20110118

Special post:Ayam

Ingat tak lagi dulu sebelum masuk matriks,ada post pasal Pak Tam?Pak Tam...ayam yang kat Londang tu.

Baca seperti anda seorang pembaca berita.Mulakan dengan Assalamualaikum.

MASJID TANAH: Sungguh pelik apabila seekor ayam jantan berusia empat tahun begitu jinak dengan pemiliknya yang juga pesara tentera kerana sering kali menemani tuannya menunggang motosikal di Kampung Londang, dekat sini.

Ayam jantan yang diberi nama ‘Pak Tam’ itu amat istimewa buat tukang gunting rambut terbabit, Mohd Nasir Othman, 55, kerana begitu rapat dengannya selain mendakwa memahami apa saja arahan.


Mohd Nasir berkata, dia mempunyai 119 ekor ayam yang dibela sebagai salah satu hobi untuk mengisi masa lapan, tetapi mendapati Pak Tam amat istimewa kerana haiwan berkenaan memang dibelai dan dimanjakan sejak kecil.


Menurutnya, setiap petang, Pak Tam sudah menunggunya pulang dari tempat kerja di halaman rumah dan sebaik mendengar bunyi motosikal, haiwan itu akan mengejar sambil mengepak dan menenggek di atas motosikal untuk dibawa bersiar-siar di sekitar kampung.


“Saya dan isteri sudah manjakan dia (Pak Tam) sejak ayam ini sebesar tapak tangan lagi, dan kalau tidak dibawa berjalan-jalan maka dia akan merayap sekeliling kampung hingga susah mencarinya, tetapi jika dipanggil dia akan datang berlari-lari mendapatkan saya.


“Sejak kecil lagi saya bela dia, mandikan dia, cari kutu dia, sehinggalah sekarang sudah empat tahun lebih tanpa ada sebarang masalah, cuma Pak Tam kuat merajuk kerana bila orang (saudara mara) datang ke rumah maka dia juga mahu mencelah,” katanya.

read more:Malacca Matriculation College

So,setelah beberapa bulan dan dah nak habis belajar kat matriks ni pun,saya masih...tidak dapat bertemu dengannya.Kenapa?Saya kurang pasti sebabnya.Tapi memang setiap pagi,kadang-kadang malam,kadang-kadang bila-bila sahajalah,bau ayam memang semerbak harumnya..Terlalu banyak ayam sampai saya pun tak tahu yang mana satu Pak Tam.Takpe takpe.Naik cuti ni saya akan usahakan untuk menjejaki Pak Tam.Famous tu,keluar paper muka dia.

TAPI

Saya jumpa dengan ayam yang lain.Tapi dia ni,bukanlah ayam.Dia boleh membaca,mengira,dan jugak menulis.Kadang-kadang dia pakai selendang.Dia adalah YAM.Ok.Sebenarnya dia adalah Atikah!Say hye to Atikah!Tak tahulah kenapa kawan-kawan dia panggil dia ayam.Tapi sebenarnya tahu.Tapi tak boleh bagitahu.Tahu tak?Dah berapa banyak perkataan tahu?

Tahukah kamu,ayam goreng di Kafe A KMM sangat menjilat jari seperti KFC.Oh pembetulan.Lagi best daripada KFC kadang-kadang.Yam ni pun tinggal di Kluster A dan di blok yang sangat hampir dengan Kafe A di mana ada tangga khas untuk turun ke kafe tu dari blok dia.Jadi,sangat suka apabila pagi-pagi saya kelaparan,dan kesempitan masa untuk pergi ke kafe A,Yam datang sebagai penyelamat!Yam lah selalu belikan dan dialah sebenarnya yang memperkenalkan ayam Kafe A tu kepada kami(kami,kami tu maksudnya kamilah,kelas kami).Jadi,jasa Yam memanglah tak dapat dilupakan sampai bila-bila.Yam,entri ni khas untuk awak,suka tak?Nanti kita pergi kafe a sama-sama,mintak recipe ayam goreng kat makcik kafe tu heh sebelum kita tinggalkan Londang.

Oh ya,sebelum terlupa,ada love birds dalam kelas kami.

Patutlah ada banyak tahi burung akhir-akhir ni.HAHA.Jangan marah fatin,amir.