20130204

Education is ruining.....some people minds.

Im going to talk about education. Dude,seriously? This is a serious matter. Seriously? You don't even finish your degree yet.

So what? Does it means i don't have the right to point out my opinions? Dude,seriously?
Ok. Please don't take it seriously.

Education. Everyone is taking this issue seriously. Everyone. Even, budak sekolah pun dah cakap pasal free education. Eh sorry. No. We will not talk about free education. Im going to talk about ...free mind?

Free mind? Biar betul. English berterabur toksah la nak cakap omputih. Free mind bermaksud minda bebas? Ala kita taknak cerita pasal hak bersuara, hak itu hak ini. Free mind ataupun mungkin dengan lebih significant nya lagi what i'm trying to say is "Bebaskan minda anda.". I think it should be.. maybe open minded kot. Open minded. Think out of the box. Berfikir di luar kotak pemikiran anda. And you can go on define whatever you think of it..asalkan bukan freemason.

So, basically, or theoritically, or maybe technically, orang akan cakap "Takde pendidikan,susah hidup." Ok ini tidak termasuk dengan pendidikan tidak formal. Apakah itu pendidikan tidak formal? Pendidikan tidak formal adalah pendidikan yang kita belajar secara tidak langsung di luar kawasan tempat belajar yang formal. Faham? Tempat belajar yang formal adalah di mana kita ada guru dan kita sebagai pelajar. Kalau salah, peduli apa. Sekarang ni blog siapa? Eh kalau salah pergi google or maybe if you're a lil bit rajin, pergi cari buku sejarah.

Ok back to the "Takde pendidikan ,susah hidup." . Kalau korang deny yang korang pernah dengar ayat ni, korang boleh berhenti membaca. Dah lama dah dengar ayat ni. Mungkin jugak terpengaruh sangat dengan ayat ni, sampai takut untuk gagal. Orang selalu cakap, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Tapi bila gagal, entah, i feel like someone behind me is laughing so hard at me. Macam terdengar-dengar orang cakap "Padan muka!". Haha. Silly me. Siapa suruh tak buat betul-betul. At the end, salahkan diri sendiri. Lepas tu mula tanam azam baru, lepas tu selalu benda yang sama berlaku. Macam tiada pengakhiran jugak kadang-kadang.

Eh tapi sebenarnya taknak cerita pasal tu. Nak cerita pasal "Takde pendidikan,susah hidup.". Tak. Taknak cerita pasal ayat tu sebenarnya. Tapi nak cerita pasal orang yang berkata-kata. Ya. Orang yang berkata takde pendidikan,susah lah hidup kau. Orang yang kata " Dia tu belajar sampai universiti. Fikiran tinggi.". Orang yang kata " Dia tu spm je....(censored)".

Kenapa mentaliti seperti ini wujud? Wah kau macam wakil pelajar pulak rasanya guna ayat mentaliti. BAHAHAHAHAH. Takde lah. Orang selalu cakap, orang masuk universiti lagi pandai dari orang spm. Orang selalu pandang hormat tinggi orang yang ada sijil dari universiti/kolej etc berbanding dengan orang yang hanya ada sijil berhenti sekolah terakhirnya. Betul tak? Tak betul? Tak apa.

Entahlah. Memang pendidikan itu penting. Tak dinafikan. Tapi tak semua orang boleh sampai tahap yang tinggi. Tapi bila ada orang bezakan orang yang masuk universiti dengan orang yang tak, i think there is something wrong with you human. Masuk universiti tak semestinya pemikiran lebih tinggi/matang/jauh daripada orang yang tak masuk. Orang yang tak masuk universiti, tak semestinya pemikiran diorang sempit/cetek/dekat(tak jauh). Get it? Ada je orang masuk universiti, susah jugak hidup. Ada je orang tak masuk universiti hidup senang. Ada kan kan kan?

Jadi sebagai manusia biasa yang berdiri sama tinggi,duduk sama rendah,marilah kita buka minda,buka hati. Ewah dah macam pakar motivasi pulak dah. HAHAHA. Setiap orang kan ada kelebihannya masing-masing. Janganlah underestimate someone sebelum kita tengok dulu what action he/she will take. Because action speaks louder than words which sometimes people forget about it. Orang pandai bercakap je dah di-estimate hebat. Yes. A good speaker always one step ahead from everyone else. But the one behind him/her did something great too.

So the point is, ya dalam banyak-banyak yang ditaip, satu point je yang nak disampaikan sebenarnya. It is...
Abaikan mereka yang membezakan seseorang dengan tahap pendidikan. Whatever they say, answer with a smile. These people just don't realise, there are many things that can make someone so special in their very own way. Hidup ni bukan untuk masuk universiti, dapat kerja, gaji tinggi aje. Ada je orang hidupnya tak masuk universiti, gaji tinggi jugak. Awak, kalau masuk universiti tapi tak tahu siang ikan, sama je jugak dengan tak masuk universiti tahu siang ikan. Complete each other, tak gitu? Get it?

Just a reminder for me, and maybe, for you too.
Wassalam.



Sticknote;
Successful people always have two things on their lips. Silent and smile.



3 comments:

Farah Adilah said...

A thinker that can write her thought is awesome.

daly said...

Thanks loyal visitor. i love you.

Syafiq Sarkawi said...

SPTB.
sangat panjang, tak baca.