20130130

90's

bila aku start tulis macam ni,bukan tulis,type,oh whatever,maksudnya aku sedang mengalami satu fasa di mana aku akan memakai baju kotak-kotak,sneakers.gelang tali-tali dan mula spill out everything without thinking and acting like a girl who is super cool.ni diberi nama fasa mahu menjadi dak-dak hipster.ketahuilah di saat itu,aku baru sahaja lepas membaca satu blog budak rebel ataupun buku/novel yang bertentangan dengan genre romantica de amour.bajet cool.bajet remaja jiwa kosong.bajet dak-dak pergi gig.bajet tahu lagu-lagu underground.bajet 'aku cool.aku hipster.aku tak makan chipster.'

Apabila saya mula bercerita seperti ini,ketahuilah saya sedang berada di fasa di mana mahu menjadi wanita idaman malaya.Mahu menjadi role model kepada adik-adik di luar sana.Ya,mari tengok.Akak pergi pasar beli ikan tapi tak siang terus goreng.Ketahuilah di saat itu,saya baru sahaja selesai membaca blog-blog terkenal dimiliki oleh gadis girlish,gadis sopan-santun,gadis cantik,gadis yang mempunyai ribuan follower dan ribuan comments.Fasa ini diberi nama fasa mahu menjadi popular dan kaya dengan blogging.

When i start my words like this,i meant,in English,then i start to mumbling kononnya dengan penuh seni artsy martsy,that means,i just finished reading English written blogs,or i just want to say something but i dont want to say in Malay as in Malay my words would be like romantica de amour novels or skema tahap karangan spm.This is called 'bajet orang seni' phase.

Bila saya mula dengan ayat yang baik-baik dan semua perkataan dititikberatkan dan dipadam,ditaip berkali-kali,itu dipanggil fasa 'tersedar dan insaf'. It should be all time phase. Fasa sepanjang masa.

Apabila post saya pendek,maksudnya baru lepas inspired by Matluthfi.

Fuih. Pity me. Now you know. Eh,I saw a relieve face there. Lol. You are not alone. Yes. You are not alone. Or am I all alone now? Ok dah dah. So, ini dipanggil apa? Krisis identiti? Kecelaruan minda? Entah. Ini kes trying to fit other people lives into your life. Rasa diri sendiri not good enough and tak ikut peredaran masa, fenomena masa kini dan the list go on. Jadi kononnya dengan mengambil,mencampur dan mengaplikasikan kehidupan orang lain dalam diri sendiri boleh jadi seorang yang hebat, dan akhirnya diri sendiri rasa puas. Salah salah salah. Diri sendiri tak pernah rasa puas. Seperti mencampurkan adunan kek red velvet dan kuih tart nenas, takkan menghasilkan rasa seperti famous amos cookies.

Contohnya, dulu kita ada myspace. Adding beautiful faces, cool and famous people and make them as our role models. Lepas tu ada facebook, mula slow down sikit untuk jadi seperti orang lain, mula mencari identity sendiri, tapi dengan adanya page untuk orang-orang famous, identiti sendiri mula goyah dan cuba mengadun semula identiti. Muncul lagi blogging,twitter. Twitfamous pulak. Mula tweet seperti seorang twitfamous. Kemudian instagram. Dari satu social site kepada satu social site, makin banyak orang yang nak ditiru. Takkan pernah puas. Sama je macam shopping. Dari satu fesyen ke satu fesyen, sampai penuh almari. iPhone smartphone laptop kereta kasut makanan semuanya. Takkan pernah berhenti. Oh ya, vlogger. How could you missed that?! Youtuber...cover lagu itu ini. Oh yang ni tak pernah try. Sebab memang takde bakat. HAHAHA. Oh ya, a big "HAHAHA", tiru dari mana? LOL. And again,that LOL.

Siapa sebenarnya saya???????? Haih.

Still pakai baju kotak-kotak sebab bila angkat tangan tak terangkat bajunya ke atas sangat you know sexy tau haha. Sneakers paling selesa. Gelang tali-tali kini diganti. Tapi tak dengar lagu underground kecuali Butterfinger- Mati hidup kembali. Itu pun selepas baca Contengan Jalanan by Hlovate. Cari baju men's wear, sebab women's wear too pendek and too ketat for me. Acaner tu? Dah tak minat novel underground,rebel and stuff like that. I'm more to Alaf 21, Jemari Seni and their acquaintance. Wuyyooo boleh ke guna acquaintance kat situ? Takpe. Teruskan. Masih beli sweater or hoodie they called it, sebab kalau lambat/malas terus sarung. Kan senang. Obses dengan Apple, tapi tak boleh memiliki semuanya. Masih minum coolblog dan bukan starbucks kerana sedar diri sendiri student. Masih makan dan terfikir 2-3 kali untuk upload di instagram. Kadang-kadang upload untuk diri sendiri ingat detik makan makanan sedap itu ohhh yeah sekarang pukul 3.30 pagi dan terasa nak makan curly fries. Haih. Masih tiada lesen.


Apa? Ni bukan tiru sesiapa. Cuma lagu ni buat teringat zaman dulu-dulu. And the lyrics are quite deep.



Sticknote;
Di dalam kubur manapun,jasad aku ditanam. Aku, akulah jua.



2 comments:

Farah Adilah said...

Nak cakap "sama!". Nampak sangat la kan macam nak tiru ke apa. But seriously. You are not alone. Like like like like like. Identity crisis. Who am I? Who are you? Sometimes, nak update blog pun fikir banyak kali. I need all time muse.

daly said...

Kan. Hope you would find your muse,and i would find mine too.

Good luck