20120627

Saya artis.

Assalamualaikum and helllloooooo world!
Bajetnya.Tapi serius.Dah lama saya tidak melihat dunia luar.Apa khabar dunia?Saya kini banyak habiskan masa di dunia maya.Normalkah saya?Saya rasa normal kerana orang dunia luar(bukan dunia maya) pun banyak menghabiskan masa di dunia maya.Eh?


Hari ini saya post a post..eh?


Hari ini saya buat post...?


Hari ini saya create post ni(uhh who cares) sempena memperingati hari kelahiran......


FARAH GIRANG!


Yey!Farah,you are now an adult.No more kids menu for dinner or brunch.HAHA.Just kidding pretty.Farah,awak kini sama bot dengan kami.Tahniah.Kini kita boleh bersiar-siar melihat keindahan alam sambil mandi di dalam swimming pool separa air laut di atas bot.Oh lihat,ada ikan keli di dalam swimming pool ini.Eh,ini bukan swimming pool.Ini kolam ikan keli yang berbentuk jantung di kolej kita rupanya.
Siapa di sana itu?Macam kenal.Eh itu Adam Young!Dia datang lagi Farah!Kali ini dia tak bawak bunga.Dia bawak Taylor Swift dan makanan ikan keli.Bertuahlah awak dapat beri ikan keli makan dengan artis hollywood.


Dalyana!Wake up!


Kali ini bukan Farah yang mimpi.Tapi saya.Haha.
Once again.Happy birthday Farah!Have a blast.Semoga berjaya menjadi farmasis yang berjaya..eh?Tak maksud I,semoga you satu hari nanti berjaya menjadi farmasis di farmasi you sendiri.Ok? :)


Itu hanya selingan.
Nak taip lagi ni.


Saya sudah tamat pengajian saya di universiti.Yipppppiiiiieeee!!!!
I think I missed a word.Pengajian tahun satu maksud saya :D Syukur kepada Allah SWT.Hampir segalanya berjalan lancar kerana saya tidak datang lewat ke peperiksaan.Study tak habis itu perkara biasa.LOL.Tamat semester ini,saya tidak menjumpai baldi saya lagi.Saya kini pasrah.TDI telah mengecewakan saya sebanyak 3 kali.Baldi hilang.Buat rayuan kena reject.Fine.Dan lagi satu,eeeeeeeeiiiiiii gerammmnyaaaaaaa.Tapi tak boleh bagitau.
Cukuplah.Sudah cukup cukup sudah.Sampai di sini saja.Daripada batin terseksa...lebih baik ku pergi saja...


Cuti semester.Masa yang ditunggu-tunggu.Dah berapa banyak movie korang habiskan?Runningman dah tengok berapa kali?LOL.Saya baru habiskan satu drama.Tapi kan.bukan drama Korea.Bukan drama Tamil jugak lah.Tapi, drama Melayu.Kau Laksana Bulan.


Janganlah gelak.Eh hello,jangan pandang rendah pada drama Melayu ok.Dan drama ini untuk pengetahuan anda semua ditayangkan di TV2.Alaaaaa janganlah gelak.Drama ni sebenarnya diadaptasikan dari novel.So novel haters,move away!LOL.Tapi kalau tengok dari review penonton(chewaahhh),drama ni lagi best daripada buku.Tak kisahlah.Yang penting dua-dua best sebenarnya.Bila tengok drama ni,feeling macam tengok cerita korea.Sebab background music dia banyak guna lagu My Girl!Yey!Dari tak minat Zulhuzaimy,boleh suka Zulhuzaimy sebab tengok cerita ni.Ok cerita panjang pun tak guna sebab korang semua taknak tengok kan??kan?kan?Tapi kan..kalau ada masa pergilah baca buku ni.Hewhewhew.Saya nak cari lawyer pulak la.Hewhewhew :D


Dan anda anda anda ya anda!Yang suka korean drama dan hero-hero korea yang kawaaaiiiii.Ni nak habaq maii kat hangpa semua,hero-hero drama Malaysia pun kawaiii jugak.LOL.Sekarang aku yang geli.HAHA.
Ini oppa Nazim Othman.Haha.Aku tahu AfinaKassim kau nak muntah sekarang.Muntah je la.HAHA
Tengok tengok semua.Comel tak comel tak?Kawaiii kan kan kan?
Please don't hate me people.



Hah ni pulak untuk unna.Betul ke unna?Hentam sajalah.Comel-comel kan artis kita ni.Jadi, tontonlah drama tempatan!

Sama jugak macam baju-baju dan kasut-kasut di Tesco.Ada orang bangga kalau beli baju kat Tesco overseas.Tapi malu kalau beli baju kat Tesco Malaysia.Come on guys.Sama je ok.Baju Tesco lagi mahal dari baju kat Zaraa.Jadi sila bangga sekiranya selipar jepang anda dibeli di Tesco Malaysia,bukan Tesco Jepang.Jepang ada Tesco?


Oh yeah.Yang kaki tweetjer tu pun,mungkin boleh luangkan masa tengok drama tempatan ni 


Boleh download pada link ini.
Petikan daripada telemovie tersebut;
"Wahh!Budak parit pakai blackberry.Kelas kau Bedah!"

Sebab dah berlambak-lambak artis yang youtube telah lahirkan,di sini saya ingin membuat pengakuan,bahawa saya adalah salah sorang artis youtube.Ecehhh!HAHA.Takdelah.Contoh artis youtube yang famous macam kalau yang overseas tu,nama diorang susah sikit nak ingat,jadi yang Malaysia,Hafiz Zainal,Najwa Latiff,Meylda Ahmad,Tasha Manshahar dan yang terbaru yang baru tadi dengar lagu dia adalah Ainan Tasneem.Tapi korang mesti tak pernah dengar artis youtube yang boleh tahan lah bakat dia.Cuba dengar yang ini,


Memang suruh korang dengar je sebab dia tak tunjuk muka pun.Dia tunjuk gitar dengan tangan je.Dan banyak sebenarnya dia dah buat cover.Dan semuanya dia tak tunjuk muka.Dia kongsi not gitar dan jugak minat dia terhadap muzik.Humble tak?Bukan untuk menjadi retis.Bukan mencari populariti.Cayalah Cumi!




Bukan New Zealand.Tapi Kundasang Sabah.Jadi,tak payah pergi jauh-jauh.Bajet student macam kita ni cukup pergi Sabah.(Sumber gambar: FB cousin dan Mr.Google)


Bagi Johorean khususnya yang menetap di Johor Bahru,inilah Kotaraya yang baru!Cantik kan?

Sebenarnya,banyak sangat keistimewaan Malaysia ni.Sekarang tengah sale.Pergilah shopping bagi yang berduit lebih tu.Bagi yang masih student yang meminjam atau scholar,berjimat-cermatlah ya.

Selamat shopping,selamat bercuti,selamat berkerja,selamat menyambut bulan Syaaban yang barakah ini :)

Sticknote;
Hati-hati.Jaga diri.Sebab Austria ada penjara yang awesome untuk banduan.Pergi google.



Dan ciumlah orang yang anda sayangi selagi mereka ada di depan mata.

















Alaaaa angau lagi dengan Kau Laksana Bulan ni.Hewhewhew







1 comment:

intan yusnita said...

intan ada novel kau laksana bulan tuu :D