20110930

Dengan hikmah kita meneroka

Assalamualaikum.

Maka perlulah disini saya berkongsi serba sedikit hidup sebagai mahasiswa Universiti Ter-Hebat Malaysia.Kan?

Minggu Haluan Siswa(MHS)-->Minggu yang sangat penat.Ye ke?MHS is actually orientation week.So 5 hari je pun.Sama macam kat matriks.Tapi tak tahu kenapa,matriks punya orientasi macam lagi best je.Mungkin sebab matriks panggil budak-budak alumni untuk bagi ceramah/talk/nasihat tapi kat U mungkin sebab dah besar,alumni takde pun bagi taklimat or talk or nasihat tu semua.Yang datang JAKIM(tapi masa ni macam tak sedar je apa yang dia bagi taklimat),PDRM(agaknya ada kot huahuahua) dan banyak lagi taklimat yang kebanyakan nya saya rasa mengantuk dan mengantuk dan mengantuk dan rasa nak tidur.Mungkin effect 6 bulan asyik banyak tidur makan tidur makan kat rumah dulu kot.MHS habis pada hari Ahad dan lecture kelas semua start pada hari ISNIN TU OK!Bayangkan tidur pukul 1 lebih kalau tak silap ,sebab MHS tu habis lambat hoiii.First day of course lah sesat sana sini haishhhhhh nasib baik sesat beramai-ramai.

Oh ya.Salam perkenalan untuk sahabat-sahabat baru di U.Mungkin apabila terjumpa Lysa Suryhoney dan Rapeah Buang serta Opocotmon rasa macam perkenalan yang dah basi,tapi serius,jarang jumpa Rapeah Buang dan Opocotmon,sebab lain fakulti dan lain kolej kediaman.Bila terjumpa diorang je,automatik teringat matriks b1 aras 4 wing B.Macam Lysa Suryhoney pulak,rasa macam setiap hari jumpa.Kami sekelas,se-level bilik tapi jauh,se-group untuk assignment dan se-group untuk sesat masa cari kelas first day.HOHO.Ok,tak bosan pun tengok muka Lysa Suryhoney hari-hari.Kata artis.Awww...!

Roommates saya semua bukan dari Selatan jadi memang agak payah untuk balik naik bas macam kat matriks bersama Helija Helmi dulu.Tapi kami semua dalam satu bidang yang sama hanya sorang je lain specialization nya tapi untuk first year ni semua sama je subjek.
Roommates=Arina,Diyana,Haslina. Hah semua na na belakangnya,jadi masing-masing ada nama panggilan glamour awww.

Bilik masih di tingkat teratas.Tepuk-tepuk tangan.Kali ni memang tidak kira lambat atau cepat daftar,memang ditempatkan di atas.Sign kat tangga tulis aras 3 tapi sebenarnya aras 4.Sama je macam kat matriks tapi kat U ni lagi mengah lah naik tangga.Mungkin sebab dah relax lama sangat kat rumah.HOHO.Lemak dah berkilo agaknya.Tu yang haishhhh..semput!

Ish asyik merungut penat je..tapi tu belum cerita pasal bas lagi.Eh eh banyaknya merungut.Sudah-sudah ramai lagi yang tak dapat masuk U.Bersyukurlah..Oh kalau nak cerita pasal bas,memang kelakar.Bas ni ada macam-macam jenis.Sebab U saya ada kolej kediaman luar kawasan U,jadi ada bas yang akan keluar dari kawasan U.Jadi dari takde kelas,naik bas terus terkeluar U,kan membazir masa tu.Kalau bas tu pack dah macam sardin..eh tak tak macam iklan Milo padat tu,lepas tu kena diri,oh my,memang hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan ini mencari tempat pemegang supaya tidak terjatuh atau apabila bas driver itu berhenti dengan tak bestnya dan bas itu juga dalam kondisi terhuyung-hayang,memang tak stabil badan.Kadang-kadang rasa,bukan kadang-kadang,selalu rasa naik bas tu macam lagi lambat.Oh Parit Raja sekarang dah ada McD dan kalau nak pergi McD tu boleh je naik bas U sebab bas tu berhenti area situ,jadi jimat tambang kan.Tapi makan McD baru sekali.Bankrup lah makan setiap hari.Lagi pun kan fast food is not good for health.Eh cukuplah.Kite bukan budak sains hayat lagi.Ish ish..

Mungkin patut cerita pasal kelas dan lecture pulak.Lecture kat sini jarang guna DK.Ermmm kebanyakannya guna bilik kuliah sahaja.Ada kelas sampai 3 jam dan kelas 3 jam tu Maths!HOIIIIIII MEMANG PENGSAN tapi nasib baik Sir tu baik.From Indonesia with love.HAHA.Tapi memanglah belajar yang susah punya Maths yang kat matriks tu.Memang cuak habis ni sampai sekarang tutor satu tak siap-siap *peace*.Ada experiment untuk computer programming kelas sampai 3 jam jugak.Kadang-kadang macam rindu pulak nak buat experiment chemical,i mean,menggunakan tangan,masuk itu ini,timbang itu ini,potong itu ini,bidang ni semuanya takde main air-air.Sinki pun takde dalam lab tu.Eh sedih pulak.Bukan sedih sebab apa,cuma sedih BILA DENGAR AFINA KASSIM PUNYA REPORT SENANG GILA NAK BUAT DISCUSSION DIA SEMUA DENGAN SIAP PRINT GAMBAR AJEEEEEE!Siapa je yang tak jealous kalau macam tuuuuuuu.

Sudah sudah kalau nak cerita pasal jealous dengan Afina Kassim..memang panjang berjeler siap dengan 15 minit je U dia tu dari rumah,dengan ada pesta buku,pesta air,pesta makanan dan macam-macam pesta lagi.Untunglah bangiiii.Kite kat parit je lagi sadis RP tak masuk sini.Aiseyyy...Eh Afina Kassim dah ada blog open access(eh macam kat library pulak).Tapi dia guna wordpress uuuuu.Kelas kau jah.HAHA

Seterusnya apa lagi.Oh ya di universiti saya juga ada kos pilot.Tapi tak payahlah berangan nak ambil double degree ke apa(ditujukan khas kepada diri sendiri).Belum apa-apa dah penat asyik merungut je.Ish ish.Saya tidak akan bercerita lanjut mengenai pilot kerana takut akan melalut ke topik lain.

Oh library sangat besar.Sangat baru.Banyak komputer baru.Semua hp.Woooowwww teruja i.Dan apabila sangat canggih,sangat susah pulak nak pinjam buku.Macam-macam procedure kena follow.Haishh..Dan jauh jugak dari bilik semua.Hah senang cerita semua jauhlah dan saya memerlukan sebuah basikal bermotor.Bukan motorsikal.Tetapi basikal bermotor yang mempunyai bumbung dan selamat digunakan.Tiada risiko dilanggar.Ada superpower untuk beralih ke arah lain sekiranya kenderaan merbahaya datang menghampiri.Sila hubungi saya sekiranya anda ada menjual produk sebegini.Saya sangat memerlukannya.

Dan saya masuk SISPA.Bukan saya nak,tapi terpaksa dan saya sedih pasal hal tu.Ingatkan dah habis unit beruniform bila dah habis sekolah.Ok.End of sispa story here.

Makanan..erm...



Ya satu gambar sahaja buat setakat ini.Ini pun bukan gambar saya.Curi roommate punya.Best tak tingkap?Ya bilik sangat best sebab besar dan terasing-asing untuk privacy la kot dan untuk kurangkan bersosial bersama teman sebilik.Oh dia suruh kita study la...Bagus tu.Tapi kolej kediaman ni campur.Lagi 2 blok adalah blok lelaki.Susahlah jugak kan.Macam nak sidai kain tu semua.Bilik depan lagi parah.Lepas mandi masuk bilik kena tunduk.Oh bilik air satu.Semua satu.Memang dia tak kasik bersosial lah.Jadi tak boleh mandi-mandi sambil nyanyi macam dulu,tak boleh basuh baju ramai-ramai lagi.Sedih tak?Sedihlah sikit.Jangan risau.Saya jarang bukak langsir.Tingkap apa lagi.Jadi jaranglah stalk budak-budak lelaki.


Lagu ni dengan lagu 1Malaysia tu dah asyik berputar berulang kali dalam kepala dah.Kalah Pitbull dengan Taylor Swift semua.Implikasi MHS.Dengar sampai habis.

OK.Mungkin sampai di sini sahaja dulu cerita saya sebagai mahasiswa.

Adatlah kalau asyik nak bandingkan dengan matriks kan.Budak baru.


Sticknote;
Rindu nak pergi kuliah 10 minit sebelum pukul 8 sama-sama.Rindu nak pergi koop masa gap kuliah.Rindu nak main-main masa kuliah.Rindu nak tersengguk-sengguk bersama waktu kuliah.Rindu nak beli makanan sama-sama.Rindu nak makan kat kafe sama-sama.Rindu nak pergi surau malam jumaat sama-sama.Rindu nak buat quiz maths awal sama-sama.Rindu nak pergi family store.Rindu nak makan mika ke bika patamon.Rindu nak makan maggie sama-sama.Rindu nak mengarut sama-sama.Rindu nak gunting rambut,make-up sama-sama.Rindu nak berangan sama-sama.Rindu nak dengar bunyi handphone Adz.Rindu nak dengar tone Canon waktu pagi.Rindu nak mintak Nips kat Farhah.Rindu nak tiru report discussion.Rindu nak tampal-tampal sticknotes.Rindu nak bagi ikan keli makan.Rindu macam-macam lagi.



p/s:I love you.

3 comments:

Syafiq Sarkawi said...

hahaha. seriuslah dal. lepas kau dah berjaya jadi engineer yang berjaya. tulis buku tau. aku beli.

daly said...

sebelum aku berjaya jadi engineer berjaya pun aku nak tulis bukulah.jadi bolehlah kau beli cepat sikit.haha

cik paahpooh said...

saya pun rindu nak mkn megi sama2..rindu nak buat tutorial selendang sama2..rindu nak pegitoilet sama2..rindu nak balik naek bas sama2..rindu nak borak sampai 3pagi..rindu nak..nak..basuh baju guna mesin sama2..lagi mcm2 rindu..