20110601

Maher Zain Live in Concert

Assalamualaikum.
Kita mulakan dengan bismillah.Kita nak cerita pasal konsert Maher Zain ni.
Tanggal 26 februari yang lepas,saya dan Si Payung,Si Lirik dan Si An telah mendapat tiket percuma daripada pakcik kami merangkap ayah kepada Si Lirik ni.Bayangkan wey.Bayangkan.Tiket free untuk tengok Maher Zain.Suka tak?

Kitorang sampai sana agak lewat sikit.Almaklumlah sebelah petangnya sepupu kami kahwin.Eh lupa nak cakap.Sepupu saya dah kahwin.

Ok tengok gambar dewan je sebab kita nak cerita pasal Maher Zain.

Jadi dalam pukul 8.30 macam tu kitorang sampai kat Stadium Malawati Shah Alam.Ramai orang.Beratur panjang ok nak masuk.Tapi disebabkan ini konsert nasyid,yang datang semuanya tutup aurat.Tudung labuh.Pakcik pakai ketayap.Makcik makcik pakai jubah.Saya pakai jersey bola dengan track suit =').Masa nilah orang semua sibuk nak jual tag ada gambar Maher Zain.Aiishhh...Perlu ke nak jual bang?Kalau saya beli saya boleh jumpa Maher Zain secara live ke?Makan semeja dengan dia ke?Atau saya hanya boleh pakai tag tu untuk ke kuliah?Eh dah dah.Kitorang ada amik gambar masa tengah beratur.

Ok gambar tu takde kat saya sebab saya terlalu pandai tak bawak kamera untuk ke konsert Maher Zain.

Dah jumpa tempat duduk,fuhhh..dah ramai orang dalam stadium.Yang kat luar pun ramai lagi.Klik klik klip klip.Ok tu bunyi kamera DSLR.Sementara tunggu Maher Zain nak nyanyi,semua orang dengan gadjet masing-masing.Amik gambar.Pusing kiri kanan depan belakang,semua pegang DSLR,macamlah DSLR tu dua tiga rat je kan Payung?Nasib baik tak bawak kamera i youuu.HAHA.Ok itu baru DSLR.Tengok tengok lagi,semua pegang blackberry.Makkk aii.Macamlah Blackberry tu dua tiga rat kan?Malu i nak keluarkan handset i.Wifi pun takde.Hehe

Ok ok dalam situasi ini saya ternampak mamat hensem kat belakang saya pegang DSLR.Ok DSLR itu memang menambahkan ke-handsome-an sebenarnya.Jadi tips untuk hari ini;Menjadi hansome dengan memiliki DSLR.HAHA

So semua orang amik gambar.Jadi nasib baik sepupu saya bawak kamera.Ok separuh jalan kamera habis bateri.T___T

Jadi keluarkanlah handset cabuk untuk amik gambar Ziana Zain.Eh eh..Maher Zain.

Ok tiket tulis start pukul 8.30.Tapi akhirnya start dalam pukul 9.00pm macam tu.Konsert dimulakan dengan persembahan daripada kumpulan nasyid yang tidak asing lagi....In-Team.Eh In-Team ke Hijjaz.Eh Hijjaz lah.Hah Hijjaz yang buat persembahan dulu.Eh ke UNIC?Aisshhh dah lupa dah.Tapi kumpulan tu nyanyi lagu medley nasyid diorang yang best-best lah.See...inilah jadinya.Banyak sangat tidur sampai dah lupa.HAHA

So lepas kumpulan nasyid tu nyanyi,kawan Maher Zain nyanyi dulu.Kitorang nak tengok Maher Zain je jadi bila part kawan-kawan dia nyanyi kitorang tidur :')

Tapi lepas kawan dia nyanyi,pengacara malam tu,Fida yang selalu jadi pengacara kat TV9 tu,cakap "Kita ada masalah teknikal sikit.Maher Zain dah buat persembahan semalam.Jadi hari ni dia tak sihat sikit.Jadi kami nak mintak maaf sangat-sangat....blablabla..."

Jadi konsert pada malam tu pun batal dan semua orang jerit

"Kita bako!Kita bako je!"














Eh takdelah.Lepas tu Maher Zain keluar dan mula dengan lagu Always Be There.Ohh..Kitorang tak jerit bila nampak Maher Zain,sebab ini konsert nasyid.Simpan simpan dalam hati.HAHA
Ada certain songs yang Maher Zain nyanyi macam tak masuk betul sangat,dia repeat balik nyanyi.Dan lagu Freedom pun dia nyanyi 2 kali.Lagu baru tu masa tu.Dan rasanya hampir kesemua lagu Maher Zain nyanyi 2 kali tapi bila part dia dah nak repeat nyanyi semua lagu tu,kitorang pun decide nak balik,takut jam.Ok masa nak balik jumpa lagi orang jual tag tu.
"Saya dah penat.Saya nak balik!Kalau saya beli pun bukannya boleh jumpa Maher Zain eye to eye!Simpan jelah untuk konsert akan datang." Ahhh itu dalam hati je.hehe

Maher Zain bawak kawan-kawan dia;Mesut Kurtis,Irfan Makki dan Fadli dari Indonesia untuk nyanyi lagu InshaAllah versi Melayu.Tapi bila kawan-kawan dia nyanyi part solo untuk gap Maher rehat,kitorang pun tidur lagi sebab penat =') hehe


Ok nampak tak Maher Zain??Nampak tak?Maher Zain belum keluar lagi masa ni.



Ok sekarang nampak tak?Nampak tak di sebalik tiang tu?Cakap nampak cepat!



Ok masa ni Maher cakap "Nyalakan semua handphone anda dan gerak-gerakkan."Ok Maher cakap dalam bahasa inggeris lah.Masa ni boleh bangga ok.Sebab selalunya handphone ada torchlight.HAHA.Blackberry ada?

Jadi inilah pengalaman pertama saya ke konsert nasyid.Eh tipu.Dulu pernah tengok Raihan.hehe


Ok klik atas.Ini yang membuatkan saya teringat pasal konsert Maher Zain ni.

Teringat pulak pernah nampak kawan tampal gambar Maher Zain dalam laci meja.DALAM LACI tau.Bukan luar.Satu taktik baru nak simpan gambar boyfriend.HAHA

Wassalam.


Sticknote;One message received from London.Wooooohooo!

2 comments:

Farah Adilah said...

sapa la yg simpan gambar maher zain tu ye.hahaha.eh sape yg massage tu sbnrnye?

daly said...

HAHAHA.sapa la ye...