20111027

Asap Pemandu bas Rezeki

Post ini khas untuk pemandu bas.Cehh takdelah.Pemandu bas pun takde masa nak baca blog den ni hah.Perlu diberitahu di sini bahawa saya sihat sejahtera berada di Barcelona ini.Ecehhh.Ramai sahabat dan tenaga pengajar yang sangat prihatin serta sangat bersemangat.Eh tapi bukan kita nak cerita pasal pemandu bas ke?Eh takpelah.Alang-kepalang menyeluk pekasam.Eh?

Pada minggu lepas,hujan turun renyai-renyai.Saya tidak pulang ke kampung halaman.Bukan kerana hujan turun renyai-renyai tetapi kerana kunci bilik hilang yang akhirnya ditemui di dalam poket kecil seluar sendiri hoiiikecewaitakdapatbaliktau...!Setelah tidak pulang,saya bersama teman-teman seperjuangan pergi ke BPMall untuk membawa hati yang lara.Cehh takdelah.Hati yang lara sorang je.Eh BP ada mall ok.Apa ingat BP takde mall ke dan jalan raya di sini juga sangat busy ok..Apa ingat ibu negara sahaja busy?

Naik bas lompat-lompat.Bas lompat-lompat hanya boleh didapati di BP sahaja.Cehh takdelah.Bas lompat-lompat adalah bas yang berwarna hijau macam katak sebab tu dipanggil bas lompat-lompat.Cehhh..Bas lompat-lompat sebenarnya bas yang berhenti-henti apabila orang tekan loceng untuk turun.Ok.I dah pakar dah naik bas ni ok.

Bas ada berhenti sebab ada pekerja asing yang nak naik bas.Bila penumpang tu masuk,dia nak masukkan duit,tapi driver bas tu membebel-bebel kitorang pun tak faham.Macam kesiannya tengok pekerja asing tu.Dahlah jauh dia datang cari rezeki,driver bas tu pulak nak marah-marah dia.Lepas tu,pekerja asing tu pun masuk ke dalam perut bas mencari tempat kosong.Driver bas tu kemudian cakap kat kitorang yang dia tak percaya pekerja-pekerja asing ni semua sebab diorang pernah tipu.Konon masukkan duit,tapi sebenarnya tak masukkan pun duit dalam besi masuk duit tu.Jadi,perasaan kesian bertukar menjadi...Dahlah.Tu je nak cakap.Jadi pemandu-pemandu bas di dunia,berhati-hatilah.

Oh pasal pemandu bas di kampus pula.Pakcik-pakcik bas di kampus ini sangat baik kerana sanggup melayan kerenah kami ni semua yang nak berhenti sana sini,nak naik bas pun berebut,nak naik bas pun lambat jalan terkedek-kedek.Tapi ada satu musim tu,tak berapa nak lama dahulu,cehh macam dah duduk sini bertahun,ok,beberapa minggu lepas,ada satu pakcik yang telah menjadi artis paling meletops di Malaysia,eh salah.Pakcik tu tiba-tiba famous sebab ramai budak tak puas hati,bas belum penuh,pakcik tu dah jalan.Dan memang saya sangat bernasib baik dapat naik bas tu banyak kali.Huahuahuahua.Tapi sekejap je pakcik tu macam tu.Selepas beberapa minggu,semua kembali normal.Tak boleh nak judge pakcik tu jahat,tak bertimbang rasa etc.Mungkin masa tu,pakcik tu ada problem,duit gaji tak masuk lagi ke,bil dah sampai.Think positive.(HOHO.Padahal aku pun bad mood je naik bas dia.)

Berkenaan dengan asap pula ya,mungkin masa saya belajar Geografi dahulu saya terlupa atau terlepas pandang bahawa BP ini adalah salah satu daerah industri atau mungkin memang tidak dinyatakan dalam mata pelajaran Geografi kita?Kat sini ada banyak kilang.Ada kilang basikal.Hoi Fixie cool gila satu RM300 belikan lah hoi!Sebelah bilik,eh bukan sebelah bilik,dekat-dekat dengan kampus,bukan dekat-dekat lagi,tapi nak cerita dekatnya kilang tu dengan kampus adalah seperti pekerja-pekerja kilang tu nak pergi kerja diorang berbasikal masuk kampus kami.Dapat bayangkan tak?

Ok,kilang tu bukan kilang basikal walaupun pekerja dia berbasikal ke tempat kerja.Kilang tu adalah kilang kelapa sawit kalau tak silap.Apabila pagi muncul,bolehlah buka tingkap.Apabila tiba tengah hari,akan ada bau macam buah berangan.Tahu buah berangan?Alaa..chestnut bahasa omputih dia.First first macam..eiishh sedapnya bau ni.Tapi lama-lama,pening kepala.Mungkin sebab tak dapat makan buah berangan.24 hours asap keluar dari kilang ni.Ini serius.Ada bukti.
Nampak tak?Still boleh nampak asap keluar kan?

Ni pulak kalau nak feeling belajar kat overseas.Kan ramai dah orang upload gambar diorang kat overseas,I pun nak jugak feeling feeling gitu.HAHA.Ini kabus di waktu pagi.Memang excited lebih bila nampak suasana begini ya.Selalu fikir kelas akan cancel walaupun perkara itu takkan pernah terjadi.

Kat sini juga orang mencari rezeki dengan pelbagai cara.Skemalah ayat dik.Kalau dulu sibuk dengan makcik karipap tepi tingkap,tapi kali ni sibuk dengan akak nasi lemak.

Nasi lemak..nasi lemak..nasi yang berlemak..

Bukan tu je.Ada lagi..

Laksa Penang..Laksa Penang...Burger..Burger...Kebab...Kebab..Panas..Panas..


Begitulah kisah sedih sahabat kita untuk minggu ini.Siapa sangka,di tengah-tengah kota yang maju ini,di saat kita semua makan dan tidur dengan lena,ada orang yang masih mencari makan dan tidak dapat tidur lena selagi belum siap nasi lemak.Eh?

Tengok,diorang yang pusing satu blok perempuan ni,eh 2 blok,sangat rajin membantu makcik-makcik di luar sana yang nak cari duit.Diorang akan naik sampai ke tingkat 4 pun walaupun itu adalah kali keempat dia naik tingkat empat tu dan sekarang kira berapa banyak empat dah.

Mungkin juga rezeki saya apabila dapat berjumpa dengan DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR!!!Padahal kelas start pukul 11 pagi,sanggup naik bas pukul 10.30 pergi library semata-mata nak tengok dia dan memang on time betul sebab dapat tengok dia sebelum dia nak balik sebab sesi talk dia dah habis.Akhirnya,hasrat yang terpendam dari tingkatan 3 tercapai ;)



Rezeki saya jugak apabila TMJ menyampaikan hasrat untuk bertemu saya.HAHA.Ada satu tips nak bagi kat anda semua.Apabila ada majlis rasmi,atau apa-apa majlis yang akan ada orang ternama,orang terkenal yang melibatkan ramai orang,bila anda diminta untuk duduk di satu bahagian,JANGAN DUDUK BARIS DEPAN SEKALI.Kenapa?Sebab selalunya baris depan diorang reserved untuk orang-orang penting yang lambat datang.HUH!Serius.Dari duduk depan nanti kena duduk belakang sekali.Itu terjadi kepada saya dan sahabat seperjuangan duduk di baris hadapan pada mulanya ya.Kalau tak,dah sangkut dah.HAHA.
Rezeki saya juga apabila budak bilik depan muka macam Fida yang menang Pantene tu,budak KMM jugak :D Bilik depan ada 2 orang budak KMM.Sorang tu pulak kawan dengan AAUS,my matrix roommate.See,kecilnya dunia.Hehe.Dan mereka berdua tersangatlah comel.Rasa macam nak cubit-cubit.Duduk dalam kelas main rebut-rebut pen warna.Betul-betul comel kan.Masuk bilik diorang asyik gelak je.Eh muka macam Fida pun ada lotion macam bau cookies tu,macam AAUS punya.Hehe.

Rezeki saya juga apabila saya dapat memiliki Fixie pada sem pertama.

Dah tak payah nak percaya sangat.Ni Fixie orang lain.Amik gambar pun tak mintak izin ni.Maaf tuan Fixie.

Rezeki ada kat mana-mana je.Kalau rezeki ada kat mana-mana,orang cakap takdelah orang susah kat dalam dunia ni.Yang diorang dapat macam makanan kat tepi tong sampah,kotak-kotak terbuang,tin-tin,botol-botol,itu semua bagi diorang rezeki yang tak ternilai harganya.Tengok movie In Time tak?Dalam movie tu,orang kaya live forever and ever.Orang miskin setiap hari,tidur pun tak lena,fikir macamana nak cari masa lagi kerana diorang hidup dalam masa.Faham tak?Makan,minum,beli barang,even tol pun guna deposit 2 hari.Maksudnya,tolak jangka hayat hidup 2 hari.Okay dah.Nak explain pun tak tahu macamana.

Rezeki kos ini.Ni dah masuk post ke berapa asyik cerita pasal kos je.Takpelah.Kos ni,siapa sangka dapat kos ni.Bila dah dapat,asyik merungut susah,tak boleh bawak,laju sangat,penat dan macam-macam lagi.Nak tunggu bas pun merungut.Tapi cuba fikir orang yang tak dapat sambung degree,even ada yang tak dapat sambung diploma lagi.Cuba fikir pulak orang yang tak dapat naik bas kena lalu jalan biawak tu untuk pergi ke kelas.Eh?Itu anak Pakcik Musa.Jangan marah Aina :D

Sticknote;
Don't let the fear striking out keep you from playing the game.

p/s;
I still miss my bilik-depan-b148.

2 comments:

Farah Adilah said...

Dal bangga ada kawan mcam awak. Boleh buat saya ketawa walaupun tengah depress. Boleh buat saya rasa terharu walaupun post ni tak de kaitan dengan saya. eh, ada la, Batu Pahat. haha. okey. tu je. nak baca post lagi satu pula

daly said...

BP miss u.I miss u more.