20101224

Saya belajar bukan kerana takut gagal.

Di sana saya 24 jam belajar.
Orang kata saya tipu kalau saya kata macam tu.
Sebab mungkin setengah dari jam tu saya main.
Tak.Saya tak tipu.

24 jam saya belajar.
Di sana saya belajar senyum pada semua orang.
Di sana saya belajar berkongsi.
Di sana saya belajar disiplin.
Di sana saya belajar siapa itu roommates.
Di sana saya belajar mencari air.
Di sana saya belajar untuk menjaga masa.
Di sana saya belajar menjaga mata.
Di sana saya belajar membasuh baju.
Di sana saya belajar membasuh air kencing kucing?
Di sana saya belajar tidur lambat bangun awal.
Di sana saya belajar berjumpa dengan cikgu.
Di sana saya belajar kehidupan.
Di sana saya belajar tujuan hidup yang sebenar.

Saya tak tipu.Saya sentiasa belajar di sana.Biar orang lihat saya gagal.Biar orang kata saya dah jatuh.Saya belum jatuh dan takkan sekali-kali membiarkan diri ini jatuh.Saya tak gagal.

Saya berjaya.Orang lain gelakkan saya?Saya tak heran.Orang lain kata saya perasan?Saya tak heran.Orang lain kata saya angan-angan macam mat jenin?Saya tak heran.Orang lain kata saya banyak main?Saya tak heran.Yang saya tahu,saya sedang belajar dan akan terus belajar dan takkan henti belajar dan saya akan berhenti menaip kerana sekiranya saya menaip lagi akan keluar perkataan yang sama dan sampai tahun depan punya tahun depan pun sama saja.

Belajarlah ikhlas kerana Allah S.W.T.


Lokasi "di sana" :KMM

3 comments:

HAI.NA said...

terbaikkkkkkkkkkkkkkk

Farah Adilah said...

suke

Duna Fatiha said...

thumbs up...i know u can do it...i can see ur sunshine.. stay focus dikya:D