Hai.
Eh tak sopan kalau begitu.
Assalamualaikum and a very good...morning?Acceptable?It is 12.40 am now.So it's acceptable i think.
Esok jumaat.Mak ajak pergi kelate.Tapi sebab komitmen kepada pendidikan,terpaksa ditolak tawaran yang datang sekali-sekala itu.Jadi tinggallah seorang di rumah esok,lusa..eh sedih pulak bunyinya.Siapa suruh balik?
Hello...Bukan saja suka-suka untuk balik.Bukan saja suka-suka tinggalkan universiti gemilang akan dijulang tu.Bukan.Bukan.
Nak cerita pun panjang.Tapi kalau tak cerita pun sayang.
Seperti semua maklum,mahasiswa universiti tempatan di Malaysia kini semua sudah mulakan sesi pembelajaran untuk semester seterusnya setelah beristirehat selama lebih kurang 1 bulan 1 minggu kecuali mahasiswa UitmDiHatiku. (Tengok,caring tak tulis macam tu nama universiti korang.Sweet kan.)
Secara keseluruhannya,semester 2 tidak bermula dengan seindah suria,hari-harimu.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga,akhirnya tergolek jugak.
Dengan berita baldi hilang..haish..memang seperti sebuah kisah cinta terlarang.
What's the big deal?Baldi je kot.Chill la.
Eh memang baldi je lah.But actually it's not baldi only.Baldi tu 3.Siap gayung.Ampai kecik.Bakul baju.Sabun basuh belum guna.Softlan satu tong besar.Shampoo baru beli belum guna.Sabun badan baru je guna.Berus basuh kain baru beli masa masuk U.
Setelah menyumpah-nyumpah dalam hati dan berjalan laju-laju ke pejabat kolej,tup tup nangka busuk jatuh.Takdelah.Tersadung je pun.Tapi sakitnya macam makan nangka busuk.Terus terbatal niat nak tanya "Mana baldi-baldi saya awak campakkan?!".Niat tak baik Allah dah balas awal-awal lagi.Tsk tsk tsk.
Jadi pergilah mengambil kunci dan mengangkat barang dengan jari kaki yang agak sengal-sengal ubi.Sengal-sengal ubi tu macam bentuk kaki tu dah macam ubi.Imagination please.Awan-awan atas kepala.
Pada waktu malam,baru mula nak bergossip,kesengalan kaki itu bertambah.Mengalir air mata bukan kerana drama.Meleleh hingus bukan kerana pengotor.Semuanya kerana sakit di kaki.Sakit di kaki,boleh nampak.Sakit baldi hilang,siapa yang rasa?
Bila berjauhan dengan keluarga mesti ada kawan-kawan yang mengelilingi kita.Sama seperti dahulu disengat tebuan,kini tersadung kaki mereka prihatin memberi simpati yang melimpah.Touching ni :')
Dugaan tidak terhenti di situ,kerana hari seterusnya jalan kaki tempang.Walaupun satu jari je yang cedera,hari-hariku suram dihantui kaki yang berdenyut-denyut.Dapat sesuatu tak?Betapa indahnya ciptaan Allah.Setiap satu itu ada fungsinya.Walaupun kehilangan upaya satu sahaja,yang lain semua effect.Hebat kan?
Tiba pada hari rabu,pergi untuk subjek Koko.Dan sesuatu yang pernah dicintai,terus rasa menyampah.Permainan tu tak sangka pulak ada presentation siap kena buat laporan semua.Stress stress stress.Lagi stress bila dapat tahu susah nak dapat A.Stress stress stress.Lepas tu teringat pada cinta lama yang pernah dibenci dahulu.SISPA.Ada niat untuk masuk semula SISPA dengan menyertai SISPA 2 tapi bila pergi pejabat koko,dah tak boleh tukar pulak.Aduh.Cinta terlarang.Patah seribu.Kalau boleh nak masuk kemahiran Al-Quran.Tak pun Umrah dan Haji yang tentu-tentu boleh dapat A.Siap ada buat lawatan lagi.Ish.
Tapi...
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
Petikan kata-kata Ika sahabatku yang comel;
"Mana tahu Dal.Nanti kau jadi pemain terbaik negara."
MEMANG TAKLAH KAN!
Sebelum start cuti itu,dah ada petanda dengan rosaknya my baby lappy..Habis semua gambar awesome diri sendiri dan orang lain hilang.Camner?Sedih betul.
Tapi tak semuanya sedih.Berita gembiranya ialah...
SETIAP HARI JUMAAT TIADA KELAS LANGSUNG!
Berita gembira tu macam berita kena pinang dengan anak raja.HAHA.Memang asyikkkkk boleh balik rumah selalu.Baju tak payah basuh pun boleh.Hehe.Dan budak-budak pilot semua dah dapat uniform diorang.Oh pengsan lagi kali ni.Selalu ada awan-awan atas kepala,diri sendiri yang pakai uniform dengan topi pilot tu.
Tapi rintangan pertama untuk pulang pada minggu pertama sem 2,tiba juga akhirnya.Dr dah lepaskan awal.3 lebih dah habis kelas dah.Oh ya,lupa nak cakap.Subjek-subjek kali ni macam pengsan 3 kali je dari dulu.Takpe yang penting usaha kan.Semua senang je sebenarnya.
Okey kembali kepada rintangan.Tunggu punya tunggu bas,sampai bas ke kedua nak masuk,badan je muat,beg kat belakang badang penuh dengan baju tak muat,pintu bas tak boleh tutup.Terpaksa mengalah dengan bas.Terpaksa turun.Last-last jalan kaki.Nasib baik kaki dah okey sikit.Punyalah kuat semangat untuk pulang ke rumah tu macam nak menang explorace tv3.
Sampai di rumah,disambut dengan homecoming party yang meriah!Tipu.Disambut dengan masakan mak yang sedaplah.Katil yang empuk.Bilik air yang tidak hilang baldinya.
There is no place like home.
Fullstop.

2 comments:
it's good to see you writing again. feeling jap masa baca. dah elok belum kaki? baldi dah beli baru?
Yeah.I feel good too got to write again.Kaki..alhamdulillah,oklah sikit.baldi baru beli satu.Tapi yang baru mesti tak sama dengan yang lama kan.
Post a Comment