20111230

Penipuan berwarisan (Clarification)

Assalamualaikum...!
Hari terakhir Jumaat untuk tahun 2011 ni.So,apa azam tahun baru?
Azam tahun baru saya,saya nak kahwin dengan pilihan hati tahun ni.HAHAHAHA
Take note:Penipuan pertama untuk post ini.

Penipuan saja-saja atau tidak sengaja atau terpaksa yang anda buat mungkin diwariskan kepada orang lain.Penipuan yang saya cuba maksudkan ialah contohnya macam post pakcik bas hari tu,pekerja asing yang naik bas kena marah dengan pakcik bas sebab kononnya pakcik bas tu tak percaya pekerja asing tu akan masukkan duit tambang tu.Rasa-rasanya,pekerja asing tu sebenarnya nak tipu ke tak?Tiada siapa yang tahu.Hanya Allah sahaja yang tahu.Atau mungkin ustaz yang boleh baca pemikiran orang tahu?Hehe.Mungkin pekerja asing tu memang betul-betul nak tipu atau mungkin pekerja asing tu takde niat langsung nak tipu.

Percayalah.Setiap kali nak taip pekerja asing,rasa macam type makhluk asing.

Contoh penipuan kedua ialah penipuan insurans atau kwsp atau yang sama waktu dengannya.Mungkin bukan kita,mungkin kawan kita,mungkin juga hanya dalam filem orang menipu yang suami dia atau ahli keluarga dia meninggal untuk dapatkan wang pampasan.Betul ehh?Dipanggil wang pampasan kan bukan tebusan kan?Ok takpelah.Lepas tu,orang-orang seterusnya pula yang memang betul-betul suami dia meninggal,yang memang betul-betul tengah sakit dan memerlukan duit,dan macam-macam lagi perlu melalui pelbagai prosedur yang sangat melecehkan.Prosedur tu kadang-kadang sampai suruh orang yang sakit naik turun pejabat untuk mendapatkan duit tu.Mulalah ada yang merungut membebel mencarut salahkan pihak itu,pihak ini.

Ada yang sampai ke hujung nyawa tak dapat pampasan tu..

Salah siapa?Salah pejabat yang menguruskan,pakcik bas,makhluk asing atau salah posmen?

Yang bersalah ialah....
















Kita hanya manusia biasa.Jadi kita tak layak nak judge siapa salah siapa betul.Tapi kalau secara logik,mungkin saya akan menyalahkan orang yang first-first sekali buat penipuan tu.Penipuan dia secara automatik terwaris kepada orang-orang selepas dia.Walaupun orang selepas dia langsung tak bersalah apa-apa.

In a nutshell(cewahhhh :D),kita janganlah memulakan penipuan sama ada penipuan kecil atau besar kerana "Siakap senohong gelama ikan duri,bercakap bohong lama-lama mencuri.".Mungkin bohong kecil kita telah mencuri hak orang lain.

Jadi sebelum perkara ini menjadi lebih panjang,ingin saya nyatakan di sini bahawa ura-ura saya memakai iPhone memang tidak benar sama sekali.Sugar daddy saya bukan dato'.Boyfriend saya pun bukan anak dato'(Penipuan kedua).Final sem satu pun belum amik lagi.Agak-agak,mampu ke nak pakai iPhone?Jadi apa yang anda lihat di dada-dada laman sosial via iPhone memang satu penipuan.Saya cuma pakai...

Ok.MaharajaLawakMega dah start.Selamat tingggal dan sukses selalu.Ganbatte ganbatte ganbatte hah!




Sticknote:
Never assume,ask.





2 comments:

Farah Adilah said...

seriuosly, Instagram? fine... -_-

Syafiq Sarkawi said...

Farah, tengoklah blog aku. semua gambau instagram :P