20090917

Ku pinjam satu bintang untuk 17 tahun

Tinggal beberapa hari saja lagi,Ramadan akan melabuhkan tirainya untuk memberi laluan kepada Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.Setiap orang,Ramadan kali ini memberi 1001 erti dalam hidup.Tapi bagi diri ini,Ramadan kali ini tidak memberi apa-apa erti malah tercatat satu sejarah pilu dalam kamus hidup ini.Ingatkan dugaan pada ramadan tahun lepas adalah yang terbesar..Rupa-rupanya,dugaan pada ramadan tahun ini,lebih besar..Hari ini genaplah 20 hari arwah kakak saya meninggalkan saya.Angah pergi pada 29 Ogos 2009 bersamaan 8 Ramadan 1430Hijrah pada pukul 9.05 pagi.Angah pergi 3 hari sebelum trial SPM...
Saya kehilangan seorang kakak.Bukan.Saya bukan sahaja kehilangan seorang kakak.Saya kehilangan fashion designer saya.Selalunya,dialah yang akan belikan baju raya untuk saya.Tapi tahun ni,saya kena buat pilihan sendiri dengan abah,mak,abang.Susahnya..saya tak tahu mana satu yang murah,mahal...Tiada siapa yang larat layan saya macamana angah layan saya selama ni.Dah takde siapa lagi boleh bawak adik jalan2 satu shopping complex macam angah bawak..Saya dah hilang orang yang akan ingatkan saya gosok baju sekolah,kasut sekolah dah basuh ke belum..Saya dah hilang orang yang tanya homework sekolah dah siap ke belum...Saya dah hilang orang yang akan beri isi-isi penting untuk buat karangan..Saya dah hilang orang yang kejutkan saya untuk pergi sekolah..Dah banyak kali saya terbabas untuk bangun pagi..
Dah takde siapa lagi nak temankan adik tengok tv..Dah takde siapa lagi nak temankan adik tengok dvd..Dah takde siapa lagi nak dengar adik nyanyi..Dah takde siapa lagi nak dengar adik main gitar yang tak sedap tu..Dah takde siapa lagi nak belikan adik aiskrim..Dah takde siapa lagi nak temankan adik makan buah..Dah takde siapa lagi nak temankan adik angkat kain apabila petang..Kerusi merah tu kosong...Tiada orang..Adik sorang.. Dan...adik dah tak dengar suara orang yang panggil adik "baby..." dengan penuh kasih setiap kali adik balik sekolah..Bilik tu kosong..Adik balik,angah takde..Katil kosong..Angah dah takde...Masih terbayang lagi di mata,teman angah pergi radiotherapi..Angah cakap nanti adik amik lesen,adik pun boleh hantar angah..Tapi..nampaknya hanya tinggal harapan saja..
Sepanjang hayat angah,saya tak berkesempatan untuk menghadiahkannya apa-apa yang istimewa hasil daripada titik peluh saya sendiri..Sekarang,hadiah yang paling istimewa yang saya boleh berikan untuknya ialah sepotong surah Al-Fatihah setiap kali selepas solat..Sedihnya..Banyak hajatnya yang tak tercapai..Angah tak sempat nak tengok saya masuk u..Angah tak sempat nak tengok adik pegang segulung ijazah dan berjaya dalam apa juga bidang..

Sesungguhnya,Allah tidak akan menguji kita dengan dugaan yang di luar kemampuan kita..
Setiap yang hidup akan pergi..
Hanya tinggal kenangan..

Angah pergi tanpa pamitan..
Tanpa pesan..
Tanpa kata-kata..
Terbaring kaku di situ...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf zahir dan batin.
Di pagi raya nanti,peluklah dan ciumlah orang yang awak sayang..
Selagi mereka ada di depan mata...Ada di dunia ni..
Kerana ajal maut itu rahsia Allah..
Saya dah tak dapat peluk dan cium kakak saya..
Hanya doa sahaja yang dapat saya kirimkan..

Assalamualaikum...






Ku pulangkan bintang itu tanpa kerelaan tetapi dengan keredhaan..

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Rafidah Ann binti Haji Fadzil





Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi... pergi...
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi... pergi...



1 comment:

Aliah Mohd said...

dal.
kakak kau ni dulu sekolah sigs menengah ka?