20100405

Semalam adalah Sejarah

Tiba-tiba macam geli pulak baca post sendiri yg sebelum ni.
"i nak tengok Cahaya!"
EEiiiii...takpe.Cute jugak.Heheh=D
WOW!Sesuatu yang tak disangka-sangka berlaku!Malam ahad dah terlambat tidur so dah sms si Atiqah Cuppaz ni suruh dia kejutkan.

Tiba-tiba,pagi-pagi semalam mak ketuk pintu cakap kawan-kawan dah ada kat depan.So,i was like OH MY GUCCI APA KE BUANG TEBIAT diorang ni tak cakap pun nak datang amik kat rumah.Kalau tahu i pakai baju tidur cantik-cantik sikit.HEHE.Hari tu just main-main je cakap suruh diorang datang amik kat rumah.Tak sangka,diorang betul-betul sudi nak jadi driver i.I LAP U LAH!Jadi,dengan muka baru bangun tidur(tapi tetap vogue uuu!),cek pun pergilah bukak pintu rumah dan terlihatlah wajah-wajah teruja mereka di depan pintu.Dah dengar dah suara diorang menjerit-jerit memanggil namaku.Pehhh..!!(Pleas
e nyanyi lagu Bengang Akim tu)

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA NURUL ATIQAH AZMAN,SOFIAH NASIR PADZIL(eh nama bapak kita seakan-akan sama kan.hehe) DAN NADIRA AYOB ATAS KEJAYAAN ANDA SEMUA MENJADI ANTARA KAWAN-KAWAN YANG PALING PERTAMA MENJEJAKKAN KAKI KE DALAM MAHLIGAI SYURGAKU.chopp chopp!Siapa yang masuk kaki dulu dialah yang pertama.HAHAHA.SIJIL PENGHARGAAN AKAN DI-E-MELKAN KEPADA ALAMAT E-MEL MASING-MASING.SILA E-MELKAN NO KAD PENGENALAN BARU ANDA SERTA SIJIL KURSUS KAHWIN KE ALAMAT E-MEL SAYA.tettttttttttttttt...!

Apalagi,setelah mereka semua ku letakkan di luar rumah,cepat-cepat masuk bilik air untuk bersiram.Tapi akhirnya mak jemput diorang masuk sebab kesian tunggu lama sangat kat luar dan kesian tengok muka-muka diorang yang tak mandi tu.Opps!

Jadi,setelah segala urusan membalas pantun selasai,kami pun memulakan perjalanan kami.JENGJENGJENGJENG!Terbangga seketika apabila yang memandu adalah seorang sahabatku yang dulu kat kelas suka tertidur atau memang tidur dan kadang kala sangat blurr.Tapi takpe.Ada seorang pegawai JPJ dalam kereta kami.Oh siapakah?

Sepanjang perjalanan ke Leisure Mall,

"Atiqah brekk!!""Atiqah terus lah!!"

"Aku tahulah.Aku ikut jalan rumah aku!!"

"Atiqah lane kiri jangan.Stay stay lane ni!!"

"Ish.Bengong betul orang ni!!"Pinnnnnnnnnn!!
Oklah.Saya duduk diam-diam je kat belakang.Pakai seatbelt.Maklumlah JPJ pun tak daftar lagi.Sedar diri lah sikit.Tapi,adalah rasa macam nak terberanak duduk kat seat belakang tu.Pehhh kecoh sekali dong!Cehh..macam pernah beranak je.Hehehe.

Sampai je makan McD dulu.Tak makan pun.Makan sikit je.Si driver ni hah nak sangat makan.Lapar katanya.


Pergi membeli-belah di Giant.
First2 macam heran jugak,apa mimpi diorang ni nak buat kek?Nak buat sama-sama pulak tu.Macam tak caya je.Biar betul.Dah macam dalam filem pulak.Ececehh..

Selepas decide punya decide,pergi berkarok!!!Yahhhhoooo weee!!!Asal terlebih excited ni?

Ok.Inilah first time saya berkaraoke dengan kawan-kawan.Selalunya karaoke tak pakai microphone.=.=

Oklah.Kena admit jugak walaupun kadang-kadang taknak.HEHE.Si Sofiah ni suara dia memang ada.Merdulah jugak.Insya-Allah.AF9 ye.Kesian,nak join AF8 tak cukup umur pulak ye.Sekali tahun depan takde AF.
Yang lain???Takyah cerita la.Faham-faham jelah.Ada yang macam meneran pun ada.Cehhh..takdelah.Sedap jugak.Boleh pass Akademi Bintang.Ekeke.

Lepas machine karaoke tu jammed sebab kitorang punya suara sedap sangat kalah Taylor Swift =D,decide nak pergi Tebrau City pulak.Yahhhooooo!!!!Excited pergi tempat exclusive sikit!!Heheh ;)

Kali ni,Si Peah pulak yang bawak.Mak aiii..!!!Boleh kena serangan jantung kecik ni.Main potong je tak pandang kiri kanan.Nasib baik ada pegawai JPJ yang berdedikasi dan banyak mulut kat dalam kereta tu.
Book ticket.Nak tahu tengok movie apa?

How To Train Your Dragon.

Serious.Inilah first time tengok kartun kat wayang.Haishhh..apa boleh buat..Si Tqa ni minat kartun..Layan je lah!!!!@#!#$%^&*

Lepas book ticket makan Pizza Hut....



Tengok-tengok pelajar Convent JB sekalian!Muka Tqa macam Ustazah Nurulhuda kan.=D

Lepas tengok movie,time to go back!=(
Wahh nak sedih-sedih pulak.Dah keluar satu hari suntuk dah.Telefon dah berdering-dering dah menandakan orang-orang di rumah sangat merindukanku..






Ok friends.Im gonna miss you so muchh!!!!<3333>




























No comments: