20100217

Sayang Si Ayong


"Hari ni awak dah 28 tahun.Tua sudah sedara sedarahku ini.Saya masih ingat masa hari graduasimu.Semua makcik makcik awak excited nak ikut.Yelah..Awak kan cucu paling tua and paling first dapat masuk u.Masa tu,jangan kata makcik makcik,i pun terikut sama u.Semua org gilir gilir pakai jubah tu.

Sampai sahaja turn saya,saya pun senyum.Tapi makcik makcik kita semua gelak.Diorang cakap "Kenapa senyum macam tu?".Saya malu.Takpe yang penting dapat jugak saya bergambar.Masihku simpan gambar tu.Tapi bila tengok balik memang agak sengal gambar tu.Senyum macam kerang busuk.Takpe.Apa yang penting?Jubah awak mempunyai aura yang menyuntik semangatku untuk terus belajar dan menjejak kaki ke menara gading.(ayat tak boleh blah.kenapa tak boleh blah?memang lah tak boleh blah.sebab tak delete.sengal betul)

Lagi satu saya masih ingat.Eh,tukar tukar.
Saya tak pernah lupa satu kejadian yang agak menggelikan hati.Awak baru je beli skuter yang awak panggil Nyamook yang berwarna hijau.Wah.Semua orang teruja.Nak naik!Nak naik!Awak bawak lah pusing pusing setiap sorang bonceng belakang awak.Lepas tu belek belek skuter tu.Skuter baru lah katakan.Then,awak tertekan minyak.Terus motor tu berjalan ke depan dan awak pun terjatuh macam nangka busuk.Gedebuk!Scoot baru sudah calar.Nasib baik ibu ibu kita tiada.Kalau tak,dah kena fire dah awak.Awak nak tutup calar tu pakai sticker powerpuff girl.Agak sengal di situ.Tapi disebabkan awak bernama Ayong,itu semua cool je orang nampak kan.(menggelikan hatii ke peristiwa ni?)

Walaupun sudah tua,belum tua..Tapi sedang menuju ke arah tua.Awak masih kumpul mainan happy meal mcd.Bilik tu penuh satu meja.Semua nya dah berhabuk dan layak dah dibuang.Kalau nak simpan untuk anak main nanti pun agak agaklah.Awak bela hamster walaupun mak kesayangan saya selalu cakap "Ish bela tikus.".Memang betul.Hamster tu kan sedara mara mak menti.Cukup lah dengan kucing-kucing yang dah beranak pinak tu.Saya rasa satu hari nanti saya nak suakan hamster awak tu pada kucing kucing tu.Tak payah ibu beli friskies lagi.Mesti kucing kucing tu berbulu gebu nanti.Dulu awak bela ikan,tapi dah banyak yang arwah kan.Kesian.Turtle Si Manis pun dah arwah.Kesian.Saya turut bersimpati.=,=
Korang kan berjiwa penyayang.Welk.

Awak sudah tua rupanya.Patutlah semua orang tanya bila awak nak kahwin.Tapi awak cool je.Buanglah hamster tu untuk menambah ke-cool-an awak supaya muka saya tak berpotensi untuk tumbuh jerawat bila melawat bilik awak."-kata seorang remaja sambil mengendap Facebook Ayong Suryani Ramli pada 16hb feb 2010.


No comments: