20110528

My sweet dreams

Mimpi pertama;
Aku duduk bersama abang di luar rumah.Mak dah suruh masuk sebab dah nak maghrib tapi dua-dua degil sibuk online kat luar.Mimpi memang pelik.Tak pernah pun online kat luar rumah selama ini.Ada sebuah pacuan empat roda kat luar tu.Mula-mula berhenti.Lepas tu macam salah jalan.Gate dahlah tak tutup.Tapi buat dunno saja sebab syok sangat online.Mak jerit dari dalam suruh tutup gate tapi dua-dua degil.Tiba-tiba,kereta tu masuk dan keluarlah orang berpakaian seragam siap dengan helmet dan jaket kalis peluru dengan senapang yang keluar peluru laju-laju macam dalam filem.Serius.Macam dalam filem.Kitorang pun dipaksa masuk dan aku dan abang mula rasa menyesal sebab tak tutup gate.Dalam ketakutan tu,tiba-tiba aku pergi ke sebuah bilik yang tiba-tiba bilik tu jadi macam sebuah kedai yang jual baju dan accessories yang kiut tiut kat Jalan Dhoby JB yang aku langsung tak pernah jejak dan hanya pernah tengok melalui blog orang.Seterusnya ke satu pintu yang tiba-tiba ke tempat yang besar macam kilang baju.Aku fikir macamana rumah aku boleh besar macam tu.Keluar balik,orang tu dah kasi lepas kitorang,tanya mak kenapa orang tu tiba-tiba datang dan mak cakap orang tu kata takde apa-apa. -____-

Mimpi kedua;
Mimpi kali ni lagi best sebab melibatkan abah pulak.Satu panggilan telefon diterima oleh abah.Masa tu aku tengah sembahyang Asar,tapi terdengar namaku disebut-sebut.Yang paling best nama penuh.Mana pernah abah sebut nama penuh.Jadi nak dijadikan cerita,aku pun terberhenti sembahyang dan tanya dengan abah apa kenapa,why....Rupa-rupanya ada orang report aku kutuk pasal kerajaan dalam blog.Jadi tindakan akan diambil.Dalam mimpi tu aku boleh mengimbau-imbau post-post yang aku dah post yang aku dah pasti macam takde apa-apa yang boleh mengguris hati kerajaan.Mungkin aku ada ikut link yang ada menggores,jadi mungkin namaku pun tercalit sama.Lepas tu aku sembahyang balik dan masa semakin singkat, dah nak masuk maghrib.Tapi setiap kali nak sembahyang mesti terberhenti sebab hal-hal yang aku pun dah lupa.Nama pun mimpi.Itu jelah aku ingat.

Dan kedua-dua mimpi ni mesti disebabkan aku tidur pukul 4 dan belum sembahyang Asar.Bila bangun mesti terkejut macam terkena renjatan elektrik.Kesimpulannya,aturlah waktu tidurmu,supaya tak terlelap pada bila-bila masa terutama pada waktu selepas asar dan senja.Perasan tak,dalam dua-dua mimpi tu mesti waktu tu dari asar ke maghrib.Tidur lepas asar pun boleh buat otak kita jadi lembab.Tidur masa senja boleh buat kita jadi gila?







Pictures courtesy of tumblr.

1 comment: