20110611

Saya dah ada Macbook.

Post ini akan menjadi post merepek meraban yang takde apa-apa relevan langsung dengan title di atas.Hanya menceritakan pengalaman saya sebagai pengurus di sebuah kafe terkenal di alam maya.


Saya tengah pening kepala sekarang ni.Tadi saya baru masak menu baru untuk penuhkan table buffet.Tapi apa yang terjadi sekarang ini ialah,French Onion Soup yang saya masak tadi petang dah siap dah.Sekarang ni takde tempat nak letak.Almaklumlah bajet kafe ni tak cukup untuk beli lagi satu table untuk hidangkan makanan.Menu makanan maksimum 3.Aduh pening kepala.Masak dahlah 4 5 jam.Berpeluh hidung den ni hah.Jadi saya berharap sangat lebih ramai orang datang untuk menghabiskan Gem Cake yang besar gedabak yang kiut giler tu dengan cepat supaya saya boleh letak French Onion Soup yang memang delicious sehingga menjilat jari.

6 servings more.Faster faster!Cepat cepat.Takkan makanan aku nak rosak lagi.Leceh!Mati aku kena marah dengan bos!Aduh..masak masak!

Oh ya sebelum terlupa,anak buah saya yang paling setia dan sangat rajin yang saya akan bagi full marks dan compliment tinggi melangit,Aina.Dia yang angkat pinggan,basuh pinggan,jemput orang masuk,amik order.Semua dia buat.Saya ingat nak hire anak buah lagi tapi tengoklah dulu,depends pada bos.Kafe ni tak cukup bajet lagi ni.Nak beli table pun tak cukup.Stove tu pun nasib baiklah sikit.Kalau banyak mahu pening jugak kepala nak masak banyak-banyak.tapi bos kata nak kasi Macbook kat setiap pekerja dia bila kafe dah ada cawangan kat overseas.Optimistic sungguh kan bos saya ni.Table pun tak mampu nak beli lagi.Haha.

Hoooyeahh!Alhamdulillah,saya sudah ingat bila saya jadi Miss Optimist.
Bukti;gambar di atas.Like seriously,kalau korang,tak malu ke nak buat tag nama macam ni?Malu kan.Tapi saya tak malu sebab yang pergi tempahkan kawan saya.Tapi adalah dia cakap tauke kedai tu cakap siapalah dalyana ni.Tak kisah lah.

Kronologi tag di atas;
Semasa saya berada di tingkatan 2 ke 3,saya ada satu group yang memang utuh ukhwahnya.Kitorang siap buat baju sama.Baju tu siap saya jahit labuci lagi tau.Then diorang decide nak buat tag nama colour pink seperti di atas.Macam-macam nama la yang sendiri suka dan saya terlalu optimis decide nak buat seperti di atas!Tarrraaaa!!!

Cita-cita memang tinggi melangit.Sampai pernah jadikan headline kat myspace "I must get the title Dr in front of my name."Zaman myspace dulu,zaman tak matang kot.Zaman cuci mata,zaman pergi ISS,zaman berangan macam nak pergi angkasa macam Dr SMS senang sangat,macam senang sangat nak jadi doktor padahal masa tu belum dapat keputusan PMR dan tak tahu pun nak amik stream ape.But then lepas habis PMR kita orang semua cikgu suruh tulis dalam kertas kecil nak amik stream apa.Ada 3 pilihan;science,akaun,perdagangan.Dan saya si Miss Optimist telah memilih pilihan pertama walaupun masa tu saya duduk kelas last sekali.See?Miss Optimist tak saya?Dan bila dapat keputusan PMR saya melompat dan jerit "Saya boleh jadi angkasawan!".Bro..Eh sis...I was only 15 at that time.Tak tahu pulak add maths biology physics chemistry semua boleh buat otak yang sangat rajin macam saya ni putus fius.HAHA.See,Hlovate really influence me.

Eh korang,rindu pulak kat korang.Sekarang ni nak jumpa geng tag pink ni pun dah susah dah.Masing-masing sibuk dengan hidup sebagai seorang student demi menjadi rakyat yang menjana ekonomi negara dan berbakti kepada agama dan bangsa.Cehhwahh!

Walaupun saya tak dapat amik medic,tapi saya still boleh dapat title tag tu dalam bidang yang saya terrorrrrist..eh terrorrrrr!

Wah tetiba entry ni dah tak merepek meraban saya rasa.Cehh perasan!

p/s;Hari ni hari jadi Roommate saya,Paah!Happy birthday Paah!May all your dreams come true.May Allah S.W.T. bless you.Rindu wey nak borak sampai 3 pagi pastu masuk bilik depan.HAHA.


Ini je yang saya mampu bagi.Maklumlah,gaji sebagai pengurus kafe alam maya,takdelah banyak mana.Eh memang takde!

2 comments:

Farah Adilah said...

lawak gile!!! hahaha funny. dh gelak2 sorg2 dpn lappy ni ha. yg psl kafe tu lg x menahan.
nak jadi prof? Insyaallah. bole je. nothing impossible if we believe. :)

daly said...

:) insya-Allah,Prof.Dr.Farah Adilah.