20111223

Sahabat give and take

Secara rasminya,hari ini,tamatlah semester 1 tahun 1 saya di Universiti Ter-Hebat Malaysia.Tapi sebenarnya belum rasmi lagi kerana garisan penamat sebenar semester 1 tahun 1 ini adalah dalam pertengahan bulan Januari nanti.

Kira-kira,banyak jugak sahabat yang saya ada sekarang ini.Cewahhhh perasan dong!
HAHAHA

Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima.

What is sahabat give and take?And why am i writing this post?

I realized,i've been a friend who always take and rarely give.Am I?Eh,me myself,not sure about that.So let's continue.

Sahabat give and take is sahabat yang memberi dan menerima.Sama ada secara paksa atau rela.

Sahabat give (secara rela)
Sahabat yang memberi sahabatnya tanpa mengharapkan balasan.Contohnya,dia ajar sahabatnya,tapi tidak pernah mengharapkan sahabatnya itu mengajarnya kembali.Dia tidak meninggalkan sahabat dia begitu sahaja walaupun dia tahu,sahabat dia tak dapat nak bagi dia apa-apa pun.Tiada faedah langsung melainkan sebagai teman berborak dan tengok bola.

Sahabat take (secara rela lah of course)
Sahabat yang tahu menerima sahaja.Dia tak pandai nak beri balasan macam mana ataupun sebenarnya dia tidak mampu memberi balasan sama ada dari segi ilmu,bantuan fizikal dan lain-lain.

Sahabat give and take (secara paksa)
Sahabat yang memberi sahabatnya dan mengharapkan balasan.Contohnya,sekiranya dia telah menyidai baju sahabat dia,dia harap satu hari nanti sahabat dia pula akan menyidai baju dia.Kalau sahabat dia tak buat,dia tahu sahabat dia tak boleh pakai dan dia rasa better dia cari sahabat yang lebih berguna.

So,which one am i?To be frank,I don't know which one is the best.

Kita kadang-kadang tak sedar yang kita sudah terlalu banyak menerima daripada sahabat kita.Adakah sahabat kita tidak kisah atau sebenarnya dia sudah menyampah dengan kita?Sahabat kita dah ajar macam-macam pada kita,tapi kita tak pernah pun ajar dia sebab kita tak mampu.Sahabat dah buat macam-macam untuk kita tapi kita tak pernah buat apa-apa untuk dia.

Ramai sahabat saya yang sudah memberi kepada saya.Tidak sedar sama ada saya sudah memberi semula atau belum.Atau saya langsung tidak pernah membuat balasan?

Adakah anda seorang sahabat give and take?Adakah anda mengamalkan rasuah?Eh tiba-tiba pulak.Adakah anda menginginkan give and take dalam persahabatan?

Sahabat,

Sekiranya selama ini saya memberi kepada kalian,maka fahamilah,mengertilah,dan ketahuilah bahawa saya tidak mengharapkan balasan daripada kalian walaupun kadang-kala saya berkata ,

"Lepas ni,kau ambilkan gambar aku pulak."

Hanya gurauan untuk menambah rasa dalam persahabatan kita.Saya tahu bahawa jarang saya memberi.Bukan tidak sudi,tapi tidak tahu,mungkin.

Percayalah,


HOHO.Nampak tak takde isi dalam post ini?Post ini akan di-edit di masa terluang.

Good luck for your final.I missed you,sahabat-sahabat.

:)



1 comment:

Farah Adilah said...

Dal you've move on. Good :)