20100618

Kerana Londang bajuku berlubang...

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.Setelah berkurun lamanya,diriku tercampak di satu tempat yang sekiranya diriku diculik orang,orang akan confuse.

"Huh?London?Jauhnya!"
Londang la!

Bolehlah...London Malaysia.Kelas gitu!

Hari Pertama:10 Mei 2010
Pendaftaran fasa 2 ditulis atau ditaip atau dimaklumkan pada kertas kuning yang dipos itu adalah pukul 10.30pagi.Jantungku berdegup kencang,seperti melangkah masuk ke tadika,ke darjah satu.Tidak ku sangka.Ku sangkakan buah cempedak menjadi nangka.Eh eh bukan.Tidak ku sangka,indah khabar dari rupa memang benar-benar buat pertama kalinya benar-benar-benar-benar boleh pakai.Pehh ramainya orang..Tak terkira..Dah berpeluh-peluh..Dah lengkap semua proses,tengok-tengok dapat tingkat 4.Aduh!Dalam hati dah berkata-kata,macam mana nak bawak beg besar tu..macam mana nak turun naik tangga setiap hari..memang sah sah sah sah sah!Telah terbukti jari-jari kakiku semakin lama semakin iras-iras Bonito@skeleton.Ini serius.
Hari pertama.Mestilah.Setelah ditinggalkan oleh keluarga tercinta..Pertama kalinya berpisah dan ditinggalkan di tempat seperti itu dan di TINGKAT itu,huaaaaaa....air mataku mengalir dengan lajunya..tapi invisible lah air mata tu.

MINGGU MEMBIASAKAN DIRI
Apa yang terjadi pada minggu ini?Second day.Pagi bangun awal-awal-awal-awal-awal..Diulangi..AWAL.Dan setiap petang dalyana akan berlari-lari mengejar waktu membasuh pakaian..merebut bilik air pada setiap pagi..Tersengeh kepada yang sudi..

15 MEI 2010
Rasminya 18 tahun.Apakah perasaanku pada masa itu?Bergaul rasa.Sedih,kecewa,gembira,terharu,syukur...Sedih sebab berada di Londang.Kecewa sebab bilik batu besar-besar.Gembira sebab dah 18 tahun.Terharu sebab Khaleeda and the roommates call wish happy birthday.Syukur sebab MALAM TU HUJAN BUAT PERTAMA KALINYA DI LONDANG KU MERASAI TITISAN HUJAN ANGIN SEPOI-SEPOI DINGIN MALAM SEMPENA HARI LAHIRKU DAN SEMPENA TUTUPNYA MINGGU MEMBIASAKAN DIRI.Apa terjadi pada hari sabtu?Katil.

Minggu pertama bermulanya detik menyelak buku,memegang pen,menulis kata-kata otak serta kira-kira nombor..
Aduh,jauh bezanya dengan sekolah.Bila dah ada kat matriks,barulah rasa macam dulu,balik sekolah,mak dah siapkan makanan.Kat matriks,habis kelas kena berlari berkejaran pergi cafe..kalau tak,alamatnya beratur macam zigzag le..lepas tu,balik kelas kena basuh baju.Ya,ini masuk kali kedua cerita pasal basuh baju kerana satu-satunya perkara yang mengambil masa yang lama untuk diselesaikan ialah membasuh pakaian.Memerah..menyidai..Tak lama lagi ada muscle macam Mr. Muscle.Menakjubkan!HAHA

Ermm..roommates.Farhah,Aiman and Adz.Farhah boleh sekampung pulak dengan makcik ku.Dan sesekolah pulak dengan si peah!Apalagi,apabila buku bertemu ruas,eh eh,apabila makcik temah bertemu makcik sepah,terkeluar lah segala syllabus sejarah asal usul..Pehh syiokk woahh..Aiman.Aiman seorang gadis ok.Bukan seorang lelaki.Aiman bermaksud kebijaksanaan.Aiman kalau baca kena belanja i satu susu.HAHA.Aiman,rajin gila.Tutor sentiasa updated.Adz seorang pelajar yang sering out station.Susah woah kalau nak jumpa dia.Orang lain kalau nak jumpa dia mesti kena buat appointment awal-awal ya.Kami sebagai roommates dia sentiasa jumpa setiap malam.Heheheh

KAMILAH VA VA VOGUE!hahaha
Ada lagi satu kumpulan,namanya vogue the vass!Siapakah mereka?hehehe

Kelas H3P6.Kelas ini sangat baik pelajar-pelajarnya.Masuk kelas semua senyap.Cikgu tanya pun senyap.Kenapa ek?

Aras 4 wing B di B1.
Ada kucing nama stoic!HAh!

Kat sini BANYAK GILA kucing.Bukak pintu bilik je nampak kucing!Bukak pintu bilik je bau ayam!Pandang kiri pandang kanan kucing tengah mengawan.Pandang kiri pandang kanan,kucing mengandung besar gila perut.Agak-agak nanti sebelum cuti sem kucing tu beranak,naik cuti sem,kucing tu mungkin mengandung lagi.Dan semakin bertambahlah kucing-kucing di matriks.Dan semakin harumlah bau-bauan yang dihidu apabila bukak pintu.Alangkah indahnya..kan..

Dan setiap kali hujung minggu,hati terasa nak balik...rumah bagai memanggil-manggil..Jadi daku kuburkan sahaja niat nak sambung belajar ke oversea..Ni sekarang over the sea pun payah..

Jadi,kesimpulannya,bilakah johor bahru nak bukak universiti tempatan seperti UTM?Takkan satu je kot!Tolonglah!Saya penat perah baju!

WAJIB DENGAR YA RAKAN-RAKAN!



Oh ya.Kenapa baju berlubang?Oh cuti wesak day,bawak stock baju kotor 2 minggu.Peh penat gila basuh sidai gosok..sampailah ke satu baju favouriteku,tengah gosok-gosok,angkat iron,berlubang.MAKKKK!!!!

3 comments:

Unknown said...

aq ad mesin bsuh kt sini ye dal. :)

adlyn zuraimi said...

kesian kau dal,
smpai berlubang lubang :)

aina said...

haha tragis coret mu.