20110118

11 Mac 2010;Part 2

Hajat di hati nak sambung bercerita.Tapi idea untuk mengeluarkan ayat-ayat power takde pulak.Jadi,dengan sukacitanya saya mengumumkan,keputusan peperiksaan Anak Perempuan Bongsu Haji Fadzil cemerlang gemilang dan tak terbilang.Kenapa tak terbilang?Sebab ramai sangat budak pandai.Keputusan cemerlang macam saya ni diorang dah tak heran.Takpe.Saya bersyukur.Tak pernah tests kat sekolah dapat cemerlang macam ni.Di luar jangkaan ni.
Segala-galanya berbaloi-baloi.Tidur lambat berbaloi.Pergi tuition pagi ahad berbaloi.Lepas sekolah pergi latihan rumah sukan then terus pergi tuition pun berbaloi.Buat nota sampai suruh along lukiskan gambar jantung pun berbaloi.Bilik macam tongkang pecah masa musim spm pun berbaloi.Segala-galanya lah berbaloi-baloi macam iklan celcom tu!

Terima kasih diucapkan kepada;
Mak dan abah.Masing-masing terkorban tangan masa hari raya korban sebab adik tak tolong kan sebab jatuh pada minggu spm.Terima kasih kepada abah yang tak pernah kata "Ah!" bila adik kata adik balik lambat,adik balik cepat,kelas cancel.Terima kasih kerana tak jemu-jemu hantar dari tadika sampai sekolah menengah.Terima kasih kepada mak kerana memahami.Adik malas sapu rumah,sidai kain,bangun lambat.Terima kasih atas segala-galanya.

Terima kasih diucapkan kepada;
Along dan abang.Selalu mengganggu tidur korang dan selalu menyebabkan abang pergi kerja lambat sebab adik mandi lambat masa pagi.Terima kasih kakanda-kakandaku.

Terima kasih diucapkan kepada;
Sepupu sepapatku.Caca,thanks kerana menjadi pesaing terhebatku dan mengajarku add maths pada saat-saat akhir.Ada jodoh,kita jumpa di U.Thanks to Anis Manis.Bagi isi-isi penting sebelum spm start.Sangat membantu.Tu yang A+ tu.

Kepada rakan-rakan seperjuangan;
Guys!We did it!


Khaleeda.Kenapa mesti dia yang first?Kenapa ya?Sebab.....Selama setahun saya di tingkatan 5 dialah yang banyak sekali mempengaruhi saya dalam bidang akademik dan sastera ni.Dah dia duduk sebelah saya.Dialah yang ajar saya bila saya tak tahu apa-apa.Dan bila dia tak tahu apa-apa,saya ajar tapi dia tak faham apa-apa.Tapi dia tak apa-apakan saya.Dalam sastera pulak,dia ni kaki novel dan saya pun dah join dah.Lepas join,BM a je.Tapi tak boleh kalahkan dia.Power sangat ayat dia.Sangat terror dalam Sejarah.Tanyalah apa propaganda pun semua dia tahu.Congrats darling!So proud of you.Moga cita-cita awak jadik doktor tercapai.Then we bukak klinik sama-sama.Berangan kan percuma.


Shanmuga.Why shanmuga second?Sebab jasa-jasa shanmuga ni sangat dihargai.Dialah yang tukang send tips-tips untuk berjaya sebelum ujian.Hehe ;).Sentiasa.Malam ujian mesti penuh inbox dengan nama dia sampai kadang-kadang full memory.Kesian dia.Credit pun selalu habis sebab selalu forward kat kitorang.She's a very cute girl lah.Tengoklah fb dia.Macam artis.So many friend request.Eleh,kembanglah tu.Haha.



Syaza.Hehe.Suka sakat syaza.Orang semua sebut kedai buku Harris tu "herris" , dia sebut "haris".Orang sebut Angsana "angsana" , dia sebut "angsane".Orang sebut Hush Puppies "hash papies" , dia sebut "hush papies".Comelkan.Alah,rindunya nak sakat dia ni.Sudahlah dia ni susah nak jumpa.The family-typed girl.Lepas spm,terus tak jumpa-jumpa.Ish3.Planet mana awak pergi syaza?


Sabrina.Dia sangat pandai.Dalam segala bidang.Apa-apa jelah.Dia telah memperkenalkan kepada saya dunia Korea.Segala-galanya tanya jelah pada dia.Tak payah belajar pun boleh score.Straight A's ni.Dia jugak yang duduk sebelah saya masa kitorang tuisyen Chemistry kat Omega.Senang cerita,dia akan fly ke negara omputih tak lama je lagi.




Ok.Sila ambil perhatian.Sebenarnya,post ni dah lama diperam.Jadi,update lah sikit kan.Semua orang yang kat dalam gambar ni dapat tawaran untuk program matrikulasi di Kolej Matrikulasi Melaka,kecuali Shanmuga.Betapa kuat kan jodoh kami.Tapi Baayah(3 dari kiri) selang beberapa minggu,dia pindah ke Intec.Akan fly jugak.Dan yang lain masih kekal.Banyak positive change berlaku dalam diri kami.But,Syaza where are you?Saya dah lama tak nampak awak.Jangan menghilangkan diri begitu sahaja.Keep in touch dengan kami kalau awak terbaca ini,tapi saya tahu awak takkan baca punya.

And tak dilupakan jugak Nadira ayob,moon iera,raudhahtul jannah,sofiah,aishah,atiqah,hasni,eva,aaina kamilia,amalina marini,siti natrah dan anda semua yang sama-sama berpeluh dan tak pernah mengeluh menuntut ilmu.Kita sama-sama sudah berjaya.Tak kiralah apa pun yang kita tengah buat sekarang ni,kita mesti ingat,restu dan doa ibu bapa itu yang utama.And never forget to say La ilaha illa Allah.














So,siapa tak rindu zaman sekolah kan?

No comments: