20121214

Of being sakit hati and tough

So,macam tu rasanya bila meja kena tarik dengan majlis perbandaran?
Macam tu rasanya bila rugi.
Macam tu rasanya bila tak balik modal.
Macam tu rasanya.

Dipendekkan cerita, i was testing myself on being an entrepreneur. The result is...
fail.
Tak layak. Tak layak. Terpekik terlolong tengah-tengah hari buta, jalan ke depan ke tengah ke belakang, takde orang nak beli.

Macam tu rasanya bila offer ditolak.
Macam tu rasanya bila orang menjaja barang kita kata "Dah beli dah."

Cerita kena tarik dengan majlis perbandaran belum selesai. Nak dijadikan cerita lebih menarik dengan aksi tarik-menarik rambut, meja kami kena tarik semasa hari keusahawanan. Kami dikatakan mengambil hak mereka. Whatever. Malas nak cerita panjang. Siap nak saman-menyaman. Wey, nak saman pun agak-agaklah. Hitam putih takde. Setakat lisan,naik court pun tak boleh nak fight. Nak amik-amik gambar pulak. Orang dah pulang balik meja tu,taknak guna pulak. Letak je kat belakang kitorang. What was that suppose to mean?
 Lancarkan perang!! Lancarkan perang!!

Dah. Kalau ikutkan hati,matilah. Sebab tu ikutkan akal, pulangkan balik meja (ingat kitorang nak sangat ke hah?! Dengan kawasan yang lagi ramai penjual daripada pembeli.), dan kita teruskan misi kita.

Setelah perniagaan menjadi terlalu slow, sebagai usahawan yang berjaya, plan BCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ mesti ada. Destinasi seterusnya, KOLEJ KEDIAMAN! Buat bisnes kat kolej kediaman ni sebenarnya untung sebab ramai students especially yang malas-malasan macam i ni hah, yang hujung minggu selalunya tengok movie atas katil, sebab kat hostel, takde tv, orang ketuk pintu jual barang, especially makanan! mesti beli punya. Jadi telah terjadilah aksi saya dan share partner share partner yang lain naik sampai ke tingkat 4 setiap blok. Fuhhh...lebih kurang 6 blok pusing-pusing tengok pintu bilik terbukak jerit "Buah...buah!!" . Suara pun dah sedap sangat dah macam Siti dulu jerit "Kuih..kuih..". HAHAHA. Takde kena mengena langsung.

Dan akhir sekali, kami rugi. But the most important thing is, my share partnerS and I dapat satu experience baru. Dapat buat 2 kerja dalam satu masa. Dapat jual buah sambil exercise. Tapi tak dapat jodoh. BAHAHAHA. Sangat tak lawak kerana sangat penat.

Being rebel was not helping much. Tunjuk protes kat "pengacau gerai". Gagal buat "pengacau gerai" sakit hati. Tak cukup tough. Ke depan ke belakang cari customer. Customer lari. Whatever it is, it was a worth day spent. Penat, peluh, sakit hati, ketawa, rugi. Itu pengalaman. Itu pengajaran. Sangat respect orang yang tak pernah putus asa jual makanan tak habis, jual barang tak laku, meja kena tarik, and many other awful things that we wish wont happen in our life.

So hari ni, dah 15/12/12 sebab dah pukul 2 pagi, test signal dah berlalu. Masih lagi mencari signal subjek ini. Sila berikan pencerahan. Perlukan pencerahan. Tinggal satu test, entrepreneurship, and i hope i wont fail on paper as i failed on the road.

So far, this sem, which will end within one month, is quite, not quite, is tough. Very very. Sometimes, i wondered. Did i being to relax and do my works last minute or what? The tonnes of work are overloaded. Whatever. It will end soon. Very very soon. But, sem 3, you did a very good job in making me realize something. I still want to thank you for the memories and lessons.

No pain. No gain.
Wassalam.

Sticknote;
1234

No comments: