20110716

Parcel dari Dia

Waktu tengah hari macam ni, memanglah ramai betul orang.Tak menang tangan nak melayan. Yang si Peah ni pulak,boleh pulak cuti hari ni. Hampeh betul. Dah aku dengan mamat Nepal ni. Mamat Nepal ni pun apa je yang boleh diharapkan.

“John,you pergi buat popcorn dengan wafel sanalah.You bukannya tahu pun nak handle cash ni.”

“Adik manis, nama saya bukan John adik manis. Nama saya Johan.”

Whatever John.....! Go go !” Eiii suka hati akulah nak sebut apa pun nama kau. Bukannya nama betul kau pun. Nama semua tipu. Pasport tipu.I.C. pun silap-silap ada mamat ni. Ni yang sebut-sebut adik manis ni mesti belajar daripada si Raju dengan Gopal tulah.Eiii geli-geliman mak!

“Pam nombor 4. Lima puluh.”

“Oh.Selamat datang.Mesraaaa! Pam 4 ya.”

“Eh, you ni bukan Zinnirah ke?

“Huh?” Alamak! Minah mana lagi yang perasan aku ni.

You Zinnirah kan.Zinnirah Zulaikha.Yes.I ingat you!”

“Oh.You..Puteri!Oh long time no see!

“Aah kan.Lama gila tak jumpa.Tak sangka I.You tak banyak berubah mana pun.Eh you kerja sini?”

“Eh taklah.I saja lepak-lepak sini dengan mamat Nepal ni.” Ini yang menyampah ni.Kura-kura naik perahu,pura-pura tak tahu.

“Ya. I kerja sini. Saja takde kerja tunggu UPU ni. You? Tak kerja ke?”

“Oh, I malaslah. Lagipun,mak i tak kasi i kerja.” Sambil tersenyum sinis.

Zinnirah sudah tersalah soalan bertanya kepada orang yang salah juga. Gadis seperti Puteri. Memang nama pun Puteri, kehidupan pun ibarat puteri raja.Tapi nasib baik perangai tak begitu sosial.

“Eh, I masih ingat tau. Waktu kita sama kelas dulu. You terkencing dalam seluar. Haha.”

“Haha.Puteri,you ni.Cerita lama.Simpan dalam hati sudah!” Aaaaa!Malu aku.

“Eh okeylah.I pergi dulu.Lagipun i dah beli tiket wayang nak tengok dengan my girlfriends.Lagi satu jam nak start ni.”

“Oh great! Enjoy yourself!” Jangan datang lagi. “Datang lagi!” Kena cakap jugak.Itu motto bos.

Bos kata kita mesti layan pelanggan macam layan Raja.Kalau boleh setiap yang datang tu kita ucap

“Selamat datang!Salam Mesra!Salam Satu Malaysia.” Kenapa tak diteruskan dengan salam hari raya,hari deepavali,krismas.Complete.Full package!Silap-silap boleh jadi iklan tetap untuk kolum iklaneka dalam Metro.

Vroooommm...! Bunyi kereta berderu laju menyedarkan Zinnirah.Oh Puteri bersama seorang lelaki.Driver.Bilalah aku nak ada driver sendiri ni.Zinnirah berbicara sendiri.

Beginilah kehidupan Zinnirah selepas tamat SPM.Dia bekerja di stesen pam minyak berdekatan rumahnya.Senang,tak payah bazir minyak.Jalan kaki sahaja.Sebenarnya,itu alasan semata-mata.Dia ada ditawarkan bekerja sebagai penyambut tetamu dan gajinya jauh lebih lumayan,tetapi memikirkan dirinya yang tidak berlesen dan tidak berani menaiki bas seorang diri,dia menolak tawaran itu.Mujur stesen pam minyak ini dimiliki oleh salah seorang sahabat abangnya.Kerja kat sini pun bukannya susah.Sebagai cashier,apalah sangat kerjanya.Cuma satu perkara yang membuatkan dia agak tidak betah di situ adalah seperti kejadian tadi.Sudah hampir dua bulan dia bekerja di sini,dan boleh dikatakan hampir setiap harilah akan ada sahaja yang mengenalinya,menegurnya.Kalau setakat bertegur sapa,bertanya khabar takpalah jugak.Tapi selalunya soalan yang diterima mesti seperti

“Eh you tak panas ke kerja sini?”

“You tahu si Mira tu kerja kat Mango.70% discount dia boleh dapat.”

“Eh itu mamat Nepal,pakwe kau?”

“Muda-muda kerja sini.Boyfriend lari ye kak?”

“Oh tempat ni memang sesuai kot dengan you.”

Hampeh.Semuanya sahaja nak mengenakannya.

Tetapi berpegang kepada satu motto iaitu “Being tested is a blessing in disguise.”.Nampak memang macam tidak kena dengan keadaan dia tapi Zinnirah peduli apa.

Bekerja di sini membolehkan dia berjumpa dengan bermacam-macam ragam manusia dan berbagai-bagai rupa.Yang muda,tua,cantik,hodoh dan yang paling penting handsome.

Zinnirah memang suka menjamu matanya dengan memandang lelaki handsome.Katanya,menikmati keindahan ciptaan Tuhan.Bila dah ternampak yang berkenan,mulalah mata tak berkelip,rahang mulut pun kadang-kadang boleh sampai ke lantai.

Dari sekolah menengah perangai dia yang satu ni memang tak dapat dihakis.Bekerja di stesen ni,kira macam rezekilah boleh jumpa orang handsome.Tak banyak paling kurang satu mesti ada dalam sehari.Kawasan ini pun agak berdekatan dengan shopping mall yang gah lagi popular.Jadi,yang datang pun bergaya dengan kereta mewah.Paling kurang dia orang isi minyak pun RM50.Makin maju stesen minyak ni,makin tinggilah gaji dia.Itu yang dia tambah suka.

Zinnirah berpeluang juga bertemu dengan artis-artis pujaan hatinya seperti Awal Ashaari,Ashraf Sinclair dan ramai lagi.Meleleh jugak air liur masa baru pertama kali jumpa artis-artis ini,tapi sudah lama-lama,bak kata orang alah bisa tegal biasa,dah muak pulak kadang-kadang kalau jumpa yang terlebih diva lagaknya.Ops!

Ada juga di antara jejaka-jejaka hangat di sekolahnya dahulu datang mengisi minyak.Masa inilah Zinnirah menggunakan peluang untuk memandang mereka dengan lebih dekat dan tidak disangka-sangka,ramai jugak yang mengenalinya.Ada jugak yang bertukar-tukar IM Yehee Messenger dengannya.Nombor telefon memang tak perlu diberilah.Memang jarang ditambah nilai prepaidnya.

Yang paling menarik,yang paling mengujakan Zinnirah ialah,adik kepada bos dia yang kacak dan bergaya macam supermodel Korean.Kadang-kadang Zinnirah sahaja buat-buat nak pergi bilik air sebab bilik air terletak di sebelah pejabat kecil di stesen itu.

Sehinggalah pada suatu petang,semasa shift pagi Zinnirah dan Peah sebagai rakan shiftnya,ada suatu kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku.Hanya Zinnirah sahaja berada di kawasan kaunter apabila tiba-tiba sebuah kereta berhenti mendadak dan dua orang lelaki bersenjatakan pisau dan parang masuk ke dalam dan mahu merompak.Persis berita di dada-dada akhbar dan adegan filem.Seorang daripada lelaki itu masuk ke dalam kawasan kaunter dan mengacukan pisau ke lehernya.Zinnirah bingung,takut.Peah pulak dari tadi tidak pulang-pulang dari bilik air.Hampir setengah jam jugak.Adik bos yang kacak pula tidak keluar-keluar dari dalam pejabat.Adakah sudah pengsan sampai tak dengar perompak dua orang ini memekik bagai nak retak cermin kat keliling ini?

“Keluarkan semua duit! Tu bank machine tu sekali.”

“Tapi bank machine tu saya tak tahu macam mana nak rompakkan untuk encik.”

“Eiii cepatlah!Banyak songeh pulak budak ni!”

“Duit kat cashier ni pun ini je ade encik.Pagi lagi ni.Tak ramai isi minyak lagi.”

“Eisshh aku hampuk jugak budak ni kang!”

“Hampuk je Dol!Biar mati je!” Sampuk perompak lagi satu yang sedang mengunyah popcorn.

Zinnirah sudah tidak tentu arah.Peluh sudah memercik di dahi.Topi yang dipakainya dirasakan sudah terjatuh ke mana.Rambutnya juga sudah mula serabai.

Elok sahaja perompak yang berdiri di sebelahnya mengangkat tangan mahu menghempuknya,John@Johan pantas membaling batu bata ke arah perompak tersebut.Raju dan Gopal pantas ke perompak lagi satu bersama penyembur Ridsect dan menyembur mata perompak tersebut.

Zinnirah masih menutup mata.Dia menjerit ketakutan.

“Adik manis,cepat cepat pergi.Pergi panggil itu polisi depan kedai besar sana!”

Eh bukan adik bos yang selamatkan aku?

“Oh John.Kedai besar?”

“Itu yang selalu boyfriend handsome kamu pergi buat konsert.”

“Oh shopping mall.Ok ok!”

Zinnirah pantas keluar dan menahan teksi yang kebetulan lalu di depan stesen minyak itu.

“Bang,balai polis.”

“Kenapa dik?”

Eh abang teksi ni handsome pulak.Aduh ada lesung pipit lagi.Tak senyum pun dah Nampak.Eh lesung pipit ke kena baling dengan lesung batu?

“Adik!Kenapa nak pergi balai polis?” Tanya pemandu teksi itu sedikit kuat suaranya dari tadi membuatkan Zinnirah tersedar.

“Oh tempat kerja saya tadi tu ada perompak nak merompak pulak bang.” Sudah nama pun perompak,mestilah nak merompak.Zinnirah..Zinnirah..

“Oh.Ok ok.Abang speed.”

Eh, tak payah speed pun takpe bang.Muka abang handsome.Zinnirah..sempat lagi.

Setelah sampai di balai polis, Zinnirah melaporkan serba ringkas kejadian rompakan yang berlaku. Semasa keterangan diambil, mata Zinnirah seperti biasalah, melilau-lilau,ke sana, ke sini, tapi kecewa kerana tiada seorang pun pegawai polis yang kacak di situ. Semuanya boleh jadi bapak orang. Alahai, Zinnirah, time-time macam ni pun kau nak menggatal.

“Hei!” sergah pegawai polis yang menyoal Zinnirah. “Awak ni cari apa? Dari tadi mata tu asyik melilau je “

“Eh! Tak de apa-apa la Tuan”, sambil tersenyum- senyum. Cover malu lah tu. Adui, malunya. Sibuk betul lah pak cik ni. Zinnirah diam- diam berkata dalam hatinya.

Setelah selesai memberi keterangan, Zinnirah dah 4 orang pegawai polis kembali ke stesen minyak. Pemandu teksi tadi tidak meminta apa-apa bayaran dan hati Zinnirah terus membunga-bunga dengan abang teksi tadi yang dianggap sangatlah baik.Zinnirah memang,pantang orang handsome tolong sikit.

Di stesen,kedua-dua orang perompak tadi sudah diikat. Boleh pakai jugak budak-budak ni,detik hati kecil Zinnirah.Zinnirah masih bingung kerana kelibat adik bos yang kacak dan Peah masih tidak kelihatan.Zinnirah pantas ke pejabat bersama salah seorang pegawai polis kerana mahu memeriksa CCTV dan jugak melaporkan kepada adik bos yang kacak.

Sebaik pintu pejabat terbuka,tanpa diketuk,Zinnirah dan pegawai polis yang mengikutnya terkejut melihat apa yang dijamukan untuk mata mereka.

“ Astaghfirullahalazim !” , pegawai polis tersebut beristighfar sambil menggelengkan kepalanya. Si Zinnirah pula, terkaku di situ. Terkejut betul Zinnirah melihat adik bos yang sangat- sangat diminatinya dan Peah yang sentiasa nampak macam budak suci, melakukan perbuatan yang tak bermoral itu. Betullah orang kata, “Don’t judge a book by it’s cover”. Zinnirah sangat kecewa. Kecewa hingga terlihat titis- titis air mata menngalir di pipinya.

“Apa korang buat ni?” , muka Zinnirah merah dek terlalu marah serta menahan tangisannya.

Air mata Zinnirah nampaknya sia- sia sebab si adik bos dan Peah tu, boleh pulak buat-buat tak tau. Lantak korang lah. Polis dah nampak pun, tak perlu nak pura-pura lagi.

Mulai dari detik itu,Zinnirah sudah tidak begitu teruja apabila melihat lelaki kacak di hadapan mata.Baginya kini,kacak luar,mesti kena kacak dalam jugak macam lagu Altimet dan Najwa tu..

Kacak luar kacak dalam kacak dengar sini.Kalau semua...Eh dah menyanyi pulak.

Zinnirah betul-betul tidak sangka bahawa si Peah dan adik bos yang dah tak berapa nak kacak itu boleh pula membuat onar di dalam pejabat,tempat dia mencari rezeki tu.

Patutlah kat depan macam kena langgar dengan segerombolan gajah pun diorang tak dengar.Alasan pergi bilik air si Peah tu.Penat aku sorang-sorang kat depan,walaupun taklah penat mana sebab pagi lagi.Tapi tak kiralah. Nasib baik ada mamat Nepal tu dengan mamat Bangla.Boleh jugak diharap.Betullah kata orang. Di negara sendiri kita dilindungi orang asing.Mana taknya.Yang menjadi jaga, orang luar.Yang menjadi bibik jaga anak,orang luar.Dan yang paling penting yang selamatkan aku tadi,orang luar jugak sebab orang sendiri sibuk buat projek.Bebel Zinnirah dalam hati.

John,Raju serta Gopal tiada permit sah untuk bekerja di sini.Polis hampir menahan mereka semua dan bos sudah pun dikenakan denda.Adik bos dan si Peah dikenakan denda juga kerana berkhalwat. Zinnirah meminta belas ihsan daripada polis untuk menimbangkan keputusan mereka mengenai nasib Raju,Gopal dan John yang telah membantunya.Polis akhirnya bersetuju untuk membenarkan Raju dan John bekerja di Malaysia dengan syarat permit yang sah mesti dihidupkan dengan segera. Gopal pula mahu pulang ke tanah airnya,sudah rindu sama anak isteri katanya.Jadi polis menghantarnya pulang.

“Terima kasih pak polisi.Terima kasih!” Sujud syukur depan polis si John selepas polis memberitahu nasibnya.

Pelik Zinnirah mendengar.John ni Nepalese ke Indonesian?Ni mesti belajar dengan Indon manalah ni.

Dan Zinnirah,tidak lagi bekerja di situ dan juga tidak dibenarkan memohon apa-apa pekerjaan.Maknya sudah membebel sejak dia pulang dari kejadian itu. Abangnya si mulut becok melaporkan pada mak mereka.Nama sahaja lelaki.Gosip kalah perempuan.Tidak mengapalah,surat tawaran sambung belajar ke universiti pun dah sampai.Bulan 7 ini,dah kena daftar.

Pegangan hidup Zinnirah juga sudah bertukar.Kacak luar tidak semestinya kacak di dalam.

*********************************

Satu tahun berlalu. Satu tahun Zinnirah menghabiskan foundation dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia.Penat tak penatlah.Tapi hampir setiap harilah dia kena menghadap buku dan assignments yang berlambak.Tapi dalam sibuk-sibuk pun,dia ada jugak usha-usha orang-orang di sekeliling.Masih lagi dengan tabiat buruknya itu.Oh tidak.Zinnirah kata melihat keindahan ciptaan Tuhan.

Ramai jugak yang agak hot di universitinya ini. Kali ini,Zinnirah tidak menilai melalui wajah sahaja,tetapi melalui pergaulan dan tingkah lakunya. Thanks to Facebook! Zinnirah telah menjadi stalker yang berjaya. Nampak je budak hensem sikit, terus online Facebook.

Ada seorang mamat Zinnirah dah usha baik punya.Siap tahu nama lagi.Dah lama dah stalk facebook budak tu.Syah namanya.

“Alia,kau kenal Syah tak?” Tanya Zinnirah kepada teman sebiliknya itu.

“Shah?Shah mana satu?Shah anak pak cik kafe tu ke?

“Bukanlah.Syah.Budak archi.”

“Oh Syah tu?Yang bawak motorbike striking gila punya colour hijau tu?”

“Hah.Yang tulah.”

“Siapa je yang tak kenal.Semua orang kenal dia kot.”

“Eh aku minatlah.Hehe.”

“Minat?Ahhh sudah.Baik kau lupakan jelah minat kau tu je.Daripada kau minat dia,lebih baik kau minat Shah anak pak cik kafe tu.Botak-botak pun 1000 kali lagi ok daripada si Syah tu.”

“Kenapa?Dia dah ada awek ke?Tunang?Kahwin?” Tanya Zinnirah bertubi-tubi kepada Alia.

“Eii kau ni.Kau ni tulah,dah setahun duduk sini pun tak tahu keadaan sekeliling.Aku dah kata,sesekali joinlah sekaki dua aku pergi lepak Mid,Sunway tu.”

Zinnirah bukan taknak.Tapi kalau dah join,memang ke lautlah kerja-kerja dia.Alia tak kisah sangat.Memang kerja dia memerlukan dia berada di luar kolej selalu.Budak Masscom.Biasalah,lepak-lepak pulak tu tempat-tempat mahal.Makan sepinggan sama dengan harga makan seminggu kat kafe kolej.Macam mana tu?Shopping lagi.Harga baju sehelai boleh beli sepuluh helai t-shirt yang Zinnirah tengah pakai sekarang ni.Membazir masa.Membazir duit.

“Alaaa...kau ni.Esok-esok aku joinlah.”

“Syah tu...kalau kau nak tahu...”

“Kenapa kenapa?”

“Sebenarnya..dia tu....”

Jantung Zinnirah sudah berdebar-debar dengan pantasnya.

“GAY!!!”

Jantung Zinnirah dirasakan sudah berhenti berdetak.Zinnirah kelam.Dia akhirnya jatuh terjelepok.Oh tidak.Dia terjatuh dan terduduk dia atas baldi baju kotornya yang terletak di sebelah meja belajarnya.

“Aduhhh!”

“Eh kau ni.Hati-hatilah.Tulah.Banyak sangat baldi.”

“Eh banyak-banyak pun,kalau kau cuci baju seminggu kau tu,pinjam baldi aku jugak kan.”

“Eh hehehe.”

Gay ke?Aduh.Dah cukup pakej.Handsome.Kalau bawak jumpa mak,confirm esoknya terus menikah.Gay rupanya.Patutlah pergaulan terjaga.Patutlah kawan-kawan dia semua lelaki.Patutlah gambar-gambar dalam FB pun semua dengan lelaki.Aduh!Rosak rosak.

*****************************************************************

Seminggu berlalu.Syah tiada lagi dalam kamus lelaki idaman Zinnirah.Delete.No restore.

Zinnirah bercadang untuk pergi ke perpustakaan menghabiskan tugasan dan meminjam beberapa buah buku.Sedang asyik Zinnirah menyelak muka surat dan memusing-musingkan kepalanya yang lenguh,ada seseorang menyuakan sebiji gula-gula kepadanya.Zinnirah mengangkat muka dan memandang kepada si pemberi.

Oh thanks.But no thanks.” Zinnirah memberikan senyuman kepada si pemberi.

Fasting?”

Oh no.Just not in the mood.Sorry.”

“Stress?”

Assignments.Sure it does! Anyway,it’s so nice of you.Never in my life here,someone who don’t know me,offer me some sweets.Thank you.”

My pleasure.Call me Ukhti.

Oh! Call me Zulaikha then.”

Nice one.Just like you.”

“Where are you from?

Dan di saat itulah bermulanya kisah Zinnirah dan si gadis itu.Setiap petang Khamis,Zinnirah akan ke perpustakaan dan akan duduk bersama si pemberi gula-gula itu.Kalau dahulu,mereka duduk di meja studi berasingan,kini meja hujung yang menghadap dinding itu menjadi meja tetap mereka setiap Khamis.

Ukhti,can you speak Malay?

“Mestilah.”

“Kalau macam tu,tak payahlah berbelit lidah ni hah nak cakap omputih.”

“I prefer English.”

“Oh takpe. Ukhti reply je dalam bahasa omputih.”

No.I won’t reply if you ask in Malay.”

Whyyy?Jangan seksa saya.Oh tidakkk!”

“It’s for your own good my sister.You need to speak in English.Your career needs it.You’re going to be a lawyer.You must good in English.”

Banyak yang Zinnirah belajar daripada gadis itu.Banyak perubahan dalam diri Zinnirah berlaku. Daripada seorang free hair,Zinnirah mula memakai tudung.Daripada seorang yang suka menatap keindahan ciptaan Tuhan,kini Zinnirah lebih suka memandang keindahan ciptaan Tuhan seperti langit,hujan dan pemandangan indah.Zinnirah lebih menghargai masa terluang.Masa terluang dihabiskan dengan menelefon mak dan ayah sekali sekala.Tidak tidur sepanjang hari minggu.Hari minggu kadang-kadang dihabiskan ke rumah neneknya.Nenek pun tinggal seorang sahaja.Cuti semester dihabiskan dengan menolong abangnya di bengkel.Membantu pengurusan.

Gadis itu juga telah membuatkan Zinnirah tersedar tentang satu perkara.

“Ukhti,recently i fell in love with a guy.”

You’re in love?

“Nahhh.Not exactly.I’m only a secret admirer.Hehe.”

“Oh..naughty naughty.

“Ukhti,how can I find someone.Someone who is kind hearted,righteous and at the same time handsome...”

“Hrmm...I can see here that my sister is thinking of getting married.”,

“Not now.But I’m 21,my mum keep asking whether I’ve found someone because all my cousins have found one and she don’t want me to become an andartu?

Listen here my sister.One fine day,you will meet your prince charming.Just be patient. Allah knows what best for us. All you got to do is ask. Ask Allah everyday, InsyaAllah. You just have to wait, dear”.

Kata –kata Ukhti memberi kesan yang mendalam kepada Zinnirah. Ukhti ni tau je nak cakap apa. Dah la suara dia lembut je. Tenang sesiapa yang mendengarnya.

Zinnirah sedar.Sekiranya dia mahukan jodoh yang baik,dia harus menjadi baik. Memakai tudung akan menemukan dia dengan orang-orang yang baik.Pergi ke surau selalu akan membuatkan dia terserempak dengan lelaki-lelaki yang baik.Bingo!

“Alia, kat sini boleh pakai niqab ke?”

“Niqab?”

“Purdah maksud aku.”

“Oh entahlah.Tapi aku rasa tak bolehlah.Aku pun tak pernah nampak mana-mana student pakai.”

“Ya ke?”

“Kenapa?Kau nak pakai purdah pulak ke?”

“Takdelah.Bila fikir-fikir balik.Kalau pakai purdah,muka kalau ada jerawat pun tak nampak.Hidung yang tak mancung macam Kirsten Stewart ni pun orang akan ingat mancung sebab orang nampak mata je.”

“Eh betullah kata kau.Tapi takkan nak pakai purdah dengan jeans kot.Agak-agaklah.”

“Haha.Betul jugak.”

“Dalam almari kita tu,jubah pun takde.Tudung pun bukannya bidang 60.Buat malu je.”

“Hehe.Takpe.Nanti kita pergi Mesir.Kita beli banyak-banyak.Eh tak pun,pakwe kesayangan kau tu,kan study sana.Kau suruh je dia post kat sini.”

“Aah ek.Lepas tu,Puan Maimon kat bawah tu,tanya aku macam polis pencen nanti.Baik tak payah.”

“Eh famous nanti kita.Nanti dia buatlah announcement macam ni Alia Aqilah,Zinnirah Zulaikha sila datang ke bilik pejabat sekarang.

“Lepas tu semua budak tengok muka kita dengan cuak.Haha.”

“Kita pun akan cuak sama.Dia akan Tanya kita “Awak berdua ni,siapa yang bagi ni?Boyfriend?Belajar pun belum habis.Sibuk nak bercinta.Inilah budak-budak zaman sekarang.”

“Haha.Buat tambah pusing je.Dahlah.Aku nak mandi.Kau dah mandi belum?”

“Tengok oranglah. Balik tadi aku terus mandi tau.“

“Cehhh...”

Alia berlalu ke bilik air.Zinnirah tinggal sendirian di dalam bilik.

Kalau tidak dibenarkan memakai niqab,habis tu,ukhti pakai niqab.Alia kata dia tak pernah tengok orang pakai niqab kat sini.Habis tu,ukhti yang aku jumpa setiap Khamis tu?Eiiishh. Seram pulak tinggal sorang-sorang dalam bilik ni.

Hari Khamis tiba lagi.Kali ini,Zinnirah menuju ke meja mereka melalui arah berlainan.Kelihatan Ukhti sudah berada di situ.Zinnirah membengkokkan badan dan memandang ke arah Ukhti dengan posisi terbalik.

Fuhhh..jejak lantai.

Nasib tidak menyebelahi Zinnirah apabila dia terlanggar seseorang apabila dia cuba membetulkan posisinya kembali.

“Oh mak kau! Nyahhhh!Habis kertas-kertas mak jatuh.”

“Oh sorry sorry.Mak tak sengaja nyah! Sorry sorry.”

“Mata tu kalau rabun pergi tempah cermin mata.Menyusahkan orang je.”

Apalah malang hari ini,langgar pulak si mamat nyah ni.Haishh.

“Maafkan mak nyah.Mak tak sengaja.”

“Perli kita la tu.”

Zinnirah segera ke arah Ukhti,

So clumsy.Better watch your steps next time.” Pesan Ukhti lembut mengingatkan.

Zinnirah hanya tersengih.Kalaulah Ukhti tahu kenapa dia terlanggar mamat lembut tu tadi...Haishhh..Berbual-bual tentang isu semasa dan hal universiti.Zinnirah juga suka bertanyakan hal-hal agama yang dia tidak pasti kepada Ukhti.Terbit perasaan ingin tahu dalam hati Zinnirah.

Ukhti,i want to see your beautiful face.

Selama perkenalan,mereka tidak pernah sembahyang berjemaah bersama di surau perpustakaan atau di surau kolej sebab Zinnirah akan berada di perpustakaan pukul 2.30 hingga 4 petang sahaja.Jadi,memang Zinnirah tidak pernah melihat wajah Ukhti.

Ermmm..how do you know i have beautiful face?

“Eiii perasan!”

Free tak esok?”

“Eh,cakap Malay pulak.Haha.Free free.”

“Nah.”

Zinnirah membuka kad yang diberikan Ukhti itu.Kad walimatul urus.Kad kahwin.Ukhti nak kahwin?Tertulis nama di atas kad itu. Wafi Ibtisam dan Mohamad Hilal. Itu nama Ukhti.

You’re getting married? How about your study?” Zinnirah agak terkejut.

Ukhti hanya mendiamkan diri dan tersenyum. Jam pun sudah pukul 4 petang. Zinnirah menyuarakan keinginannya untuk pulang ke hostel.

“Come early.” Ukhti berpesan.

I’ll try.” Zinnirah mengangguk perlahan.

Zinnirah pergi ke alamat yang tertera di kad kahwin tersebut ditemani oleh Alia.Mereka sampai selepas Asar dan upacara akad akan diadakan selepas Isyak.Masa yang ada mereka habiskan dengan membantu apa yang boleh.Buat pertama kali,Zinnirah melihat wajah Ukhti.Subhanaallah.Cantik.Sungguh sempurna ciptaanNya.Memang patutlah kena pakai purdah,kalau tidak,ramailah orang akan tercedera secara tidak sengaja sebab asyik sangat pandang Ukhti ni.Alia turut sama menggagumi kecantikan Ukhti.Majlis pernikahan berjalan lancar dan majlis resepsi diadakan pada keesokan harinya.Zinnirah sedikit kecewa kerana tidak dapat hadir ke majlis resepsi. Zinnirah sudah merancang dengan keluarga untuk bercuti ke Indonesia memandangkan cuti semester pun sudah bermula.

*******************************

Pertemuan pertama setelah bermula semester baru.

“Ukhti..”

“Hrmm..”

“I want to wear hijab like you.Long hijab like you.”

Zinnirah melihat mata Ukhti mengecil, yang menggambarkan dia tersenyum.

Yes you can.But, first, my dear sister,you must remember something.Do it because of Allah.Not because of other intentions,other purpose,other people.Do it because of Allah and only Allah.”

Zinnirah terfikir sejenak.Seterusnya,mereka membualkan tentang perancangan Ukhti.Ukhti sebenarnya sedang membuat PhD dalam bidang psikologi di universiti ini di samping menjadi pensyarah.Ukhti berasal dari Indonesia rupanya tetapi bapanya berasal dari Bosnia.Ukhti berkahwin dengan Ustaz Hilal.Siapa tidak kenal Ustaz Hilal.Ustaz yang paling aktif mengadakan ceramah dan juga aktif memberi motivasi di serata Kuala Lumpur.Dahlah handsome,soleh pulak tu.Cukup pakej.Memang sesuai dengan Ukhti.Tidak sangka Zinnirah,dia berpeluang bersahabat dengan isteri kepada Ustaz Hilal.Ukhti akan mengikuti Ustaz Hilal yang menerima tawaran menjadi pengajar di Imperial College London, United Kingdom.

Sepanjang perjalanan pulang ke bilik,Zinnirah bermonolog sendirian.

Kenapa aku memakai tudung?Kenapa aku berpakaian menutup aurat?Kenapa aku berpelakuan baik?Kenapa?Untuk menarik orang-orang beriman berminat padaku?Supaya ada lelaki-lelaki soleh memandang dan berkenan padaku?Kenapa aku ke surau?Supaya aku boleh terserempak dengan lelaki-lelaki beriman?Supaya aku boleh dapat suami macam Ustaz Hilal?Kenapa?

********************************************

Zinnirah berjaya melanjutkan pelajaran ke bidang master di Universiti Malaya. Setelah menamatkan pengajian masternya,Zinnirah masih tidak menemui lelaki yang sesuai dan istikharah yang dilakukan,membuatkan hatinya tekad untuk ke Univsity of Auckland, New Zealand.

Berada di tempat orang,banyak yang Zinnirah pelajari.Berjumpa dengan ramai orang,latar belakang berbeza membuatkan Zinnirah lebih matang.

Pulang ke Malaysia,Zinnirah ada menyinggah ke pam minyak tempat dia bekerja dahulu.John masih ada.John tidak lagi memanggilnya adik manis kerana John kata dia sudah ada adik manis sendiri.John juga sudah fasih berbahasa Melayu.Nama John memang Johan sekarang kerana John sudah memeluk Islam dan berkahwin dengan Puteri. Tiada seorang pun yang menyangka perkara seperti ini akan berlaku. Jodoh pertemuan, Allah yang tentukan. Sekarang,John dan Puteri menguruskan stesen itu setelah bapa Puteri mengambil alih daripada bos lama.Bos bankrup kerana adiknya yang menyebabkan bos lebih banyak hutang daripada untung.Adik bos kini menjadi buruan polis kerana terlibat dengan pengedaran najis dadah.Peah dikhabarkan membunuh diri setelah disahkan mengandung anak luar nikah.

Selang dua minggu pulang ke Malaysia,ayah dan mak telah menyebut-nyebut tentang hal yang satu itu.

“Irah dah besar.Umur dah 28.Ph.d pun dah dapat.” Ayah memulakan.

Kalau mukadimah perbualan macam ini,dah sahlah tu.Bab yang itulah tu.

“Nadia anak Mak Ngah pun dah kahwin.” Mak menyambung.

“Jadi?” Zinnirah membalas,sambil mata tidak mengalih dari memandang televisyen.

“Masa Irah keluar semalam,ada orang masuk merisik.”

“HUH?!”

“Mak dah setuju.”

“HAH!?”

Zinnirah buntu.Mak sudah setuju.Ayah hanya menunggunya untuk memberi kata putus.Zinnirah meminta izin Ayah untuk berjumpa dengan calon suaminya itu.

Pertemuan diatur.Tidak jauh.Di depan rumah sahaja.

“Awak?”

“Ya.Masih ingat?”

“Kenapa saya?”

“Istikharah.Kata hati.”

“Mak bapak awak?”

“Tak kisah.”

Zinnirah melakukan solat istikharah memohon petunjuk daripada Allah.Kalau dahulu,dia melakukannya untuk bidang pelajaran dan kerjaya,kali ini soal jodohnya pula.Masa berlalu begitu pantas.

Alhamdulillah.Setelah melakukan istikharah sebanyak tiga kali,kata hatinya benar-benar meyakinkannya untuk memilih Amar Farhan.Semua majlis dilakukan secara ala kadar.Yang termampu.

Suaminya ini sebenarnya adalah ketua wakil pelajar Malaysia semasa mereka menuntut di University of Auckland. Amar Farhan yang menguruskan segala pertemuan antara pelajar-pelajar Malaysia di kawasan Auckland. Besar kot Auckland ni. Banyak universiti top ranking terletak di kawasan ni. Amar mengambil jurusan kejuruteraan elektrik manakala Zinnirah dengan jurusan undang –undangnya..Zinnirah hanya melihatnya dari jauh.Tidak pernah bertegur sapa. Melihat dia memberi ucapan setiap kali pertemuan. Ucapan untuk hari raya,deepavali,merdeka,krismas dan kali terakhir dia melihat Amar semasa mereka menaiki pesawat yang sama untuk penerbangan pulang ke Malaysia sehinggalah pertemuan mereka di hadapan rumahnya itu.Zinnirah dan suaminya mendapat tawaran untuk menjadi tenaga pengajar di UPM.

“Disebabkan ini kali pertama kita keluar dating,saya yang pilih tempat.Hehe.”

“Amboiii..baiklah tuan puteri.Ke manakah kita mahu pergi?”

“Biar saya bawaklah.”

Amar melihat wajah Zinnirah dengan pandangan pelik apabila kereta mereka sudah memasuki kawasan tanah perkuburan.

“Jom.”

Amar tidak membantah.Hanya mengikut.

“Ini kubur nenek.Nenek meninggal masa saya tengah nak habiskan master dulu.”

“Oh..”

Selesai membaca doa,Amar bertanya

“Kenapa jadi tempat dating pertama kita?”

“Kenapa?Awak tak suka?”

“Bukan.Saja.Curious.”

“Nenek selalu manjakan saya.Tapi nenek jugak selalu marah saya.Tapi saya rindukan nenek.Sedih sangat.”

“Macam tak lengkap je jawapan.”

“Hrmmm...Nanti bila kita dah ada anak,saya nak ceritakan pada anak saya,tempat pertama kita dating.Saya nak anak-anak kita tahu bahawa setiap yang hidup akan mati.Saya nak diorang tahu tujuan kita hidup sebenarnya.Saya nak diorang belajar erti hidup sebenar.Saya nak diorang hargai setiap orang di sekeliling diorang.Saya nak diorang menjadi hamba Allah yang bersyukur akan nikmat-NYa.

Amar tersenyum.Kata hatinya tak salah.

“Diorang? Berapa ramai?”

“Saya belum habis cakap lagi.”

“Ok ok...”

“Saya jugak nak cakap dengan awak yang saya ingin menjadi isteri awak yang solehah sehingga saya menghadap Ilahi.”

“Insya-Allah..”

Mereka berjalan beriringan pula ke bahagian barat kawasan perkuburan itu.Kali ini,Amar yang mendahului.

“Ini kubur adik.”

“Adik?”

“Arwah adik saya.Dia meninggal 3 minit selepas dilahirkan.”

Sambil membaca doa,Zinnirah membaca tulisan yang tertera di batu nisan di kubur kecil itu.

“28 Jun?”

“Ya.Sama pulak dengan awak punya birthday kan.Kebetulan.”

“Tahun yang sama....Dia lahir kat mana?Hospital?”

“Ermm..tak.Dia lahir kat Klinik Pakar Puan Mardhiah.”

“Pukul?”

“Pukul?Tak silap saya...lepas solat Jumaat.Macam pukul 2 lebih nak dekat pukul 3.”

“Kebetulan.”

“Abah sedih masa tu.Tapi abah cerita ada sorang kawan abah tu,isteri dia pun bersalin kat situ jugak.Dia suruh abah iqamatkan anak dia.”

“Anak dia perempuan ke lelaki?”

“Perempuan...rasanya.”

“Kecik besar?”

“Kenapa banyaknya tanya?”

Zinnirah diam.Tidak bersuara.

“Eh merajuk pulak.Besar tak besar jugak.Tapi abah kata comel gebu budak tu.Dah berjaya dah budak tu sekarang.Abah kata dah ada Ph.D.”

“Setelah menyelidik segala bukti dan Ph.D itu telah menguatkan lagi bukti,tak salah,sayalah budak kecil comel gebu yang Abah iqamatkan tu.”

Amar memandang Zinnirah dengan wajah tidak percaya.

“Kecilnya dunia.”

“Kecik tak kecik jugaklah sebab rasanya ayah dengan abah dah rancang dari awal rasanya.Patutlah masa berjumpa bergelak ketawa macam dah 10 tahun kenal.”

“Hehe.Takpelah.Pilihan hati saya jugak.Eh,dah nak dekat Zohor ni.Jom.”

Selepas menunaikan solat Zohor di masjid berdekatan,Amar meneruskan pemanduan.

“Tempat dating kedua,awak tentukanlah.”

“Memang pun.Tempat dating kedua kita adalah di gedung ilmu.

”Sebab?”

“Sebab saya nak anak-anak kita nanti tahu betapa pentingnya ilmu di dada.Ilmu tu kan cahaya kehidupan.”

“Jadi,kita nak ke perpustakaan negara ke?”

“Kita pergi ke perpustakaan mini dulu.”

Destinasi mereka seterusnya ialah Kedai Buku Al-Hakim.

“Oh kedai buku!Ini sangat masyuk.”

“Orang tu kalau dah nampak buku orang sekeliling dah tak nampak dah.”

“Eh tak baik tau tuduh-tuduh.”

“Dulu orang sibuk usha dia kat library,dia buat dek je.”

“Ye ke?Berapa kali awak usha?”

“Tiga kali je.”

“Tiga kali je?Bukan peminat tegar sayalah awak ni.”

“Tak bolehlah tengok anak dara orang lama-lama.Belum halal lagi.”

“Heeee...”

“Assalamualaikum..” Amar memberi salam kepada pekerja kedai buku itu.

“Waalaikumussalam.”

“Sihat?”

“Alhamdulillah.”

“Ini isteri saya.”

“Tahu..Hari itu ada datang kenduri.” Pekerja itu memberikan senyuman kepada Zinnirah.

“Oh ya?Terima kasih sudi datang.” Balas Amar.

Amar membawa Zinnirah masuk melihat ke sekeliling kedai.Kedai buku ini sangat cozy pada pandangan Zinnirah.Ada beberapa buah kerusi diletakkan di beberapa sudut.Penghawa dingin menyamankan lagi suasana.

“Bestnya.Kalau tak jadi lecturer,kerja kat kedai ni pun okay jugak.” Gurau Zinnirah.

“Eh penat-penat belajar sampai Ph.D,nak kerja kedai buku je?”

“Eh kan saya kata,kalau...Kalau...”

“Kalau awak nak datang sini bila-bila masa boleh je.Ni kedai buku saya.”

“HUH?!” Zinnirah sudah ternganga.

“Ni kedai saya.Dulu saya kerja sini lepas SPM.2 bulan saya kerja,bos saya meninggal masa menunaikan Umrah.Ahli keluarga dia semua dah tiada.Kemalangan jalan raya.Dia tiada waris.Dalam wasiat dia,dia namakan kedai ni atas nama saya.”

“Saudara-mara?” Tanya Zinnirah ingin tahu.

“Dia bukan orang sini.Dia orang Perancis.Berhijrah ke sini.”

“Habis..awak baru 18 tahun masa tu...Awak pergi belajar,siapa uruskan?”

“Abah uruskan.Bila balik cuti sem,saya uruskan.”

“Hrmmmm..menggagumkan.” Senyum Zinnirah sambil menunjukkan tanda bagus.

“Pilihlah mana-mana buku awak suka.Saya belanja.”

“Betul ni?”

“Saya belanja,awak bayarlah.Haha.”

“Eii jahat.Takpelah,saya pun memang takde mood nak baca sekarang ni.”

“Eh merajuk dia...”

“Mana ada.Ermmm..tempat dating ketiga?” Tanya Zinnirah.

“Tempat dating ketiga?Ermmm...Insya-Allah,Masjidil Haram.”

“Huh?!Biar betul?”

“Insya-Allah.Bulan depan.Saya dah uruskan.Tinggal ada beberapa urusan lagi je.”

Zinnirah tersenyum bahagia.

****************************************************

Zinnirah baru sahaja lepas mengemas beg.Semalam mereka selamat sampai daripada menunaikan Umrah.Dia memeriksa emel yang diterima.Banyak jugak.Di tetingkap Yehee Messenger ada Ukhti di talian.

Zinnirah_Z:Ukhti!

LoyalWafi:Assalamualaikum...

Zinnirah_Z:Eh..Waalaikumussalam.

LoyalWafi:How are you my sister?

Zinnirah_Z:Alhamdulillah.Great!I missed you!!!!

LoyalWafi:Me too. J

Zinnirah_Z:When are you coming back here?

LoyalWafi:Soon.Very soon.

Zinnirah:We shall meet then!!!

LoyalWafi:Insya-Allah.Can’t wait!

Zinnirah_Z:Can’t wait to see your Mujahid too!!!

LoyalWafi:Hehe.He’s getting bigger.

Zinnirah_Z:Must be getting cuter too.Just like his mum! J

LoyalWafi:Hehe.Ukhti...

Zinnirah_Z:Yes..

LoyalWafi:Has Allah answer your prayer?

Zinnirah_Z:Alhamdulillah J


Allah heard you.Just be patient.


TAMAT

Tinta penulis-penulis;

Kami menulis kerana suka-suka.Kami menulis untuk saling memperingat.Kampung kita di syurga.Nak balik kampung nak bawak mak,ayah,saudara-mara,kawan-kawan,semua nak bawak.Sebab semua dari satu kampung.Bekal nak balik kampung cukup ke tak?

Berapa ramai di antara kita yang tahu sebab apa kita kena pakai tudung?Berapa ramai yang tahu ayat Al-Quran yang mana satu menyuruh kita memakai tudung?Menutup aurat?Menyekat pandangan?

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty that they should not display their beauty and ornaments except what (must ordinarily) appear thereof that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands, their fathers, their husband`s fathers, their sons, their husbands` sons, their brothers or their brothers` sons, or their sisters` sons, or their women, or the slaves whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments. And O ye Believers! turn ye all together towards Allah, that ye may attain Bliss.

[Surah An-Nur Ayat 31]

Dan orang-orang yang melimparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasik

And those who launch a charge against chaste women, and produce not four witnesses (to support their allegations),- flog them with eighty stripes and reject their evidence ever after: for such men are wicked transgressors –

[Surah An-Nur Ayat 4]

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Women impure are for men impure, and men impure for women impure and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity: these are not affected by what people say: for them there is forgiveness, and a provision honourable.

[Surah An-Nur Ayat 26]


Officially published on Sunday,July 10th,2011 at 11.08pm(M'sia)



5 comments:

Farah Adilah said...

Dal..kenapa tak keluar dekat update? Alhamdulillah, akhirnya... nanti boleh cuba buat lagi.

syafiq sarkawi. said...

best! :D

cik paahpooh said...

mcm perli kite je nih.. tersentap tersentap. kes menyamun xde lagi oke.. tak baek pikir bukan2..isyh3..

Farah Adilah said...

cik paah tak payah la nak sentap sentap. awak je yang fikir bukan bukan. hee

ekaa . yum said...

sila buat lagi . mmg best ;)