20110804

Perginya seorang Hottie

Anda ada perasaan malu dan takut?
Jangan risau.Anda normal.
Perasaan malu dan takut yang keterlaluan?
Jangan risau.Anda tidak keseorangan.
Saya mempunyai perasaan itu.Perasaan malu yang sangat berlebihan sampai nak pergi beli makanan kat McD pun takut dan lebih rela makan maggie daripada kena order piza melalui phone call.Malu yang menyebabkan kaki ketaq tiba-tiba dan boleh secara spontan buat benda yang paling memalukan diri sendiri seperti tersalah tarik tangan orang kat shopping complex ataupun tersalah bagi bunga telur kat tuan rumah yang dengan niat asal nak membantu tuan rumah sehingga telur itu jatuh tergolek-golek dan kain sendiri terselak tinggi kat atas pentas sebab tengok semua orang dah duduk kat atas pentas dengan kaki melunjur ke bawah untuk mengambil gambar kenangan.Bayangkan.Perasaan takut boleh menjadi malu dan perasaan malu boleh memalukan diri sendiri.

Perasaan malu dan takut apabila bertemu dengan orang yang tidak pernah dijumpai atau dikenali sebelum ini.Seterusnya,akan bersama dengan orang tersebut dalam jangka masa yang lama.Anda harus melaluinya kerana anda harus mendaftar di kolej.Anda akan ditinggalkan sendirian.Ahli keluarga kata "Bye bye!". Anda jerit "Tidakkk!!!Jangan tinggalkan daku keseorang di sini.Aku tidak mengenali mereka..Tolong!!" di dalam hati.

Itu saya.Bagaimana saya atasinya?Macam mana nak peroleh keyakinan diri dengan serta-merta?Senang saja.
Perasan.

Ya.Perasan.Bagaimana nak rasa perasan?Saya perasan saya hot.Serius.Hot.Itu yang jadi Daly the Hottie.

Perasan yang diri anda ini juga pandai seperti mereka.Perasan yang anda juga seperti mereka,boleh berdikari.Perasan yang anda juga cantik.

Bila dah perasan,keyakinan diri meningkat dengan mendadak.Cukup had yang diperlukan untuk membeli air,makanan tengah hari,order roti canai(wey,ni tak pernah.tak cukup),beli yong tau foo,naik unit seorang diri dan yang paling penting membuat presentation di hadapan ramai orang(paling ramai 23 orang).Jadi dengan itu,saya dapat melalui hari-hari saya di kolej dengan bermacam-macam peristiwa sedih dan lucu yang mematangkan diri.

Bagaimana untuk perasan hot?Lihat gambar di bawah.

1.Apabila berdiri,berdirilah seperti anda adalah orang paling hot di tempat itu.Pandang ke satu arah supaya anda tidak pandang orang sekeliling anda yang mungkin sedang pandang anda atau orang sekeliling anda yang mungkin boleh buat anda bertambah rendah diri berlebihan sebab mereka hot dan famous amos.
2.Apabila bergambar bersama rakan-rakan,berikan pose terbaik yang anda boleh lakukan.Ya,cuba tengok.Bengkokkan kaki sedikit,mulut ala-ala Angelina Jolie.Pasti anda tampil lebih bergaya dan elegant secara automatik keyakinan diri naik mendadak.
3.Apabila ingin membetulkan rambut atau tudung,buat gaya seperti di atas.Pastikan bahagian itu tidak kelihatan basah.Ngangakan sikit mulut anda seperti Angelina Jolie,pasti anda kelihatan lebih mempesonakan.
4.Sebelum keluar untuk berjalan di khalayak ramai,pastikan anda sudah memeriksa semua pakaian@kain yang terlekat di badan anda.Pastikan tidak ada yang koyak atau basah.Selepas bangun dari tempat duduk,berjalan di hadapan sahabat-sahabat anda yang boleh dipercayai supaya mereka boleh menegur sekiranya terdapat kekotoran atau yang tidak kena pada pakaian anda.Kajian saya mendapati,apabila seseorang terasa ada sesuatu yang tidak kena di bahagian pakaian yang dipakainya,keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai menurun dengan mendadak.
5.Apabila dilontarkan soalan oleh teman-teman ataupun guru-guru,buat gaya seperti di atas.Pegang dagu anda sambil mengecilkan sedikit mata dan mulut sila maintain Angelina Jolie.Walaupun soalan itu agak payah dan anda tak pernah terlintas pun untuk membuat revision tentang chapter itu malah tidak pernah tahu pun tentang kewujudan topik yang ditanya kerana mengantuk di dalam kuliah,eksen seperti anda tahu.Reputasi itu harus dijaga supaya orang tidak menggelakkan anda dan akhirnya anda hilang keyakinan diri.
6.Apabila berbual-bual bersama teman-teman di khalayak ramai,buat gaya seperti di atas.Ya,kaki itu harus dibengkokkan begitu.Kalau boleh,ketawa buat ketawa seksi.Gosip-gosip hangat haruslah dibualkan di bilik bersama teman-teman kerana dikhuatiri perasaan excited datang menjelma membuatkan anda akan hilang ke-hot-an.

Tidak susah bukan untuk menjadi hot?Tidak susah bukan untuk mendapat keyakinan diri serta-merta?Perasan.Ya.Itu jalan pintas.

Apakah privilege yang akan diterima oleh seorang Hottie?
Anda akan dilayan seperti anda betul-betul hot.

Apakah risiko-risiko menjadi seorang Hottie?
1.Orang akan kata anda riak.
2.Orang akan kata "Eiiiii perasannya minah ni."
3.Orang akan menyampah dengan anda yang suka sangat perasan.
4.Peratusan untuk disengat tebuan sangat tinggi tetapi tidak perlu risau sangat sekiranya anda mempunyai wingmates,roommates dan teman-teman yang sangat penyayang dan ambil berat.

Kelemahan menjadi Hottie
Seperti cerita Boboiboy yang disiarkan di TV itu,Boboi akan menjadi seorang yang pelupa apabila dia berlebihan menggunakan kuasanya.Seorang Hottie juga mempunyai satu kelemahan.Hottie akan selalu tersalah dalam penyatuan ayat peribahasa.Sebagai contoh,
Peribahasa betul:Kalau ada sumur di ladang,bolehlah lembu menumpang mandi.Kalau ada umur yang panjang,bolehlah kita berjumpa lagi.
Peribahasa Hottie:Kalau ada lumpur di ladang,bolehlah kita menumpang mandi.Kalau ada umur yang panjang,bolehlah kita berjumpa lagi.
Peribahasa betul:Kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan.
Peribahasa Hottie:Nyiru tapak tangan,stadium bola saya tadahkan.
And the list go on.

Banyak juga pengalaman yang saya dapat sepanjang menjadi Hottie.Antaranya saya dapat bergambar dengan angkasawan negara kita!




Dapat berangan macam Super Junior buat konsert jelajah Asia..


Dapat bergambar dengan artis...


Dan dapat jugak menyelamatkan mangsa bunuh diri.Sebenarnya,semasa dia dibedah,jantung dia masih berdetak tetapi sudah sampai waktunya..Stuart Little pergi meninggalkan dunia ini buat selamanya.Doktor bersama-sama saya yang menjalankan pembedahan itu ialah Dr. Numeeqah dan lebih 20 orang menjadi saksi pembedahan tersebut.

RIP Stuart Little

Ini serba-sedikit yang dapat saya kongsi pengalaman sepanjang menjadi Hottie.

Sudah puas saya bertanyakan kepada beberapa orang yang mahu menjadi Hottie tetapi nampaknya tiada siapa yang tampil untuk menjadi Hottie.Oleh itu biarlah Hottie berkubur tanpa ada pewarisnya...

Dengan ini,saya mengundurkan diri sebagai Daly the Hottie.Terima kasih atas segala kerjasama dan perhatian yang diberikan.Maaf atas segala tingkah laku dan perasaan perasan yang melampau yang membuatkan anda marah,menyampah,meluat dan muak.Pengunduran dengan notis 24 jam berkuatkuasa esok.

For the last time,

Signing off,
Daly the Hottie




So let's start all over again.

Hye,i'm Daly.Salam Ramadhan Kareem.


Sticknote;
Daly the......?

8 comments:

Farah Adilah said...

So, I think now you want to start a new adventure and want to have a new role in the new drama...I bet you're ready. Yeah, good for you. I wish I could be a good actress like you.
Selamat mencari watak baru ya :P

dah0uri said...

laa. nak buang ke hottie tuh??

dah0uri said...

laa. nak buang ke hottie tuh??

. aina said...

KAHKAHKAHKAH best post everrrrrrr :D

daly said...

Farah;please take note.i'm not a drama queen.

daHouri;Hottie memories with you will remain in my heart forever ;'(

aina;thanks.

cik paahpooh said...

daly the sleepy..haha kuat tido! ni puase lagi kuat tido nih.! bila nk tlg mak masak ni..anak dara ni..

QeylaZack ! said...

HHAHAHAHHA ! 1st time aku bace FULLY post kaw yg versi panjang nihh ! hahaha ! best kot :DD
thumbs up dally :)

daly said...

sepatutnye post ni post versi sedih tau..

tapi kenapa aku pun x sedih bile aku bace?

i miss hottie.

daly the sleepy pun macam best.