20110202

Golongan:Remaja Status:Rahsia






Saya seorang remaja!Remaja yang tidak lagi menyambut Hari Kanak-Kanak macam kita sambut masa kat sekolah dulu.Walaupun,masa sekolah menengah memang dah tak ada sambutan tu kat sekolah,still terjenguk-jenguk sekolah rendah untuk join sekaki sambut Hari Kanak-kanak sebab patung A&W datang.Betul tak?Betul tak?Jadi memang 18 19 ni usia remaja betul-betul punya yang membolehkan kita menonton Remaja kat TV3 tu,beli majalah macam Eh!,Cosmopolitan,Seventeen,Cleo.Dah tak main dah Bintang Kecil,Yezz.Nak beli MIDI dengan NONA macam,tua sangat pulak kan.Anjung Seri masih dalam pertimbangan.Dan umur-umur macam ni,makcik-makcik jiran tetangga pun tak tanya "Bila nak kahwin?".teehee..

And this is the range of ages that you enroll into college and university.And there is no universities in this world that only take one gender for their universities.So,that means,you have to talk,discuss,interact with the opposite gender.And what if you went to an all girls school since standard one?Broken english.Hampeh betul.

Takdelah teruk sangat sebenarnya.Tapi mungkin sebab masuk matriks.Kat matriks memang nisbah perempuan lelaki ialah 3:1.Sangat sikit jumlah lelaki kat sini.Memadailah tu.Takdelah terkejut kera sangat bila masuk kan.Lainnya,kat sini,kita tak boleh jalan macam dulu-dulu kita jalan kat sekolah.Tak boleh jerit kuat-kuat lagi dah.Berdasarkan pengalaman,orang akan pandang kat kita dan gelak-gelak.tsk tsk tsk

Dengan kelas yang hanya ada 3 orang lelaki,so kira macam still kat convent jugak.Selalu bila habis kuliah,akan lalu depan library untuk balik bilik.Jadi,memang akan cuci mata.Cuci mata tengok love birds dating kat depan library.Bukan tu je.Cuci mata tengok mamat hot sekali.Bila pergi kafe,ada lagi orang dating.First-first macam,eh diorang ni,tak takut ke cikgu nampak?Tapi bila lama-lama,baru faham.Takkan berbunyi kalau bertepuk sebelah tangan kan.Pasal mamat hot,kat matriks kitorang memang le banyak gile artis.Maksudnya,yang muka macam artis.Cakap je dari mana,hollywood?bollywood?arabwood?Korean?local?Semua ada.Robert Pattinson,Ashraf Muslim,Dafi Spa Q,Shindong,hah amik kau.Cakap je.Datuk K je belum jumpa.Dan yang paling hot sekali stok-stok surau.Amboi..amboi..hot diorang ni.Mungkin sebab sejuk mata memandang.Muka bercahaya macam lantai baru lepas cuci dengan KiwiKleen.Basah dengan air sembahyang.Itu diorang yang cakap.

Sebelum masuk kolej,tak pernah terfikir pun pasal hal yang satu ni.Lelaki Lembut.Terkejut.Terkesima.Terngaga.Terkucil..eh tak tak.Ter ter lagilah.Serius,masa sesi orientasi je dah terjumpa sorang.Macam tak percaya.Macamana diorang boleh hidup dalam matriks?Majoriti semua lelaki sejati.Mungkin lah.Tapi,tak boleh nak pandang serong jugak kan.Masa usia remaja memang masa untuk menentukan identiti kita.Kadang-kadang ada yang terkeliru dengan diri sendiri.Macam diorang ni.Kadang-kadang diorang lebih pakar bab-bab rambut,muka.Aww..kan i dah tergedik.

We should not avoid them.We must help them.How?

1.Panggil diorang dengan nama lelaki sebenar diorang.Bukan dengan nama palsu@perempuan diorang.
2.Jangan bertepuk-tampar sesuka hati dengan diorang.Wujudkan satu garisan antara kita dengan diorang supaya diorang sedar yang diorang tu lelaki.Kita perempuan.Tak boleh pegang-pegang.Pandang-pandang je.
3.Jangan kasik diorang pinjam compact powder korang pada diorang.
4.Jangan cakap diorang cantik.
5.Suruh diorang pakai baju melayu bila hari jumaat.
6.Suruh diorang lawan game dengan cikgu bila time ko-k.
7.Jangan cerita pasal penjagaan muka,rambut,kaki dan blablabla dengan diorang.
8.Jangan cerita pasal boyfriend korang dengan diorang.Sebab nanti diorang nak cerita pasal boyfriend diorang pulak.Nanti korang yang rasa geli.
9.Jangan ajak diorang bergossip.
10.Jangan kasik diorang pegang handset korang.Sebab dalam handset kita mesti ada gambar kawan-kawan perempuan kita yang freehair.Diorang tetap lelaki.Kita pun jangan tengok handset diorang.

Kenapa banyak sangat jangan?Takpe.Tukarkan ayat tu jadi ayat positif.Sebagai contoh
no 4;Cakap diorang handsome.

Dan di usia ni jugak perasaan untuk sayang disayangi antara lain jantina akan wujud.Geli seyh.Macam ayat dalam majalah motivasi.Tapi itu fitrah manusia.Memang akan rasa wah,nak ada couple jugaklah.Lagi-lagi apabila teman-teman rapat kamu sudah punya pacar dan asyik bersms kangen sama pacarnya.Dan asyik bercerita tentang rencana-rencana yang sudah dirancang bersama pacarnya.Kamu juga ikut gatal mahu berpacar.Sudahnya itu,apabila sudah berpacar,lama-lama.Putus.Kemudian nyambung.Putus.Nyambung.Dan apabila bertengkar,si ceweknya la yang sering menangis,padahal si cowoknya bersuka ria bagai tiada apa terjadi.Mengapa sih saya berbicara begini?Oh ya.Lupa mahu pesan.Lagi liburan di rumah nonton sinetron indon saja.



Gadis-gadis yang belum punya pacar,nggak perlu khuatir ya.Kita masih muda.Banyak lagi perkara yang perlu kita capai.Ingat pesan ibuk-ibuk bapak-bapak kita.Apabila mahu menggatal,ingat saja pada orang tua kita.Mereka hantar kita untuk belajar,bukan untuk berpacar.Ingat tu.Yang sudah punya pacar,doain supaya dia yang kamu kahwini.Yang masih mengejar pacar,semoga berjaya!

Usia sebegini,kita cari identiti diri kita.Jangan tersilap langkah kerana kita tidak menggunakan sampan yang boleh diundur apabila terlajak.Masa sentiasa berdetik.Hargai setiap nafas yang Allah pinjamkan.Jaga maruah kerana darjat perempuan telah diangkat tinggi.Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.Dan hari semalam jadikan pengajaran buat kita.

Kenapa takut untuk lakukan perubahan?Kenapa bukan kita yang mulakan?Pemikiran kita mengawal biologi kita.Pemikiran kita mengawal gene kita.Gene.Bukan jin.


Status:Rahsia.
Kenapa?Sebab memang kita patut rahsiakan status kita.Sebab tu wujudnya upacara merisik.

ah sudah.entri apakah ini?

2 comments:

Farah Adilah said...

wow dal!good job dear..but I want to say here..x nak ar.hahaha.excellent post..

adlyn zuraimi said...

hakhakhak. terbaik. semua bahasa ada. kau berbakat gak dlm bhs indon. ngeh ngeh.

rindu hang! ;)