20110113

Perkhabaran tentang sem 2

Assalamualaikum semua..(baca dalam nada macam orang yang bagi tazkirah hotfm tu).Hari ini matahari nampak indah dan hari ini matahari Londang hanya dapat ku lihat sehingga 12 tengah hari.Dan berdirinya saya disini..Oh tidak.Saya tidak berdiri.Duduknya saya disini adalah untuk..untuk..apa juga saya kurang pasti.FYI,saya dah duduk di depan alat elektronik yang serba canggih ini selama 3 jam.Inilah budak-budak zaman sekarang.Apa nak jadi pun tak tahulah.
Takpa takpa..Eii kelakar..Tidak mengapa tidak mengapa..Eii skema...Takpe takpe..Standard,baru cool.

PERKHABARAN PERTAMA:
Saya,Afina dan Amy Aio diserang pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang menjual alat untuk belajar Bahasa Inggeris.Kami diasak-asak dan membuatkan kami macam nak main masak-masak menggunakan makcik-makcik dan pakcik-pakcik tu sebagai bahan-bahan masakan kami.Pakcik-pakcik dan makcik-makcik,asyik tanya kami kenapa ramai orang takde kerja zaman sekarang sedangkan graduan berkelulusan dari universiti ternama.Dan jawapan yang makcik-makcik pakcik-pakcik mintak daripada kami telah pakcik-pakcik makcik-makcik berikan sendiri siap dengan bukti dari keratan akhbar lagi.Tapi persoalannya,kalau kita asyik sibuk nak belajar bahasa inggeris,macam mana pulak dengan bahasa melayu kita?Siapa nak memartabatkan bahasa melayu kita kalau bukan kita?Macamana kalau speaking super power,tapi bahasa kebangsaan tunggang langgang?Macamana tu pakcik makcik?Saya rasa sangat terkilan dengan masa yang telah saya bazirkan bersama makcik-pakcik(bila dah malas taip,kita singkatkan).Kalau tak masa tu saya dah boleh habiskan dengan membasuh baju sebanyak 2 baldi tau makcik-pakcik.Tahun ni,jangan datang lagi.Terima kasih.

PERKHABARAN KEDUA:
Keputusan PSPM1.Bersyukurlah dengan apa je yang kita dapat.Cuba fikir dengan orang lain yang lebihh teruk daripada kita tu.Thank you Allah.

PERKHABARAN KETIGA:
Destinasi:Zoo Melaka
Aktiviti:Mengejar dan dikejar kera serta melihat beruk-beruk bergantungan dan persembahan gajah melukis bunga raya berbentuk bunga api.
Aktiviti tambahan:"Melawat" Dataran Pahlawan. ;)

PERKHABARAN KEEMPAT:
Jamuan blok B1.Sangat menakjubkan apabila saya sendiri tidak sedar dan tidak sangka saya akan memakai baju tu.Hey!Itu kali terakhir dan kali pertama!Eh silap silap.Itu kali pertama dan kali terakhir baju sebegitu tersarung di tubuhku!Should I post some photos?Oh maybe next time.Oh maybe one is cool.

Oh i can't found it!Oh takde rezeki anda lah.. :)

PERKHABARAN KELIMA:
I lost my chemistry lab teacher.RIP Mr Pang Kai Peng.You're a great teacher.Even my last report before UPS written this way;

Lecturer:Mr Pang Kai Peng

PERKHABARAN KEENAM:
Maal Hijrah 1432H di Londang.Seeking His pleasure :)

PERKHABARAN KETUJUH:
Pening kepalamengisi UPU.Tiada hala tujuan yang pasti.Memperbaharui cita-cita setiap hari.Yang penting,parents' restu ya adik-adik anak-anak.

PERKHABARAN KELAPAN:
Berita terkini!
Pelajar-pelajar Koleh Matrikulasi Melaka dilanda virus online melampau apabila WIFI DAH ADA KAT MATRIKS KITORANG WEY!Bangga tak bangga tak?Bersyukurlah wey walaupun satu bar je.Matriks suruh korang cari ilmu denga isi upu sekali,bukan online fb.Ada faham?Tak faham?Memang nak kena..Eh macam kenal ayat tu..

PERKHABARAN KESEMBILAN:
New Year 2011.Melihat bunga api dari jauh ibarat bunga api masuk angin dibakar.Cikgu kata,masa dulu-dulu,kat matriks ni pun ada buat sambutan new year.Siap ada firefox lagi..Eh salah.Fireworks.Maafkan patik.Tapi bila time kitorang kenapa takde?Takpe.Kami faham.

PERKHABARAN KESEPULUH:
1.1.2011 - Durrah
Apa itu Durrah?
To be continued...





P/S:Miss Owl City,i just read your blog.I've found it!I've found it! :D