20110205

Sisa-sisa masa bersama

Ramai yang post status,blog dan di mana-mana sajalah kata esok nak balik matriks dan bosan.Ini kali terakhir kita semua balik sana.Sepatutnya korang dah get ready kan bilik korang untuk diisi dengan barang yang ada kat matriks tu.Tak payahlah sedih.Cuba gembira dengan perkara-perkara macam;

tak payah bangun pagi-pagi rebut bilik air
tak payah cop iron untuk gosok baju dengan menjerit "Nak after!"
tak payah naik turun tangga nak ke kelas/kafe sambil elak terpijak kucing atau najisnya
tak payah malu kalau masuk kuliah lambat
tak payah berkejar-kejaran untuk beratur beli makanan
tak payah ngumpat pakcik Popeye tu lagi
tak payah basuh baju guna tangan lagi setiap hari(opsyen)
tak payah ketuk-ketuk mesin yang telan banyak duit(opsyen)
tak payah buat tutorial lagi
tak payah naik unit lagi
tak payah pening kepala belum sign attendance
tak payah buat report
tak payah cuci mata tengok mamat kacak sampai teleng kepala
tak payah lagi pening kepala resah gelisah nak jumpa Miss HEP Yang Tegas atau En Khai yang tercinta untuk mintak balik awal
tak payah lagi risau tiket bas ada ke takde
tak payah sedih buka puasa dengan ikan keli
tak payah sedih tak dapat balik raya
tak payah risau nak buat birthday surprise bising-bising
tak payah pening kepala nak pergi outing ramai-ramai sampai tak cukup satu teksi
tak payah gossip dengan orang bilik sebelah-menyebelah,jiran tetangga

dan apabila bangun di waktu pagi,wajah roommates bukan tatapan anda lagi dan anda berada di atas katil anda yang sangat empuk dan tiada atap yang boleh terbang apabila angin taufan timur laut barat daya tenggara melanda.

Duduk rumah 5 bulan.Kalau untung nasib badan,ada orang datang meminang.

Suka tak?



















Till the next post,in april(insya-Allah).

2 comments:

QeylaZack ! said...

heeee .. sobsob . lpas ni dah takde dah org nak kntot kuat kuat ! HAHA :D pas ni kaw dah tak dengar dah pkataan mindset aku , heee , sedeyh tak ? sedeyh kan ?

daly said...

sedih ;(