20130627

Awesome Johor Bahru

Recently, i've been asking by my friends "Apa yang best kat JB?".
My answer would surely be "Me.".

Soalan lazim. Wah soalan lazim gituu..

1. Tempat apa yang best kat JB?
2. Makanan apa yang best kat JB?
3. Tempat lepak mana yang best kat JB?

Ini soalan yang paling famous la.

Jawapan:

Argggghhh. Susah gile nak bagitau sebenarnya. Susah gile nak fikir tempat apa yang best sebab rasanya semua best. HAHA. Tak. Tipu. So, seperti selalu soalan akan dijawab dengan soalan seperti

"Kau nak beli apa?"
"Kau nak cari apa?"
"Budget?"

Tempat yang best kat JB. Sebab dah banyak kali kena tanya, so i think i better do some research on my own place, the place i grown up in, oh pathetic me. Pathetic. So, google.

Dengan bantuan encik google yang tidak memakai goggle,eh mana tau dia tak pakai? Sebab orang pakai goggle bila dalam air, computer kalau masuk dalam air kan rosak. Ah apa ini semua????

Hrmm depends pada orang la kan. Kalau budak-budak baru nak up (BBNU) , City Square(CS) tempatnya. Why? Because CS has everything a youth needs. Action City, Innercity, MPH, Popular, cinema, food, dan tempat ni lah budak-budak sekolah selalu lepak lepas waktu sekolah. So sekarang dah upgrade, City Square sekarang bukan setakat BBNU je pergi, sekarang CS dah ada Famous Amos, Dorothy Perkins, Esprit, Bonia, Cotton On etc. Lagi satu mall yang persis CS, adalah KSL. Oh and CS ada station untuk orang-orang dari Singapore or orang-orang dari JB nak ke Singapore by bus. So no wonder mall ni selalu busy.

Oh dan jalan ke depan sikit dari City Square ada pasar karat. Pasar karat yang orang semua suka pergi tapi sebenarnya takde apa-apa sangat pun melainkan nak beli baju jersey,accessories, bantal butterfly, buat inai di tangan, beli dvd, cuci mata dan akhir sekali sebenarnya banyak benda ada kat pasar karat ni. Dekat pasar karat jugak, atau dengan lebih tepat lagi Jalan Dhoby, ada kedai-kedai baju yang sangat vintage.

Ni gambar depan kedai roti sebenarnya. Kedai-kedai vintage tu depan kedai roti ni. Tapi takpelah. Macam comel je model dua orang ni.

So, berdekatan kedai-kedai tu jugak ada kedai minum yang hipster la jugak. Chaiwalla & co. Tengah-tengah panas bolehlah minum. Harga pun boleh tahan. Tak mahal macam starbuck. Macam coolblog. Omg nak coolblog milkshake teh tarik cincau aaaaa dapppnyeee

Ni bergambar dalam Psychedelic store. Masa pergi dengan Farhah dan Pebu malu nak amik gambar, ni pergi lagi sekali dengan cousins amik gambar. *tengok ni farhah!!*
tapi ramai sangat, rupa kedai tu yang cool pun dah tak nampak dah.


Taraaa!!Betapa teruja nya kitorang. Kat tangga yang menjunam tu pun nak amik gambar.

So basically, Jalan Dhoby ni best untuk bergambar. HAHAHAH. Takdelah. Kalau korang suka beli baju-baju trend terkini yang selalu boleh dapat kat online je, boleh try cari kat kedai-kedai sini. Pasar karat pun ada.

Ni The Roost Juice & Bar cafe. Camtu la bunyi dia. Tak pernah pergi pun. Tapi cool kan? Tengok lah interior dia. Memang untuk amik gambar.




Nice kan. Tapi minum tak tahu lah best ke tak.Hrmmm

Lagi yang best di Jalan Dhoby?
Chicken chop kat sini best!

Cukuplah Jalan Dhoby. Cuba google lagi apa yang menarik di Jalan Dhoby. HAHAHAH. HAHAHA kena gelak sebab HAHAHAHA ok dah cukup.

Makanan yang best kat JB ni banyak.kot. Orang luar cuba try kacang pool. Nampak tak? Cuba try. Maksudnya mesti try. HAHAHA. Lawak hambar.
Ni kacang pool. Tapi yang ni makcik gue yang buat jadi ianya mungkin berbeda dikit dengan yang di kedai. Sedap.

Makan seafood kat Stulang or maybe Senibong.



Ini Senibong. Google gambar Stulang Laut tak jumpa pulak. Eh wait a minute


HAHAHA ini masa pergi makan kat Stulang dengan awek-awek hot. Pernah recommend makan kat sini and ada orang cakap pepes nya sedap. So pergi Senibong ke Stulang ke, dua-dua korang boleh nampak Singapore. Tapi Senibong jauh sikit. 
Ni kat Stulang jugak. Ni tempat mak-mak shopping. Kita beli cokelat je.


Ni tempat steamboat lori. Pun bolehlah..

Ini Singgah Selalu. Orang selalu lepas sini. Ada shisha, tengok bola, sebelah Singgah Selalu ada JOHO concept store.



Lawa baju! 


Ini Nusajaya. Ada Hello Kitty land and barney and bob the builder. Tapi yang anda nampak kapal je kan. Ok la tu. Mahal wey nak masuk! 
Motif?


Motif sangat ni wey. Haha. Ni Seoul Garden. KL pun ada. Melaka pun ada. Wey rindu nak makan banyak. Tapi mahal la. Ok. Abaikan.

Legoland! Fefeeling oversheaaa sikit.


Legoland! 

JPO pun nice la. Bila sale. Bila tak sale, hrmm hrrmmm sedar-sedar la diri tu student.

Gambar-gambar koleksi peribadi dan jugak koleksi google. 


Sticknote;
JB best je. Semua tempat best je. Kalau nak pergi Singapore tidur JB murah sikit. USS jom! Ahh USS dalam mimpi je leeee. Asyik plan, cancel. Plan, cancel. Passport pun bosan terus dia expired nanti.





Fuyyyoooo JB should be proud of me. JB≠Justin Bieber
Lama duk peram dalam draft.









7 comments:

Farah Adilah said...

mungkin saya pun patut buat satu pasal batu pahat.

daly said...

Buat jangan tak buat. Shall include my name too

llyafrn said...

hi im blogwalking,, best la you punye blog, simple but nice.

daly said...

hey hye! thanks :) will be visiting yours soon :D

Unknown said...

Kat mana jual baju johor ?

Dalyana Murni said...

Kat bazar karat ada jual. Kat kilang bateri pun ada jual. Boleh waze jalan ke kilang bateri and bazar karat ya :)

Aisyah Ghazi said...

Hi admin. Thanks for sharing. Good entry kali ni. I Should try one of this cafes soon. Nk gi food hunting ! hehe Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

>>> Slim & Fit Semulajadi!<<<