20131207

Rescue

Hormon perempuan dan hormon lelaki berbeza. Ke sama? Tak. Aku tak berniat langsung nak cerita pasal hormon. Cuma banyak perkara yang terjadi yang melibatkan hormon di penghujung semester. Aku tulis sebab hari macam dah lewat sangat dan terbaca coretan-coretan Taib F.A..

Sesungguhnya, kegilaan apa yang melanda diriku yang menyebabkan aku stranded in Parit Raja ini sedangkan aku ada cuti tiga hari??! Tiga hari tau!Aku sebenarnya dah penat taip menaip ni sebab macam dah banyak je taip menaip semester ni tapi selalu taip kat google search je la. Nak buat report kata kau. Hidup sekarang memang penuh dengan perkataan report dan semua orang stress dengan test dah study tapi tak boleh jawab balik test stress lagi kena belajar untuk test akan datang lepas tu habis test stress lagi untuk present projek. Apa ni tak faham la. Apa semua ini?

Dan saat ini sepatutnya aku pergi study untuk test akan datang tak pun untuk final. Tapi aku tak buat sebab?

Sebab aku cepat terpengaruh dengan quote "Do more of what you love.". I'm doing what i love. Wasting time. Which is not good at all. Tak guna taip panjang-panjang tapi dalam report nak buat intro pun punya payah nak dapat satu page.

Oh yeah. Dan terbaca satu speech graduasi seorang graduan. Pelajar cemerlang. Speech punya panjang dia ceritakan pasal dia dah berjaya. Masa dia belajar dulu gila-gila punya belajar. Dan sekarang dia terfikir. Masa dia belajar dulu, ada orang yang tengah buat muzik untuk cari duit. Masa dia belajar untuk test dulu, ada orang keluar bersuka ria dengan kawan-kawan di mana dia tak dapat buat semua itu dahulu, dan juga sekarang kerana sekarang dia sibuk pulak masuk dunia kerja yang dia sibuk kejarkan masa waktu belajar dulu. Dia anggapkan universiti ini satu kilang mengeluarkan produk-produk untuk negara. Lebih kurang macam tu.

Aku terpengaruh ni. Apa aku buat kat sini? Tapi aku cepat terpengaruh. Aku percaya dengan "Ini adalah takdir hidupmu.". Senang cerita, macam follow the flow gitu. Follow the flow and trying my best to make everything's okay.

Aku okay je. Okey je. Hormon pun ok kot. Cuma adalah orang-orang yang aku rasa hormon tak ok. Dah nak habis semester ni macam-macam lah. Tapi sebenarnya aku tak berapa perasan sangat sebab trying my best to be ignorant gitu.Habis tu apasal aku mention pasal hormon? Aku pun tak faham.

Dan seterusnya akan berkisarkan girls who went to all girls school.

So please,brace yourself.

Bila kita dah tahun 3 ni, kita mungkin dah sedar yang selama 2 tahun kita asyik nak satu group dengan lelaki at least 1 lelaki pun cukup sebab lelaki kononnya berfikiran lebih kreatif dan kritis. Ok ok. Tak dinafikan. Dan segala tugasan membuat report kita serahkan pada kaum wanita sebab kita dah rasa serba salah tak buat projek hardware. So kita buatlah software. Kan an an an? Ini untuk bidang aku la. Bidang lain tak tahu la.

Tapi bila kau dah tahun 3, dan kau tak tahu nak guna arduino, nak buat circuit pun tak tahu, nak guna pspice pun tak tahu, multisim pun takde dalam laptop, baik sedar diri sekarang. Lelaki pun dah bosan dengan kita yang tak tahu. Semua tak tahu. Nanti final project siapa nak buat kalau bukan diri sendiri? Nak harapkan budak lelaki ke? Kalau dia girlfriend kau bolehlah dia tolong. Faham?

And so you know, all girls school takde students lelaki and everything semua kita buat sendiri. Angkat tilam lompat tinggi. Angkat meja. Angkat itu ini. Pelakon lelaki untuk Prisoner of Azkaban pun perempuan. So, in conclusion, we don't really need guys actually.

Girls power!!

Layang-layang kitorang menang and our group takde sorang lelaki pun okay. Group lelaki ada menang tak? Lol. Mati la kalau classmate baca. Nasib bukan blogger terkenal. Peace yaw!

Tapi lelaki pun banyak jasa korang. Takkan lupa sampai graduate nanti :)

Sticknote;
Be like roses. Beautiful with thorns. Beauty and brain. Ada kena mengena ke?


6 comments:

Muhammad Syafiq Sarkawi said...

tak faham.

Muhammad Syafiq Sarkawi said...

btw, di UKM untuk nama Malaysian tak perlu tulis nama keluarga dulu. UTHM tak tahu la macamana.

daly said...

Lol syafiq. You're still here? di UTHM pula tak pasti. Aku hentam je tu. Dah lupa dah nak tulis macam mana.

Muhammad Syafiq Sarkawi said...

I'm still where?

daly said...

Still here. Still follow blog aku. Ingat dah unfollow dah.

Muhammad Syafiq Sarkawi said...

I never left.