20120409

Hidup ni ada steps.

In the name of Allah Most Gracious,Most Compassionate.

Hari berganti hari.Daun berganti daun.Dan buku merah kini aku miliki.Tidak perlu ditanya.Akan kujawab sendiri.

Kosong...kosong...(NowPlaying Kosong by Najwa Latiff)

Plan punya plan.Memang selalu tak jadi.Tunggu ehsan fakulti atau universiti,bawa saya pergi lebih jauh dari sini.

FEBRUARI 2012
The semester break.Sahabat jauh dekat datang melawat.Menyambung semula silaturahim.Gembira gembira gembira.Seronok seronok seronok.Wey,lambat sangat update,lupa dah apa yang berlaku.Semuanya bermula apabila QeylaZainal ada urusan kerja di JB.Dan ada 3 orang hamba Allah menemani dia sekali.Aina.Farah.Fina.
Seterusnya,kami bersuka ria menghabiskan masa bersama.Tiada gosip hangat yang dibualkan.Hanya gosip baru yang direka.HAHA.Takdelah.Together we shared the laughter.Wey wey wey.Tak tahu nak cerita pasal apa.Physics is really killing me.Dulu bukan main type bagai orang amik sastera.Sekarang,hamboiiiii...
Ok ok ok.Tugas saya sebagai pemandu pelancong yang tidak berlesen,malah selalu menyesatkan mereka.Epicfail!Jalan kat JB pun boleh sesat.Apa kes?!Bazir minyak je.Dah tiba masanya saya memiliki lesen rasanya.Any recommendations for not-so-gatal-instructor for driving class area JB?Wey wey wey..Terpesong ni.Nak cerita.Bawak diorang pusing-pusing JB.Naik bas.Pergi pasar karat.Pergi JPO.Walaupun sesat,sampai lah jugak ke tempat-tempat tu.Aina nak tengok sunset tapi tak sempat.Macamlah kat BP takde sunset.Farah hilang handset.Tapi jumpa balik.Afina jumpa jodoh.Eh salah taip ni.HAHA.So let's the pictures do the talk :)



So the pictures uploaded are way more prettier than the original as you can see ==" Sistem baru mungkin.Takpelah.Tak perlu gambar.Takpe takpe.Kite ada video.Hewhewhew.Nahhh..



Ermm..what else ek..Oh ya.On 5th February,my brother got engaged to his lover!Congratulations!Of course,i orang paling busy.Chewahhh tipu.Mestilah orang paling excited.Abang tunang tu.Siapa yang tak excited.Kalau kahwin nanti,awal-awal lagi dah beli baju baby yang ada printed "My aunty is gorgeous!" HAHA




And my semester 1 result made me smile all day long.Thank you Allah.Thank you for all those people who pray for me.Congratulations and hope we survive better for this semester and make it a beautiful present for our raya this year :)

Baru perasan lah,tentang baldi hilang dah diceritakan.Tapi dah midterm dah,baldi-baldi tu still tak jumpa.Sedih sangat.Tetiba terbayang,satu hari nanti,mungkin bila datang U ni balik,pergi kolej kediaman,tengok makcik cleaner tengah guna baldi tu untuk mop.*nangis guling-guling*
Terbaru pasal uni life is more on politik kampus.Pilihanraya kampus pun dah nak dekat.Sebenarnya kat mana-mana pun boleh berpolitik rupanya.Ok fine fine fine just do whatever you want,asalkan jangan ganggu kami.Tapi,kalau dah cari pasal dengan orang@juniors,macamana kami nak sokong anda?Macamana kami tak menyampah dengan anda?Semoga anda selamat dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar.

Tweet@TDI
Bila pertama kali dimasukkan group ni,rasa macam "Lepas ni mesti ramai followers aku kat twitter.Weee famous lah aku! :D"
Dah tak payah perasan sangat.Tweet@TDI ni sebenarnya satu program untuk kemahiran insaniah pelajar first year di kolej kediaman kitorang.TWEET=Together we explore and experience the time.Kira satu program ni diuruskan oleh semua budak first degree atas nasihat senior-senior yang sangat berdedikasi dan baik.Kumpulan saya pula ditugaskan untuk mencari selebriti untuk minum petang.Masa first-first dengar macam wahhh excited gile.Ya lah wey,urus artis tu,kau ada?HAHA.Tapi bila nak cari artis tu,siap kena reject dengan senior bagai,siap tukar tentatif last minute,mulalah rasa menyampah yang amat.Dah tu,bila artis dah sampai,audience pulak takde.Cuak tak cuak?Malu.Susah rupanya urus program ni.Tu yang sampai masuk mahkamah sebab tutup lampu.Eh eh apa melalut ni.Tapi alhamdulillah,akhirnya,segalanya berjalan lancar dan ramai jugak yang datang.Terima kasih kerana sudi datang.Jasa dan susah payah anda datang ke program kami hanya Allah sahaja yang dapat balas :) (Macam ada budak U aku baca blog aku ni ==") Eh kalau ada,please leave a comment.Mana tau I can thank you personally :D


The best part is,dapat bekerjasama dengan orang-orang yang awesome ni.All the girls memang dah kenal sangatlah.The boys are from mechanical course dan diorang sangat kelakar.Ada datuklah.Satu Malaysialah.Macam-macam.Tapi sebenarnya kumpulan kami 4 orang je lelaki,tapi ada pulak tu yang terselit dalam gambar ni.Takpelah,diorang kan crew,kesian.Tanpa diorang,kitorang punya program pun tak dapat berjalan dengan lancar.Dan itulah selebriti yang kami dapat,Ustazah Pilihan Fira.Banyak input yang diberi ustazah.Ustazah ni sebenarnya dulu mengajar kat MARSAH johor.Terima kasih kerana sudi datang ya ustazah :)

Hubungan saya dengan bola jaring semakin baik.Malah,saya semakin menyukainya sejak saya jatuh dalam court tempoh hari.Hadiah untuk pulang bercuti.Ditambah malu court sebelah muslimin tengah bermain futsal.Hoiii jatuh saham makkkk!

Eh hot chocolate bancuh sendiri pun dah habis ni.Baju pun tak masuk mesin lagi.Esok dah rabu!*pengsan*

Sticknote;
Ilmu tidak terletak pada pointer.Ke-lembab-an otak tidak terletak pada maggie.

3 comments:

Farah Adilah said...

lama tak baca blog Cik daly. heee. teruskan menulis dan mencipta quote quote yang menarik

Eqin Wahab said...

yang dalam video tu, startg min 0:35 korg kat kedai mana?

daly said...

action city,city square :)