tahun lepas,Allah mengambil satu bintang yang telah dipinjamkan untukku selama 17 tahun.Tahun ini,Allah hadiahkan satuwing bintang baru untukku.
Terima kasih.




Adik miss u,angah.

1 comment:

Unknown said...

best nye boleh pegi bazar dkt luar. bazar kt sini x serupa bazar kot. sikit gile.