20120815

Selamat Hari Raya.Maaf zahir dan batin.

Assalamualaikum wbt.


Ramai dah tengok video ni dan semua respon sedih dan yang bagi respon tak sedih tu memang hati cekal betul.Siapa kita untuk menentukan hati orang?Eh?

Dan respon diri ini ialah......

TERUKNYA AKU!

Serius teruk.Kalau nak tahu,apabila aku terjumpa mana-mana peminta sedekah,walaupun memberi,ada sedikit dalam hati rasa itu.Rasa gusar.Lagi-lagi kalau yang cukup sifat sempurnanya.Tangan kaki semua ada.Mata tak buta.Telinga tak pekak.Bila  nampak yang buta,takde tangan dan lain-lain sifat kekurangannya,ada rasa kesian tapi sikit kerana rasa gusar itu terlalu menggunung tinggi.

Apa yang aku gusarkan?

Aku rasa was-was ke mana duit aku akan pergi kalau aku memberi kepada mereka.Betul ke diorang guna untuk makan?Untuk beli ubat?Atau diorang buat benda lain yang tersasar dari landasan kebenaran?Atau diorang bagi duit tu kepada ejen-ejen yang menghantar diorang?

Sebab terlalu banyak sangat kes yang keluar kat paper.Kes budak kena culik,lepas tu dipaksa meminta sedekah.Tu belum lagi mintak derma untuk dirikan sekolah anak-anak yatim,sekolah agama dll.Aku cuma gusar duit aku itu untuk orang yang bertindak kejam,menyeksa kanak-kanak,orang tua,OKU.

Lagi-lagi timbul isu baru di mana syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia menggunakan taktik baru untuk memuaskan nafsu binatang mereka.Menjadikan budak kecil sebagai umpan kepada mangsa-mangsa mereka.Kononnya budak kecik tu tersesat,lepas tu suruh hantar ke alamat yang ditulis di kertas.Sebab perempuan mudah kesian dan ada naluri sayang kepada budak-budak kecik,pergilah hantar budak tu dan sampai-sampai kat alamat,kena rogol.Jadi,kalaulah diletakkan di tempat pemandu lori itu,apakah yang akan dilakukan?Aku tak tahu.Satu suara berkata sama seperti di atas.Satu suara berkata lain. Astaghfirullahhalazim ,semoga Allah memberi kita semua petunjuk yang terbaik.

Kanak-kanak tak bersalah dalam soal ini.Malah,kalau diorang tak dapat jumlah yang cukup selepas seharian meminta sedekah,ejen-ejen yang menculik diorang tu mesti lagi menyeksa diorang.Tapi kalau diberi pula,ibarat menyenangkan mereka yang kejam tu.Tapi sebenarnya apa yang aku harus risaukan.Rezeki yang halal,niat yang ikhlas,insya-Allah, Allah akan lindunginya.

Dan orang-orang yang cukup sifat itu juga mungkin tak bersalah.Mungkin satu organ dia dah rosak.Dia tak boleh nak buat kerja berat.Mungkin dia ada sakit darah tinggi,kencing manis yang kronik.Mungkin ada barah yang kos biayanya terlalu tinggi dan tidak dapat diselamatkan lagi.Dan segala kemungkinan menerjah mindaku...

Tapi lepas tengok iklan ni,aku terus rasa taknak shopping pulak.Bagus jugak macam ni.Bila nak beli barang je,mesti aku teringat budak dua orang ni yang raya dia tak semewah kita semua.Baju je raya.Kasut dan yang lain-lain mungkin yang lama punya.Kalau dulu raya semua nak baru.Cadar baru.Alas kaki pun nak baru.Tapi bila teringat budak dua orang ni,terus tak jadi beli.Save budget!Boleh beli iphone cukup tahun nanti.Eh..budak dua orang tu mungkin handphone pun tak pernah pegang.Public phone pun tak tahu nak guna untuk telefon siapa.

*nangis*

Iklan lain pun sedih.Tengok iklan ptptn pun aku nangis.Aku pun tak faham.Tengok singgah sahur pun touching.Lagi-lagi yang episod pergi rumah orang tua-tua.Bila ditanya,anak berapa ramai.Jawapannya lebih satu.Tapi semua tak datang melawat.Apa salah orang tua tu pun aku tak tahu.Mungkin dah nyanyuk.Mungkin masa muda teruk perangainya.Mungkin tak pernah amik tahu hal anak-anak.Tapi seteruk mana pun mereka,dia tetap orang tua kita.Teruk mana pun dia dulu,kita pernah jugak terlintas di hati mereka.Diorang ingat jugak nak cari duit untuk bagi kita makan.Macam-macam agaknya diorang buat. Tebalkan muka pinjam duit orang untuk kita terus hidup macam orang lain.Tu belum lagi cerita mak jadi pelacur untuk besarkan anak sampai masuk universiti tapi dah kerja lupa diri.Taknak mengaku mak sebab mak dulu bekas pelacur.Tapi...

Kisah pemuda beribu bapakan babi.

Sayangilah,hormatilah ibu bapa kita.

Ya Allah,jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah,yang berjasa kepada kedua orang tua kami.Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami.Amin.

Kalau lagu raya pulak,


Aku akan rasa sedih sikitlah kalau dengar lagu ni.HAHA.Apa sedih tapi haha?
Kalau dengar lagu ni,mesti selalu terbayang arwah angah kejut,panggil pakai baju baru.Samalah macam lirik lagu ni.Tapi tu semua dah berlalu kot.Sekarang arwah angah pun dah takde.Raya memang berbeza. Kalau dulu lawat kubur atok aje,sekarang lawat kubur kakak sendiri pulak.Memang sedih kalau ingat beli baju raya sama-sama.Buat kuih raya sama-sama.Buka sama-sama.Bila ingat-ingat balik,4 tahun lepas raya pertama kat hospital.Sedihlah dengar takbir kat hospital.Dan sebenarnya,tu lah kali terakhir sambut raya dengan arwah angah.Tapi satu gambar raya dengan arwah angah tahun tu pun takde.Jadi,azam raya tahun ni,nak amik gambar dengan semua orang.Kalau bukan diorang,mungkin diri ini yang pergi dan tak sempat beraya lagi.Kenangan itu boleh mengubat kerinduan walaupun pahit.Macam makan ubat.Pahit tapi nak cepat baik kena makan jugak.

Sedar tak sedar,dah hampir dua puluh tahun(Insya-Allah) menyambut hari raya yang pasti gembira.Rasa tak,raya dulu dengan raya sekarang bezanya banyak sangat.Kalau dulu sebelum raya kemas rumah bagai nak rak,sekarang cuti sem kemas rumah pun ala kadar.Dulu kumpul satu family besar dari rumah ke rumah sambut raya,main bunga api,mercun.Sekarang,mercun pun tak main sebab takut hilang jari.Bunga api konon untuk budak kecik.Pop pop takkan nak main dengan kucing.Sepupu, ada yang ada,ada yang takde.Dah kerja,ada tak boleh cuti.Dah kahwin,kenalah ikut giliran.Yang jauh,nak balik pun fikir 2-3 kali.Kereta nak kena servis.Minyak lagi.

Dulu pagi raya mintak maaf.Sekarang pagi raya tengok twitter.Lepas sembahyang pergi kubur.Balik kubur terbongkang,tetamu datang,hidang juadah dengan air liur kat pipi.LOLOLOL.

Kenapa raya dulu dengan raya sekarang lain?

Raya dulu kita tak matang.Raya sekarang kita dah matang.
Raya dulu takde gf/bf.Raya sekarang 24/7 bbm whats app sms.
Raya dulu hantar kad raya.Raya sekarang wish kat facebook aje.
Raya dulu buat kuih,raya sekarang kuih tunjuk.
Raya dulu shopping sakan.Sekarang,tak raya pun shopping sakan.
Raya dulu duit raya adalah segalanya.Raya sekarang malu nak dapat duit raya.
Raya dulu takde musuh.Raya sekarang musuh sekolah menengah,matriks,asasi,universiti,tempat kerja.
Raya dulu kita tak matang.Raya sekarang kita dah matang.Kononnya.
Kalau gitu,apa kata sambut raya dengan tak matangnya tahun ni?
Pergi masjid senyum dengan semua orang.Pagi raya pasang lagu raya.Esok beli bunga api mercun.Malam raya lawan dengan kampung sebelah.Sampai hilang jari.LOLOLOLOLOL

Sambutlah raya dengan matang.Matang dalam erti sebenar.Tak perlu dihuraikan lagi.Kita semua tahu bagaimana nak sambut kegembiraan dengan kematangan.Makin banyak aku taip matang,makin pelik pulak aku rasa perkataan matang ni.HAHAHA

Saya ingin meminta maaf zahir dan batin kepada semua orang yang pernah saya kenal/jumpa di alam nyata dan alam maya.Maaf sekiranya berkasar.Maaf sekiranya terlupa.Maaf kerana terlalu negatif.Maaf kerana tidak membantu.Maaf kerana bersangka buruk.Maaf kerana bersikap kurang ajar.Maaf kerana menimbulkan perselisihan.Maaf kerana terjatuh hati dengan awak.Eh?


Sticknote;
Selamat Hari Raya Aildilfitri.Maaf zahir dan batin.



5 comments:

Farah Adilah said...

Well said. Nice, lengthy entry. and I rasa you dah sangat matang sekarang. seriously. happy Eid too.

AfinaKassim said...

depends pada pendirian masing2. for me, aku pegang pendirian di mana aku tak akan beri duit sesuka hati kepada peminta sedekah. and again depends pada situasi. kalau aku tengok dia dah terdesak yang amat kritikal, baru aku kasi. so, berbalik pada niat, pendirian dan situasi. kadang - kadang niat tak menghalalkan cara.

daly said...

Farah; Happy eid farah!I'm waiting for your post.Update la cepat!Rindu hasil tulisan you. ;)

Afina; I was trying to be positive and now you made me feel the was-was feelings again.HAHA.Well said too. And please jangan bersedih selalu kerana aku ada untukmu :)

. aina said...

derma jika terlintas. teruskan niat.

daly said...

thanks Aina :)