20110616

Review;Quartet and S

Minggu lepas;
-Eh,taknak kerja heh?!
-Eh taknak.Kenapa?
-Eii..apalah!

Minggu ini;
-Eh..tak keluar-keluar rumah heh?
-Eh..nak keluar pergi mana pulak?
-Jalan-jalan.Pergi tengok wayang ke...

Dah dah.Saya faham.Takrif elektrik sekarang dah naik.Alaa...sampai bulan sembilan je kot.Tataplah wajahku yang indah berseri-seri ni.

MAD-IS-ON!!!MAD-IS-ON!!

Itu adalah ayat pertama dalam novel Quartet untuk bab 1.TAPI ayat itu telah menjadi ayat yang berlegar-legar di fikiranku sejak bertemu dengan S!
AAAAAAAAAAAAAA!

Review;Quartet
Mengisahkan tentang Misa.Ayat sinopsis;
Mak nak menantu macam Sami Yusuf.Baca surah panjang-panjang dalam solat pun takpe.Sedap suara..
Tapi saya nak yang macam Maher Zain.Tak baca surah panjang-panjang dalam solat pun takpe sebab kadang-kadang otak melayang fikir pasal makanan..Tak senonoh...Huiissshhh itu i tambah.HAHA
Cerita ni belatar belakangkan Mad-is-on!Mad-is-on!Hehe.Madison,US.Woooshhh.Mengisahkan Misa bersama empat lelaki.First-first dia dah kecewa sebab kawan dia dah mengkhianati persahabatan mereka yang selama ini dibina atas dasar kepercayaan dan kesetiaan(fuhhh..ayat!).Masa di Mad-is-on! Misa bertemu dengan seorang jejaka yang bernama Bilal yang dianggap bolehlah bantu dia ke jalan yang benar.Tapi malangnya,Misa yang perasan lebih.Touchingggg...my heart is broken into pieces Bilal! Haha.Itu dialog tambahan.Dan Misa suka pergi Mendota Lake bersama teman-teman serumah dia.Suka amik gambar dan post dalam blog!Interesting.Sebab buku ni ada melibatkan blog saya.Eh tipu.Kemudian Misa bertemu pula dengan Ustaz Mustaqim tapi akhirnya kecewa jugak sebab Ustaz Mustaqim bukanlah orang yang terbaikkkkkk untuk dijadikan calon suami macam Sami Yusuf.

Dan akhirnya Misa bersama dengan jengjengjengjeng..Rahsia...Ada kaitan dengan blog.Pergi beli kalau nak tahu.

Buku ini interesting lagi sebab ada cerita pasal blog.HAHA.Dua kali dah mention.Serius suka.Tapi tapi saya rasa lebih suka buku ini berganda-ganda sebab jengjengjengjeng!!!

Jadi setelah di-sound tidak melihat dunia luar,asyik duduk terperap di bawah kepompong yang best dan empuk macam karipap,aik?Saya telah keluar untuk melihat matahari terbit di Jepun!HAH!Jangan percaya,itu mimpi yang akan jadi kenyataan je.

Saya telah melawat sekolah saya bersama sahabat-sahabat yang sudah lama saya tidak tatap wajah indah mereka.Pergi sekolah untuk amik sijil SPM je.Lepas amik sijil,kitorang pun bergerak sambil nyanyi...

Dunia dalam genggamanku..Dunia dalam genggamanku..Dunia dalam genggamanku..Dunia dalam genggamankuuuuu...Dunia dalam genggaman kita..Dunia dalam genggaman kita...Dunia dalam genggaman kita...Dunia dalam genggaman kitaaaaa.....

Dan seluruh sekolah yang secara kebetulan semua tengah pakai baju sukan sekolah,bersama-sama kitorang menyanyi dan menari dengan senyuman lebar sampai ke telinga sambil kami berempat memegang sijil dan membaling topi graduasi kami.

Dapat bayangkan tak?Itu iklan terbaru sekolah yang akan saya bina 10 tahun akan datang dan diingatkan,berangan itu percuma.

Dah amik sijil belum?Pergilah amik.Nanti boleh nyanyi macam kitorang jugak.Eh tak payahlah.Malu je nak pergi sekolah.Tapi kalau dulu famous,pergi je.Mana tau ada Homecoming Party untuk korang.Saya pelajar biasa-biasa je.

TAPI!!

Saya rasa saya dah jadi pelajar luar biasa start dari hari ni.Luar biasa.Sekarang saya nak cerita pasal S pulak.Oh ya,lupa nak bagitau.Misa belajar di Universiti Wisconsin,Madison dalam bidang sains aktuari.Dan dan dan dan apa yang membuatkan saya lebih teruja ialah S!S!S! Korang dapat bayangkan tak wajah teruja saya?!!!Wajah teruja saya!

Saya berbual-bual dengan S sambil tunggu kawan kitorang lagi dua orang pergi amik sijil,first-first S kata dia nak fly bulan 8 ni.

-Kat mana?
-Wisconsin University.
-Huh?Kat mana tu?

Patutlah saya tak tahu.Rupa-rupanya pronounce dia lain.Teruja teruja!Baru je habis baca buku Quartet dan tiba-tiba,S bagitau dia nak pergi belajar kat Wisconsin University di MAD-IS-ON!!!MAD-IS-ON!!Saya nampak surat dia.Saya nampak nama universiti tu dan ada tulis MAD-IS-ON!!! kat bawah nama universiti tu.Tapi dia tulis MADISON la.Takdelah dash dash tu.Dan S jugak akan amik bidang yang sama macam Misa amik.Teruja tak?!!!Saya yang teruja.Rasa macam saya baca novel kisah sahabat saya.Haha.Jadi,saya adalah pelajar luar biasa sebab saya ada kawan yang akan belajar di US dan baru sahaja habis baca novel yang mengisahkan tentang tempat tu.Satu kebetulan atau suratan?
Dah korang kalau tak terasa teruja macam saya,takpe.Saya redha.

Jadi saya akan tinggalkan amanat untuk S.


Mendota Lake *Pictures courtesy of Google.

Jadi S mesti pergi amik gambar kat Mendota Lake dan tag saya dia FB.Hehe.Amik masa tengah winter jugak.Woahhhh bestnyaaaaaaa!Macam khayalan jadi kenyataan.Ermmm.Tapi S yang nak pergi,bukan saya.Good luck S =)

p/s;Dear Sabrina M,one day i'll be there with you,you just wait.

Ni la gambar kitorang kat Mendota Lake ;p

Ahhh sudah.Orang pergi UK pun cakap macam tu.Orang pergi US pun nak cakap macam tu.Lepas ni,orang nak pergi India,Kazakhstan,Columbia,Africa pun nak cakap macam tu jugak.

Hari ini,saya akan mendedahkan satu rahsia.Eh bukan rahsia kalau didedahkan.Hari ini saya akan memberitahu anda semua cita-cita sebenar saya.Cita-cita sebenar saya adalah nak jadi pilot supaya saya dapat tunaikan kata-kata one there i'll be there with you,you just wait!

Dah diam.Jangan gelak.Saya tahu,lesen kereta pun saya takde.Sekali lagi diingatkan!Berangan itu percuma!

For S,A and B


Sticknote;
That one fine day will come when you would just know he's the one.

2 comments:

Farah Adilah said...

waaaaa*mata bersinar2. teruja2!. saya teruja. bestnye! nak pinjam buku tu. post kat sini bole?

daly said...

post?post gune belon helium boleh?heheh.nanti kalau jumpe saya kasi ye..:)