20110201

Hanya kerana sebuah balai polis

Perasaan apa yang ada dalam hati sang remaja apabila pertama kali memijakkan kaki di balai polis?Lebih-lebih lagi si remaja itu seorang gadis?Apa terjadi?Apa yang difikirkan?Takut?

Itu yang saya rasa pada hari isnin lepas.Prosedur untuk ke balai polis memanglah agak payah kerana status diri sebagai student kolej.Lebih-lebih lagi student kolej matriks yang hanya boleh outing pada hujung minggu dan hari Jumaat.Jadi,ceritanya bermula begini...


Sampai di Londang setelah hampir 10 hari bercuti bermalasan dan berhabisan masa di rumah pada lebih kurang pukul 3 lebih petang.Suasana aras 4 wing B masih suam-suam kuku kerana ramai lagi yang masih belum sampai.Setelah turun naik tangga dalam bilangan 5 kali paling maksimum,melambai-lambai keluarga tercinta,sesi unpacking dan sesi menziarahi bilik-bilik orang yang dah sampai.Tahniah kepada Farah kerana sampai awal dari saya.Tengoklah siapa roommate bilik depan dia kan.Hah,praktis ayat ni Farah ;p .Setelah itu pergilah ke kamar kecil untuk bersiram dan setelah siap,katil memanggil-manggil tapi mata tak boleh pejam.Jadi kemas-kemas bilik dulu dan kedengaran tapak-tapak kaki orang.Mereka dari Batu Pahat sudah sampai.Tapi suasana tak seperti selalu.Ku buka pintu bilik dengan niat untuk membuang sampah yang disapu,dan tanpa diduga Qeyla memberitahu satu berita yang sadis lagi menyayat hati
"Laptop Aina hilang.Kat MC."
Pada ketika itu,lidah kelu seribu bahasa.Terbayangkan laptop yang baru sahaja dibeli beberapa minggu dan mendengar cerita bagaimana laptop tu hilang,macam eh "Kau macam kena prank." Nak buat macamana kan Aina.Menangis air mata darah sekalipun takkan dapat mengubah keadaan.

Jadi nak dijadikan cerita,sepatutnya Aina dan rakan-rakan,atau lagi best kalau,Aina & the company sepatutnya terus report kat balai polis induk kat bandar Melaka sebab kejadian berlaku di MC,bukan KMM.Tapi disebabkan kesuntukan masa Aina cakap dan mereka lebih takutkan kad outing masing-masing kena block,balik KMM tanpa membuat laporan polis.Ok,of course orang semua cakap what for nak report police?Laptop je hilang kot,bukan kereta or lori or tow truck yang hilang.Memang susah nak dapat baliklah.1 dalam seribu kes pun belum tentu ada.Tapi,tahukah anda?Dengan membuat police report,kita boleh claim insurans.Bila claim insurans,kita dapat apa?Dapat duit.Bila dapat duit,kita boleh buat apa?Tanyabudakbelumsekolahtadikapuntahulah.

Hari isnin,lepas kuliah pukul 12,cepat-cepat berlari-lari berkejar-kejaran ke HEP untuk mintak kebenaran untuk keluar.Kitorang dapat jumpa En Khai <333.HAHA.Kenapa ada <333 ? Sebab En Khai membenarkan kitorang keluar dengan siap arrange-kan lagi transport untuk pergi ke balai.En Khai!Jasamu akan kami kenang sampaike akhir hayat.Selepas berjumpa,berlari-lari berkejar-kejaran untuk sampai ke bilik untuk misi penting bagi setiap tengah hariku,tidur.

Di-arrange-kan,pergi ke balai lepas kuliah petang.Kuliah habis pukul 4.Kitorang pun berlari-lari berkejar-kejaran,takdelah.Berjalan dengan laju je.Tunggu punya tunggu punya tunggu.Tak sampai-sampai orang yang nak hantar kitorang ni.Sampailah 5.30 petang,pon pon,transport sampai.Pergi ke balai.Macamana nak buat report?Alah,cakap je laptop saya hilang,nak buat report sekian sekian sekian.Memang lecehlah jugak sebab balai polis tu walaupun kecik,tapi famous,sebab banyak call masuk.

Itulah pengalaman pertama saya masuk ke balai polis.

Saya pun tak tahu,kenapa bentuk saya mengarang entri ini begini.

3 comments:

Farah Adilah said...

dal insyaalah sy akn berlatih ayt tersebut.tq

. aina said...

hahaha MENCABAR

daly said...

hoho.pengalaman.sapa je yang ada.kita ada pengalaman ni.haha