20110617

Life and Death

Once you learn how to die,you learn how to live. - Tuesdays with Morrie by Mitch Albom

Apa kaitan mati dengan hidup?Memanglah ada kaitan sebab setiap yang hidup itu akan mati.Tapi macam mana nak belajar melalui kematian kalau kita belum mati?

Dalam buku ni,Morrie buat majlis memperingati dia semasa dia masih hidup.Dia rasa lebih baik majlis memperingati dia diadakan masa dia masih hidup sebab dia dapat dengar apa yang orang semua rasa pasal dia.Dia rasa kalau diadakan selepas dia dah meninggal,dia bukannya dapat dengar pun.

Tak semestinya kita perlu dapat sakit kronik dulu baru dapat belajar erti kehidupan.Mungkin kita boleh belajar melalui ini.

1.Hospital
Pergi hospital bukan untuk mencuci mata melihat doktor-doktor kacak.Doktor kalau tak kacak pun,orang akan pandang kacak sebab nama dia Doktor kat depan.
Pergi hospital,pergi wad kanak-kanak.Tengok muka diorang.Ada yang patah kaki,patah tangan,patah hati?Belum lagi ada yang jantung berlubang,jantung tersumbat,paru-paru berair.
Lepas tu pergi wad kecemasan.Tengok orang-orang yang tunggu kat luar wad kecemasan tu.Memang wajah mereka mempamerkan wajah cemas.Mungkin ada yang menangis.Mereka sedang menunggu orang yang tersayang yang sedang menerima rawatan kecemasan di dalam.
Lepas tu tengok pulak dalam wad kecemasan tu.Tengok bahagian asthma/semput.Orang asthma yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan alat bantuan pernafasan tu.Tengok dada diorang yang turun naik.Bila-bila masa sahaja kalau diorang tak dapat bantuan pernafasan tu,diorang boleh pergi untuk selamanya.
Seterusnya boleh pergi wad pesakit kanser.Ada pesakit yang sedang menjalani chemotherapy.Lepas tu pergi pulak tempat untuk diorang menjalani radiotherapy.Tengok badan pesakit kanser yang selalunya memang kurus.Tengok rambut diorang yang selalunya memang sikit.Tengok cara diorang berjalan yang selalunya memang perlahan dan tengok diorang makan yang selalunya memang lidah terasa susah nak telan.
Lepas tu boleh pergi wad yang menempatkan pesakit-pesakit yang ada darah tinggi,sakit jantung,diabetes mellitus@kencing manis.Tengoklah dalam satu hari berapa kali diorang kena inject dengan insulin,berapa banyak pil diorang kena makan dan tengok makanan yang diorang dapat.Seriously,tak sedap.
Dah pergi hospital tu,tengok-tengoklah mana-mana patient yang terbaring,yang terduduk takde siapa jaga.Suapkan diorang makan dan tolong diorang pergi bilik air.Nurse nurse semua busy kadang-kadang tak sempat nak layan semua.

2.Orang-orang tua
Orang-orang tua yang menghidap penyakit Alzheimer.Penyakit yang membuatkan otak mereka semakin mengecil dan secara tidak langsung keupayaan untuk mereka mengingati sesuatu perkara berkurangan(correct me if i'm wrong).Duduk dengan mereka dan dengar apa yang mereka ceritakan.Kadang-kadang diorang akan cerita benda yang sama 3 hingga 4 kali.Semua cerita tu pulak cerita zaman dulu-dulu.Zaman diorang masih muda.Nanti keluarlah nama Pak Ghani,Pak Rama,Pak Chin,Pak Talib,Mak Timah,Mak Senah,Nek Tam dan macam-macam nek lagi.Yang dah meninggal dunia berpuluh tahun dulu pun disebutnya.Penat nak layan?Tapi kalau marah pun tak guna jugak sebab diorang akan lupa nanti.

3.Kubur
Dah pergi hospital,jumpa orang-orang tua.Dalam banyak-banyak patient yang kita jumpa kat hospital tu,mungkin ada yang akan meninggalkan kita.Kita ikut pergi pengebumian jenazah.Tengok apa yang diorang bawak masuk dalam tanah.Hanyalah kain kapan putih.Tengok muka orang yang ada di sekeliling tanah perkuburan itu.Tengok wajah ahli keluarga,sahabat-handai.Kehilangan.Sedih.

Sekarang,tengok pada cermin.Tengok diri kita.Tengok apa yang ada pada diri kita.Tengok.

Tangan kita tak patah sebab kita boleh click mouse.
Kita bukan kat depan wad kecemasan.
Kita tak perlukan alat bantuan pernafasan sebab kita tak semput dan boleh bernafas dengan sempurna.
Kepala kita tak botak sebab kita tak jalani chemotherapy,radiotherapy.
Kita tak payah inject insulin 2-3 kali sehari.
Kita takde bekas ubat yang terisi dengan berbagai-bagai pil untuk mengawal darah kita.
Kita boleh ingat hampir semua perkara sebab Allah mengizinkan.
Kita ada mak/ayah/kakak/abang/adik/saudara-mara/kawan-kawan/guru-guru.

Apa lagi yang kita nak?


*Picture courtesy of iluvislam.

Hargai setiap apa yang kita ada,kita tahu apa itu erti kehidupan sebenar.


Ubat hati ada lima perkara;
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua solat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima zikir malam perpanjanglah
-Obat Hati by Opick

Sticknote;
You can't have happiness without pain,and you can never have beautiful rainbows without rain.

1 comment:

Farah Adilah said...

Matured. tak de ayat yang cantik untuk diberikan. speechless. fullstop