20100321

Mirror oh mirror


Nak tahu tak?Umur 11 tahun@darjah 5 barulah tahu apa itu mirror.Itu pun selepas ada adik saudara yang kecik.Time tu semua orang sibuk nak cakap omputih.So bila main-main dengan dia,mak pun cakap,"Ni..ni...mirror..mirror!".Then macam blurr pun tanya "mirror?apa tu?"."Mirror lah.Cermin lah.Ish tu pun tak tahu ke?!".Ohhh malunya...depan aunty-aunty cousin-cousin..cehhh...macam ramai.padahal bape kerat je.hehe.Then,ada test keluar pasal mirror.Pastinya betul jawapanku!

Sebenarnya pasal mirror ni,malulah.Habitku.Suka sangat tengok cermin.Dari kecik rasanya.Kalau tak dari kecik pun,dari sekolah tadika la.Nak dijadikan cerita (kenapa nak dijadikan cerita?cerita benar ok.takde jadik-jadik) semasa kecil dahulu,suka berangan di depan cermin dan menyanyi dan cakap sorang-sorang depan cermin dan macam-macam lagilah depan cermin.Tingkap dulu selalu bukak sebab taktahu tupai-tupai mengkarung cengkarung banyak berkeliaran di kawasan berhampiran.Bila tingkap bukak,langsir pun mestilah bukak.Barulah bilik nampak cantik macam dalam gambar kat buku Ikea tu.

Berangan-angan di depan cermin kononnya macam cinderella dan siti nurhaliza.Bercakap dan ketawa sorang-sorang.Tidak pula perasan,rupa-rupanya ada sepasang mata yang menonton.

Setelah bertahun-tahun lamanya,barulah kakakku yang paling tua membocorkan rahsia.
"tau tak,kawan along kan kawan dengan anak orang sebelah ni,dia cakap orang sebelah selalu cakap adik berangan kat depan cermin,joget-jogetlah.".Ohhhh....apa yangku rasa?Oren?Tidakkkk!

Malulah jugak.Bila dah besar ni.Eiiii..rasa macam nak simen je tingkap ni.Takpun nak buat konkrit pemisah di antara rumahku dan rumah jiranku ini.Takpun nak tangkap gambar dia sedang berjoget-joget di hadapan tv menonton Sehati Berdansa.Disebabkan kameraku bukan kameramu..eh salahsalah.Disebabkan kameraku bukan kamera dslr yang canggih dan boleh zoom 500x dengan clearnya,hasratku itu kukuburkan di belakang rumah saja..

Oleh sebab itu,tingkapku tak lagi dibuka kerana takut binatang comel-comel lote masuk dan menyebabkan bilikku banyak habuk(ada kena-mengena tak?).Dan langsirku jugak jarang-jarang(baca macam dialog kat dalam cite nujum pak belalang tu.baru best) dibuka kerana bukan takut berasa malu lagi,tapi sebab ah..tak payahlah tahu.

Langkah-langkah keselamatan ku ambil sebelum termalu lagi.Sebelum berangan-angan berjoget-joget lagu pasti berjaya di akademi fantasiaaaaa dan menyanyi menggunakan sikatku yang berwarna pink yang sekarang sudah hilang isk3..emo kejap..akan kupastikan tingkap serta langsirku yang cantik tu ditutup rapi.Takpe.Tak cantik macam kat dalam buku Ikea tu pun takpe.

Masuk bilik air,terpandangkan shower.Tingkap bilik air tu orang luar tak nampak dalam kan?

No comments: