20110528

Pros and Cons of being a tall girl

Menjadi tinggi tak semestinya selalu seronok dan tak semestinya selalu berdukacita lara.Jaranglah dukacita lara.

Nak cerita yang pros atau yang cons dulu?Maybe i should start with the pros first.

Pros of being a tall girl
1.Senang nak amik barang tinggi.Kadang-kadang tak perlukan tangga untuk pasang langsir.Tak payah panjat kerusi untuk amik makanan kat rak paling atas dan boleh betulkan atap yang kadangkala terbang ditiup angin di kolej kediaman.
2.Selalu kena puji.Tingginya.Boleh jadi model.Aww..janganlah puji.Malu i.Habis kembang kuncup hidung i yang kembang ikut suhu ni.
3.Kalau beratur dalam perhimpunan,apabila orang depan semua berdiri,tak payah berjengkit-jengkit kaki untuk tengok.Ketinggian dah banyak membantu untuk mendapat pemandangan yang jelas dan peratus untuk melihat mamat handsome dulu adalah sangat tinggi.HAHA
4.Kalau dah tinggi,selalunya tangan pun mestilah agak panjang.Bila nak pass pass barang,tak payah bergerak dari tempat asal pun takpe.
5.Peluang untuk menjadi angkasawan negara,pilot,pramugari memang cerah. *winkwink*
6.Senang menang apabila main netball.Ok,ini bergantung kepada skill jugak sebenarnya,berdasarkan sejarah hidup.HEHEH.Faham-fahamlah.
7.Boleh perasan macam pelancong asing bila berdiri sebelah rakan-rakan Malaysian.HAHA
8.Boleh main basikal orang dewasa semasa umur masih kategori kanak-kanak.
9.Tak payah bazir duit beli heels untuk kelihatan tinggi.
10.Boleh act super protective untuk kanak-kanak kecil yang pastinya akan "suka dengan akak yang tinggi comel baik hati jaga saya." HAHA

Cons of being a tall girl
1.Selalu nampak lebih tua apabila bergambar berdiri bersama rakan-rakan dan sepupu-sepupu tak kira sebaya atau lebih tua.Terpaksa berdiri dekat belakang supaya tak kelihatan tua.
2.Susah nak cari telekung yang sudah siap,size yang paling besar pun kainnya tak cukup panjang.Jadi yang tinggi-tinggi tu selalulah bawak stokin ye.
3.Susah nak cari seluar yang ikut size pinggang.Kalau dah dapat size pinggang,pasti seluar itu menjadi seluar tiga suku.
4.Kaki selalu terlebih daripada size katil.
5.Tak boleh pakai heels.Nanti nampak macam p*ndan.
6.Apabila dah meningkat dewasa,nak try main basikal adik-adik pun tak boleh sebab kaki terlalu panjang.
7.Selalu kena bengkokkan kaki sikit untuk salam semut dengan kawan-kawan.
8.Kalau saiz kaki panjang,pun susah nak cari kasut perempuan yang kebanyakannya comel lote.
9.Tak boleh main sembunyi-sembunyi dalam almari.
10.Susah nak cari pasangan yang handsome dan tinggi jugak.Haishhh.Pergi tengok cerita Jepun Lovely Complex.

TAPI

Setiap kekurangan pasti ada kelebihannya dan begitulah sebaliknya.Tak perlulah selalu merungut kenapa saya pendek,kenapa saya gemuk,kenapa saya kurus sangat,kenapa saya comot,kenapa saya hitam,kenapa saya cantik sangat(takde orang merungut pasal ni rasanya).Syukuri setiap sesuatu yang telah dikurniakan untuk kita.Gunakan sebaik-baiknya.Gunakan ke arah kebaikan.Fikirkan kebaikan dan atasi kekurangan dengan senyuman.

You're fine exactly as you are.Your curves,words,flaws,strengths,thoughts.You don't need to change.You aren't ugly,fat,stupid or worthless.You are you.

p/s;Jangan risau jejaka pendek,rezeki murah orang kata.Faham tak?




Sticknote;Rindu woahhh dengan ini budak 2 orang.

Picture courtesy of Farhah's blog.

[MUSIC] Regina Spektor - Us

3 comments:

Farah Adilah said...

Hahaha..yoroshi queen!

ekaa . yum said...

haha , nk tulis pasal pros and cons of being a short girl laa ;)

daly said...

farah;yoroshiii queennn..ah,i missed those moments!

ekaa.yum;hah tulis2.pastu tag kite.hehe